Tuesday, August 24, 2010

isu bilik tiada penghuni

salam uols..

semalam takde updet pape. bulan2 pose ni mood aku nak mengapdet ni cam downnnn je. huhu. nak ngumpat, nak marah ke nak maki sume takle. kang penat je tahan lapar dahaga, pahalanye ilek.. nauzubillah.

arini ada satu isu aku nak cite ngan korang sume.

pasal bilik-bilik dalam umah kite kami.

last weekend kan kami balik Johor.. umah maktuk joe. pagi Ahad tu singgah umah Mak Teh, dia mintak kitorang datang. katanya dia nak ubatkan chiepani, sebab takle nak jalan lagi. memang pada kami, menda ni normal, even her paed pun cakap nothing to be worried sebab lain budak memang lain2 development nya. but memikirkan ni Mak Teh punya permintaan, kami layan kan gak la..

Mak Teh joe ni memang berkebolehan untuk mengubat2 ni. so pagi tu, chiepani kena urut2 plus ada kena mandi sekali. selebihnya, kena berserah pada Allah S.W.T. pastu, Mak Teh "check" kan umah kitorang lak..

memang seriau la masa dia wat scanning tuh. asik sendawa je. ada gangguan kata Mak Teh. especially kat bilik no.3 tu... seriyes, mak TAKOOOOTTTTTT pastu. huhu

meh aku intro dulu pasal umah kami.. umah kitorang ni ada 4 bilik.

bilik 1 = master bedroom. ada katil king + single, toilet, almari baju kami, tv n sofa satu. menurut mak teh, bilik ni takde masalah. alhamdulillah.

bilik 2 = bilik chiepani. ada 1 katil queen + almari baju chiepani + almari baju kurung aku. buat masa ni, bilik ni jadi bilik tetamu sebab chiepani still berkepit bawah ketiak makpak dia lagik. hihi. aku gosok baju sume kat sini. bilik ni pun alhamdulillah, Mak Teh kata takde pape.

bilik 3 = ada katil double-decker, almari baju satu, plus body katil single yang dah dicerai2kan. bilik ni jugak tempat kami simpan segala luggage2 n baju2 tak pakai. inilah bilik yang scaryyyyy tu!

bilik 4 = bilik ni kat bawah. dah kami tukar wat bilik mainan chiepani n bakal adik dia nanti. hehe

soooo, yang jadi masalah kami adalah bilik no.3 tu. memang jarang sangat masuk dalam tu. ingat bilik ni nanti nak buat bilik adik chiepani. pintu bilik ni memang kami sentiasa biarkan terbukak. double-decker dalam tu pun Pak Su bagi, sebab anak dia dah besar2. tak mo share2 katil katanye. huhu.

jadi, aku ngan joe mengatakan bahawa... mungkin kite patut buang je double decker tu. kita
ubah susun atur dalam bilik ni. petang semalam gak pas balik keje je kami terus menuju ke kedai perabot, beli 1 set bedroom yang baru. next week insyaAllah sampai.

sebelum tu aku nak tanya, ada sape2 tak nak katil double-decker tu? condition memang tip top lagi. kalau takde, memang terpaksa la kami buang je.. **uhuks, sayangnye...

then kami kena imarahkan bilik tu. kena solat dalam bilik tu.. kena tukar karpetnya, **karpet ni dah penah kena kencing ngan makhluk berbulu kat umah ni, so dah 'kotor' kan..cuci pun gitu2 je.. kena gantung ayat2 suci, dan last sekali, kena selalu kuar masuk bilik tu. Mak Teh kata bilik tu sunyi... so after this, lepas kami dah change sume perabot dalam tu, insyaAllah bilik tu akan nampak ceria sikit. possibility tuk kami masuk dalam tu pun akan meningkat. insyaAllah.

Mak Teh cakap raya nanti dia nak "scan" semula umah kami. nak tengok dah ok ke tak. harap2 sangat la dah ok. kalau tak mau aku pecahkan je bilik no.3 tu nanti. huhu.

tapi kan, lepas je Mak Teh scan2 tu ari, aku stat dah jadi super duper penakut. before ni memang aku penakut, tapi lepas dari kejadian tu, aku lagi teruk! haha.

aku nak turun bawah pagi tadi masak sahur pun seriau.

malam2 nak naik atas pegi gosok baju pun geletar kepala lutut.

nak pegi mandi2 sorang kat atas pun aku menggigil. hadoiii!!

bang, jom la kita tambah ahli keluarga lagi. biar meriah umah ni. eh, tetibe! motip?



wakakakaka.

2 comments:

Hana Faza-same person said...

kak zue, location bilik umah kita lebih kurang sama aje..faza pon jarang guna dua bilik kat atas tu selain master room..

tapi sebenarnya, kita nak pelindung umah ni bukan fokus satu2 bilik aje..maksudnya, alang2 pendinding, biar kesemuanya..

memang Allah jadikan jin2 yang menunggu di setiap bumbung umah manusia ..itu memang tempat mereka.. dlm satu ayat, dikatakan,suami isteri yang pulang ke rumah dan memberi salam kepada isi rumah (xkira ada orang ke tak kt dalam umah masa kita masuk), jin dan syaitan tak akan ikut masuk umah bersma..

dan digalakkan sebelum menapak masuk umah, amalkan surah 3 Qul sebab itu akan mengahalang "apa2' yg terikut kita semasa dalam perjalanan di luar umah masuk bersama2..

wallahualam...

~│IbuCats│~ said...

faza : alhamdulillah, selalunya bila balik umah, memang kami akan bg salam before masuk umah..

pendinding umah dah buat tuk satu umah masa mula2 masuk dulu.. but raya ni nanti kami akan buat lagi sekali..

btw, thanx awak sebab sudi share info ngan akak.. =)