salam uols..
kenapa panggil 'tangani' , bukan 'kakini' ? heh, wat lawak pulak. straight to the point jolah.
lately ni aku ada problem sikit ngan staff aku. kite panggil dia Adibus. (bukan nama sebenar)
dia memang banyak masalah, sampai taktau nak tangani masalah dia.
berat masalah dia ni, sampai efek kat kerja2 yang aku bagi. tasks yang aku bagi, dia takle nak siapkan dengan sempurna.
aku pulak memang cepat hangin kalau orang wat keje tak perfect ni. kalau betul tak paham, jumpa aku. aku eksplen.
aku ley ajar, dari A - Z, Z-A balik. takde masalah. tapi jangan simpan diam2, last2 output yang ko bagi cam tahpape. bos mana yang tak hangin ye tak? sila ngaku sekarang sape bos yang tak hangin tu, boley aku belajar ngan korang lak cara - cara tak hangin ngan anak buah spesis camni.
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
aku cuba kaunseling dia. guna psikologi instead of marah2 tak tentu pasal. i rili dun like this way okay.
aku korek satu2 masalah dia. but dia macam tak willing nak tell me the truth. so how am I going to solve it? woo puu chi tau!
so aku wat kesimpulan, nak sedapkan ati.. setiap orang di dunia ni memang ada perangai masing2. ada karakter yang berbeza-beza.
ada orang ley overcome masalah, ada orang tak. ada orang pandai tangani stress, ada orang tak boley. stress dia membawa kepada masalah dalaman. hati dia jadi sakit. apa yang dia buat, semua jadi tak betul.. orang sekeliling pun dia rasakan salah semata.. ** susah kan camni?
masa aku pegi induksi dulu, ada kawan yang buat public speaking, tajuknya - cara2 tangani stress.
antara tips yang aku ingat sampai sekarang ada tiga perkara.
satu, kalau kita stress, kita peluk sesuatu. contoh, peluk bear ke, peluk buku ke, henbeg ke, peluk tiang pun okay gak. tak hal.. tapi jangan ada yang ingat korang ni gila. padahal korang nak relief stress je. hihi
kedua, gunakan kaedah aromatherapy. belilah tempat bakar lilin yang ley letak perfume tu. eyh, ape ke nama mendalah ni? aku tak tau la ape korang panggil.. tapi tau kan menda ni? incense ek? eh, incense tu colok.. wakakaka. lari tajuk!! hiks...
ketiga, pegilah shopping. tak kesah la shopping betul ke shopping cuci mata je ke. janji shopping. ni aku suka. memang selalu dipraktiskan.. sangat2 membantu. kalau time tengah bulan aku stress, aku pegi gak shopping. tapi sure stress tu berpindah kat laki aku, sebab poket ni yang aku haruk. ^_^
mau meroyan joe jambul...
keempat, tido. jangan makan pil tido dah. banyak side efek bahaya. no no no ye!
kelima, cari seseorang tuk korang luahkan perasaan marah, geram, benci semua tu. make sure cari orang yang sudi mendengar masalah kita. kalau dia takle nak settlekan pun takpe, at least kita dah luahkan.. konfem rasa lega pastu. ini seriyes!
eh, cop cop. tadi aku cakap aku ingat tiga perkara je.. tapi apsal ada lima lak nih?
hurmmmm.. tu aku reka sendiri la tuh. hahahaha
korang rasa, staff aku tu baca tak luahan hati bos dia nih?
kalau dia baca kan best... harap2 esok lusa dia dah tak stress kannnnn.
No comments:
Post a Comment