Sunday, October 31, 2010

311082 - 311010 = 28

salam uols....

hari ni genaplah usia aku 28 tahun... hehe. muda nauuuu lagi tuh! gagagaga

makanye, disebabkan oleh itu, otomatik harijadi adalah hari tuk mendapat besday prezen kan.kan.kan.. ^__^

so tahun ni aku tak tuntut banyak (eceh! tak banyak la sangattt).. cuma ape aku idamkan, nak sangat jam baru since jam yang ado sekarang dah pakai dekat 3 tahun..(tu pun jam hantaran...hihi)

so laki mak belikan la jam baru. yeay!! plus dapat wrislet lagik. ngeh ngeh ngeh. ekceli dalam ati macam nak beli purse baru. tapi bile nampak wristlet lawa nih, so dan dan tu gak tukar niat. haha.

tengkiuk abe joe! i lap u so muccchhh la..


dan yang ini adalah besday prezen tuk abe joe. dah dekat sebulan tangguh. ekceli joe nak beli Timberland, tapi kesiannnnn sangat2 taw. design yang joe minat aritu dah takde.

dari MidVal ke JJ Bukit Tinggi Klang kitorang round kedai Timberland, tapi design tu memang dah sold out. syiaaannnnn sangatttt ... T_T

last2 abe joe pilih Clarks sajork. ok la tu, janji dapat kasut keje baru. sayang mintak maaf k sebab tangguh beli besday prezen abang....

gitu lah ye. moral of the story, jangan tangguh2 bile nak beli sesuatu. terus je rembat! (boley ke pakai advice aku nih?huhu)

dan last sekali untuk entry besday nih, aku nak ucap time kasih banyak2 banyak2 sangat kat semua yang wish besday aku tahun ni. yang hanta kat fb, kat inbox, kat sms, yang call sume... thanx guys!


lap u muuuuaaahhhhhhh.....

Friday, October 29, 2010

mak menang award ko!!

salam uols....

time kasih daun keladi la ye eita sebab anugerahkan daku dengan award gini. susah2 jer!

"mula2 sekali, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua peminat yang menyokong karier saya selama berkecimpung dalam dunia kehaiwanan ini... pada suami, anak, mak ayah...orang kampung yang mengundi.... bla.. bla... bla... "

eyh eyh eyh.... sori2, mak terperasan cam dapat MTV Awards jek... hahaha. PANGGG!!





1) thank to person who gave you this award and put the link of the person...

tu, den dah kobarkan dah nama dia kat atas sekali. link dia? ada kat box my favvy gitewwww... cari "Rita Rudaini" eh eh salah, "Rita Razif" .... hehehe

2) Spread the award to 15 blogger who you like and think their blog is awesome!

kalau tak sampai 15 orang, aci tak? den bukan glemer naw. kengkawan je yang baca blog nih. huhu

- Mizah Cipom pom pom
- Liza Voguesss
- Faza - Hana same person. apekah?
- Kak Maiza E-ein bam bam
- Faryna.... (ekau ado baca ke blog tak semenggah ni? hihi)
- Ayu Raudhah.. ops! Ayu Mazlan
- Nina Azmil
- Eazy Insyira Dia... rasanya awak dah penah dapat kan? amik la lagi sekali ye! hehe
- Kak Yani yang nun di sana...
- Anjas dan Dobot... korang beautiful kerrr???

3) tell 7 things about yourself..

tu ari baru lepas describe seploh perkara mengenai aku. tah ada yang baca tah tak. takyah describe lagi la ek! hehehe.

p/s: petang ni balik Klang. hepi kuasa kuda. nak2 pulak geng gosip aku, p-qah balik cuti sem. yahoooo!!!

Thursday, October 28, 2010

Tuesday, October 26, 2010

boy ke girl?

salam uols...

tadi ada kawan buh kalendar cina kat wall fb dia. ala, kalendar yang bagitau bulan bape kite patut conceive tuk dapatkan gender baby yang kita desire..

so aku pun gatal2 belek sekali. pastu masa kuar makan tadi, aku kabarkan pada abe joe...

puan2: bang, kalau orang pregnant umur 30, make sure orang kena conceive dalam bulan March or April tuk dapat baby boy... sebab kalau conceive bulan lain, chances jadi rendah...

laki2: yeke? kalau camtu, cube tengok kalau sayang pregnant umur 29 pulak...

puan2: ehhhh...pehal nak suh orang ngandung cepat2 pulak? lari topik la!

laki2: hahahahahaha.. (gelak gatal okeyh!)

cisss. mak terus sentap.




dah. dah. takyah pikir2. lambek laie. saja kan I nak miang2 sekejap. ^__^

Sunday, October 24, 2010

Ayam PonTeh

salam uols...

ni bila syeh nak berkuntau di dapur dah meresap dalam badan. gagagagaga

aritu belek2 mag Pearl, nampak resipi nih. cam sadap jer mak tengok.. jadi, mak pun cuba..

AYAM PONTEH

bahan2 yang diperlukan;

- bawang kecik
- bawang putih
- bawang besau
- taucu
- asam jawa
- cili api
- sos Kreatif Maggi
- kentang
- ayam

cara2 nak masak;

- bawang kecik ngan bawang putih tu ko tumbuk lumat2
- pastu bawang besau ngan cili api potong biasa2
- kentang ngan ayam potong dadu.
- panaskan minyak, tumis bawang kecik ngan bawang putih. pastu masukkan kentang. masak dalam 5 minit.
- dah tu baru masuk ayam. tuang air asam jawa, taucu ngan sos kreatif togede gede. biar ayam empuk dalam seploh minit.
- dah agak2 empok, masukkan bawang besar.
- masak sesedap rasa. agak2 masin, tambahla gula ok.


dah siap!





Selamat Mencuba.....

Friday, October 22, 2010

be specific... can they?

salam uols...

dah lama aku tak borong buku sekali banyak camni. =D

selalu everymonth juz beli Women's Weekly ngan Mastika je. yang tu memang wajib hokey.

tapi siang tadi, masa pi lunch kat Mydin, MPH Bookstore wat sales buku2 dia pulak.

fuh fuh fuh!! memang pantang nau aku kalau tengok books fair cenggini. terus melekat dekat sejam kat situ. dan seterusnye telah me"nyepend" duit membeli belah beberapa naskhah buku. ^__^

dan inilah hasilnya.... sape2 nak datang umah baca, dipersilakan..

chiepani punye buku dah melambak2. harap sangat dia ley cepat membaca. Amin.

okay, yang sebenarnya cite pasal buku tu bukan tajuk asal entry malam ni.

yang sebenar2nya, aku cume kadang2 terfikir...

adakah doktor2 manusia di luar sana, bekerja sebagai seorang doktor? i mean, memang buat kerja seorang doktor? specific job scope nya?

kalau iye, maka beruntunglah mereka kan. tak rugi duit dan masa yang dikorbankan selama 5 tahun.. at last mereka mempraktikkan apa yang dipelajari.

but me? entahla.. susah nak cakap. yang pasti, memang banyak sangat kerja yang lari dari ijazah yang dimiliki.

bukan nak merungut, bukan nak kondem sape2. jangan salah tafsir.. yes, memang tak salah kalau kita mempelajari pelbagai ilmu selain ilmu yang dah ada di dada.

tapi rasanya tidak adil jika ilmu yang telah sedia ada dibiarkan begitu sahaja, lama kelamaan akan luputlah ia... semakin tumpul lah pengetahuan sedia ada. manusia kan tak sempurna...

hari ini belajar perkara baru, esok lusa perkara lama pasti akan lupa.. jadi pada aku, itu adalah rugi.

kalau kita tumpukan pada perkara yang kita minat, insyaAllah kita mampu menjadi pakar dalam bidang itu.

tapi kalau kita terlalu banyak menumpu kepada pelbagai perkara, jadi apakah kita?

manusia genius kah? semua perkara tahu? semua perkara ada di hujung jari?

mampu?



AKU TAK MAMPU!!!




sekian luahan perasaan dari insan yang setiap hari menahan hati.


gambar di atas adalah hiasan semata2.. takde kaitan ngan entry ni hokeh... (",)

hati masak 5 rasa...

salam uols...



i) internet lembap macam siput. (tapi sesungguhnya pergerakan siput tu lagi laju!)

ii) printer kertas tersumbat. pastu dah stuck. (nak je humban ke luar tingkap, tapi ternampak cop HAK KERAJAAN. terbantut niat aku.)

iii) pegi sarapan, hajat nak makan roti canai. tapi hampeh, tukang wat roti cuti arini. (lahabau lahawau!)

iv) ada beberapa orang yang annoying kat sekeliling sekarang. asik cakap perkara yang menyakitkan ati. cuba kalau aku pegi scan hati sekarang, sure nampak bulu2 kat hati tu! (hati berbulu...)

v) geram bangat2 bile nak baca blog engkorang sume, tunggu nak upload cam ****. last2 aku turn off je pc. untung aku turn off, kalau aku hempuk?





^_^ huhu....garangnye iyeeee.... larikkkk!!


Thursday, October 21, 2010

20102010

salam uols...

arini aku cuti. Melaka dapat cuti umum arini sebab semalam Melaka dah diisytihar as negeri maju. tarikh keramat, 20.10.2010 Tahniah Melaka!

tapi arini tak syiok sangat owh...

baru berangan ngan joe nak pegi shopping sesame today. alih2 semalam kompeni dia kuar memo, depa sume takley cuti. cuti disimpan as an annual leave. haihhhh

so today lepak umah sama chiepani. tunggu la kot2 miracle terjadi, dedi amik half day kann arini. AMIN!! hahahaha

next week nak balik klang. then ada wedding bestfren joe kat key el. aku plan nak beli jubah kat Hajaba tuh.. pakai masa attend wedding diorang..sesekali mak nak jadi ostazah uols... sentap tak dengar? gagagaga

takpe, siang takley menyopping, malam kan tatap ada! hua hua hua. (ayat sedapkan ati sendiri)

situasi sekarang di rumah: chiepani still aktif bermain, takde tanda2 nak tido. jiran sebelah lak kemain sakan renovate umah dia.. holoh holoh... bergegar otak aku sekali dengar bunyi drill sume tuh.



aarRRggggHHHHHH!!!!!!!

Tuesday, October 19, 2010

siapa aku?

salam uols...


1. write 5 interesting facts about the person who give u this award

- ada anak hensem nama Harith Yusof, di mana anak dia adalah bakal menantu kepada aku... wakakaka

- baek ati, lemah lembut, sopan santun, hormat orang tua, pandai masak, pandai mengemas, penyayang, sume segala ahh ada kat dia ni. ( erk...amm, ko rasa ni fakta ke auta? ngahahahahaha)

- suke berjalan, cam aku gak.

- natural beauty. takyah mekap2, dah cun siap2. (tapi kalau dia baru bangun tido, aku tak sure la camne rupenya. gagaga)

- seorang kawan yang setia...

2. write down 10 interesting facts about yourself and your hobby

- seorang kakak yang garang tapi penyayang. cepat cair senang cakap.. marah tak sampai seploh minit, pastu ley mengekek2 gelak ngan adik2 tak hengat dunia punya..

- aku ni orang yang punctual. pecaye tak? my hubby je the only person yang tahu pasal ni.. but now, uols pun dah tau kan... ^__^

- tak suka makan buah-buahan except durian... korang bagi durian sebakul pun konfem aku ley habiskan. haha

- suka pada kucing. cats are not our whole life, but they makes our life as a whole..

- suka shopping, but not window shopping. yang ni pun ramai kawan dah tau kan. agak kepeningan sang suami bile melihat sang isteri kegelisahan jika seharian tak keluar dari umah membeli sesuatu!

- hobi terbaru adalah mengumpul buku kanak2. sekarang ni, aku sangat teringin nak belikan pen Robin yang boley point pada buku, then akan keluar suara. best owhhh!!

- suka pada buku sastera. pelik tak? tak pelik kot... nampak je mak ni rock kapak, tapi mak ni jiwa bunga2 gak kekadang.. mak layan A. Samad Said, Faisal Tehrani, H.M Tuah Iskandar sume tuh..

- kalau aku bercuti pada weekdays, percayalah bahawa hakikatnya aku tak bercuti pun. sibuk buat macam2 perkara kat umah. ada je yang aku nak buat. tau2 dah petang... eyh, tak sempat nak balun tido pun! adeiiii...

- boley layan cite2 ngeri cam SAW, Final Destination, or any cerita2 pembunuhan kejam n ngeri, tapi jangannnnn harap aku nak tengok cite hantu.. sumpah, mak takotttt nyah!

- seorang doktor hewan yang takut pada ular dan kaum yang sewaktu dengannya. HAHAHAHAHA.

3. pick your most 10 deserving recipients and describe them

ok, soklan ni aku kureng clear... adakah aku kena pick 10 person next tuk ditag then aku kena describe pasal diorang sorang2?

ke aku tag je kat 10 orang lagik?

kalau camtu, aku nak tag pada;

- Mizah mak cipom
- Eazy Insyira Dia
- Faza- Hana same person
- Ayu Mazlan
- Liza Zulizalia
- Nina Azmil
- Kak Yani

** korang plissss.... jawab ye kalau ada kesempatan. TQ!

Monday, October 18, 2010

1 year+4months old

salam uols...

hari ni anak aku dah genap 1 tahun 4 bulan tauuu...

dah lama tak cite perkembangan dia kan kan kan?

sekarang chiepani dah pandai;

- tolong momi masak kat dapur. pantang biar lesung tu lepa sekejap, dia mesti nyibuk nak tolong tumbuk. tapi agak haru sikit, sebab dia tumbuk puting dia sendiri dalam tuh...

- amat rajin membantu mengelap lantai. if dedi lap susu tumpah atas lantai, nanti dia pun eksen gak amik wet wipes, kasik lap sama2.

- kalau nak amik gambar, bila suh senyum, dia akan pejam2 mata and menyeringai tayang gigi 6 batang. owh, senyum ke tu?

- bile pegi shopping complex, pantang nampak toys, mesti nak. bile dah belikan, balik umah langsung taknak main. chiepani, nape suke ikut perangai dedi nih? (wahahaha... salahkan dedi pulak tetibe kan!)

- pandai wat "summersault" wa cakap lu! huhu.. yang ni aku taktau mana dia belajar. taska kah? tv kah?

- suke amat2 minum ais. ampunkanlah kami wahai ayahbonda, aku taktau la sape yang ajar dia makan ais. nampak ais cam nampak gula2 sebalang eksaitednya.

dah, tu je nak kasitau. lain2 perkara simpan dalam hati dulu. gagagagagaga.

chiepani takley nak glems sensorang, momi musti join gak! hihihi

Sunday, October 17, 2010

Segamat mariiii....

salam uols...

jumaat lepas kitorang balik Segamat, umah ayah joe..

patutnya turn balik Batu Pahat umah maktok.. tapi ayah urgent mintak bantuan..

minggu ni ayah ada 4 kenduri kena settle. satu kat Muazzam, 3 kat area Segamat n Tangkak.

jadiknya, postpone dulu balik umah maktok ye..

nenong nenong nenongggg... bantuan dari Melaka sampai... ecececeyy... hehehe

ayah petang jumaat tu dah bertolak ke Muazzam, tinggal mak sensorang kat umah kena setel lagi 3 kenduri.. so sebab tu ayah mintak tolong sama abe joe... abe joe diperlukan tuk memasak 6 periuk nasi koooo... huhu..

petang sabtu, dah siap masak2 sume, kitorang meround usha umah baru ayah... kagum sehhh tengok umah ayah... memang tabik toing toing sama ayah..


ni dapur baru tempat ayah nak masak2 nanti... belakang umah baru ayah... dah macam kantin aku tengok... haha


salah satu taman yang ada... ada 3 taman kalau tak silap kat sekeliling umah baru ayah.. ayah memang minat ikan2 and bunga sume nih...

hohohoho... anak ayah yang busyukkkk.... ^__^


tapi umah ni belum boleh dirasmikan lagik... ada few things masih under construction...

insyaAllah, by Raya Haji ni nanti, umah ni akan siap sepenuhnya...

hepinye cucu atok sorang tu nanti... playground dia adalah besar yang hamat2 weyyyy....

momi ley tumpang sekaki nanti! wahahaha... motip??

Saturday, October 16, 2010

gud luck sis!!

salam uols..

ni entry khas tuk adik kesayangan gua... FiQaH a.k.a P-qA a.k.a MokSu...


pic dengan besfren die, Raja (baju pink). asal nama besfren je, baju pun siap nak kena pesen yang sama yee... huhu..


18hb ni die start final exam tuk 1st sem kat Matric...

last Thursday, dia seat for MUET exam. abes exam terus kalut2 text aku..

adik: jedah, iqa dah abes muet tadi... takut gak tengok soklannye tadi..

akak: urmmm...i'Allah, mesti okay punya... boley dapat Band 5 tak?

adik: Band 5?? huhuhu...tengokla... iqa tak konfiden arrr...

takpe2.. tapi aku nak ko buat paper final ni betul2... ko tak dapat 4.0 flat kangggg..... siap!!! (takley pow aku lebey2 tau..)

last sekali aku nak cakap,


GuD LucK My LuvLy SiS!! i know u can do it... insyaAllah... aminnnn.

Friday, October 15, 2010

amik hati... =D

salam uols....

budak kecik ni sekarang dah pandai amik ati tau... (read: bodek!)

seeee... bukan main lagi dia suap2kan dedi kan... baik ada makna naaa..

dia bodek dedi sebenarnya tu, sebab dia dapat another pair of shoes from dedi kesayangan dia. StanSmith tuuu.. huhu. tak aci!!! momi protes!!! kalau ngan momi, momi belikan selipar ben10 seploh hengget tu je.. hahaha. (btw, momi akui kasut tu kiut sebab ada bulu2.. hihi)

tapi ekceli salah momi gak, sebab selalu terlupa nak sarungkan kasut kat chiepani everytime keluar dari keta. walhal kasut die dah memang standby dalam keta..

atenya, momi ni terlupa anak dia dah pandai jalan kan... hahaha boley pakai alasan cenggitu?

penyudahnya chiepani terpaksa berkaki ayam dalam shopping complex.. dan buat kesekian kalinya, dia dapatla lagi sepasang kasut... gagagagaga


** I really needs to stop buying things for her especially shirts/dress. but how? me myself pun takley nak control perasaan nak membeli tu... plis help me!!

Wednesday, October 13, 2010

universal studios, singapore - part 3

salam uols...

okay, ni last part. fuhhhhh penat aku upload gambau. huhu

ni jelah yang aku larat nak upload. yang laen2, ley tengok kat fb je.

tenet kat umah slow cam ______ (sila isi tempat kosong, tq)

ke streamyx memang tengah prob ek? sentapppp tul aku ngan streamyx a.k.a stimix (ni dobot cakap =D) tau...

baeklah, sambung balik cite ke Sing.

pagi ahad tu, dalam kul 9 kitorang gerak from hotel menuju ke Sentosa Resort World.

ingatkan jauh la kan, rupenya dekattttt giler ngan hotel. dalam 15 minutes dah sampai! gagagaga.

melangut la kitorang menunggu nak masuk dalam tu. universal studios open at 10am ye kengkawan...

harga tiket masuk USS ni is S$72 per person, lebih kurang dalam RM165 sorang...


sampai2 je memangla takde orang... so amik kesempatan posing siap2 depan globe ni..

Galactica kot nama roller coaster ni. tapi belum boley naik lagi...

budak kecik kehausan... tensi sekejap sebab dia meraung2 dalam tu. haha

tetttttt... dedi snap pic ni dari belakang. fuh, nampak sangat mak dah gemmsss....


kat The Mummy Returns punya area. dalam ni ada roller coaster. before naik yang betul punya, korang kena try "test seat" dulu.. ada kat luar pintu masuk pyramid...

yang naik dedi sorang je.. aku? jangan harapppppp.. aku tobat dah nak naik naik roller coaster ni.. cukup dah 3-4 kali main time kat Genting dulu.. koserrr mak nak naik mendalah camni lagi..

Fairy Tale Park ni memang awesome! banyak cartoon characters dalam nih. korang masuk la, konfem tak keciwa!

kat sini ada 4-D shrek movie.. memang best. real gileeee sumenya. time spider tu attack Shrek, korang ley rasa cam seolah2 spider tu merayap kat kaki korang. geleman gile rasenya!

bile donkey tu bersin, siap ada air terpercik kat muka korang. huhuhu... best wok! tapi chiepani sangat2 takut okay. dia peluk momi kuat giler, sebab dia terasa2 cam Shrek tu datang nak peluk dia. hahaha



ni pulak kat Water World. aku nasihatkan sape masuk dalam ni, jangan duk front seat. kalau nak gak, bawak la payung or raincoat siap2. pasal mat2 saleh yang wat show ni, akan dengan sengajanya men'splash'kan air kat korang... konfem lencunnnn beb!!!!!

show ni memang best. again, bervaloi2 duit korang bayaw tiket.. ^__*



seeee... si kecik ni ketakutan. dengar bunyi bom, motorboat sume segala... tapi seb baek gak dia tak nangis. kalau tak, tak dapat la kitorang tengok show ni...


then, kami masuk Madgascar. sape minat cite ni angkat tangan!! hihihi


FYI, sape2 yang berhajat nak amik gambar sama character2 yang ada kat sini, sila beratur cepat2. sebab depa ni tak tunggu lama.. dalam 10 orang je ley bergambar at one time.. so sape cepat die dapat la ye...

cam aku, memang eksaited terlebey bile nampak diorang nih... aku siap berlari kejar mereka.. gagagagaga bini sapelah ni kan....


tapi takpela kan aku berlari, sebab aku gi chop tempat siap2. akhirnya sape yang untung? mereka berdua jugak kan kan kan?


abang hensem... tak takotttt pun! (tapi ramai budak nanges tengok Frankenstein nih. seb baek chiepani duk dalam stroller dia time ni. )

Universal Studios Store... paling banyak abes duit kat sini. souvenir sini mahal2 gak..

paling banyak shopp dalam ni dedi tau. dedi beli t-shirt, cap, mug, landyard, pens.. momi tak interested sangat. tapi rembat gak la t-shirt and few fridge magnets..chiepani lak dapat 3 universal studios punye shirt... ^_*


then before balik, sempat singgah kat Hard Rock Shop.. momi kan hantu baju2 depa... hihi.

akak dalam ni kasi 2 bijik belon kat chiepani... padahal budak lain dia kasi satu je.. tapi chiepani buat muke seposen mintak lagi satu... aiiiii...malu mak!
abes round dalam USS ni lebih kurang kul 4 petang kot...

on the way balik, momi teringin pulak nak makan ikan bakarrrr...peh, baru tinggalkan mesia 2 hari, dah kepingin nak makan ikan bagai.. hahaha

dedi on je kalau bab2 makan ni.. sampai melaka dalam kul 7.15 camtu, terus gi Alai... makan kat Ala Kassim...

yummeh!!


maka dengan itu, tamatlah entry kami ke Singapore...

chiepani, kamu puas hati tak dengan ur "birthday present" ni?

say thanx to ur dedi k... coz most of the expenses here, dedi yang support.... alhamdulillah, time kasih dedi!

so where next?

plan dah ada, tungguuuuuuuu for the next destination.........




^___^






Monday, October 11, 2010

universal studios, singapore - part 2

salam uols...

setel check-in hotel, kitorang lepak jap, kasi regang2 balik badan..

then dalam kul 12 lebih camtu, kitorang siap2 nak keluar jalan. joe cakap dia malas nak drive ke town, since traffic sangat heavy area town. kang nak cari parking pun satu hal gak tu. so, kitorang naik taxi sajork. sonang baitu.... ^_^

mula2, kami pergi ke The Merlion Park. sini la ada patung singa yang femes tu =D

naik taxi kat sini, harga lain2. tapi taxinye mantap. ko pilih je nak naek keta ape.. kalau naik limo, harga ada up siketla.

perjalanan dari hotel kitorang nak ke Merlion ni dalam 15 minit je. kalau tak silap, kena bayaw dalam S$12 kot... so siap2 kan duit cash Sing banyak2 ek kalau korang decide nak naik taxi..

hotel apetah namanye... Marina ek? tah, aku tak amik port.. yang pasti hotel ni memang superb arr.. tapi konfem harga cecah RM1000++ per nite nih. huh, kemsalammmm. kalau duk pun, mau aku tak keluar langsung dari bilik... hahahaha


untuk pengetahuan korang2 yang berhajat nak p Sing ni, makanan halal agak sukar nak cari kat area town.. kat Bugis & Arab Street je banyak kedai makan halal. tapi kali ni punya trip, kitorang malas nak gi sana... pasal tahun lepas dah puas round kat area situ.. =)

so pepandai la nak cari makanan halal. sonang cite, korang masuk jelah Starbucks or Coffee Bean...(melambak2 SB and CB kat sini..) minum kopi and karipap jelah ye! hihihihi


paling wajib okay tangkap gamba kat sini... =D tangkap jelah sape2 tourist yang ado kat sini, suh depa snap pic korang...

chiepani tido masa ni... dedi cakap, dapat kenangan dalam stroller pun jadi la... hahaha


aku masa baca perkataan "erected" tu, terus tergelak... wakakaka.. noty sungguh pikiran ku ini!

chiepani baru bangun tido masa ni. terus dedi dukung nak amik gamba sama2. sayanggggg tul kat anak dia ^_*

then, siap bergamba kat Merlion Park, kitorang teruskan perjalanan ke tempat idaman ramai, Orchard Road....

sorgaaaaaa gile masa kat sini. tapi banyaknye aku layan mata jelah.. nak beli, masih belum mampu dong! kalau mampu pun, belum tentu aku beli henbeg mahal2 camnih... guess je sudaa cukup buat insan sepertiku... hehehehe

salah satu designer boutique yang ado... ni kat dalam Takashimaya Shopping Center, largest shopping center. korang sebut jelah nak brand ape, sume ada...

Tods, Salvatore Ferragamo, Jimmy Choo, Gucci, Coach, Miss Selfridge, Miu Miu, LV and banyaakkkkk lagilah... ado duit beli, takde duit...cuci mata je la ye!

ni shopping complex nama Paragon... besau bapak gak arr... sama cam Takashimaya, sume designer boutique ada sini...

aku beli ape? hahaha... aku cam biaso, beli baju, baju and baju lagik! ngahahaha.

pastu tak ketinggalan, beli baju tuk budak kecik tu.. baju dia je dah bape beg... huhu

lupe nak cakap, kat Orchard Road ni kalau nak makan, gi kat Isetan. dalam ni ada Food Republic. hanya ada 2 stalls je yang jual makanan halal. satu kedai Nasi Padang, satu lagi kedai Nasi Ayam Penyet.


makanya selalunya yang beruntung bile keluar berjalan adalah si kecik di bawah ini ye uolss....





okay sampai sini dulu. ngantuk dah aku ni... sok2 aku sambung cite kat Universal Studios pulak ye..






daaaa......







Sunday, October 10, 2010

universal studios, singapore - part 1

salam uols...

kami dah balik!! (eceh, cam ada je orang yang tunggu kan.... thee thee)

plan asal nak bertolak dari umah dalam kul 7 pagi. last2 sume membute tak ingat dunia, kul 8.30 baru gerak dari umah. hua hua hua

budak masham tak sempat mandi. terus angkut je bawak masuk dalam kete. takpe, janji mak ayah dia dah siap. boley bayangkan kalau kitorang yang tak mandi camne pulak rupenya?


tibe dekat gelang patah dalam jam 10.30 pagi. benti kat RnR jap, mandikan chiepani, isi minyak penuh2, (jangan isi kat Sing, rugi beb!) then amik pass pelawat.

pasang GPS siap2. sonang nak cari jalan heading ke hotel terus. takyah sesat barat cam tahun lepas. haha. tapi kalau sesat pun takpe, sebab jalan kat Sing ni sonang nak cari u-turn.

inilah rupe pas pelawat tuh. isi siap2 before sampai ke immigration station. kalau tak kang menggagau nak mencari form, pastu lama la pulak nanti terconggok kat sana.

pas ni boley amik kat stesen minyak area Tuas or Gelang Patah, it is FOC.

isi la ape2 yang patut dalam form nih... tak banyak pun kena isi, basic2 information je.

tadaaa... dah sampei.. dalam kul 11 pagi kami tiba di Tuas Checkpoint, tak jauh pun... masa ni customs akan check passport korang. kepada sape2 yang ada pinjam ngan ptp** tu, sila check status korang ye. kot2 la blacklist, maka kesahnya korang kena patah balikla ke Malaysia ye! hihi

setel je kat sini, terus menonong pegi carik hotel. kepada sape2 yang plan nak datang Singapore, aku suggest korang tido kat Copthorne Orchid. bayaran untuk deluxe room per nite is S$ 117.70 atau RM 363.99 lebih kurang camtu la harganya.

hotel ni kategorinya adalah 3 star je, tapi maybe untuk Singapore punye kategori kot. sebab suasana hotel ni adalah sama taraf cam hotel 4 bintang kalau kat Malaysia. lobby superb, cafe mantap, ada spa, ada salon and banyak lagi facilities yang disediakan.

ekceli ada banyakkkk lagi hotel kat sini, korang pilih je nak stay mana, bajet berapa. pada kami, nawaitu datang sini adalah untuk shopp and berjalan, so tido hotel bukan main agenda. hotel juz untuk tido je kan? jadi takyah membazir kot spend duit banyak2 just for 7-8 hours sleep ^__^

kalau nak pilih hotel, boley try tengok website ni; http://www.hoteltravel.com/

suasana dalam bilik hotel. chiepani eksaited explore bilik. hihi.

besar kan bilik dia? and yang penting, selesa plus toilet sangat tip top. puas ati membayaunye..


okay, tu saje laporan untuk kali ini. sok sambung cite shopping kat Orchard Rd. ok...



tata.