Friday, December 30, 2011

give & take...

assalam uols...


this weekend supposed I balik umah my parents dekat Klang. but then last minute it was cancelled.

honestly, I miss my mom dammmmmmmmn much u know! 

plan kami bertukar sebab in a sudden, family joe call nak datang umah kami this weekend. plus, maktok dah bernazar nak datang tido di rumah kami. rumah cucu kesayangan dia la senang cakap kan :)

masa joe text me bout this, memang I rasa tersentap sekejap. I repeat, sekejap je ye. hehe.

I immediately called my mom (ciri2 anak mak okeh!), bagitau my mom pasal family joe nak datang esok. so kami tak jadi balik Klang this weekend. as I expect, my supercool mom just cakap, "takpe... mak tak kisah. bukan selalu kan diorang nak datang... layan je diorang. minggu depan balik la jumpa mak kat sini..." 


n mak I siap pesan lagi, "masakkan makanan yang maktok dia suka... jangan lupa kemsalam kat keluarga dia.."


oh maiii.... seriyes, bergenang airmata. even masa cakap over the phone dengan my mom pun, rasa bergetar hati ni.. macam tak sampai ati nak cakap kat dia kami tak jadi balik this weekend. tapi my mom sangat tenang... dia tak terasa hati pun, she really understands me. dia tau anak dia ni memang rasa bersalah sebab mungkir janji nak balik, tapi dia tetap maintain. oh mak, u r the coolest mom in the world!!

then I bagitau joe, n of course my joe pun hepi gak sebab dia pun tak sampai hati nak say NO to his family especially pada maktok. 

mula2 memang ada rasa sedikit tegang dalam hati I. yeah, plis admit it ya, am sure everybody will feel just like I do kalau uols ada dalam my shoes kan? tapi itulah dinamakan give n take.. dalam perkahwinan memang kena ada sifat tolak ansur. baru harmoni gitewwww. tipulah kalau I cakap we both ni bahagia je 24jam, romantik sepanjang ari langsung takde bertikam lidah kan... mestilah semua pasangan berkahwin ada ups and downs nye.. tapi the way kite mengatasinya yang mainkan peranan... jangan mudah melatah, tu je.

biasanya kalau berhadapan dengan situasi macam ni, I akan diam sekejap. I akan pikir how to solve the problem. while joe pulak bila tengok bini dia senyap semacam, dia pun otometik akan diam gak. because he knows that kalau dia keep on bercakap, I'll get mad. hahahaha bahaye!

so akhirnya, my solution is, " takpela kite balik umah mak next week... kesian pulak kat maktok dah berhajat nak datang tido umah kite kan.. nanti esok pagi, kita g pasar beli barang basah nak masak. next week kite balik umah mak ye.. "

n as a "thank you gift" to me, joe offer nak bawak I gi JPO on monday!! yeahhhh!!!!

I never expect he will offer me tau. sebab selalunye kalau nak bershopping ni, memang I la kepalanye kan. hahaha. ni dia pulak offer nak bawak sebab dia terharu la tu kennnn bini dia korban tak jadi balik umah mak. makcik suke sangatttt!


ok, actually I cuma nak share kat sini is, adat berumahtangga memang ada pasang surutnya. yang penting kerjasama dan toleransi antara kita berdua. sebab apapun terjadi, kita mesti pikir bahawa, dialah soulmate kita. dialah pasangan yang paling memahami kita. dengan dialah yang kita nak sehidup semati kan? <---- dah macam cite Tentang Dhia je pulak ni.. ahahahaa


n setiap kepahitan ada kemanisannya. 

setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.

setiap ujian yang diberi, ada keberkatannya. 

ingat tak beza redha dan pasrah? 

redha tu ikhlas. pasrah tu terpaksa. 

so kita pilih, nak jadi redha or nak jadi pasrah je manjangggg. hihi.

^
l
l
l
l
l
l
l
l

bajet ayat kau macam pakar motivasi la kan... *cam poyo je*




ok tamat.


*mode: tak sabar nak gi JPO!eh tak2, tak sabar nak masak tuk family mertua!*

No comments: