Saturday, July 31, 2010

kalau jumpa dia, kompom aku akan smile all day long ^__^

salam uols..

as promised, weekend ni aku balik umah family klang and jumpa my best buddy, Dallies..

last Thursday, masa kat opis aku terpikir nak pegi jumpa dallies.. lama gak tak jumpa, last masa tengok her 2nd baby Ryanz Raphael bulan Mei lepas...

rindu sangat2 kat dia.. miz her damn much.. lagi pulak tambah tak sabar nak jumpa, nak dengar latest stori pasal abah dia..

memang last minute punye plan sebenarnye ni. Thursday nite tu kami keluar cari Eva punye birthday present.. sori cayang, dah masuk 4 years aunty tak dapat join ur birthday party.. memang sedey sebenarnya.. tapi dun wori, aunty sentiasa simpan dalam hati that 1 day, aunty akan join gak birthday party Eva ye..

ekceli aku plan nak bagi sumthing tuk Dallies gak. tapi tak sempat nak beli. takpe, raya boley bagi. aci lagi kan? **eyh, patutnye aku takyah tulis kat sini kan... ala, tak surprise dah!haha

sunuk gile dapat jumpe.. macam2 cite keluar. tapi rasanya kalau kami berdua je yang ada tadi, kompom meleret2 cite kitorang.. sure akan ada flash back zaman sekolah2 dulu. **haruzla gosip kannnnn...

cite punye cite, langsung tak sempat nak bergamba sesame. cit! nyanyuk aku nih.. masa sampai tu dah ingat nak amik gambar sesame.. nak posing sambil peluk ryanz yang bam bam tuh! believe it or not, ryanz baru 3 months tapi berat dah 7kg! kusssss semangat!

tapi memandangkan tahap borak2 si zue & dallies ni dah tahap maxima, maka aktiviti nak amik gamba pun terus kitorang lupe. hihi.

takpe kan, esok masih ada... eh, raya masih ada.


inilah Princess Eva Erysha... hepi besday cayang! next week pegi skool jangan noty2 ye. sure Eva ramai peminat nanti hehehe.. ** gamba ni aku curik dari FB Dallies.. halal ek?




p/s: meeting kump. Pengurusan dan Professional last Friday memang vazzzz. tapi banyak tak abis cite ( dengan ertikata lain, gosip sebenarnye. hehe). sunuk jumpe my ex-classmates DVM2006..

Thursday, July 29, 2010

what a beautiful day....

salam uols..

arini pepagi sampai je kat opis, bos panggil jumpa dia kat bilik.

saspen jer... takut bos nak marah ke hape nih. huhu.. semalam dah la takde kat opis seharian.

tapi rupenya dia suh pegi wat rawatan tuk stray cats.. ada lebey kurang 80++ ekor.

reaksi aku? huh, cam nak melompat! mak suuuukkkkeeeee!!! dah lama tak dikerumuni dengan kucing ramai ramai camni. last masa keje klinik 3 tahun lepas.

aku bawak 2 orang staf tuk tolong pegang kucing kucen ni.

ekceli, stray cats ni orang Majlis amik masa diorang berkeliaran di premis2 jualan masa SUKMA bulan lepas..

alhamdulillah, ada gak yang prihatin kan. dari kucing2 ni terlepas kat orang2 yang dzalimmm. kan? kan? kan?

so tadi, aku wat rawatan basic je dulu. bersihkan mata, bagi vitamin (some of them are emaciated) dan bagi ubat kurap.

nanti dalam sebulan lagi aku nak mandulkan mereka semua. nawaitunya supaya populasi unwanted cats ni berkurangan.

aku suh pengurusan catteries tu tuk jaga kebersihan makanan and tempat tinggal diorang.

and suh diorang bagi makanan yang berkhasiat such as Royal Canin. (my feberet cats food all the time.. ^_^ )

next month aku nak pegi check balik catteries ni. harap2 semua dah sihat and pihak pengurusan boley baiki sistem saliran dan makanan mereka.

nak neuter them plus nak vaccinate and deworm mereka2 nih. hihi. cute la korang sume!

overall sangat enjoy my day this morning. dah lama tak di kelilingi kucing ramai2 camni.

seronok bangat bangat!

tomey kan.. rasa cam nak tarik2 je pipi dia laju2. hihi

Wednesday, July 28, 2010

tentang 5....

salam uols...

arini pegi odit kat farm Kulai. jap je, tengahari dah sampai melaka semula.

hepi pegi odit tadi sebab kena puji ngan farm manager&farm vet. fuhhh melayang sekejap!

okay, takde ape sangat nak share arini.. juz mau bayar hutang pada Mrs. Razif yang tag aku tadi.

let's layan....

5 nama samaran kamu:

i) Zue

ii) Jedah

iii) Teh

iv) Duyung a.k.a Dui

v) Sayang ** ni laki aku je ley yang panggil. orang lain takley..meremang bulu! hahaha

5 tarikh penting dalam hidup kamu:

i) 31 October - hari penambahan usia remaja ku. wakaka

ii) 24 September - hari peningkatan usia dewasa laki aku

iii)18 June - hari chiepani di bawa ke dunia

iv) 02 November - tarikh kami sah ley pegi dating sama2 dengan kebenaran mak pak

v) 11 November - tarikh kami sah ley ehem ehem laki bini

5 perkara kamu buat semalam:

i) pegi tailor, hantar baju raya yang ke-4.. baru 4 pasang ye.. belum cukup lagi tu! btw, 3 baju yang tempah aritu dah siap, siap tailor tu wat display kat depan lagi. huhu.. baju chiepani je lum siap jahit. payah kot nak jahit baju si cinonet nih.

ii) berjaya finalise lebih 200++ ubat tuk sebutharga. kematu mata den!

iii) aku buat joe marah semalam. pastu aku kena marah. pastu aku merajuk. pastu aku naik atas tido awal... padan muke! sape suh marah orang... tapi arini dah ok. hihi.

iv) pegi pasar malam, beli laksa limbongan. feberet ol the time!

v) semalam jugak aku berjaya meyakinkan bos taknak masuk Persidangan Dewan penggal-2. hahaha. malas malas malas...

5 perkara yang buat anda gembira:

i) shopping

ii) shopping

iii) shopping

iv) makan

v) jalan2

5 tempat percutian idaman kamu :

i) Vienna, Austria

ii) Universal Studio, Hollywood

iii) Old Trafford, Manchester **ni keinginan joe jambul, bukan aku.. takpekan tulis.. hihi

iv) Belgium ** nak hadapkan kilang cekelat Leonidas tuh. joe jambul dah penah sampai sini. tak aci!!

v) Mekah

5 sebab kamu jawab soalan ini:

i) rasa best nak jawab

ii) sebab eita tag. hihi

iii) tengah takde keghoje

iv) balas dendam malam tadi tak dapat updet. joe jambul punye pasal la ni..

v) ada 4 je sebab yang mampu aku pikiorkan wat masa ni.. takpe ye ta..

5 kawan untuk di tag:

i) kak suhana sharil

ii) kak fikaryna

iii)nina azmil

vi)sarah kalam

v) izzati

korang kalau free buatla ye.. ^__^

Tuesday, July 27, 2010

merajuk =(

salam...

sampai ati... kecik ati ngan korang sume.

keciiiiikkkkkk ati kite.

Monday, July 26, 2010

the GCB madness

salam uols..

beger ni memang sangat sedap. sadap. sedap dan sadap lagik. hihi

GCB... memang jatoh chentaaaaaa.



boley masuk iklan GCB the 2nd tak? (",)


chiepani meraung tak dapat GCB. momi kasi fries bodo je kat dia. wakakaka


cak cak cak... majuk ye bucuk?

abe joe jambul... menikmati kesadapan GCB sampai terpejam2 mata ko ye bang...

nak jugekkkkkkkkkkk...

NGKORANG SUME NI DAH TRY GCB??
**cam batak sangat eyh tanye2 orang camnih. hahaha


Saturday, July 24, 2010

piqah ohhhhh piqah

salam uols..

plan harini ingat nak pegi ke Kolej Matrikulasi Tangkak tengok adik bongsu aku si piqah.

kemarin dia cakap dia kena masuk acara olahraga, KAKOM tuh. eksaited abang ipar dia ajak aku pegi tengok dia main.

sekali pagi tadi piqah text aku cakap arini takde pape event. kalau aku datang pun, takley nak bawak dia outing. hampes betul.

patutnye minggu ni dia dah stat cuti semester... tapi dia tak balik sebab ada sukan. rindula mak aku kat dia. anak bongsu kateeeeenye.

last week dia exam, aku tanya dia.. amacam exam? ley dapat 4 flat tak?

urm..insyaAllah, boley kot. tapi iqa tak sempat jawab sampai abes paper math.. tak cukup masa. paper chemist ngan physics okay, senang.. paper engineering pun boley 'makan' la.. huhu

alhamdulillah... sejuk ati aku dengar. takpela dik, tak dapat 4 flat pun takpe.. dapat 3.99 pun jadilaaaa. wakakakakaka

ekceli, aku ngan adik adik bawah aku memang rapat giler. dan disebabkan paling rapat gakla kitorang je yang selalu memekak kat umah mak, gaduh je manjang.. tapi tak sampai seploh minit gado, baik dah. ley cemolot balik dah sama sama. (O_0)

takpela pikachu (nama gelaran dia masa kecik2) , ko belajar jelah rajin2. sejuk tangan kakak ko yang suap ko makan dulu mase kecik2 kalau ko berjaya satu hari nanti.. kalau ada ape2 tak cukup kat matrik nanti call je. I always there 4 u... **tetibe airmata bergenang. mode sedey plak!

aku tak puas ati. nape adik adik aku ada dimple dalam2, aku takde?? mak tertukarkan orang dulu kat katil spital ke mak?

Thursday, July 22, 2010

cara tangani stress

salam uols..

kenapa panggil 'tangani' , bukan 'kakini' ? heh, wat lawak pulak. straight to the point jolah.

lately ni aku ada problem sikit ngan staff aku. kite panggil dia Adibus. (bukan nama sebenar)

dia memang banyak masalah, sampai taktau nak tangani masalah dia.

berat masalah dia ni, sampai efek kat kerja2 yang aku bagi. tasks yang aku bagi, dia takle nak siapkan dengan sempurna.

aku pulak memang cepat hangin kalau orang wat keje tak perfect ni. kalau betul tak paham, jumpa aku. aku eksplen.

aku ley ajar, dari A - Z, Z-A balik. takde masalah. tapi jangan simpan diam2, last2 output yang ko bagi cam tahpape. bos mana yang tak hangin ye tak? sila ngaku sekarang sape bos yang tak hangin tu, boley aku belajar ngan korang lak cara - cara tak hangin ngan anak buah spesis camni.

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

aku cuba kaunseling dia. guna psikologi instead of marah2 tak tentu pasal. i rili dun like this way okay.

aku korek satu2 masalah dia. but dia macam tak willing nak tell me the truth. so how am I going to solve it? woo puu chi tau!

so aku wat kesimpulan, nak sedapkan ati.. setiap orang di dunia ni memang ada perangai masing2. ada karakter yang berbeza-beza.

ada orang ley overcome masalah, ada orang tak. ada orang pandai tangani stress, ada orang tak boley. stress dia membawa kepada masalah dalaman. hati dia jadi sakit. apa yang dia buat, semua jadi tak betul.. orang sekeliling pun dia rasakan salah semata.. ** susah kan camni?

masa aku pegi induksi dulu, ada kawan yang buat public speaking, tajuknya - cara2 tangani stress.

antara tips yang aku ingat sampai sekarang ada tiga perkara.

satu, kalau kita stress, kita peluk sesuatu. contoh, peluk bear ke, peluk buku ke, henbeg ke, peluk tiang pun okay gak. tak hal.. tapi jangan ada yang ingat korang ni gila. padahal korang nak relief stress je. hihi

kedua, gunakan kaedah aromatherapy. belilah tempat bakar lilin yang ley letak perfume tu. eyh, ape ke nama mendalah ni? aku tak tau la ape korang panggil.. tapi tau kan menda ni? incense ek? eh, incense tu colok.. wakakaka. lari tajuk!! hiks...

ketiga, pegilah shopping. tak kesah la shopping betul ke shopping cuci mata je ke. janji shopping. ni aku suka. memang selalu dipraktiskan.. sangat2 membantu. kalau time tengah bulan aku stress, aku pegi gak shopping. tapi sure stress tu berpindah kat laki aku, sebab poket ni yang aku haruk. ^_^
mau meroyan joe jambul...

keempat, tido. jangan makan pil tido dah. banyak side efek bahaya. no no no ye!

kelima, cari seseorang tuk korang luahkan perasaan marah, geram, benci semua tu. make sure cari orang yang sudi mendengar masalah kita. kalau dia takle nak settlekan pun takpe, at least kita dah luahkan.. konfem rasa lega pastu. ini seriyes!

eh, cop cop. tadi aku cakap aku ingat tiga perkara je.. tapi apsal ada lima lak nih?

hurmmmm.. tu aku reka sendiri la tuh. hahahaha

korang rasa, staff aku tu baca tak luahan hati bos dia nih?

kalau dia baca kan best... harap2 esok lusa dia dah tak stress kannnnn.

Wednesday, July 21, 2010

jangan risau kalau anak suka kutip menda2 atas lantai, pastu masuk mulut

salam uols..

Q: My toddler constantly puts things in her mouth, including stuffs he picks up from the floor. I am worried he will get diarrhoea. Should I sterilise everything in sight?

haaa... engkorang mak2 sume mesti penah ada pengalaman camni kan.. aku pun sama...

chiepani pantang nampak menda atas lantai, sume dia sebat masuk dalam mulut..

ko sebut jelah, ape yang dia tak penah makan.. bulu kucing tu takyah cakap la, sekoyan dah.. dah jadi furball kot dalam perut dia. muakaka. tu tak termasuk bulu2 manusia dalam umah tu. hahahahahaha lagi gelak besar.

jangan kata bulu kucing, biskut kucing aku pun dia belasah. kalau ko tengok dia diammmmmm je kat dapur, maknanya dia tengah buat sesuatu. tengok2 dia tengah duk bersila ngadap mangkuk biskut Agus @ Kecik kat dapur, duk suap masuk mulut dia cam makan nasi.

pantang lepa budak ni!

tapi camne la kita nak asik doplohpat jam ngadap je ape dia buat kan.. sangat tak logik.

takkan nak mop lantai, vacuum carpet pat kali sehari? disinfect kerusi, meja, kitchen kabinet sume2 tu setiap masa? imposibel.

takkan tiap2 kali dia pegang mainan yang bersepah atas lantai, kita kena angkut dia pegi sink tuk handwash? lotih den!

ari2 ke nak kena rendam mainan mainan dia dengan dettol? uh nehi nehi nehi

maka jawapan kepada persoalan persoalan di atas (soalan realiti ni tau) adalah;

A: even ko keje tanpa henti bersihkan umah, adalah imposibel untuk korang sterilise kan sume menda especially satu rumah. in fact - it is not necessary pun..

pecayalah pada sistem immune anak korang. sistem immune diorang boley tolerate ngan sume household gems. just enough kalau korang boley sweep ur house floor daily pun okay!

anak2 kita punya growing curiosity menyebabkan mereka sangat suka ambil apa sahaja yang ada depan mata, termasuk yang ada di lantai, then masuk dalam mulut.

yang penting, kita make sure barang2 yang bersepah atas lantai tu, bukan menda2 yang membahayakan contoh; pisau potong daging , skru, botol kaca, butang baju or anything yang harmful pada dia..

tapi tips ni hanya untuk anak yang main dalam rumah je, tapi kalau anak2 yang dah stat main kat luar umah, den belum kaji laie.

nanti tunggu chiepani pandai main kat luar, aku wat kajian lak.

tapi dulu masa aku dah pandai main kat luar, bergelumang kat tanah sume, mak aku mudah je cara dia ajar.

sediakan ROTAN or TALIPINGGANG.

hahahahahahahaha.

Monday, July 19, 2010

pap smear? tak sakit pown...tak pedihkan mata...

salam uols..

pap smear? tak sakit pun... tak pedihkan mate... (sile baca macam budak dalam iklan shampoo johnson's tu. hehe)

seriyes beb, pap smear langsung tak sakit.

well, mula2 tu memang saiko la sikit. aku duk bayangkan doc akan korek2 dalam2, sebab nak amik smear uterine wall tuh kan..

dalam hewan mana ada wat menda2 ni, so aku langsung takle nak bayangkan keadaan tuh.

masa sampai kat suite gynae nih, aku stat dah rasa macam2. nak terkencing la, nak terberak la, nak tido la. macam2 perasaan.. gile stress okay.

bile masuk je jumpa dia, start la dia punya ceramah. bla bla bla bla... paling tak tahan, bile aku tanye dia tentang aku dah ter'miss' makan mercilon dekat 2 minggu.

aku: doc, camne saya nak stat balik pil nih? dah 2 minggu saya miss.. takut terpreknen la..

doc T: lepas u period last month, ada ehem ehem sama husband tak?

aku : ada.. tapi kitorang memang amik semua precaution tu...

doc T : that means ur husband withdraw la?

aku: yup! and plus kami ada pakai protection gak.. lagipun saya tak ehem ehem masa subur.. ** korang pikir sendiri la ape protectionnye ye.takkan aku nak cakap gak...

doc T : but u kena ingat, once u dah delivered, u punye hormone cycle dah tak macam dulu.. u punya tempoh subur pun dah tak sama..

aku : oic... so macam mana doc? bile saya ley start semula makan mercilon ni?

doc T : ok, u have to wait till ur next period.. if u period, u stat makan balik masa day-5. tapi kalau u tak period, u kena wat pregnancy test la..

aku : (pandang2 joe.. dalam hati nak aje cakap, OH MY GOD, HARAP2 LA PERIOD. hahaha.) mmm, okay doc..

doc T : btw, u all plan nak ada berapa anak?

aku&joe : kami ingat nak ada 2 orang je... 1 girl, 1 boy..

doc T : mana cukup 2 orang je... dulu I pun pikir camtu.. but then bile dah tua2 ni, rasa sunyi pulak bila anak semua dah pegi abroad sambung stadi..kite takde kawan kat rumah... so u all patut dapat lebih ramai lagi...

aku : mm, yelah.. nanti kami pikirkan.. (dalam ati aku cakap, taknak!taknak! hahaha)

my gynae juga bagitau tentang sume kaedah perancang ni.. dia cakap the best is makan pill (oral contraception). kalau kaedah inject or masuk IUD tu, dia sendiri tak galakkan. ok, tengkiuk doc. noted.

dah abis kena consult, bermulalah adegan korek2 tuh. doc suh baring. baring posisi cam nak beranak dulu.

lampu sume dah nyala. suspen giler! joe jambul bantai sengeh je kat sebelah. sukelah kau kan kaum lelaki, takyah der nak kena wat2 test cenggini..

mula2 doc scan dulu.. check2 kot ada baby ke.. eh.. check2 kalau ada growth ke hape..

dah abes scan, aku nampak assistant dia bawak vagina speculum tu. berderau darah mak!

aku biasa tengok mendalah ni kite guna kat hewan, tapi arini, menda tu diapply pada mak punye pulekssss. hikssssss ngeri ngeri melihat alat tuh. ** amacam setakat ni? anda berani? hihi

sekali bila doc tu stat masukkan je menda tuh kan.... rasanya kan... rasanya... rasanya adalah...

hmmmmmmm tak sakit pon! seriyes, tak rasa ape2.. tau2 dah abes.. die suh pakai spender balik.

aku siap ley tanya, "dah ke doc? kejap nye.."

dia cakap yelah, dah siap.. u nak buat ape lagi? hahaha. malu I.

so doc bagitau result after 1 week baru dapat. tunggu dan lihat. harap2 takde ape2. amin.

sume sekali kena rm 110. murah la kowt. tapi tak sure camne breakdown charge tu, resit kat abe joe jambul. kate dia bayaw, aku malas nak amik port la. diam2 sudah.. ^_^

so, kesimpulannya aku nak cakap, pap smear ni memang langsung tak sakit. sakit lagi time.. errr... time malam... errr.. malam jemaat. wakakakaka.

kepada yang belum buat tu, silalah buat ye. pap smear ni kita kena wat yearly. takyah takut2 okay. trust me, sumpah tak sakit..

tamat dah cite pengalaman pap smear..

balik tadi, kami pegi lunch kat kopitiam baru, dekat je ngan area umah kitorang. boley tahanla tempat ni, and ada banyak pilihan gak. harga pun tak berapa mahal.


suasana dalam Old Malacca Kopitiam. masakan dia more to Baba n Nyonya dishes.

aku makan cendol ngan assam pedas pari. abe joe makan mee udang. memang ho liao!




p/s: maafla ye, entry kali ada sedikit lusyah. tapi masih di tahap yang tidak membimbangkan pemikiran orang dewasa mahupun kanak2 bawah 18 tahun. harap maklum.

mengantuk giler ni weyh!

salam uols..

pagi ni, status fb aku adalah ---> Zue Hantu Kuceng is a koala bear.

bahasa melayu nye, Zue Hantu Kuceng adalah koala bear.

sejak bile ko tukar spesis ni? ish ish ish.. nauzubillahiminzalik.

bukan betul2 tukar, tapi pagi ni aku rasa mata aku ada sama ngan nate tu.

penyebabnya tak lain tak bukan, chiepani anak dara aku tuh.

dari malam tadi sampai ke pagi ni, selang sejam dia merengek siap menjerit.

mula2 dedi tido sebelah dia. last2 dalam lebih kurang kul 4 pagi tadi, aku pulak baring sebelah dia.

kesian kat dedi, kasi chance dedi tido aman pulak. ingatkan bile aku baring sebelah dia, dia nak tido elok elok. bertambah hampeh lagi adalah.

kali ni, selang setengah jam dia okk ekk owk ekkk aaaaaaaaaa!! **sambil menjerit okay.

peh, cube bayangkan, aku langsung takle nak tido. kalau la opis ni bapak aku yang punye, kompom aku datang kul seploh pagi ni. tapi malangnya opis ni bukan opis bapak aku, jadi kena gagahkan diri masuk opis ontime. eceh.

aku tak tau nape chiepani wat perangai camni. padahal before ni okay je. makin besar makin ngada2 tau. nak kata sakit perut, petang semalam berak 2 kali dah. nak kata lapar, semalam aku rasa dia terlebih makan.. sampaikan jagung aku pun dia sebat.

abes tu kamu kenapa chiepani? ape yang kamu rengekkan? nak tunggu mak ko ni tukar jadi wolverine ke baru ley tido leklok? hihi... tetibe wolverine la pulak..

jap gi kul 9 aku ada meeting. wahai tuan pengerusi, ampunkan patik jika sekiranya patik kelihatan seperti menangguk ikan di ayer yang keroh. eh, di dalam bilik mesyuarat. sesungguhnya anak dara patik buat perangai malam tadi, lantas patik tidak mendapat tido yang cukup 8 jam. orang dewasa kan kena tido 8 jam. kalau kurang, nanti tak produktif efektif di siang hari.

bos, ley pakai tak alasan saya ngantuk dalam opis ni? tolongla tima.. plis.. plis..

lagi satu kan bos, kalau boley, saya harap sangat meeting pagi ni habis cepat. kul 12 saya ada appointment ngan gynae, nak wat pap smear.

PAP SMEAR??? takot! takot! taknak pegi ley tak?

ngee~~~ ngeri!!

eh, tadi cite pasal anak. ni termasuk bab meeting ngan pap smear pulak. nampak sangat aku berada di bawah paras sedar ketika menaip blog nih. sori sori.

cite balik pasal anak.

chiepani dah genap 1 tahun, 1 bulan. dah banyak pandai sangat, dah banyak noty sangat. seriyes, tak larat nak layan dia main. dedi cakap dia macam budak laki laki.

chiepani jugak dah paham simple2 direction yang kita bagi kat dia.

contohnye, kalau tengah merengek2 nak minum susu, di kala kite tengah asyik terlentang depan tv malas nak bangun, aku panggil dia and cakap;

"chiepani, come to momi. bring ur bottle here... come sayang, come.. "

jap gi ko tengok, chiepani datang terkedek2 bawak botol susu dia, baring sebelah kita.

kalau chiepani ajak main bola ngan dia, tetibe aku terbaling jauh bola tu, aku akan cakap,

"chiepani, take ur ball sayang.. the green ball ye.. give it to momi " ** ada dua bijik bola, satu lagi kaler merah, so kena bagitau which one.. kalau tak dua2 dia pegi amik nanti

nanti bile dia dah amik bola tu, aku akan jek2 dia siket... "chiepani gud girl, smart girl! "
jam2 tu gak dia tepuk tangan dia.. hepi la tu kena puji2. budak2 memang camni kan, kalau dia ikut arahan kita, kite kena puji dia, bagi compliments sikit. dia akan rasa perbuatan dia dihargai dan ambil dengan positif setiap arahan kita beri.. eh, paham ke ape aku cakap nih? aku pun tak tau camne nak explain nih.

tapi yang penting, jangan marah2 kalau dia takley ikut arahan kita. kena banyak sabar. mesti try n error. macam ajar dia salam siap kiss kita, bukan sekali ajar die terus pandai. megik la sape ley wat camtu.. kena ajar tiap2 ari, baru dia ingat.

overall aku sangat hepi ngan perkembangan chiepani. dia senang di ajar, n mudah belajar. terang hati.. alhamdulillah.

tapi dalam pada mengajar ni, ada je idea yang dedi nak duk pedajal nih. bile chiepani mintak nak makan, chiepani akan cakap " mamam, mamam.."

"chiepani gi dapur, wat bubur sendiri.. kan dedi dah ajar aritu..."

ewah ewah ewah... sajaknye kau johari ye. agak2 la nak bagi arahan kat budak nih. buat memain lak yeee... ape abang ingat anak kite dah seploh tahun? dah pandai nak tenggek periuk sendiri atas dapur?

tapi yang sebenarnya aku tau, dedi tu nak perli momi dia. sebab sejak chiepani ni dah pandai dengar arahan kitorang, momi semakin menjadik2 malas nak bangun. kalau dah baring tuh, uiii beratnye montot ni nak bangun buat susu segala. hik hik.

makan dalam woooooo dedi punye perli. takpe2.. ada ubi ada batas, ada lori ada bot, ada shopping mall ada troli, lain hari momi lak nak perli.

tungggguuuuuuuuu!!!

Sunday, July 18, 2010

weekend, duk umah.. sungguh nikmat rupanya.. hihi

salam uols..

akhirnya, kami berjaya gak duk di umah pada hujung minggu. statement apekah ni?

memang sangat best sebenarnya tau bile dapat duk umah ni. sampaikan pagi tadi masa kitorang pegi brekfes kat kedai depan umah ni, jiran kitorang siap tegur,

"korang tak pegi mana2 ke weekend ni?"

kikikikikiki. kelakar betul. dah la weekdays tu memang payah nak nampak muka, bertegur sapa ngan jiran2. mana taknye, asal balik keje je, terus memasing membongkang dalam umah. penat la sangat kengkononnye tuh.

so, weekend ni ada chance la nak beramah mesra sama jiran2 sebelah. mesra gitew.

semalam dengan bahagianya aku ngan chiepani bangun kul 8.30 pagi. sorgaaa dapat tido lama2 nih. tapi celik mata tengok abe joe jambul takde kat sebelah. huh, mana pulak orang tua ni pegi..tengok bola ke hape..

rupe2nya bile turun bawah je, tengok2 atas meja dah siap dah cekodok udang plus teh 'o' panas lagik. mmmm.... susah2 je.. tengkiuk abe joe! terharu betul..

pas sarapan sume, kitorang macam secara tak sengaja 'terkeluar' gak dari kawasan taman, tersampai dekat Mahkota Parade, dan secara tak sengaja, terbeli handbag satu lagi. wakakaka. kata nak duk umah zuraidah! tipu... tipu..

tapi ada berite best tuk korang taw...

beritenya adalah; kepada semua shoppaholic woman cam aku, kat MP sekarang ada sales brand Bonia ngan Sembonia, up to 70%. kat tempat lain seriyes takde sales ni. pecayalah. sales sampai arini saja, ahad 18/7/2010. diorang sales sebab outlet Bonia ngan Sembonia tengah direnovate.

maka dengan kerana sales itulah, aku terpedaya sekali lagi, lantas terbeli satu handbag Sembonia, ada less 30%. sekian terima kasih. (Bonia tak minat coz cam makciks2 je design dia. haha. matikkkk kena saman ngan Bonia ni kang..)

tapi kami keluar pun tak lame.. ** sile pecaya. ngeh ngeh. coz petang aku ada plan mau masak kerabu sotong kegemaran kalbu. menjadi resipi tu. kite suke sangat taw. ^_^

dedi pulak masakkan bubur tuk chiepani. chiepani suke bubur yang dedi masak je. sob.. sob.. sampai ati chiepani.. betul tau.. aku tak tipu. nanti ada yang kata aku mak pemalas pulak. huhu... tak relaaaaaa..


kalau makan tak penahnye tak bersepah. comot gile kalau makan. kite yang suap ni pun sekali jadi comot. chiepani kalau makan, mesti sediakan satu set mangkuk sume kat dia. bagi dia main, baru ley suap dia makan ngan aman. kalau tak memang kena bersilat nak kasi dia makan.

harini pulak, aku masak nasi ayam tuk lunch. nyum nyum nyum. joe jambul cakap sangat sedap siap suh bukak kedai jual nasi ayam. siap tambah 2 kali.. ** ala, tau dah.. jek je tuh, nak suh aku masak ari2 sebenarnye. tektik, tektik..


close-up siket kat part ayam. saje kasi korang terliur. ngeh ngeh ngeh

jap gi nak sambung kemaskan bilik bawah tu. banyak lagi nak kena kemas upenya.. ada volunteer nak tolong? aku upah kasi nasi ayam. okay tak? (^.~)

Friday, July 16, 2010

sana sini ada cerita pasal durian ...

salam uols..

cite pasal durian ni macam dah basi je kan.. tapi mak tak feduliks, nak cite gak pasal durian ni.

ngeh ngeh ngeh

last 3 weeks, petang pas balik keje, ayahtok chiepani call, suh balik segamat.

ni mesti atok indukan chiepani kan.. atok chiepani ni sangat bizi... asek masak je dia. jadual atok memang full. sana sini orang order dia. cam chef wan dah..oleh itu, demi tidak mahu menghampakan ayahtok, kami sebagai anak dan menantu yang baik lagi mithali (eceh!) berangkut gak balik segamat petang selasa tuh..

seb baik segamat ngan melaka tak jauh, sejam je dah sampai..

sampai2 je, ayahtok ngan tokmak suh kami makan dulu.. ni yang best nih! pucuk dicita, ulam mendatang.hiksss... momi ngan dedi takde tunggu, terus zassssssssssssss.

solosai makan, ayah joe bawak pegi belakang. tadaaaaaa... upenya ayah joe dah siap belikan durian tuk kitorang. bukan sikit, 30 kilo tau!

huih, bestnye. aku ni dah la hantu durian. very the memahami kan ayah mentua I nih. sayang ayah.. (tetibe time ni nak sayang kan...)

the duo. ayah dan anak.

ni yang ayah dah siap tapau, isi dalam tupperware. aku kalau makan durian, kena simpan dalam peti ais satu malam. baru feel nak makan.. gile sedap makan durian sejuk2 nih. korang makan durian camne?

malam tu, penuh boot keta isi durian.. seb la 30 kilo, kalau dibuatnye 3 bakul, haruz sewa lori malam tuh balik melaka.. ^__^

dulu kan, masa aku preknen, mak memang larang makan durian. tapi aku kan degil tak makan saman punye orang, tiap2 minggu aku belasah makan durian.. joe jambul pun layankan je. makin menjadi2 la aku. haha. tapi masa tu dah 7 bulan.. kalau baru2 tu takut gak nak makan.


pic ni takde kaitan ngan cite durian. saje letak. ni pic semalam, pegi JJ Bandaraya Melaka. semalam aku tension gile ngan satu orang voodoh kat opis tu. malas nak cite, kang temperature ni naik balik.

so balik je umah, terus ngadu kat joe jambul, then joe jambul ajak pegi shopping. well, he knows me well... in fact, dia seorang je yang sangat memahami diri ini..thanks so muchhh my joe.. muuuuahhhh...

Thursday, July 15, 2010

esok saya adalah cuti... hooray!!

salam uols...

adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa esok saya akan bercuti.
yahoo!!!

jangan jelez sebab joe jambul cuti sekali bersama2. hik hik. boley nak romantik2 kan...

ekceli cuti sok bukan nak duk bersantai kat umah. banyak menda nak setel.

sok nak pegi car showroom aritu.

pecaye tak, keta nak release next month (alhamdulillah, syukur!), tapi kami tak test drive lagi?

hahaha. teruk kan?

then nak pegi setel beberapa hal umah. banyak nau pendingnye. ate sibuk bebenor kome berdue ni ye yeop ngan yong nye nih ha... ^_^

sabtu ahad pula adalah hari duduk rumah, kemas umah. dah 3 minggu straight weekend kami takde kat melaka. so plan minggu ni nak kemaskan bilik bawah tu, room no.4..

bilik ni dah jadi our 2nd store. banyak gile barang yang tak digunakan sumbat dalam ni. sampai stor sedia ada pun termuntah2 nak terima barang. opsyen nye, tumpang sumbat kat bilik no.4 ni.

kalau ikutkan bilik ni nak buat bilik bibik (eceh! verangaaannn. tah bile nak ada tuh!). katil, meja, penyidai baju sume complete dah dalam bilik ni.

tapi lately kami peratikan bilik ni dah semakin nazak. hahaha. maka sesuatu haruz dilakukan.

dah bincang2 ngan joe jambul, maka kami decide nak turnout this room jadi our childrens punya playing room. menarik kan?

jadi misi this weekend adalah keluarkan sume barang2 yang tak diperlukan termasuk la katil tu sekali. tapi mana nak letak katil ngan furniture lain dalam nih? hadoiiii tak terpikir pulak semalam ye!

takpe2. kang dah kemas2 tau la mana nak letak tuh.

since barang mainan chiepani dah semakin banyak berlonggok kat her room, and momi pulak terhengen nak belikan mainan gelongsor2 ngan buaian kecik tuh, (geramnye tengok mainan budak2! hihi), so kalau dah kemas bilik ni, boley la kami deco semula.

momi plan nak letakkan mini book shelves dalam bilik mainan ni. sebab buku kanak2 chiepani sangat banyak. sekarang buku2 tu sibuk je tumpang kat momi punya bookshelves. **momi kedekut ngan anak sendiri. keji kau...

then nak cat semula, letak pic wall, lighting sume, sure comeyyyy. tapi nak cat2 ni tunggu dedi cuti lagi. dedi bisa pengsan kalau mau buat semua sekaligus. ngahahaha.

tadi aku gugel dalam tenet, childrens' playing room, so jumpa gamba ni. sangat menariks.. mak sukeeee.

boley momi tiru siket siket kan chiepani.. suke tak chiepani?


Wednesday, July 14, 2010

cis! blogspot ni buat perangai lagik..

salam uols..

aku ingat kan aritu mizah ngan faza je ada problem takle nak post comment kat blog aku.

rupenya ada lagi.

aku ingat problem pc kat opis ke hape.

balik umah aku try test nak komen sendiri, rupenya kejadian itu BENAR belaka.

aku dah komen panjang2, tetibe bile post, menda alah tu ilang tah ke mana.

bedebah kamu! hampes, hampagas, penyapu sampah, pengetip kuku!

okay, cukup. takle marah banyak2 blogspot nih. kang merajuk langsung blogspot ni, matik aku.

inilah tempat luahan perasaan aku...

hiks.... (^.~) **jangan majuk ye! cup cup cup..kiss montot die..

Tuesday, July 13, 2010

banyaknye pilihan....rambang la mata nih =)

salam uols...

lately ni aku sangat terpengaruh dengan order2 barang thru online nih.

kalau tengok kat fb, melambak2 diorang nih jual macam2 menda.

paling banyak, kids clothes, tudung, toys, pen pun ado! hahahahaha

pandai they ols buat bisnes eyh? aku pulak jenis yang sangat mudah terpengaruh dengan perkara-perkara begini.

aku rasa dalam bulan ni je dah 3 pasang baju anak aku order online, tapi sumenya dilakukan secara bersorok2 dari joe jambul. mau mati kah kalau bagitau dia?

actually dia dah pesan aritu, sayang jangan beli lagi baju2 chiepani tau... penuh dah almari dia.. abang baru je beli aritu, tengok2 sayang beli lagi...

hiks... maka aku dengan penuh dramanya menjawab, yelah.. orang tak beli dah. ni last ye bang...

tu dialog seminggu yang lepas tau.

tup tup minggu ni aku duk mengorder online pulak. matikkkkkkkk ko zuraidah. mana aku nak selit baju chiepani ni kengkawan?

seb la otak aku ni pandai berfikir (eceh!) .. aku letak address opis. jadi nanti parcel tu sampai kat opis. takde la tetibe terconggok kotak tu dalam peti pos kat umah. hihi

nanti baju2 chiepani yang sampai tu aku sorok letak dalam almari bilik no.3... joe jambul jarang masuk bilik ni. pandai kan saye.......

udah2 le ye korang promote barang2 kat fb nun.. saya ni tak kuat iman!!

babai. nak naik atas dah, gosok baju tuk sok..

veterinary officer - bukan rawat binatang je!

salam uols..

sebenarnya tajuk tu takde kaitan yang relevan sangat ngan entri nih.

belasah je buh tajuk, janji bertajuk. boley ye cenggitu. ^_^

cume aku nak cakap, yang bidang tugas seorang veterinar ni adalah sangat2 luas.

jadi, sila promote anak korang jadi vet. eceh!

chiepani chiepani, dah besar nak jadi ape ye nak?
model!!!!

uik, apekah kau ni? model? model pakaian dalam? model pakaian muslimah? model makanan segera? america's next top model? model gadis melayu?

hahaha. mak ko dah biol sekarang, jangan layan. okay, back to the story.

tadi aku pegi wat joint inspection kat satu food processing plant nih. dekat je ngan area opis, tak sampai 15 minit dah sampai kilang nih.

sape penah makan product from this company?

aku penah makan bubur segera dia je. time matrik dulu kot. sekali tak sangka daa, rupenya kilang dia ada dekat je ngan opis aku. dah lebih doploh tahun pun beroperasi...

jeng jeng jeng... sila jelez. GM company ni yang entertain kitorang masa wat inspection tuh kasi 1 plastik beg produk2 company dia. sukeeee!!!

company ni keluarkan makanan kesihatan. sume based beras perang. siap ada letak spirulina sume.


ni produk minuman 3 in 1. ada spirulina, ginger ngan barli. aku tak try rasa lagi. yang ginger tu kalau minum bagus kot.kasi keluar sume hangin dalam badan nih. tapi awas! jangan minum di opis... kang terkentut2 dalam bilik naye je... @__@

sape yang malu? hakak ko gak....

Monday, July 12, 2010

jangan pakai baju merah, memang rasa nak marah

salam uols..

ha, tajuk ada macam pemenang pantun kebangsaan tak?

cepat cakap ye, sebab aku tengah marah ni. haha, gile siap ugut2 pulak.

sebenarnya marah tu siang tadi je, malam dah okay semula.

ko ni asek marah je ye zue, nanti sume orang larik takut takmo kawan sama ko, baru ko tau...

uhuks, jangan la camtu, aku tak marah kengkawan. aku marah kat sistem plus orang yang running system tuh. (sile jangan kecik ati sama saye tawwwww.)

memula aku nak ngadu pasal kebodohan kelalaian aku sendiri.

tengahari tadi pegi kwsp, nak hanta borang bayaran PTPTN tuh. dah siap amik nombor sume, sekali time akak tu check2 dokumen sume, rupenya surat pengesahan tu dah expired!

haloh haloh marahnye aku. grrrrrrr. rasa nak geget2 je mesin no. giliran kat kaunter tu tadi. cam shelakes je, nape tak habaq siang2 borang tu valid sebulan je??

okay, takpe. balik opis semula. sambung keje.

masa kat opis, aku bukak surat2 yang tak sempat nak baca kat umah. ada satu surat ni, sangat menyebabkan aku rasa cam nak pegi jam2 tu gak jumpa customer service depa, pastu lempang laju2 muka dia lapan ratus lapan puloh kali. cukup?

surat bayaran dari Diner's Club suh bayar rm150.00.. wtf betul la diorang nih. pekehalnye aku kena bayaw pulak nih... aku dah terminate kad tu since Feb 2009 lagi, surat sume ada. sadap je suh aku bayaw2 ye.

bile aku call je, sume memasing tak ngaku cakap ada terima surat termination tuh. last2 diorang sambung call aku kat somebody, bank officer la kot. die speaking2, aku tengking2 sume, baru dia ngaku cakap yang charge2 tu sume boley 'write off' since aku dah terminate and sesen pun aku tak penah pakai kad tu.

die cakap charges tu adalah annual fees plus government service tax. uii sajaknye charge2 aku ye, sedangkan aku takde pakai pun kad tu. buat hiasan dalam purse je. dah la aku hanta surat termination tu dah setahun, mana dia simpan surat tu pun aku tak tau.

tapi takpe, yang penting aku takyah bayar pape. don't play2 with me ye. suka suki nak amik duit I.. mak tak relaaaaaaaa.

lagi satu, pasal internet banking ni. disebabkan oleh servis cimbclicks yang tahpape je sejak akhir2 ni, maka dimaklumkan aku takley nak on fb dan blog siang tadi disebabkan aku takle nak menopup broadband aku.

tu tension kuasa doploh lapan tau! giler merana tak dapat tengok fb sehari. @__@

dah la cenggitu, aku usahakan gak, transfer duit ke akaun maybank2u. ingat boley gak nak topup.

ghupe2nye cam shiool gak. aku tengok2 transaction tu ada pending.

uwaaaaaaaaaaaaa. ** hentak2 mouse.

nak keluar bawak keta pegi kedai beli topup, sangatla kemalasan. cuaca sekarang ni tersangatla panas. gua kan puteri lilin, tak rela u... cair la mekap2 mak sume nanti. hiksssssssss

last but not least, (cehhh..macam tulis email bagi auditor pulak) aku marah kat customer service satu bank nih. nama di rahsiakan. ceh ceh ceh.

aku mintak statement dah dekat setengah tahun, diulangi setengah tahun, bukan setengah bulan, tapi sampai arini bulu idung statement tu pun tak nampak dalam peti pos umah aku.

ape korang buat weyh? korek idong doploh pat jam? kire jumlah bulu idung yang terkeluar2 tuh? baca katelog avon, nutrimetics, tupperware sume tuh? bisnes kerepek pisang kat opis?

tunggu korang ye, sok aku nak haruk satu department tuh.

dah, penat aku kerah otak ni tuk marah2 seharian. mak nak pegi solat jap, bertobat. banyak dah dose nih mengamuk satu hari..

thee.. thee.. thee...

** garang ke aku nih?

cak cak cak... ni muka orang yang pakai baju merah lepas tu marah marah sebab sume orang buat dia jadi marah. tapi kalau marah, nape cik puan boley senyum bajet cam artis nih???

Friday, July 9, 2010

aku memang sukekan PETAI

salam uols...

petang tadi balik keje aku pegi pasar malam kat Taman Merdeka.

niatnye tak lain tak bukan adalah untuk mencari petai. ye, PETAI.

stok kat umah dah abes. harus diganti secepat mungkin. hihihi

ada yang tak suka makan petai?

RUUUUGGGGIIIIIII korang!


tapi kan, arini aku rasa macam jakun sikit. sebelum ni selalu je beli petai, tapi kali ni kan, size petai ni memang kebaboom la. extravaganza seh. ko tengok gamba atas tuh, sikit punye panjang... kussssss semangat!

selalu nye kecik2 je. kalau ada pun yang matanye jenis besar, tapi pendek2 je sepapan.

ni sepapan bapak punye panjang. ni petai spesis ape? ni kelorga dinosaur kah?


see, dia punya mata, humak ai... lagi besar dari syiling lima posen. lebar pulak tu.

aku dah bajet2 ni, resipi nak masak ngan petai besar gadang nih.
antaranya; sambal tumis udang petai. pehhhhhhhh kompom jilat lutut!

dulu kan, time sekolah petang (form 1&form 2), biasenya pas lunch terus bersiap pegi sekolah.

aku ni, siang malam pagi petang makan nasi mesti ada petai. seb baik makan nasi lemak aku tak letak petai. tu melampau. tu dah masuk kategori pemakan petai tegar.

masa tu, berkoyan gula2 aku isi dalam poket baju kurung, nak ilangkan bau petai punye pasal.

korang tau jelah, kalau bercakap ngan kawan, sah pengsan kawan ko time tu gak! bau dia memang satu toilet haru biru. wakakakakaka.

tapi kan, petai ni sebenarnya banyak sangat khasiat.

antaranya, ia mengandungi kandungan protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, selain itu kandungan kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C juga tinggi.

kalau ikut perubatan melayu, petai juga berkesan untuk merawat sakit jantung dan kencing manis, juga mencuci buah pinggang.

bagus juga untuk rampingkan pinggang, slim badan, buang lemak, kasi muka cantik berseri cam rozita che wan tuh! eh eh, takde2. ni aku je yang pandai2 tambah. ^_^

kot nak jadi rozita che wan, kena makan sendayu tinggi la. makan petai semata tak jadi der...

selain itu, ia juga berkesan untuk mengeluarkan cacing dari kanak2. (info dari wikipedia.org)

boley jadi ubat cacing ek? bagus! chiepani, meh sini, momi ajar makan petai nak.........

takyah beli ubat cacing kan kan kan?

huhu. selamat makan petai! cubelah, mana tau lepas ni jatuh chenta kan...

chiepani nak pegi jalan2 lagi ye...

salam uols..

oh sangat menjelezkan tatkala melihat dua memberku baru pulang dari coti2 di pulau ye.

haha.. kemain tengok miq ngan si harith pegi sunburn2 eh salah, sunbathing ye...

ni aweks diorang pulak nak pegi jalan2 2nd time tuk tahun ni. setahun momi dedi memang allocate tuk pegi trip sebanyak 2 kali (cukup tak 2 kali chiepani?)

seperti yang dijanjikan, ni hadiah from dedi tuk chiepani sempena first birthday dia.

momi punye tugas as usual adalah booking hotel. dah settle pun! momi ko bab berjalan ni memang sangat pantas. kire terhebat terlaris di pasaran la mak ko ni haaa.. untung tak joe jambul?

untung la tu kan bang, sebab takyah pikir camne nak simpan duit, tak sempat2 nak simpan momi dah pikirkan ke mana nak dilaburkan.. hahahaha. gedebush!

tapi chiepani tak pegi sunbathing2 nih. momi tak kasi. sebab nanti momi dia tambah2 tan pulak. dah la mak ko ni sedia golap, kang dedi tak nampak momi naye jer.. gigi je nampak malam2.

chiepani akan berangkat insyaAllah this coming hari raya. cuti raya kan panjanggggg. so sesuwei sangat nak gi time nih.

dah bajet cam mat saleh pulak kitorang ni. orang hari raye beraya umah sedara mara, kitorang kemaruk nak pegi berjalan. fedulikksss.

lagipun masa raya collection chiepani macam.. ehem, ehem, ehem...
sendiri mau ingat. kalau tak cukup bajet tu kang, momi sadakallahallazim kan aje duit raye tu ye.
muakakaka..



** baru ingat nak pegi berlibur dekat malacca wonderland. tetibe dapat panggilan kena balik Johor sok. maktuk joe sakit. cepat sembuh ye maktuk!

Thursday, July 8, 2010

orang mengidam pun tak camni...

salam uols..

KERABU SOTONG TERBAEK DI DUNIA!

rugi sangat sape tak makan nih.

kalau datang melaka, silalah ke kedai Merah. owh, my feberet kaler kan..

harusla suke sangat! ^__*

lokasi : berdepan dengan terminal airport batu berendam. seberang jalan je. kedai yang ada akuarium besar2, ada wakaf banyak.

menda ni wat aku asik nak makan jer. kalau balik umah mak klang or johor, sure teringat2 kan kerabu nih.

pegi kursus ke meeting ke, asek la terbayang2 kesedapan nye.

memang ada UMPPPPHHHHH!!!!

** tokey kedai, sila bagi komisen kat saya sebab tolong promote ini.

bapak borek, anak rintik...

salam uols..

report dari seorang dedi kepada momi;

dedi: sayang, abang noticed yang chiepani ni memang banyak ikut perikut abang la..

momi: yeke? ape je? yang orang tau die kuat makan cam abang... belasah je sume menda pun nak makan...

dedi: ada lagi... dia ikut ape abang buat.


momi: contohnye?

dedi: tadi abang bagi dia makan roti. ada roti jatuh kat atas carseat dia. beria2 dia korek yang dah jatuh tu... abang bagi roti baru dia taknak...

momi: ha? sah! ikut perangai dedi.. suka kutip balik menda dah jatuh. eee!!

dedi: hahaha (seriyes gelak besar mamat nih) . like father like dotter.......

hampeh punye bapak, suka nau ajau anak bukan2. aritu kasi makan eskrem semangkuk.

bahaya tau tinggalkan mereka berdua2 ni.

risau momi. pasang cctv je eloknye nih. ^__^

Wednesday, July 7, 2010

hutang bertimbun

salam uols...

napela si pemiutang ni tak reti malu ek?

kita yang memberi hutang pulak rasa malu pikir cara camne nak collect hutang...

dunia dah nak terbalik kan...

wahai Pn. Sukehutangmuketaktaumalu, ngan laki aku ko ley main2kan die.

cube ko main2 ngan aku pulak. nak?

btw, thanx pada semua kawan2 di fb yang bagi idea2 dan komen2 bernas. ada gak yang kelakau2.

thanx buddies.. u guys memang rawwwkkk!!















meh ustazah lantik sendiri ni nak share sabda Nabi Muhammad S.A.W;

"diampunkan semua dosa orang yang terkorban Syahid kecuali orang-orang yang berhutang..."

"bila seseorang itu berhutang, bila berjanji ia berdusta, bila berjanji ia mengingkari... "

renung2kan la ye wahai femfuan....

Tuesday, July 6, 2010

demi keranamu suwaibah besah, kakakku.. hahaha

salam ceha,

aku malu sebenarnya nak wat entry buh gamba nih.

tapi demi kerana ko, aku wat gak. ^__^

ni la henbeg tuh. sama tak cam yang ko pegi survey? aku dapat 10% discount. suke!!!

ni aku zoom dekat sikit. ni medium size. yang large memang dah abes.

ceha minat tak? kot minat jom pakai sama2. kang raye kite reunion kat umah ko (idea joe nih!haha),boley kite posing sesama. kan hakak kan kan kan...

joe semangat weyh nak reunion jumpe korang sume.

eksaited betul dia. O__O

spekulasi yang ridiculous

salam uols...


baru balik dari jumpa my gynae.

masuk2 je kena 'basuh' dah ngan dia. ngahaha. (padan muke!)

die marah pasal dah lama gile aku tak datang jumpe die.

dah sakit baru tau nak jumpe kan... general check-up aku malas nak pi.

ekceli, since last friday, aku da stat kena sakit ni.

malas nak amik cuti or mc, sebab baru je amik EL last friday masa chiepani demam.

tengahari tadi baru tehegeh2 pegi jumpa gynae. (wajib laki mak teman ye, nama nak pegi sensorang tu, jangan harrrraaaappp)

so, dah siap buat test sume, dapat ubat 2-3 jenis, lega ati aku.

berbalik kepada tajuk, aku tak paham nape kalau jumpe gynae je, orang ingat kita preggy.

gynae ni memang fungsi dia merawat orang pregnant sahaja ke?

lantak korang la ye nak berspekulasi.. gue menten je...

next week doc suh datang lagi, kena wat Pap Smear.

TAKOTTTTTTTTTTTT!!!

sakit tak? lama tak die korek? uiiii... seriauuuuuuu.....

Sunday, July 4, 2010

model rotiboy versi gegirl

salam uols...

asalnya roti ni dedi chiepani punye.

dedi belikan dia pizza kecik je. (tak aci kan dedi dia?)

alih2 bila dia nampak je dedi pegang rotiboy, terus merengek2 mintak.

kesian dedi... terpaksa mengalah akhirnya. roti bertukar tangan.

^__^
siap kaki angkat sebelah. kemain menhayati betul die.


geram tengok budak ni makan. takmo kite kasi kecik2, dia cubit besar2 masuk mulut terus.

selebet kan kite?

rotiboy dah tinggal suku je nih..

kenyang.... burppppppppp... sandar ala model kat mummy.. hehe

chiepani dah stat ngantuk. perut dah kenyang la katakan..

mummy nak nyelit gak! dapat sipi2 pun jadilah.. *_*

Saturday, July 3, 2010

keciwa aku... T_T

salam uols..

tadi jumpa henbeg idaman hati.

alih2 size yang ada cuma medium saje. large size, ilek.

sales assistant boutique ni cakap, this henbeg memang hot selling item.

tadi pun ada customer datang nak beli yang large size cam aku minat, tapi...

end up KECIWA cam aku. mamat tu siap cakap " kedai area selangor n kay el sume abis dah kak yang big size this color .. "

apekah??? ko tipu ke wat lawak ni? uwaaaaaaaaaaaa uwaaaaaaaa

takpe2. seorang suami telah berjanji bahawa dia akan carikan gak sampai dapat.

sebab punca aku minat henbeg ni gile babi babun adalah kerana dia gak.

sape suh usha kat aku tu ari? kan dah tiap2 ari aku bayangkannya. ^_^

next month balik johor, cube pegi terjah shopping mall kat JB pulak.

harap2 ada ye. amin.

Friday, July 2, 2010

bila anak demam...

salam uols..

chiepani demam since monday. tapi temperature dia akan rise up bila waktu malam.

momi and dedi try our best, not to send her to hospital.

since kami dah ada experience dia warded 3 days masa 7months dulu.

seksa tengok dia kena cucuk. sayu hati ni.. T_T

so momi and dedi just bawak dia jumpa her paed, amik ubat and get some advices from him.

aku google tentang demam ni kat yahoo. i found some useful infos bout fever in kids.

sebab-sebab demam:

- infection; quite common la yang ni. sume ibubapa pun tau kan. it could be due to viral, bacterial or parasites infection.

- overdressing; ni biasanya tuk baby age 3months below. jangan pakai baju tebal2 kat anak. nanti badan dia takle nak circulate temperature dengan betul. so, bila dia panas, dia mudah demam.

- immunization; jarang berlaku. depends on what type of vaccine given. vaksin from private clinic usually is different from government vaccine. i guess, kompeni lain kot (supplier). tapi kalau baby demam after vaksin pun, tak seserius mana. biasanya after makan PCM, diorang akan recover soon.

suhu yang camne dianggap bahaya?

- kalau umur ur baby is between 3 months to 3 years, and suhu dia adalah 39deg or higher, bawak terus pegi jumpa doc. korang takyah tangguh2 okay!

- if suhu badan is just 38deg, bagi ubat di rumah pun okay. mandikan dengan air sejuk, and jangan selimutkan. (like chiepani now, suhu is around 37.8-38.5. so we just treat her at home)

- kalau suhu is around 37.2deg, anak kita memang ada fever. tapi disebut sebagai low grade fever.

bare in mind, the illness is not that serious if.....

- anak korang masih hepi lagi nak main ngan toys sume

- masih nak makan n minum cam biase

- masih alert, and boley senyum or gelak lagik

- skin color normal (kalau pucat, mesti ada something happen kan?)

- nampak ceria bila temperature dia turun

masa suhu badan turun, badan anak akan berpeluh sedikit. that's a normal body thermal regulation process ye kengkawan ^_^

masa demam jugak, anak kita akan mengalami pernafasan yang sedikit laju dan heart rate yang tinggi sikit. this is NORMAL.

tapi jadi ABNORMAL kalau dia mengalami sesak napas. angkut terus gi spital. takyah tunggu2 lagi. takyah nak mekap2 sume, pakai je apa yang ada. yang penting anak selamat.

tips amik suhu badan guna termometer:

- anak umur 3 bulan tak digalakkan guna ear thermometer sebab ear canal dia haluihh lagi.
amik rectal (ikut montot) lebih afdal sebab boley bagi exact temperature

- umur 3 bulan ke 4 tahun, boley guna digital thermometer or electronic ear thermometer. amik kat ketiak boley, tapi biasanya kurang accurate.

- umur 4 tahun ke atas, boley amik oral temperature. (letak thermometer bawah lidah tu) . tapi make sure anak akan behave masa letak thermometer dalam mulut. kang dia geget naye je. satu kes lain pulak nak settle kan... ^__*

- DO NOT amik temperature after anak mandi. suhunya akan berbeza.

baiklah, itu saja aku nak share untuk hari ini. jumpa lagi dilaen rancangan.

tata.


**kami dah berjaya jumpa root cause chiepani demam. si johari bagi makan icecream 1 bowl masa kitorang gi dinner kat Renaissance last Monday. bedebah!

Thursday, July 1, 2010

hepikah anda?

salam uols..

tengkiuk la neng ammliza sebab kasik award nih. susah2 jer bagi..keh keh.

dan2 aku wat. (nampak sangat takdo keje.)


a) adakah anda rasa hepi sekarang?
yup... nak2 lagi tadi baru pas melantak beriani. perut kenyang hati pun sonang gitew.

b) kenapa anda rasa hepi?
sebab otak aku tengah keluarkan hormon endorfin yang sangat banyak sekarang. ^_^

c) apakah yang boley membuatkan anda hepi?
bercuti wif hubby and kids ( erk, kids ke? ) plus shopping. shopping, shopping and shopping.

d) pernah anda menerima tag?
ada gak beberape kerat dulu..

e) nyatakan warna yang anda suka
MERAH

f) tag seterusnya untuk
- dallies (it's ok if u couldn't do this at this moment..be strong my dear!)
- kak maiza.. (akak, buatler... saya tau akak bizi, tapi akak kena buat! hehe)
- faza a.k.a hana ( awak takde ekskius, mesti wat!)