Tuesday, September 14, 2010

menjelang hari raya 2010

salam uols...

fuhhhhhhhhhhhhh fuhh fuhhh... (gile berabuk blog ni eyh? huhuhu)

meh mulakan satu2 cite pasal syawal 2010.

kitorang sampai Johor ari rabu, kul 7 lebih camtu. buka pose kat ayer itam, makan ala kadar je. sebab dah tau, kat umah maktok kompom lauk pauk nye lagi hebat2. ^__* . boley "mentong" kata orang jawa. **wah wah hebat tak vocab jowo aku? hua hua hua

malam rabu tu tak banyak sangat aktiviti, borak2, makan2 je. yang dah sampai family aku ngan family pak andak je.

khamis pepagi lagi dalam kul 6 lebih camtu, kitorang sume dah prepare barang2 nak masak tuk raya esoknya.

masing2 dah ada tugas okay. pembahagian tugas diberi oleh MakDe la kan... sape laie.. thee thee thee... kami folo sajer arahan makde. tapi pastu masing2 bertabur sebab tugas dah bertukar2.

contohnye cam aku. kejap tolong mak andak isi ketupat, jap kang aku lari masuk dalam tolong potong sayur, jap2 lagi aku ada kat depan layan chiepani. pastu kang carik2 upenya aku ada dalam bilik dodoi chiepani tido, pastu aku pun join the club membuta. ha, gitula ye. wat keje tak sempurna..haha. sangat kelakar. tapi takpe, janji keje jalan, siap sumenya, makde kitorang okayyyyy je kan...


ni salah seorang "penunggu lemang" pada petang raya. the best part is, lemang2 itu sebahagiannye rentung sobab bebudak yang jaga lemang bantai tido berjemaah. wakakakaka. tapi kitorang belasah gak la lomang rentung tu, sodap gak!


sesi isi ketupat dan membuat jelly kelapa pandan oleh makde n mai. sedap gilak jeli kelapa ni owh. nanti nak mintak resipi, belajar wat sendiri.


kepala lembu yang dah selamat disiang oleh pak andak. gigi sume kitorang berus dah, siap flos lagik. dun wori, dijamin tiada plak mahupun kaviti. thee thee thee.


teka ni sape? inilah tukang rebus ketupat yang gigih bekerja sampai kul 12 tengah malam. ada 400 biji ketupat die kena setel. huhu. lantak ekau la yoooo...

pak teh berhajat nak wat majlis khatam quran sempena akhir ramadhan ni. so, petang tu, dalam kul 5 kitorang mula acara khatam quran. sume cucu adalah terlibat takle mengelat. baca surah pendek2 sajer... masa ni sume makcik2 dan pakcik2 joe dah sampai. sangatttttla penuh rumah maktok and of kos, meriah giler. besttt!!!


penterjemah pada petang itu, anak pak teh.. maisarah. hajah dah tau dia ni... kagum2... umur baru 19 tahun.. now stadi kat UTP.

ekau pun takle ngelat tau joe. ni main belasah je tak sempat tukar baju, sebab before majlis mula, aku teman joe pegi "mengunjung"... dalam kul 3 lebih kitorang gi.. ada lebih kurang 20 umah kena hantar lauk. so balik2 je, majlis dah stat. terus je la bersila mamat ni. hehe


Tok Cik chiepani. hasben Acik.


ni Acik. adik pada Mak De. dua2 makcik ni lah "mak" kepada abe joe kite....

orang lain sibuk mengaji, chiepani sibuk kerjakan biskut cornflakes Tok De dia.. abis sebalang disepahkannye.. haihhhhh


dalm kul 6.30, majlis khatam quran dan tahlil pun selesai. seterusnya, sesi mengangkut lauk pauk yang dah siap di masak pegi depan.

kan aku cite aritu, makde kata tahun ni takle dah nak berbuka dalam umah, tak muat dapur. ahli keluarga dah semakin bertambah. so kitorang wat style buffet je.

antara lauk pauk yang ada. yang bentuk patsegi leper tu, namanya burasak. yang tiga segi tu, namanye lepat lueh. dua2 ni masakan orang bugis. family joe ni campur2.. jawa ada, bugis ada, cinos pun ada. so memang meriah la lauk pauknye.

then ada nasi dagang, nasi tomato, lemang, ketupat, nasi impit dan macam2 lagi la. tak larat okay nak sumbat sume. senak dah perut aku masa berbuka. huhu.


acar nenas, ayam masak merah, sambal goreng wajib ada. master chef pada hari itu adalah Acik dan Mak Andak. diorang memang hebat kebaboom kalau masak2 ni.

malam raya tu pulak, kitorang ramai2 pegi bazaar kat Rengit. best gile, malam raya la katakan..

sempatla aku merembat lagi 2 pasang baju raye. menjadikan total baju raye aku adalah 8 pasang tahun ini. jangan maraaaaa naaa....

okay, tu aje cite petang raye. nanti sok luse kite sambung cite pagi raya pulak ye!



tata.










2 comments:

Dear Sharul, said...

meriahnya raya belah sana..best

~│CatWoman│~ said...

mizah : ha'ah..memang best sangat2... ^__*