Monday, July 12, 2010

jangan pakai baju merah, memang rasa nak marah

salam uols..

ha, tajuk ada macam pemenang pantun kebangsaan tak?

cepat cakap ye, sebab aku tengah marah ni. haha, gile siap ugut2 pulak.

sebenarnya marah tu siang tadi je, malam dah okay semula.

ko ni asek marah je ye zue, nanti sume orang larik takut takmo kawan sama ko, baru ko tau...

uhuks, jangan la camtu, aku tak marah kengkawan. aku marah kat sistem plus orang yang running system tuh. (sile jangan kecik ati sama saye tawwwww.)

memula aku nak ngadu pasal kebodohan kelalaian aku sendiri.

tengahari tadi pegi kwsp, nak hanta borang bayaran PTPTN tuh. dah siap amik nombor sume, sekali time akak tu check2 dokumen sume, rupenya surat pengesahan tu dah expired!

haloh haloh marahnye aku. grrrrrrr. rasa nak geget2 je mesin no. giliran kat kaunter tu tadi. cam shelakes je, nape tak habaq siang2 borang tu valid sebulan je??

okay, takpe. balik opis semula. sambung keje.

masa kat opis, aku bukak surat2 yang tak sempat nak baca kat umah. ada satu surat ni, sangat menyebabkan aku rasa cam nak pegi jam2 tu gak jumpa customer service depa, pastu lempang laju2 muka dia lapan ratus lapan puloh kali. cukup?

surat bayaran dari Diner's Club suh bayar rm150.00.. wtf betul la diorang nih. pekehalnye aku kena bayaw pulak nih... aku dah terminate kad tu since Feb 2009 lagi, surat sume ada. sadap je suh aku bayaw2 ye.

bile aku call je, sume memasing tak ngaku cakap ada terima surat termination tuh. last2 diorang sambung call aku kat somebody, bank officer la kot. die speaking2, aku tengking2 sume, baru dia ngaku cakap yang charge2 tu sume boley 'write off' since aku dah terminate and sesen pun aku tak penah pakai kad tu.

die cakap charges tu adalah annual fees plus government service tax. uii sajaknye charge2 aku ye, sedangkan aku takde pakai pun kad tu. buat hiasan dalam purse je. dah la aku hanta surat termination tu dah setahun, mana dia simpan surat tu pun aku tak tau.

tapi takpe, yang penting aku takyah bayar pape. don't play2 with me ye. suka suki nak amik duit I.. mak tak relaaaaaaaa.

lagi satu, pasal internet banking ni. disebabkan oleh servis cimbclicks yang tahpape je sejak akhir2 ni, maka dimaklumkan aku takley nak on fb dan blog siang tadi disebabkan aku takle nak menopup broadband aku.

tu tension kuasa doploh lapan tau! giler merana tak dapat tengok fb sehari. @__@

dah la cenggitu, aku usahakan gak, transfer duit ke akaun maybank2u. ingat boley gak nak topup.

ghupe2nye cam shiool gak. aku tengok2 transaction tu ada pending.

uwaaaaaaaaaaaaa. ** hentak2 mouse.

nak keluar bawak keta pegi kedai beli topup, sangatla kemalasan. cuaca sekarang ni tersangatla panas. gua kan puteri lilin, tak rela u... cair la mekap2 mak sume nanti. hiksssssssss

last but not least, (cehhh..macam tulis email bagi auditor pulak) aku marah kat customer service satu bank nih. nama di rahsiakan. ceh ceh ceh.

aku mintak statement dah dekat setengah tahun, diulangi setengah tahun, bukan setengah bulan, tapi sampai arini bulu idung statement tu pun tak nampak dalam peti pos umah aku.

ape korang buat weyh? korek idong doploh pat jam? kire jumlah bulu idung yang terkeluar2 tuh? baca katelog avon, nutrimetics, tupperware sume tuh? bisnes kerepek pisang kat opis?

tunggu korang ye, sok aku nak haruk satu department tuh.

dah, penat aku kerah otak ni tuk marah2 seharian. mak nak pegi solat jap, bertobat. banyak dah dose nih mengamuk satu hari..

thee.. thee.. thee...

** garang ke aku nih?

cak cak cak... ni muka orang yang pakai baju merah lepas tu marah marah sebab sume orang buat dia jadi marah. tapi kalau marah, nape cik puan boley senyum bajet cam artis nih???

2 comments:

CatlinaFly said...

ler..bank statement bukan ke tunggu kejap je dah leh siap...opss...yg 3 bulan tu cepatlah kan..yg 6 bulan ke atas pun at least leh poskan dlm seminggu dua,takkanlah nak amek masa setahun...ape daa org bank tu..

Mrs.Joe Sparrow said...

kak maiza: tu la pasal..sangat menduga keimanan saya yg tipis ni...huhu... tah ape yg org bank tu buat pun tak tau ler...