Saturday, February 6, 2010

memoir seekor kucing...

salam uols..

buat masa ni, saya sekeluarga masih berasa sedih dan sayu atas pemergian kucing kesayangan kami.

insyaAllah, saya akan cuba kumpul kekuatan dalam diri, untuk menceritakan perjalanan hidup Memon, dari hari pertama dia bersama kami, sehinggalah kepada hari pemergiannya, 06 Februari 2010, Sabtu, jam 10.08 pagi di Maju Animal Clinic.

tujuan saya menulis memoir kehidupan Memon bukan untuk menagih simpati kepada mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengabadikan kehidupannya sepanjang bersama kami. walaupun dia hanyalah seekor kucing, tapi kehadirannya dalam hidup kami telah memberi seribu makna yang takkan dilupakan walau sesaat dalam hati ini.

kepada mana-mana insan yang tidak berminat dengan isi kandungan entry seterusnya, anda boleh tinggalkan blog ini. saya mohon maaf. kepada yang memahami, saya ucapkan terima kasih. alhamdulillah kerana sudi berkongsi kesedihan dengan saya sekeluarga.

esok mungkin saya akan ke SPCA. joe ajak ke sana untuk saya dapatkan seekor kucing. bukan untuk gantikan Memon, tidak sama sekali. tujuan joe supaya saya tidak berterusan bersedih dan meratap pemergian Memon kerana joe juga akan menitiskan airmata apabila melihat saya menangis. InsyaAllah, jika kami dapat kucing baru, kami akan didik dan sayangi dia sama seperti kasih sayang kami pada arwah Memon...........

3 comments:

amm said...

sabar ye zue, stiap kjadian ada hikmah d sebaliknya....tcare dui...

zue comelz said...

insyaAllah..thx mek...betul, Allah sahaja Yang Mengetahui....

Rita Razif said...

yer btul tu.. klu bkn skrg.. sure 1 hr nnt zue akan nmpak..