Wednesday, March 31, 2010

gemok ke aku?

salam uols..

aku tetiba terasa aku gemok. hahaha. lawak la pulak.

tapi aku memang suka je nak gemok ni, sebab dulu time belajar, aku keding nau.

dulu masa sekolah, aku kayuh basikal. kalau ada angin kuat sikit, kompom aku save energy. sebab angin tolong tolakkan aku ngan basikal tu. wakakaka

mungkin disebabkan aku ni cikeding dulu, aku penah tumbang dua kali dari basikal. dua2 kali pun masa bawak kawan aku si dallies tuh.

first jatuh kat depan kedai buah dekat2 area sekolah aku. malu giler babi sebab ramai budak duk lepak situ. abang meniaga ABC tu pun sah2 la perasan aku tergolek depan tuh. malu siot, seminggu aku tak datang minum ABC kat situ.
second jatuh kat tepi jalan. seb tak kena gelek ngan lori bawak kontena tuh. sama gak, masa tu aku bawak dallies. dan sikit je lagi nak masuk dalam parit besar tepi jalan tu.

ape kes ek asal aku bawak ko, kita tumbang? tak balance la tu kan? hahahaha

tapi kan, sekarang aku rasa kalau aku bawak semula basikal cam dulu, kompom tak jatuh dah cam dulu! aku dah gemok nih.

sebab apa aku rasa aku gemok? sebab last week, aku terpaksa let go 2 jeans levi's bagi pada adik aku ( sayang giler beb! seb yang ada tinggal ni aku memang beli size besar sikit ) seriyes tak muat. masuk betis, lepas. sampai je kat peha hala ke bontot, terus sangkut. adeeehhh. boxer pun takley pakai size M. mesti size L. ape kekdahnya la aku gemok tetiba ni ek?

tah. aku tak tau exact punca aku gemok. tang pipi, takyah cakap. menggelembong macam pelampung. double chin dah bukan double kot, triple nih. pehhhhhhhh hilang cun aku zaman muda2 dulu.

teori kenapa aku gemok:

satu, aku dah beranak. pastu tak jaga makan. padan muka!

dua, aku senang hati sebab ada anak. pastu dapat extra dua lagi 'anak'.

tiga, aku ada laki yang gemok. jadi dia salah satu punca yang mengsaikokan aku untuk jadi gemok. wakakakaka

empat, aku makan pil perancang. one of the side effect is, u become fatter!

lima, doa aku terkabul. alhamdulillah. sebab dulu aku selalu wish aku jadi gemok. tapi taknak la sampai obese, aku taknak jadi budak cikeding je. macam gengge.

body weight during;

school time: 45kg

college time: 48-50kg

U time : 52-55kg

now : 58-59kg. hamik ko!




Tuesday, March 30, 2010

dah sembilan bulan...

salam uols..

anak aku now dah 9 months. alhamdulillah, sekejap je rasa dia membesar.

tak banyak la bezanya dengan masa dia 8 bulan. tapi berat adalah bertambah okay.

lenguh tangan nak hayak dia ke sana ke mari.

ada masa dia baik, dia duk diam je dalam stroller, main ngan toys dia.

ada masa mood dia tak baik, stroller tu takat isikan cookie monster dia je, si hanny kami gilir2 dukung. biasa dia!

sekarang baru reti nak pegang sendiri botol susu betul2 tanpa bantuan mummy or daddy. before ni dia boleh gak pegang, tapi sekejap2 terlepas. takpun dia baling botol tu. but now, dia memang pegang sendiri sampai abes.

susu - 8 ounce, dalam 8 kali sehari.

diapers - dah tukar pakai size L. kalau diapers jenis pants tu, size M boley masuk lagi. tapi kalau diapers biasa, memang kena L, kalau tak jadi cam aritu, abes bocor kiri kanan atas bawah.

kuat makan - pagi kat taska makan bubur nasi + ikan. okay yang ni memang menarik. sebab aku try bagi ikan salmon or ikan cod, tapi hanny taknak! BEST WOKKKK... hanny prefer anchovies or chicken fillet je. jimat duit kami... bagus2... hahaha

then tengahari either makan bubur nasi lagi or dia makan nestum rice. petang dia makan seround lagik nestum. balik umah kang dia layan makan jajan. okay, ni dedi yang ajar ye.. tu ari pun dedi ajar dia makan aiskrim. selamber je budak ni makan, takde perasaan dia kunyah aiskrim tu.

size badan - semakin panjang la agaknya. nak kata gemuk tak gak, walaupun dia kuat makan. agaknya sebab dia dah besar, so nutrients from foods yang dia makan semua convert into energy la kan, pasal tu aktif semacam budak ni.

juara jerit sekampung - nak try dengar? cuba lambat bagi makan or buat susu. menjerit2 sambil dia melenting2kan badan. huh.

ciri-ciri anak solehah dah ada. contoh, bangun seawal subuh.. 6.00 pagi dah celik. kalau weekdays takpe gak, ni weekend pun dia bantai bangun awal. hanny, mummy n daddy nak tido la!!! (takpe bangun awal la kannn..rezeki masuk katanya)

hanny juga sekarang amat sukar nak dipakaikan baju. uii mak aiii, hazab ye nak pakai kan baju dia pas mandi or nak tukarkan baju tido. berpusing2 badan dia, siap lengkap terjerit2 pakej. ni ciri anak apa ni? hanny nak vogels je ke sayangggg???



ni budak eksen, dah boley pegang botol sendiri.

Monday, March 29, 2010

dalam toilet ada momok

salam uols..

malam kemarin, tengah aku syok2 layan gosok baju dalam 2nd room, tetiba...

jeng jeng jeng.............

aku dengar ada orang tutup pintu bilik air depan bilik ni...

pastu tetibe pintu bilik kena tolak... terkujat aku dah, aku terus gi pandang ke arah pintu tu..

la, joe upenya! hampeh. aku dah cuak gile, sebab masa aku masuk bilik ni, joe ngan anak aku dah masuk bilik tido sume..

aku heran lak apsal joe tetiba datang pi tutup pintu toilet 2nd room nih..

joe cakap, dia ada baca email kat opis.

kita kena sentiasa pastikan pintu bilik air sentiasa bertutup, takley biar terbukak, sebab bila time azan je, setan2 ngan jin2 sume lari nyorok dalam toilet.

bila abes azan je, depa ni keluar berkeliaran balik, pi main2 dalam area umah kita la..

that is one reason of, bila mana anak2 zaman sekarang ni semakin susah nak dididik, tak makan saman, terjal , degil sume lengkap sepakej.. (nauzubillah; janganla anak aku ada ciri2 nih) pasalnya banyak sangat setan berkeliaran dalam umah, mempengaruhi minda anak kita secara halus.....

dan dan je pas joe abes cakap tu, aku terus gosok baju laju2. siap gosok baju, aku berlari dari bilik tu, masuk bilik aku. langsung aku taknak pandang toilet depan 2nd room tu. wahahaha... gila, aku memang penakot la!

pintu toilet dalam bilik aku ni pun joe dah rapatkan. punyala aku takut bila dia wat camni, sampai nak kencing dalam bilik sendiri pun aku pasang semua lampu dalam bilik. mana tau kang muncul lak sekor2 dalam toilet ni, mau pengsan pat hari aku..

tetiba aku teringat porridge fara aku tak simpan dalam fridge lagi. kemsalam la nak suh aku turun bawah ye bang..jangan harap pas ko pi cite menda2 seriau camtu aku nak gi turun sengsorang. abang sila turun bawah, kemas sume kat bawah tu ye...ngeeeee ~~~

Sunday, March 28, 2010

apa nak jadi apa nak jadi...

salam uols...


apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang tak kawen lagi. ewahhhhhhh

tu lagu S.M Salim. takde kaitan de ngan aku punya cerita pagi ni.

lately ni, aku perasan ada beberapa orang duk cite pasal "login fb, dapat rm100..."

betul ke tu? aku ni dahla stok susah giler beb nak pecaya menatang2 camni.

sonang bonar ek orang nak kasi kita duit.. login je dapat, login je dapat. kalau camni, kompo bulan depan aku berenti keje.

tapi aku suka jadi spy. omputeh cakap PI la kengkonon aku nih.

sebelum aku terpedaya, aku siasat dulu background bebudak yang usha aku suh join menatang nih.

ada satu member ni, siap letak pic pegang duit berkepuk2. kemain ko eksennya...

aku chat ngan dia, aku tanya.

"betul ke ni duit ko?"

"yelah, duit aku la nih.... apsal, ko tak pecaya? "

" bukan tak caye, aku nak kompomkan je dulu sebelum aku join ko... "

then aku test la minah ni, aku tanya soklan cepu mas.

" kalau betul ni duit ko, ko ley tunjuk tak akaun yang ada tulis nama ko, tunjuk duit tu masuk ari2... ko print screen then send kat email aku pun takpe. aku nak bukti kukuh beb.."

dan2 kawan aku tu terus ngaku ko tau..

" eh, sori la..sebenarnya tu bukan duit aku. aku copy gambar orang laen. aku punya baru nak start...."

perhhhhhhhhhhhh cipanzi ko ek. melampau la kan, menipu berdosa! tak berkat la! kalau nak ajak join, tunjukla bukti kukuh beb.

tak abes kat situ, esoknya aku tengok dia tayang gambar atm slip, withdrawal rm100 everyday. blah la, aku amati betul2 slip tu, SOHIH MENIPU.. aku suh snap kat no.akaun, takut la dia nak wat. dah, ko pi tipu orang lain la, aku malas nak layan ko punye bisnes. sori.

kalau ye pun betul bila dia login dia dapat rm100, celah mana la datangnye duit tu?ko dah kaji abes2 sumber duit tu beb? kalau ko dah kaji, ko meh datang cerita kat aku.

then, kalau betul2 ko dapat duit banyak ni, apa kata ko behenti keje je. ko duk umah, mengangkang main internet je. tapi kalau takat rm100 sehari ko behenti keje, tak berbaloi gak. rugi beb ko join gomen, pasal gaji kita sehari pun lebih sikit dari duit ko dapat ari2 thru internet bisnes ni. kalau rm1000 sehari, terjebak gak aku kot! hahahaha

sekali lagi, pada mana2 kawan aku yang ada hati nak ajak aku join bisnes camni, aku rasa, baik korang rentikan niat suci murni tu. aku memang payah nak layan menda2 tak nyata cam ni. logamaya. dari jauh nampak ada, datang dekat.... abes HILANG....


Thursday, March 25, 2010

remove la aku, remove la..pliss plisss

salam uols...

aku tak tau nak start camne... cume sekarang ni..

aku rasa pelik... ye, memang pelik lately ni ngan perangai beberapa orang.

before ni, aku perasan ada satu aplikasi kat facebook;

KETAHUI SIAPA YANG REMOVE ANDA DARI SENARAI RAKAN-RAKAN ANDA

aku tak kuasa la nak join application ni, cam takde fekdah pada aku. sebab aku tak terpikir la pulak nak me'remove' kawan neither di 'remove' oleh mereka...

tatapi..... dalam minggu ni je, ada dua orang rakan dah remove aku dari friends list dia..

mak sedeyyyyyyyyyy okay. sadis. sarkastik ek korang2 yang remove aku? apa sebab? tell me! tell me!

tapi takpe, mak tak kesah. ape ko ingat kalau ko tak jadi kawan aku tu, aku ada luak ape2? TAKDE...NAN ADO........

sekian terima kasih.

*********************************************
sambung cite lain. tapi pasal facebook gak.

among my friends dalam friends list ni, ada some of them are my hubby's friends.

mostly aku kenal diorang. ada yang close, ada yang suam2 kuku.

ada pulak, yang aku pulak lelebih rapat ngan diorang, padahal tu kawan joe. biasala, aku kan peramah. joe kan pendiam, pemalu, ayu, sopan santun... muahahahahaha

tapi ada sikit yang tak best kan, asal aku on fb je, nanti kat chatbox tu, tetibe ada orang sapa aku;

" salam joe..."

uiksssss... wat the ???? bukankah terang2an yang appear kat chatbox fb tu adalah profile aku, Zue Hantu Kuceng. ko tak nampak kah?

memang la aku share banyak menda ngan laki aku, tapi takla sampai fb ni pun aku share.

lagi aku pelik, kekadang tu aku online time opis hour, (opsss...kantoi!) takkan la joe ni menepek melekat kat sebelah aku, sampai dia guna fb aku? TAK LOGIK LAAA...

untuk makluman uols, joe ni, sangat jarang on fb dia. kat opis dia fb kena block. kata company yang sangat mementingkan KPI. tah pape, sedangkan PM kita pun ada fb tau.... encik GM, kasikla bebudak kat opis tu maen fb.. (tetibe aku nak pujuk GM company laki aku pulak ye...)

okay, sambung balik. joe hanya on fb dia bila balik umah. tu pun just nak approve friend requests je... selain dari itu, takde ape2.

dia memang tak layan fb. dia layan TV saja.

sekian. harap maklum.

Tuesday, March 23, 2010

komen BAIK

salam uols...




selamber kan beliau.......................

aku rindu keje ngan kucing dan anjing..

salam uols...

lately aku start perasan.. one thing yang memang obvious dalam diri aku.

aku sebenarnya kurang minat dengan keje aku sekarang.

asik duk opis, buat paper, gi kursus, meeting manjang. dalam seminggu tu kompom ada meeting.

and paling busuk sekali, dalam sebulan tu mesti ada hari yang aku cuti. (eyh, kalau aku tak cuti susah gak, cuti banyak gile.. kalau carry forward kang alamatnya sampai pencen cuti aku tak abes..)

dulu, masa aku keje kat klinik, susah nak tengok aku cuti, melainkan cuti every weekend yang bos aku allocate tu lah.

keje klinik seriyes enjoy beb. ari2 jumpa kucing kiut2, anjing yang pandai2 belaka, and tak kurang gak, tuan2 mereka yang gorjes dan hensem2 belaka. terbaekkkk wok..cuci mata ari ari. tu penting! semangat semangat!

masa aku keje kat shah alam dulu, klinik ni paling happening sekali. client sume peramah, datin2 vogue datang klinik sempoi2 je, siap pakai baju kelawar taw.. camne aku tau diorang datin eyh? hehehe

pasal tempat keje lama aku ni kira tempat femes gak. orang2 kaya bersepah2. ko rasa kalau dia datang klinik, pakai baju kelawar tapi naik BMW 5 series, apekah status beliau?

artis2 pun ramai giler area sini. everyday ada je diorang datang bawak pets. seriyes, memang sangat enjoy giler. paling selalu datang, zakiah anas. sangat baik and frenly person.

bebudak UiTM pun antara klien yang mengkayakan bos aku. boley kata ari2 diorang ni menepek kat klinik. kekadang datang nak borak je. takde motip.

bos lama aku sangat sporting giler. sangat pemurah. aku rasa sebab tu la klinik dia maju. ko bayangkan, dia bukak klinik, sari kul 11 pagi sampai kul 3 pagi.. hamikkkkk.. tapi aku selalu keje kul 11 pagi sampai 9 malam.

kalau bos aku pi seminar ke bercoti ke, gamaknya aku la tu yang kena berjaga sampai kul 3 pagi. gile koala bear mata aku masa nih.

pengalaman paling aku tak dapat nak lupakan is, pengalaman kena rompak. huh, gile macam drama swasta la masa nih... time tu, my best buddy, ANJAS ada sekali. ko ingat tak nyah???? kunci keta, tepon sabun ko kena curik? duit aku naseb ada dalam 50 hengget je. tepon aku pun kena sebat, seb baek fon chokia je time tuh... cube time tu aku pakai blackberry ke, i phone ke, tak ke sawan babi aku time tu gak.....

pas kena rompak, ko pakai 3310 je kan? lawak beb!

pastu siap perompak tu mengusha lagi klinik, aku rasa sebab dia nak cari mana satu keta nyah. tapi agaknya Tuhan dah tutup penglihatan diorang, maka keta nyah yang tersergam depan klinik tu depa tak nampak. selamat la keta itu...
ke ko ada pakai pendinding ni nyah?? ko rahsiakan ke hape dari kami? apsal ko tak kuarkan je silat cekak kongkang yang ko belajar kat 10th college dulu nyah? ko bukan presiden ke? ke ko ilang ingatan terus masa perompak tu sergah kita ngan parang panjang? wakakaka..
berkilat siot parang dia kan? macam pedang samurai....

masa tu aku punya cuak takyah cakap. lagi best drama ni kan, masa perompak ni masuk dalam klinik, aku tengah online ngan mak aku pakai fon klinik. masa perompak lahanat tu sergah kami, die jerit suh aku letak tepon.

aku letak, tapi rupanya line tak putus. mak aku kat umah dengar la semua jeritan2 perompak tu. time perompak lahanat tu hentak cermin meja bos aku, mak aku dengar bunyi kaca berderai. korang ley bayang camne keadaan mak aku time tu? sendiri mau ingat... mak aku dah terkencing dalam kain agaknya kat umah.

gile gelabah mak aku kerah abang ngan ayah aku suh amik aku kat klinik. abang aku apelagi, keluar balik la ilmu racing keta dia yang dah terkubur tu. ko bayangkan, umah aku kat Batu 3 Klang, klinik aku seksyen 13, abang aku sampai dalam sepuluh minit je kot. terbang ke abang aku time nih???

ayah siap bawak kayu letak dalam keta. nyah, ko ingat tak ape ko panggil bapak aku? ko cakap dia pendekar kampung Batu 3 eyh? siot ko... hahahaha

esoknya aku amik cuti. tapi tengah2 aku cuti aku siap pikir kesian lak kat bos aku kena cover keje klinik semua. boley?? nampak sangat aku sayang beb ngan keje aku kat klinik. bos suh aku cuti 2-3 ari, then dia siap amikkan air penawar from ustaz lagi, bagi hilangkan darah gemuruh aku.

tapi lusanya aku keje balik. tak best la lepak umah. sehari aku tak injek2 kucing, gentel2 anjing, laen giler rasa.

kalau nak cakap pasal ke'best' an bos lama aku ni, memang berkati2. banyak sangat. siap bos sponsor samping joe tuk hantaran aku time aku bertunang. belanja kitorang makan takyah cakapla. selalu sangat. murah rezeki dia...aminnnnnnnn

ujung tahun 2006, aku behenti keje sini. aku dah tunang ngan joe. so kena ikut ke mana jua suami pegi kan. eyh palahot ko suami, baru tunang je beb masa ni! takpe2, praktis tak salah kan.. bukan aku praktis ikut tido dalam bilik sekali pun..... aku praktis ikut joe gi mana je.

masa nak behenti, sangatla samarinda okay. menangis2 aku peluk bos aku, staff2 klinik semua.
banyak gile kenangan keje sini. dari start aku interview kat sini, sampai ari aku behenti keje.

nanti2 aku sambung k. aku nak turun bawah dah, ada ceramah Maulidur Rasul arini. tobat jap.


Sunday, March 21, 2010

penat yang teramat penat


salam uols..


weekend ni memang sangat melemahkan tenaga zahir dan batin. habes semua tenaga yang disimpan.

rabu maen pingpong, kemain la penatnya. dah dekat sepuluh tahun rasanya tak pegang bat pingpong tuh...rasa nak tombang je dah. walaupun hakikatnya ada harapan cam nak menang kan, tapi terpaksa buat2 kalah sebab taknak stayback kat opis sampai 5petang.. (waaahhhhhhhhhhhhh giler belagak tak hengat! ) hahaha


tapi betul ape... salah seorang my skool fren telah mengkantoikan aku kat fb. ni dia pecah rahsia. die heran apsal aku kalah sedangkan aku wakil sekolah dulu... blushing mak tawwwwwwwwwwwwwwwwwww.....


kalau tak nampak ape yang aku highlightkan kat sini, lantakla. tak la aku terperasan lelebey. aku pun taktau sangat camne nak print screen fb punye selected shout out. tah ape2 je yang crop ni ha..

ari khamis pulak amik cuti, hangkut dua ekor budak kat umah ni gi berjalan. sian pulak diorang kan, terperap je dalam umah tak wat ape, nama je datang berjalan, tapi takat berjalan ke hulu ke hilir dalam umah jelah korang.


aku bawak diorang pi layan sales Metrojaya kat MITC. abes ranap duit aku. kemain lagi adik aku pau akak dia macam2. beli kasut la, baju la, spender la, singlet la.. tu tak termasuk make up2 dia..kompom pasni setahun sekali je ko datang taw, jangan datang selalu, abes kempis poket aku.

sabtu pulak hari yang boley dikatakan best. joe ada tournament badminton. pepagi dia dah blah gi court. aku la yang kena ambik alih tugas mandikan si fara. kemain hazab sekarang nak siapkan dia, aktif kemain.


abes semua toilettries tunggang langgang di kerjakannya. kalau dalam bath tub, itik2 mainan abes dinyonyot2nye, pastu kena campak. paling bagus, dia campak itik tu dalam toilet bowl. ada harapan nak jadi atlet lontar peluru besar nanti.


dalam kul 12.00 tengahari tu joe sms, cakap dia dah boley rehat. game dia sambung dalam kul 2.30 petang. lekas2 la aku bersiap nak gi wedding dak zati.


elok je aku sampai kat court nak amik joe, joe bagitau die kena sambung satu set lagik.


"hape?????? "


"apsal tak cakap kat orang awal2 tadi, boley orang gi ngan anis je.. anis dah offer nak amik orang tadi..." (tinggi suara aku masa ni. telah derhaka kepada suami. abes ko...)


macam hulk dah aku time nih. punyalah menyirap. mendidih2 rasa.


joe start wat muka seposen dia. alahai, sian pulak laki aku ni ha..


so aku cover balik amarah aku tadi. aku suh je sambung dulu game tu. aku tunggu.

dalam kul 1.00 baru kitorang gerak gi umah zati. sampai2 diorang dah duk makan adab2...sedeynya..tak dapat aku nak nengok dia sanding.. (benaunya nak cakap; sedeynya, tak dapat aku melaram kat pelamin ngan pengantin, ye ye je aku pakai vogue2.. wakakakaka)

ni pengantin baru tuh, Izzati & Atief.. selamat ye noxxxx...


ni "bibik angkat lagi tidak bergaji" si fara..


ni sarah kalam ngan anak die Cahaya Maria. comey anak dia, rasa cam nak pelempang. hehe



tapi takpe, janji dapat tayang muka kat pengantin. pas makan joe berdesup balik ke court, nak sambung game dia. jadi ibu tunggal jap aku masa nih.... naseb fara ramai 'bibik angkat' so aku boley bersenang lenang sambung makan lagik. 2nd round!!


aku duk melepak ngan opismate kemain sakan lagik. abes sume gosip keluar time nih. lama gak kitorang lepak, dekat kul 3 baru gerak balik..


arini pulak, ari paling pedajal wat kami. mana taknya, elok je aku sampai kat menara taming sari, duk berdiri kat kaunter nak beli tiket, joe dengan muka doploh lima sen nya duk ngendeng kat aku, sampaikan satu berita nih...


joe: yang, abang ada berita buruk nih..

aku: ape bang?


joe: kunci keta, tertinggal dalam keta. pastu keta tu terlock sendiri....


aku: (senyum, rileks beb!) okay, takpe. kite makan dulu, kang kite pikir camne nak buat.

seeeeeeeeeeee....... aku tak marah pun okayyyy... maybe sebab semalam aku dah berdas2 bagi kat joe, so arini dia wat salah besar pun aku ley menten kool jer. selalunya macam kena sambar petir dah. kilat, halilintar sume keluar. nanti joe pun startla wat muka kesian dia, so aku akan cool balik pastu. (banyak gile dosa tahun ni, nanti raya orang mintak maaf ye bang..)

siap makan sume, kami pun mulakanlah ikhtiar camne nak godek keta tu, nak amik kunci kat dalam. selalunya tingkap keta memang kami akan turunkan sikit, tapi nak jadi cerita la kan, joe LUPA nak turunkan....


alhamdulillah, seb baik ada gak pomen keta yang keje ari ahad. mula2 pomen tu ingat nak try unlock keta tanpa mencederakan keta kami. dekat sejam gak la dia godek2 wayar, bateri semua dalam keta tu.


yang anak aku sorang nih, dah tak diam bontot. ek sana, uk sini. dah rimas la tu gamaknya, dia kan puteri lilin, takley la nak berpanas sikit. aku lagi tambah tension bile dah start meragam. macam2 aku wat, die merengek gak.


paling worse, die terberak abes semua baju ngan seluar2 aku sekali kena. HUAAAAAAAAAAAAAA nak nanes! nak nanes! nak nanes! tapi tak nanges pun, kontrol. ramai orang beb lalu lalang kat situ.


sah, pasni memang ko takley pakai diapers size M lagi farahanny. kena beli size L. pakai M abes bocor semua.


last2, dah abes drama cerekerama, sandiwara semasa, samarinda semua segala dah keluar petang tadi, akhirnya pomen keta tu mengalah. dia cakap dia takley nak godek keta ni sebenarnya. susah nak unlock.


uols nak tau ape solutionnya?


keta kami KENA KOPAK.... tingkap kecik kat seat belakang tu akhirnya dikopakkan tuk masukkan tangan. baru ley unlock. tak sampai seploh minit pun pomen tu kopakkan. eyh, ko dah biasa ke main kopak2 keta nih??


hangin tak? kan ke bagus kalau dia bagitau kat kitorang lagi mudah nak unlock dengan cara kopakkan je tingkap kecik tuh?

ape motip ko wahai encik pomen??

kalau baut gitu awal2 tadi takle baju ngan seluar aku kena taik anak aku. selebet tul arini. masuk je dalam keta, joe terus bagi permission suh aku bukak je tudung. mana taknye, rupe aku dah macam nenek kebaya. abes selekeh macam mamak jual roti canai.


dah, aku penat gile babi. nak gi rendam seluar ngan baju. pastu aku nak membuta.

Friday, March 19, 2010

attention to mama maiza; a.k.a Catlina

kak maiza, saya join nih!! hehehe

selamat pengantin baru

salam uols...

to my very dearest, Izzati Insyirah bte Rosli;

saya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru.....

semoga kekal hingga ke akhir hayat, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..

saya doakan awak menjadi isteri yang solehah. amin

okay, cukup ayat2 skema. sekarang ayat2 rock cam biasa dari saya...

awak, jangan noty2 tau. dah ada suami, kena hormat suami. dengar cakap suami. ingat syurga di bawah tapak kaki suami. kalau tak caye, nanti angkat kaki atief, check.. tapi suh dia basuh kaki dulu.. hahahahaha

yang paling best bile jadi bini orang ni, pahala suami, is otometikally becomes our pahala gak.

pahala isteri, is pahala isteri only. takde share2 kat suami.

buttttttttttt.... dosa isteri, suami yang tanggung tau... jadi, kalau sayang kat suami, jangan buat dosa banyak2.. lite2 takpe.. wakakaka (nak jugak!)
nak jumpa suami kat syurga tak nanti?

masak memasak i thing isn't that necessary as long as suami kita okay n tambah2 lagik, die pulak yang ajak kita makan kat luar. tu namanya dia sayang kite tuh! kecik tapak tangan, stadium hang jebat tu haa aku tadahkan..

paling penting, must always understanding each other, selalu melawak, gurau senda, sepak main2 sikit tu okay la, jangan terajang dah. tu alamatnya memang kompom ada chance nak gi bangunan kat sebelah JJ Ayer Keroh ni. nauzubillah.

lagi paling paling palinggggg penting, JANGAN HAMPAKAN PERMINTAAN SUAMI TAK KIRA DI MANA JUA ANDA BERADA. wahahahahhahaha

okay, cukup la beberapa helai nasihat. kemain lagi aku menasihat orang, kawen pun baru 3 tahun, ada ati nak jadi Dato' Fadzillah Kamsah. blahhhhhhhhhhhhhhhh

ni die si pengantin baru tu.. menikah malam ni. gud luck sayang! ILUSM... muuaaahhhh

p/s: tomoro saya datang. pengantin nak kawen, aku yang beria gi butik cari baju bagai. siap beli wedges baru. wakakakaka (tapi dik, hadiah tak beli lagi tau! tungguuuuuuu)

Thursday, March 18, 2010

dengan satu napas je taw!

salam uols.....

entri kali ni memang panjang sikit dari biasa. korang kalau rajin nak baca, tarik napas panjang2 dulu, syaratnye mesti baca dengan satu napas je... kot terpengsan baca entry ni kang aku taknak campur tau.


semalam pagi aku masa aku nak gi keje, aku perasan yang fuel meter keta aku ni penuh gilerrrr. sampai full ko. time kasih la kat joe, susah2 je isi minyak keta penuh2.

joe memang masak sangat dah ngan perangai aku. aku ni memang ada satu penyakit which is, aku paling fobia nak bawak keta kalau tengok minyak dah tinggal 2 bar or dah start kelip2. kalau dah kelip2, mau meroyan jap aku dalam keta.

aku selalu bayangkan kalau bawak keta minyak yang dah kelip2 ni, kompom jap lagi keta ni mapos tengah jalan, pastu aku akan tercangak2 kat tepi jalan tak tau nak watpe. kalau betul la ni terjadi one day kat aku, aku plan dah.... aku tahan je bas tepi jalan. lantak la keta tu tinggal kat mana pun. hehehe

kalau nak harapkan aku yang isi minyak keta ni alamat sampai kiamat la aku tak gi isi. ni pun satu hal gak, nak gi petrol pump pun aku menggigil. penah sekali dulu, time joe demam, aku gagahkan diri ni masuk stesen minyak.

dahla aku gelabah biawak, siap salah park keta. bodo bangang boley tahan gak aku ni. keta ni, tempat minyak belah kiri, aku gi yang kat sebelah kanan punya. pastu dah gelabah, aku tak reti nak pusing cari pump yang isi belah kiri punye. aku menonong je terus keluar dari petrol station tu. masa nak keluar dari situ, aku ley pulak terlanggarkan penyapu pakcik cleaner kat petrol station tu...

perghhhhh gile takut aku. terus pecut keta keluar. sebab aku dengar bunyi 'gedegang!!" pastu ada jeritan suara " woooiiiiii!!!!! " ngeeeeee selamatkan diri!!! tah ape lagi yang aku langgar selain dari penyapu tu agaknye. wakakakakaka tobat taknak datang petrol station tu lagik..

separuh jalan aku keluar dari stesen tu, baru aku perasan, aku tak tutup penutup minyak keta. gile cuak takley bayang dah muka aku camne masa nih... aku takut keta meletop je ni kang. eyh, ada possibilities ke keta meletop sebab minyak dah bercampur ngan udara? ke dia mapos sendiri nanti enjinnya?

tapi bile keadaan betul2 mendesak, aku paksa gak diri ni isi minyak keta. lagi2 kalau joe kena gi obesea.. haaa sape nak isikan minyak keta nih? takkan nak mintak tolong jiran sebelah lak.jadi terpaksa gak aku korbankan "macho" aku (blahhhhhh) gi gak petrol station. tapi mesti cari yang ada bangla tukang nak isikan minyak tu... hahahahahhaha

lagi satu, aku fobia gak bab2 reverse keta. lagi2 kalau ada keta kat belakang. dah la keta ni sensornye berada ditahap keadaan yang amat memberangsangkan sekali. semut lalu pun die tiitt titt tittt... cesssssssssssssss

walaupun saya amat fobia pada dua perkara di atas, tetapi pada hakikatnya saya lah pemandu paling hantu sekali. kalau dah bawak keta, tak reti nye nak pelan2. sape bawak 60km/j jalan depan aku, memang habis kena maki berbakul free2 ngan aku padahal die bukan dengar pun. antara ayat yang biasa keluar dari mulut manis aku,

" wooiii!! siput babi pun jalan lagi laju la.. "
takpun ... " ko ni kenapa pelan sangat haa? kalau nak bersiar2, pegi la pesta kereta berhias..."
paling lahanat ayat penah keluar dari aku,
" beromen ke hape orang yang bawak keta kat depan nih?? "
hahahaha keji betul perangai bini joe nih..

sekian cerita pertama. boley tahan napas lagi tak nih?

okay, sambung.

aritu, masa balik umah mak aku, aku terjumpa surat nih dalam lemari aku...


ni surat joe anta masa kami zaman bercinta kat UPM dulu.. seingat aku, joe anta surat ni masa aku tengah gado gile2 ngan dia. punca pergaduhan: JOE MENGGATAL NGAN POMPUAN LAEN


aku find out menda ni masa aku check email. (gua kan queen control, so email die punya password sume gua taw... hehehehe) . tak ingat dah apa isi email tu, tapi sangat menyakitkan hati dan hempedu. buah pinggang pun sakit. hampir nak memputuskan perhubungan tapi tak jadi sebab surat yang sangat kelakar nih.

mana tak kelakar? korang tengok, joe siap wat lawak, hantar SURAT RASMI okayyyyyy.
siap letak no. i/c bagai... ingat nak mohon kerja ngan aku ke? die pos laju tau surat ni, nak cepat sampai punya pasal. kalau tak, memang sah dah putus. taw takut ye! biasa die! nampak sangat pompuan tu tak sehebat saya ni. walaupun kurus cikeding je dulu (akibat deraan mental berterusan oleh lecturer small animal&surgery, keh3), tapi aku jugak yang ko pilih kannnnnnnnnnn....


dalam surat ni, joe siap attached gambar ni. nak pujuk aku la tu kengkonon..


kurus gile aku masa ni. aku 48 kg je kot... ke 50kg.. lebih kurang la. joe masa ni dalam 75kg. die player maaa, mana leh gemok2, kang tak fit nak kejar bola.

tu gambar 5 tahun lepas. sekarang tengok gambar bawah, jauh giler bezanya.

sekarang berat aku dah 59kg, joe pulak dekat 90kg.. hamikkkkkk


tu petanda aku pandai jaga laki. tu yang gemok tu kan kan kan joe? bahagia kan? berani nak cakap tak bahagia? tido luar seminggu.

ni kucing aku, Agus dan Rooney. eyh, tetibe aku melencong cite pasal kucing ek? lantakla, aku nak cerita gak dalam entry ni sekali harung.



nampak kan, si Rooney ni dah naik sikit berat dia. Agus pulak makin memanjang je aku tengok. ni spesis ape sebenarnya ni? kucing ke rimau? apsal ko memanjang, bukan memontel?



Rooney nampak memontel. aku memang benci tengok menda yang kurus2 nih. sebab tu sape yang duk ngan aku kompom akan melalui proses transformasi menjadi gemok.

joe; BERJAYA gemok. ( 75kg-90kg )

arwah memon; sangat BERJAYA gemok. ( 1kg-8.5kg )

farahanny; on the way BERJAYA di gemokkan. ( 3.09kg-9kg )

Rooney; pun hampir BERJAYA nak gemok. ( 3o0g-500g )

Agus; macam GAGAL je nih... takpe masih ada masa. ( 6.6kg - 7kg ) sikit je naiknye!

aku? sangat mencanak naik... especially bahagian perut nih. tahniah kepada diri sendiri.

KEEP IT UP!!

Wednesday, March 17, 2010

penat giler tahap cipan...

salam uols...

aku baru pas main ping pong kat bawah tadi. gile semput macam nak putus nyawa...
baru main separuh set aku dah termengah2. tak fit tul dah aku ni rupanya. baru 23 tahun, dah tak fit. hape la...

tamat cerite aku main ping pong. to neng ammliza, aku tak sempat nak amik pics, pasal takde penonton. muahahahahaha ~~~~

malam tadi, tengah baring2 pas makan, joe tetibe tarik tangan aku, pastu tanya aku
"panjang kuku sayang ni yeeeee....."

joe memang pantang tengok kuku panjang2 nih. kalau kuku fara panjang sikit je, sure die sound dah cikgu taska tu suh potong kuku anak die.

ni die tengok kuku aku panjang, terus die sound. siap ugut nak kelepet kuku aku. cessssssss...

pastu aku sound die balik, " abang ni kenapa? lupe ke orang kan tengah *coti* ni..mana leh nak potong2 kuku.. huh.. "

" o, ye tak ye, abang lupe... hehe.. "

huh, alasan tak ley time! sikit lagi kuku aku nak kena kelepet dah malam tadi. sakit wooo... nanti die, malam ni aku lak nak spot check kuku die. heleh, kuku dia cagu tu aku tak penah tegur punnnnnnnnnnnnnnnnn.......



Monday, March 15, 2010

sorga dunia

salam uols...

adik aku plus bespren poreber nya dah sampai melaka tengahari tadik.

siang2 aku dah apply half day kat bos..muehehehe... nak jemput adik tercinta la katanye.. sorgaaaa bangat weyh dapat lari dari opis.

dalam palaotak aku sekarang tengah ligat pikir ape nak buat taknak kasi mereka berdua ni dari boring duk umah aku. dah la plan nak duk seminggu umah aku.. ada can beras umah aku abes cepat bulan nih.

tapi takpe gak, dengan kehadiran mereka berdua, aku ngan joe sekarang tengah feeling2 ada bibik kat umah. mana taknye, sume adik aku handle. fara anak aku pun die tolong layan... wahhhh giler sorgaaaaaa dunia.. hehehe

pastu sebagai upah, aku kasik die laptop sebijik, ha ko hadap la sampai muntah. mainla tenet puas2 sampai sok pagi pun aku tak kesah. janji aku ngan joe dapat melepak minggu nih. AGENDA TERSEMBUNYI aku sebenarnya suh depa ni datang umah. wakakakaka

since aku dah umum aku nak melepak, maka ada kemungkinan aku akan melepak gak dari menulis blog. sebab aku nak menggunakan masa keemasan nih tuk mengangkang puas2. ngeh2.

nanti sok luse nak hangkut diorang pi soping. adik aku kan jenis menuntut janji, manaleh die lupe. sampai mati tu kang die ungkit hutang aku kat die. yolah2, jumaat malam nanti kite p jonker walk, pilihla ape2 yang patot ye. gile keji perangai akak ko.... siap berkire suh beli barang kat jonker walk jer. kah kah kah...
eh, aku takla sekejam tu sebenarnya... nanti korang tengok jelah aku kasi ape kat die kay..

okay, malam ni nak naik bilik awal. ada acara lebih menarik di tingkat atas bakal berlangsung. sekian





Sunday, March 14, 2010

kami takde keje... hehe

Zue

hi bang

ley kenalan..

astro ley bukak tuh

9:18pmJoe

dah gila ke apa?

hehehe

alhamdulillah..

9:18pmZue

a'h

giler

giler sbb banyak sgt keje ni

9:19pmJoe

hahaha...byak latu..

tuk mengadap fb ari2..

9:19pmZue

a? kelakatu?

hahahhhaha

9:20pmJoe

hehehe..

abg nak mengangkang jap..

tgk bola..

**********************************

okay, tu chit chat antara kami malam tadi..hik hik

memasing on lappie, layan fb. kata hujan lebat, astro terpadam siarannye wat sementara.

sekian.

kalau tak under estimate orang, boley tak?

salam uols...

ada beberape kes yang aku nak share tentang sesetengah sikap orang yang suka sangat nak under estimate kerja orang laen, based on their appearance..

kes 1

semalam, on the way aku nak gi KL, kami behenti brekfes kat satu warung tepi jalan. tengah joe duk pilih2 menu nak makan, ada satu pakcik tu tegur joe,

pakcik: ni joe kan? cucu Tok Som?

joe: a'ah cik... pakcik watpe kat sini?

pakcik: saya dah pindah keje kat bank *** cawangan melaka... joe keja kat ne? tinggal melaka ke sekarang?

joe: a'ah... saya keje kat CTRM, dah 4 tahun duk melaka.

pakcik: ko keje ape? TECHNICIAN ke?

joe: ?????????????????????? (terdiam sekejap.. tapi pastu joe jawab gak...) takla cik, saya engineer...

kes 2

dulu, aku kan keje kat klinik haiwan sebelum aku join gomen. so masa aku keje klinik, bos aku wat kan la uniform keje.. kalau vet, baju putih (ala2 baju nurse tuh), kalau attendan biasa, baju kaler biru laut.

then, selalunya time lunch, memang joe akan datang amik aku kat klinik, makan sesame kat satu kedai nih.

selalu kalau kitorang makan kat sini tak penah la pulak makcik kedai ni bizibodi nak borak2 tanya kitorang keje hape.

sekalikan, ada satu hari tu, aku cuti.. so joe pi lunch kat kedai makcik ni ngan opismate die..
bermulalah drama sebabak antara makcik kedai tu ngan joe;

makcik kedai: sorang je hari ni?

joe: ha'ah..

makcik kedai: mana awek awak yang keje nurse tuh? tak keje ke arini?

joe: (cam biasa, malas nak cakap banyak) a'ah, die cuti arini.... (dalam hati, aik...selama ni makcik tu ingat zue ni nurse ke? hahahaha)

hoiiiiiiiiiiiiiii makcik, ape kes ko nih? asal orang pakai baju putih je kompom la keje nurse kan?
aku tak hina orang keje nurse, jangan salah tafsir lak. tapi yang aku geram mentaliti sesetengah orang kite, suke sangat pandang rendah pada orang laen, berdasarkan penampilan diri kite.
berbulu la aku ngan orang2 yang camni..

kes 3

masa aku orientasi nak masuk jabatan dulu, ada satu sesi ni, dikendalikan oleh salah seorang ketua seksyen kami kat HQ Putrajaya.

doc ni, orangnye memang sangat low profile (cam aku...wakakakaka), sangat simple and sempoi.

die share pengalaman dia kat kitorang, masa dia jadi Pengurus sebuah ladang jabatan di utara semenanjung...

satu hari tu, doc ni gi ke bank, nak bank-in kan duit . masa ni, doc tu pakai sempoi je, pakai coverall kaler ijau coz die baru abes check lembu pagi tuh.

sampai je kat bank, die cam biasa, queue nak tunggu giliran. sampai je turn dia...

pegawai bank: ye cik?

doc X : saya nak bank-in kan duit nih...

peg. bank: ooo.. ni untuk masuk akaun bendahari negeri kan?

doc X: ye puan.. kenapa ye?

peg. bank: macam ni, encik kena isi borang dulu, penuhkan semua maklumat, pastu kena minta tandatangan dari bos tempat encik keje... (muka kerek gilerr)

doc X: oooo... kena tandatangan bos ye? okay, saya isi form ni. nanti saya bagi puan balik ye.

lima minit pastu.....

doc X : puan, ni borang siap dah. semua saya dah isi. (siap ngan tandatangan "bos" yang pegawai bank tu mintak tadi)

peg.bank: errrrr....encik ni, bos ke?

doc X: ha, yelah.... nape? saya takde rupe bos ke?????

hamikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk......... malu tak? kalau aku jadi peg. bank tu, kompom aku nyorok duk bawah meja dah...hua hua hua

kesimpulan

lain kali, berpakaian la ikut profession kite. kalau ko doktor, bawakla stetoskop gantung kat leher, kalau ko pilot; pakai topi pilot tuh, pakai sekali uniform pilot. kalau ko pengurus sesebuah kompeni; pakai suit lengkap, bawak briefcase jangan lupe. kasut tu biar berkilat.
kalau ko engineer; pakai topi kontraktor, takpun tampal nametag besar2 siap tulis pekerjaan sekali.

tapi ni kang ada gak mulut orang akan berkata2 kan, "perghhh poyo gile...kalau ye pun pegawai, takyah la pakai suit bagai..."

seeeeeeeeee..... manusia memang camni kan? ada je yang nak didengkikan. tak boley tengok orang senang. kalau pakai selebet, orang pandang rendah. kalau pakai beria2, orang cakap kite berlagak. tah pape......

mentaliti mereka:

kalau pakai smart2, bawak keta mewah sikit.. ORANG KAYE WEYH!!keje pegawai besar gamaknya tu...
kalau pakai sempoi2, bawak keta biase2.... ORANG TAKDE DUIT SANGAT. keje pencacai je agaknye.....

Friday, March 12, 2010

our 2nd non-biological son.. =)

salam uols...

tadi pepagi dapat text from my opismate, suh datang opis cecepat.

tapi ini hari joe MC. maka kalau die MC otometik aku pun lambat. ngeh3.

pi bekpes with him first, chit chat then bergerak kemalasan heading to my office. joe cuti, dalam ati ni, sangatla menjelezkan diri. kompom joe sambung tido semula nih! (sangka buruk seorang isteri mithali, wakaka)

sampai opis, saya terus call opismate tuh, ape yang dia nak suh saya sampai opis cepat sangat nih.

oooo....rupenya ada sesuatu yang menanti saya.. tadaaaaaaaaaaaaaaaaa


nama die Rooney. mata biru okayyy.. very the mat saleh celup.


Agus The Explorer, tengah berkenal2an ngan Rooney. dalam ati Agus cakap, "siap ko Rooney. sok mak ayah takde, aku gulai ko cukup2!! wahahaha"


semalam my opismate tayang video si cinonet nih. ekceli dia ada 5 kittens. 2 kasi jiran, 1 lagi izzati amik, satu lagi dia bela. pas layan that video, teros hati tertawan. takde tunggu2, teros cakap, kompom aku nak nih! hehe

diskas2, kawtim sama joe, joe cakap okay je. siap pikirkan nama lagik nak bagi kat die nih. soooo sporting la my hubby kan...

but he has to be placed in this cage until die ley adapt with our house. takley play n mixed around with Agus lagi. tunggu 2-3 months lagi. baru saya lepaskan dia.

sok pagi die dan Agus akan ditinggalkan. teng teng teng. Agus, mak warning u keh, jangan kacau adik ye, kalau balik kang mak tengok adik tunggang langgang or dah tinggal tulang je dalam tu, siap ko! periuk besar ada kat umah ni... wahahahaha watch out!

sok saya nak berangkut ke Ampang, umah Tok Anjang joe. anak Tok Anjang nak kawen.

yang buat aku rasa cam nak turun syehh adalah apabila joe cakap camni tadi,

" sayang, maktuk tido sana malam ni.. takut maktuk ajak kite tido sana je sok..."

" what??????????????? abang, esok malam Konsert Prelude AF8 taw! jangan ngade2 ye.. kalau nak tengok orang merempan kat umah Tok Anjang sok, watla.."

dengar tu? ugutan tu namanye. gila hape nak suh aku lupekan AF? aku peminat setia AF weyhhh!

dah kalau kena tido umah Tok Anjang, takkan nak ada ati nengok AF pulak. sah2 kena merewang potong bawang bagai. maka jawapannya adalah;

KEMSALAMMMMMMSSSSSS............

by hook or by crook, kite kena balik Melaka gak pas abes kenduri. ngeh ngeh ngeh

Thursday, March 11, 2010

demi kerana bubur itu

salam uols...

ni la keje aku petang semalam.

godak stor umah ni, semata2 nak mencari perkara nan satu itu.

ni la keadaan stor umah kami yang macam tongkang pecah lapan belas. penuh, sarat. sampai takde space. sampai siap sumbat2 reta karun dalam bilik no.4 kat bawah lagik.

agus cam biasa, sepadan ngan nama yang aku gelar... Agus The Explorer. nampak tu, mencelah gak dia time nih.


nanti aku ingat nak wat garage sale. ada sape2 minat nak beli? muahahahahaha

hadiah kawen paling banyak dalam nih, sume elok cantek2 je kan aku simpan dalam kotak lagi tuh. saya sayang hadiah kawen saya maka saya sanggup taknak guna dan beli pulak kat luar. keji ayat tu kan?


nampak ada telepon dalam baldi tuh? ni telepon hadiah kawen dari bff joe, zaharan. dah 'selamat' aku simpan dalam baldi lagik. keh keh keh



nawaitu sebenar aku menyelongkar stor pada hari ini sampai keluar peluh jantan sume, adalah kerana perkara nan satu ini...


mencarik slow cooker. nak masakkan porridge fara. anak aku sekarang kemain la kuat makannya. sampai cikgu taska pesan suh wat bubur banyak sikit, tukar2 menu bubur. ewahhhh ingat aku ada bibik kat umah ni kah?

memandangkan nak memasak bubur guna dapur gas sangatlah membazirkan gas, maka alternatif yang digunakan adalah dengan menggunakan electric appliances ini.. mudah dan dipercayai... takyah nak duk bangkit gi ke dapur menengok bubur yang ditanak.

mummy boley mengangkang buat keje lain. itu sebenarnya motip aku nak cakap. wehehehe



malam ni punya bubur, aku rasa cam nak campur sehiris dua drumstick and calves fara. letak madu, blackpepper sikit. wooo hooo!! menjilat jari bebeh!




her result.....

salam uols...

im soooo impatient to do this entry.

waiting crazily and sometimes feels like my tears goin to flow out of my eyes...

nape? nape saya berdebar sangat? nape tak sabar sangat?

cause she is my last sister, i put on my hope on her. adik saya yang bawah saya (siti) sangat la pemalas. hoho

just now, dia baru pas text saya. dia dapat 5 A's. yang laen credit.

im not impressed at all. sebab saya expect dia dapat at least 7A's.

okay, she got A for her maths, bahasa melayu, civil engineering, chemistry and agama.

fizik ko ape jadi hah??? tetibe akak ko nak rasa bangga la nih, aku punya fizik, A2 ok!

kah3... takley challenge kakak ko yang berotak bernas nih. makan ikan ari2 wey! kismis beribu kotak, stadi cam nak mapos tak layan dunia luar + of kos, doa ibu mithali. thanks mak!!
hehehehe

zaman saya SPM 1999, masih lagi sistem aggregat. ada A1, A2, C3 ----- C6, then P7, P8, and last F9.

zaman adik-adik saya dah takde sistem aggregat. guna sistem A, B, C jek..

tapi heran la, apesal la depa takley nak score?

dulu exam, mana ada stail bawak masuk kalkulator bagai, guna buku log merah tu jer ha.

dulu exam, mana ada paper sejarah kertas 2 tu subjektif? zaman aku, 5 essei tau kena tulis.

tahla..tak pahamla adik nih. takpela, apepun alhamdulillah.

seb baek strong subject die score A. tapi aku bengang gak sebab bahasa inggeris dia dapat B-. ape la yang ko susah sangat kat bahasa inggeris nih? aku tengok duk dengar lagu omputih siap pegang lirik kemain lagik. tapi tak gak A. huhu

takpela, apepun piqah; ko kena prove that u'll be one of the listed Ir. Engineer in Malaysia one day. takde siap ko!! meh sini aku menikahkan ko jek. wehehe kejam kan akak dia??
takpe, dia adik aku.....


p/s: ye, duit aku tetap rabak. FINE.

Wednesday, March 10, 2010

result SPM

salam uols..

sok result SPM akan diannounce.

adik saya is one of the SPM's candidate last year.

tapi sekarang ni, kakak dia lak yang berdebar2 menunggu hari esok.

apehal eyh?

sebab, saya dah menjanjikan sesuatu yang boley membuatkan saya jatuh muflis sebulan. wahahaha

nyesal2 menabur janji2 manis aritu. btw, piqah, ko ada harapan nak dapat straight A's ke???

kuang kuang kuang keji nau ayat kakak dia nih. hehe

okay, piqah, sila pilih hadiah di bawah;

i) tepon baru, ganti tepon lama ko yang dah 'kingkong' tuh.

ii) lappy. second hand je taw! amik joe punye yang lama tuh. wahahaha

iii) kasut baru, baju baru. jeans levi's okay?

iv) ke nak duit gak? halllaaaaa pilih laen2 la ek! ek!

calon SPM yang takley tido malam nih; yang pakai tudung itam tuh. hahahaha
yang tudung cekelat tu adik bawah saya, siti.

eniwei, GUD LUCK MY DEAR BELOVED SIS!! I'LL PRAY FOR UR SUCCESS. ALWAYSSSS....

Tuesday, March 9, 2010

hari MALU sedunia

salam uols..

arini, sape baca shout out saya kat FB, sure perasan saya cakap saya kena attend persidangan dewan.

saya memang dah agak, sure salah satu ari nanti, saya kena gak attend. silap2 sampai ari penggulungan aku gak yang kena ngadap dewan ni kangggggggg

ekceli persidangan ni wajibulghannah di attend oleh Ketua Jabatan ----> meaning, bos la tuh.

tapi lately bos saya kan sibukkkkkk manjang, jadi manjang la saya kena wakili dia. tolong kasi up sikit markah saya pasni ye bos....

baru ingat nak ngulau jap tengahari tadik, tetiba dapat panggilan 999 dari opis suh attend dewan. holoh holoh abes punah harapan gue nak nyopping. takpe2, pekerja cemerlang wajib ikut arahan. haha

ekceli ni bukan kali pertama saya ikut persidangan, tahun lepas pun kena gak. so kali ni bila bos suh gi, saya takde dah cuak sangat. tapiiiiiiiiiiiiiiiii

tapi, kali ni memang suwey la. masa masuk dalam dewan, okay takde hal. bile sampai kat tempat bersidang, aku punyelah melilau cari seat jabatan. memang ada tagging, tapi sebab dah la lambat masuk, sebab aku sampai lambat. malas nak cakap nape sampai lambat kang ada yang dapat makian percuma sok pagi kat opis.

nasib urusetia sangat hebat. takyah tebal muka lama berdiri tercangak kat tengah2 dewan. urusetia tolong carikan seat. tengkiuk!

sepanjang perbahasan memangla sangat bosan. sesape penah join dewan bersidang, memang tau la kan camne keadaannya. siap aku dah tertido dah. bos2 sebelah aku pun dah siap belayar ke Laut China Selatan.

yang kelakarnya, ada satu pengarah ni, die siap tegur pas aku tersedar tu, " ko tido ye?" wahhh siap boley "kau" "aku" macam kengkawan je kite ni eyh?

saya jawab je, "ha'ah, ngantuk la encik.."

seb baik aku baik kan... padahal encik yang tegur aku ni, dah berkeroh bagai tadi, siap terlentuk2 lagik. nak aje aku cakap, "ala...encik tido siap berdengkur2 tadi. satu dewan dengar. naseb speaker tak perasan.." hahahaha

done. abes dalam kul 6 petang. siap penggulungan usul arini. masa nak balik, aku salah keluar. adessss ni memang jahanam. style bangunan kat sini, semua ada link2. silap tangga, silap pintu memang mapos la ko sesat dalam nih.

saya pulak bile dah tau nak sesat, boley la belagak sumbing, jalan selamber. pak guard ada kat entrance tuh, tapi menonong yakin boley gak dengan harapan jumpa jalan kuar nih.

last2 sekali, saya SESAT! tahniah ye. sekalung tahniah. fadan muke kan, sape suh taknak bertanya. malu bertanya sesat jalan. kena dah kat batang idung sendiri tadik. last2 patah balik, gi hegeh2 tanya kat guard tuh.

aku : encik, mana jalan nak gi pintu utama? saya salah keluar la tadi...

guard: oh, puan dari persidangan ke?

aku: a'ah. mana pintu saya nak ikut ye? saya tadi masuk ikut blok *tuuutttttttttt* tapi abes je saya termasuk bangunan ni pulak.

guard: okay, takpe puan. saya tunjukkan puan jalan keluar ye. puan ikutla saya.

saya yang dah kemalu maluan nih, pasrah jek ikut guard tuh.

jumpa je pintu masuk, bertembung pulak ngan salah seorang YB tuh. yang paling memalukan saya seumur hidup adalah apabila.........

pak guard ni boley tegur YB tuh.. "Datuk!!! "

YB tu jawab , "ye... dari mana ni?"

guard tu dengan innocent jawab, " ni ha, puan ni sesat tadi........."

HADOIIIIIIIIIII APESAL KO CERITA AKU SESAT???

seb baek YB tu baik, die cakap, "takpe, biasa la tu, dewan ni besar.. meh ikut saya keluar.."

holoh holoh baek Datuk ni. suke!!! hehehehe seb baek dia dah tua. kalau tak.. auuuummmm

................. tamat cerita malu yang PERTAMA .............................

masa amik Fara petang tadi kat nursery, cikgu nursery tu selamber kods tanya aku,

" zue, zue preknen lagi ke?"

tu diaaaaaaaaaa malu kali KEDUA.

ape aku nak jawab? nampak sangat ke perut aku ni bunchet??

mana tak bunchet nye cikgu, sejak akhir2 ni selera makan saya naik mencanak2. asek lapar je. dah bekfes nak lunch. dah lunch nak minum petang lak. malam makan lagik. malam kunyah coklat sebelum tido. ni side efek makan pil perancang ke???

lagi satu, dulu time pantang mak suh pakai bengkung, saya ngelat. sah2 la perut ni melendot. cam orang peknen 3 bulan gayenya.

bang, anta sayang gi Slim World sekarang jugak!! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: lately ni aku cam perasan ada readers dari Fitzroy la, Las Vegas la..mat saleh pandai baca bahasa melayu ke? ke ni Nyah? kawan aku yang tak berapa nak center palaotak die tuh? dah kalau ko baca blog aku, apsal ko tak reti2 nak buh komen sehelai dua? nanti ko balik mesia, aku siku2 kelapa lutut ko nyah! hehehe

arena ikan bakar

salam uols...

ari sabtu lepas, saya berjaya melepaskan hajat kemaruk nak makan ikan bakar. dah seminggu tahan nafsu serakah nih. hahaha

dalam masa seminggu tu siap plan2 ngan mak ayah, adik bradik sume. mereka sume on je bab2 makan nih. sama la kite kan, sepesen je.

abang saya, rekomen pi makan kat Pantai Jeram, kat Arena Ikan Bakar. saya pes time gi sini. before ni yang pandainya nak gi makan kat bagan lalang je. pastu sah2 la ikan bakar kat area melaka. yang tu memang mabeles la kannnnnnnnnnn

cam biasa, gambar pertama wajib tayang, gambar tuan rumah. mula2 sekali, time kasih pada joe terchenta, sangat sporting melayan kehendak bini dia nih. i lap u la my bebeh.
muka memasing sangat selebet taw malam ni. saya memang malas nak mekap2. kang mekap melawa kemain pastu kena sos2 sume, abes rosak muka mak.. dah la cari parking kemain susah nauzubillah. menapak kitorang dari parking nak masuk dalam area makan nih. befeluh2 memasing.


Fara mendengki kan mokde dia. sebuk dia tarik fon mokde. mokde tengah nak anto laporan kat pakwe dia tu sayang. siap dua fon dia hangkut. petanda? ada dua pakwe okay. siap ko balik ni, aku azan kat telinga. gatal memain ngan ramai2 jantan ye!

ni antara makanan yang diorder. ekceli geram ngan servis kat sini. sangat lemsssss. dahla perut memasing berlagu2. maybe sebab ramai sangat kot masa ni. sabtu kan...naseb ada port kosong. duk dalam gazebo, bersila. ciri2 kemelayuan sejati.
saya ngan joe tukang order. semua spesis ikan, ketam, udang, kerang, sotong kami belasah. alang2 melantak, biar sampai pecah perut teros. paling mabeles kerabu sotong malam nih. sedap gilak weyh! abes licin aku kerjakan sepinggan. tak sompek nak snap pic kerabu tuh pasal sampai2 je lauk, terus memasing yang dah kebulur mencapai2 lauk tuh. tak semenggah! famili sape ni wey?? hahahaha

ni dua orang insan yang paling disayangi. sekarang dah jatuh no.3 & 4 la.. no. 1? joe la of kos.. no.2 anak saya.. dolu2 masa belum kawen mak ayah la no.1 kan... mak saya memang stok muka cam cino, tak tawu nape. ayah pulak stok muka sami belu. wakaka. anak2 dia? rupa mikel jeksen ada, rupe tina tener pun ado... saya? rupa julia ziegler.

tepi sekali ni abang saya. my only bro. kami panggil mamat. glams nau nama ko.. tu dua orang anak dia. anak no. 2 dia memang kelaka. abang ngan kak ipar saya putih melepak, tetibe anak no.2 die gelap gulita. ape kes? kenan atok ye?



sekian edisi makan2 malam itu. overall, memang sangat best makan reramai ngan famili. kos makan kat sini takla mahal sangat. standard je dia charge, puas ati la..kesian akak saya tak dapek join. anak dia demam teruk dari jumaat tuh. takpe2, bulan depan kite datang lagik ye!

Monday, March 8, 2010

ape name glams korang??

salam uols...

masa saya kecik dulu kan, saya selalu pikir, apsal nama saya macam nama orang2 tua jek? zuraidah..tak glams langsung nama aku.

cube tengok nama akak, zuliya. abang pun sedap gak, shahrulnizal. adik aku lagi sedap; siti juma'izah. yang bongsu nor syafiqah. adik yang siti ni, nama dia dia dipilih ada 'juma' sebab dia lahir ari jemaat. saya ingat lagi, masa ayah pilih nama siti ni, kami tengah lepak kat meja makan, mak kat spital lagik. ayah sambil sedut rokok dia, congak2 nama apa nak bagi kat anak no.4 dia. last2 kuar siti juma'izah. sodap eyh? time tu nama camni glams sangat dah.

pastu adik bongsu, nama dia dipilih ikut buku panduan nama2 islam. abang saya yang pilih nama ni.

persoalan sekarang, mak ayah, napa bagi nama orang 'zuraidah'???? uwaaaaaa tak glamssssssss

masa kat sekolah rendah ngan sekolah menengah, kengkawan panggil zue je. cop2, sekolah rendah adik bradik panggil saya 'teh' tak tau nape. suke minum teh kot........wahahaha
pastu gi sekolah menengah ada lagik best. ada beberapa budak lelaki poyo yang aku memang anti sampai arini aku kalau jumpa memang takkan tegur adalah mereka nih. mereka panggil saya 'juliana banos' ... wth?????

sampai arini saya tak tau ape point mereka panggil juliana banos.. juliana bonss adalah kot. celah mana yang serupa pun aku tak tau. pastu bile aku tanya, sampai kesudah diorang takkan cakap nape panggil aku camtu. cessssssssssssss

bile masuk matrik, takde nama sepesel gak. zue je. simple kan. ada gak yang geli2 panggil ida. aduiiiiiiiii sensitip betul la nama ni..nama jiwang bangat ida nih.. yaaaawwwwwww
paling best masuk UPM. 1st year, 1st sem. standard piawai kengkonon, kat kolej nih. wajib tukar nama, kena ada nama samaran. nak tau nama samaran den apo? DUI ok!

kenapa DUI? sebab masa senior2 kolej nak tukar2 kan nama saya, saya yang otai dengan selamber mencadangkan kat floor rep tuh,

"kak, boley tak panggil saya duyung je? pasal tu nama manja atuk saya bagi.. atuk ngan nenek panggil 'yong' kalau kat umah... "

kak senior tu cakap okay, tapi kite tukar sikit.. tak mau yong sume. saya bagi nama awak "Duy" okay? uk aloh, Duy? dalam ati macam rasa ape je kan, tapi pasrah jelah. mana junior ley demand2 sangat time nih, kang kena ragging tak pasal2 je kan...

maka bermula la panggilan baru saya di kolej, spellingnya Duy ekceli, tapi lama kelamaan jadi Dui terus.

okay lagi nih saya punya nama, ada yang lagi kaw2 diorang kasi. Rota la, Roket (panggil Ket), Spend (shortform spender), Chorl (shortform coli) , Nyamuk, Keti (shortform ketiak.. wahahaha lagi lahanat!) and macam2 lagik. memang kelakar betul la. joe pun ada jugak nama samaran dia. masa sekolah ngan matrik orang panggil dia Apex, (apek cinos) ..kat UPM pun dia ada nama baru..kalau senior laki bagi nama, lagi menangis taw. huhu. takyah aku jaja nama panggilan dia apa kat sini. tanya je kat dia nanti.

bila dipikirkan balik nama Zuraidah (yang aku claim cam nama orang tua tu tadi) okay gak nama ni sebenarnya. masa matrik ada lecturer nama zuraidah. ajar biologi. ada gak sepupu nama zuraidah. then ada je Y.B nama Zuraidah. camtu ada can la saya bergelar Datuk kan... ada ong ape nama nih.. tak teruk mana pun kan nama Zuraidah. hehe

jadikan nama ni takla penting sangat ye. yang penting orangnya. penting ke tidak dia sekarang di mata masyarakat? saya rasa saya penting, banyak pentinggggggggg. terutama pada joe lah. mana ada johari, situ ada zuraidah. mana ada zuraidah, situlah ada johari. tak caya? test tengok sekarang!


Saturday, March 6, 2010

lawak spastik lagi plastik

salam uols...

minggu ni turn saya balik umah mak ayah saya.. hoyeahhh!!! dari ari senin start keje, sampai arini, kemain kekobar lagi nak balik. padahal tiap2 bulan pun memang balik, tapi aura nak balik umah mak sendiri tu memang laen macam sikit... tak macam balik umah family joe, suam2 kuku je, ahaks

petang semalam nak balik, joe sempat wat lawak bodo, masa nak amik fara kat taska dia.
masa saya tunggu depan pintu taska tu, tunggu cikgu die yang lemssss tu bukak pintu, joe cakap depan saya,

"cepatla sikit cikgu, saya tak sabar nak balik umah mentua nih! " (dengan muka tahan napas nak ketawa)

cessssssssssss.... tu perli dengan nada sopan namanya. terkekek2 aku ngan joe ketawa pastu takpe2, siap ko joe, saya kumpul nih, kumpul nak balas dendam. tunggu time nak balik umah maktuk pulak, siapppppppppppppppp

pastu ingat abes kat situ je, ada gak lagi edisi lawak si joe. bila kitorang dah siap2 load barang masuk dalam keta, die hegeh2 kunci pintu ngan pagar...

time joe masuk ready nak drive, die kengkonon melakonkan diri dia jadi fara, dia wat dialog plastik..

" daddy, nape lambat sangat nih? fara dah sebulan tak jumpa atuk ngan nenek.."

cesssssssssss bedebah tul joe. tu lagik sekali dia perli saya. sebenarnya dia nak ngata saya, bile nak balik klang, terserlah sangat keeksaitedan nya. sampai sanggup amik half-day bagai. hahahaha

takpe2, tunggu dia nanti. siap la time nak balik umah maktuk tu kang. berlemak tul dia ye..

Friday, March 5, 2010

rescue rangers.. action comingggggg

salam uols..

marah saya dah reda. hehe. tadi kemain marah kat FB lagi. dah amik wuduk, duk diam2. lupakan masalah, alhamdulillah saya cerios kembali. lunch tadi keluar ngan joe. semalam kan dah majuk2 mamat tuh, tak ajak dia lunch sama2. ngade taw, biasa die.

bile jumpa dia, aman donia. settle segala masalah. sorga bebeh dapat makan sambil borak2 sama laki sendiri.

malam tadi, seperti yang saya war-warkan tu ari kat FB, saya cakap nak setting balik position sofa umah kitorang kan. setelah diketawa2kan dek joe, (kuang asam, nasib laki sendiri. kalau tak makan botol kicap die. hehe) akhirnya joe setuju ngan cadangan saya.

semua sofa telah ditolak rapat2 ke dinding, untuk memberi space yang cukup besar pada anak yang nak membesar nih. FZ ni sekarang, dia bergolek2 taw2 dah sampai kat meja makan. golek2 tengok ada bawah meja telefon. golek2 lagi kang, sampai pulak kat pintu masuk umah. eyh eyh takleh jadi. penyelesaian masalah harus dilakukan segera.

lapang mata memandang. lapang gak tempat FZ nak bergolek. pasni takyah dah dia langgar2 kaki meja la, kaki kerusi la. sian dia. benjol tak pasal2. hahahaha

gambar takde. takyah la, tukar position je, bukan tukar sofa baru nak tayang2. hiksssss

dah la sebahagian hidup kami, diabeskan dengan melepak kat bawah, tingkat atas umah ni berfungsi waktu malam je, time tido. yang lain sume mengangkang depan tv, depan laptop. makanya aktiviti melapangkan hall wajib dilakukan untuk kesejahteraan bersama.

sakit pinggang, macam nak tercabut urat kentot pun ada malam tadi mengheret sofa ngan meja makan. aduiiiii tobat pasni beli kerosi rotan sudah. sofa ni berat nak mapos, cam angkat anak gajah dah.

pasni nak cadangkan sedikit lagi penambahbaikan pada umah kami. harap2 joe tak gelakkan idea saya. tau la saya ni memang slow sikit bab2 deco umah ni, tapi boley bukak majalah wat?? anjung seri ado, idaman ado, home deco ado..kacang je tuh!

perempuan mentel gedik

salam uols..

saya tau tajuk ni memang panas bontot. tapi apa salahnya kan saya nak cakap, saya pun pompuan gak.

mestikah perempuan tu sentiasa berlemah lembut? mestikah seorang perempuan tu berlemah lembut, tak kira di mana saja dia berada? pada saya, tak payah. kena tengok tempat, masa dan keadaan. kalau terlebih lemah lembut tu namanya lemah lembap, bukan lembut lagi dah.

kalau saya ok, saya type perempuan. kalau saya tak okay, saya type pompuan. lagi dajal, saya type betina. ada macam2 gaya orang perempuan yang saya jumpa dalam idup nih. kalau tengah drive atas jalan, paling selalu kena kutuk orang pompuan la. yelah, bawak keta kemain gelabah lagi, panik tak tentu pasal. hello, boley tak ko kadang2 jadi 'macho' sikit atas jalan? bukan suh ko jadi pembuli jalan, tapi jadi 'macho' sikit je walaupun kat dalam keta tu ko kemain berkebaya ayu lagik.

saya paling geram bila ada pompuan bawak keta sikit2 tekan brek, pastu wat muka ayu2, senyum2 lagik. eyh, bajet cantek nau ke hape? ko ingat sume laki2 kat atas jalan ni nak ngorat? perasan je lebih tu. kadang2 ada pulak yang spesis bawak keta terlebey 'macho' siap berani nak cucuk2 kite. ape ko hengat aku nak pedulikkan? tader makne. kemsalam. ko cucuk2 pastu aku tekan brek, ko hentam bontot keta aku, pastu ko gak yang kena saman kan? sape susah? awak jugekkkkk. maksud saya kat sini, wahai pemandu wanita, boley tak jika anda memandu, anda fikirkan orang yang berada di belakang anda? yang tengah membontoti anda? cube drive ngan steady n cool. macam orang laki bawak keta. boley??

boley tak perempuan2 yang suka control ayu ni bile buat keje, wat pantas2? takyah nak bajet ko cun, terkontrol2, terkemut2 wat keje. cakap ngan customer laki siap senyum meleret, tapi bila cakap ngan spesis sama kemain nau kereknya. siap jeling2 kita pulak tuh. ewah2....

ada pulak pompuan nih, mengada2 lebih. suke nau nak melekat ngan lelaki. ape dah takde kawan pompuan lain kat dunia nih? tergedik2 ngan lelaki bagai. kang kena tuduh miang, perempuan gak kan yang malu. cover2 la sikit, awak tu perempuan melayu. islam pulak tu. takyah nak menggeletis meleset2 kat lelaki boley tak? saya tau la lelaki memang kaum yang gagah, tapi kawan perempuan pun ada gak spesis yang gagah kan? setakat nak mintak tolong keta abes minyak tengah jalan, ko terlalak2 call lelaki watpe? tapi statement macam ni memang bahaya kan, nanti ada yang cakap, biarlah minah tu, dia punya hal. hak memasing. yelah, memang hak memasing, tapi sok luse kena rogol tengah jalan ke hape, sape yang susah? nak biarkan jugak? biarlah ek...hak memasing...hal dia kan...

maaf kalau ada yang tak suka ngan entry ni. tapi saya pedulik hape. saya memang anti sikit pompuan gedik2 ni. gedik melampau. kalau manja tu boley dimaafkan lagi. kalau adik2 saya memang dah biasa kena bebel ngan akak dia. kecik2 tengah belajar gatal nak berpakwe2 sume. amik gambar macam2 aksi dalam tepon. ewahhhhhhhhh

kalau tengok budak2 sekolah sekarang lagi dasat kan, dengan pakai baju sekolahnya, selamber dating pegang2 tangan kat luar. ada yang berpeluk2 siap. moden la kononnnnn

dahla, nanti saya sambung lagi. memang banyak sangat yang terpendam ni. pendam lama2 tak elok, jadi nanah. lagi elok saya lepaskan. tak suka takyah baca.