ari khamis pulak amik cuti, hangkut dua ekor budak kat umah ni gi berjalan. sian pulak diorang kan, terperap je dalam umah tak wat ape, nama je datang berjalan, tapi takat berjalan ke hulu ke hilir dalam umah jelah korang.
aku bawak diorang pi layan sales Metrojaya kat MITC. abes ranap duit aku. kemain lagi adik aku pau akak dia macam2. beli kasut la, baju la, spender la, singlet la.. tu tak termasuk make up2 dia..kompom pasni setahun sekali je ko datang taw, jangan datang selalu, abes kempis poket aku.
sabtu pulak hari yang boley dikatakan best. joe ada tournament badminton. pepagi dia dah blah gi court. aku la yang kena ambik alih tugas mandikan si fara. kemain hazab sekarang nak siapkan dia, aktif kemain.
abes semua toilettries tunggang langgang di kerjakannya. kalau dalam bath tub, itik2 mainan abes dinyonyot2nye, pastu kena campak. paling bagus, dia campak itik tu dalam toilet bowl. ada harapan nak jadi atlet lontar peluru besar nanti.
dalam kul 12.00 tengahari tu joe sms, cakap dia dah boley rehat. game dia sambung dalam kul 2.30 petang. lekas2 la aku bersiap nak gi wedding dak zati.
elok je aku sampai kat court nak amik joe, joe bagitau die kena sambung satu set lagik.
"hape?????? "
"apsal tak cakap kat orang awal2 tadi, boley orang gi ngan anis je.. anis dah offer nak amik orang tadi..." (tinggi suara aku masa ni. telah derhaka kepada suami. abes ko...)
macam hulk dah aku time nih. punyalah menyirap. mendidih2 rasa.
joe start wat muka seposen dia. alahai, sian pulak laki aku ni ha..
so aku cover balik amarah aku tadi. aku suh je sambung dulu game tu. aku tunggu.
ni pengantin baru tuh, Izzati & Atief.. selamat ye noxxxx...
ni "bibik angkat lagi tidak bergaji" si fara..
ni sarah kalam ngan anak die Cahaya Maria. comey anak dia, rasa cam nak pelempang. hehe
tapi takpe, janji dapat tayang muka kat pengantin. pas makan joe berdesup balik ke court, nak sambung game dia. jadi ibu tunggal jap aku masa nih.... naseb fara ramai 'bibik angkat' so aku boley bersenang lenang sambung makan lagik. 2nd round!!
aku duk melepak ngan opismate kemain sakan lagik. abes sume gosip keluar time nih. lama gak kitorang lepak, dekat kul 3 baru gerak balik..
arini pulak, ari paling pedajal wat kami. mana taknya, elok je aku sampai kat menara taming sari, duk berdiri kat kaunter nak beli tiket, joe dengan muka doploh lima sen nya duk ngendeng kat aku, sampaikan satu berita nih...
siap makan sume, kami pun mulakanlah ikhtiar camne nak godek keta tu, nak amik kunci kat dalam. selalunya tingkap keta memang kami akan turunkan sikit, tapi nak jadi cerita la kan, joe LUPA nak turunkan....
alhamdulillah, seb baik ada gak pomen keta yang keje ari ahad. mula2 pomen tu ingat nak try unlock keta tanpa mencederakan keta kami. dekat sejam gak la dia godek2 wayar, bateri semua dalam keta tu.
yang anak aku sorang nih, dah tak diam bontot. ek sana, uk sini. dah rimas la tu gamaknya, dia kan puteri lilin, takley la nak berpanas sikit. aku lagi tambah tension bile dah start meragam. macam2 aku wat, die merengek gak.
paling worse, die terberak abes semua baju ngan seluar2 aku sekali kena. HUAAAAAAAAAAAAAA nak nanes! nak nanes! nak nanes! tapi tak nanges pun, kontrol. ramai orang beb lalu lalang kat situ.
sah, pasni memang ko takley pakai diapers size M lagi farahanny. kena beli size L. pakai M abes bocor semua.
last2, dah abes drama cerekerama, sandiwara semasa, samarinda semua segala dah keluar petang tadi, akhirnya pomen keta tu mengalah. dia cakap dia takley nak godek keta ni sebenarnya. susah nak unlock.
uols nak tau ape solutionnya?
keta kami KENA KOPAK.... tingkap kecik kat seat belakang tu akhirnya dikopakkan tuk masukkan tangan. baru ley unlock. tak sampai seploh minit pun pomen tu kopakkan. eyh, ko dah biasa ke main kopak2 keta nih??
hangin tak? kan ke bagus kalau dia bagitau kat kitorang lagi mudah nak unlock dengan cara kopakkan je tingkap kecik tuh?
ape motip ko wahai encik pomen??
kalau baut gitu awal2 tadi takle baju ngan seluar aku kena taik anak aku. selebet tul arini. masuk je dalam keta, joe terus bagi permission suh aku bukak je tudung. mana taknye, rupe aku dah macam nenek kebaya. abes selekeh macam mamak jual roti canai.
dah, aku penat gile babi. nak gi rendam seluar ngan baju. pastu aku nak membuta.
No comments:
Post a Comment