Monday, January 9, 2012

Rahsia Tarikh Lahir

assalam uols....


sape penah buat benda ni? Rahsia Tarikh Lahir?

actually I dapat tau menda ni from my boss after dia attend satu short course aritu.

then dia tunjuk kat I masa kami otw nak ke Cameron last month. so sambil2 dalam perjalanan tu, I pun buatlah menda ni...

menarik gak kan buat isi lapang nih. hihi

tapi I nak remind uols ye, this is just for fun. jangan amik series sangat k.. :)

nah, jom buat sama2. ikut je step yang I buat ni. ni step yang paling senang la I ajar nih... kalau sape tak paham ni kang siap dia! hehe... oh ye, ampun ya uols, I malas nak lukis dalam word/paint cantek2, I lukis atas kertas je, pastu snap dengan phone, then upload... mudah gitewwww...

Besday I adalah 31 October 1982 = 31.10.1982 


Gambar 1 : Cara2 nak kira

Gambar 2: Hasil dari aktiviti kira2 kat belah atas tadi











 Langkah 2 :

Kalau uols tengok dekat sebelah luar kiri triangle I tu, kan 9 + 6 = 6.. haaa camne dapat 6 gak? sebab 9+6=15, jadi tak boleh wujud 2 digit dalam pengiraan rahsia tarikh lahir ni.. so korang kalau dapat 2 digit no macam 15 tu, kena buat camni; 1+5 = 6.... kalau dapat 10 pun sama... tukar jadi 1+0 = 1... ada pahemmm?


Langkah 3 :

Penentuan "chassis number".. Chassis Number I adalah 4-1-7... ( yang I dah highlight dengan kaler oyen tuh)... maksud chassis number ni adalah, kalau number tu berulang, contoh uols ada 4-4-4, maka perangai uols akan berganda2 sebanyak 4 kali! kalau nak senang paham camni eh.. katalah 4 tu mewakili sifat bijak, maka kalau korang adalah bijak kuasa 4.. paham? hehe

I takde yang berganda lebih dari dua kali. so I adalah normal. hehe

Ni adalah list sifat korang, berdasarkan no2 pada chassis number tu ok...

1 - I ada no ni...

  • Bijak 
  • Boleh jadi pemimpin (natural born leader) 
  • Tidak suka dengar arahan orang lain 
  • Tidak percaya kebolehan orang lain. Dia rasa die lagi bagus. 
  • Suka memerhatikan orang 
  • Kreatif 
  • Banyak idea 
  • Pantang dicabar 
  • Dilihat sebagai seorang yang sombong tapi baik 
  • Berdikari 
  • Positive thinking 
  • Sentiasa nak menang 
  • Keras kepala
  • Sangat sentisitif dan suka berdendam 
  • Selalu dipijak pijak 
  • Perfectionist 
  • High expectation 
  • Terlalu berterus terang 

2


  • Mudah keliru
  • Susah buat keputusan 
  • Easy to manipulate
  • Ada kekuatan suara
  • Tidak boleh tertekan dlm membuat keputusan
  • Jujur
  • Suka pada kebersihan
  • Tenang
  • Dengar tapi tidak semestinya dia buat 
  • Memahami
  • Mudah bersabar
  • Mudah simpati
  • Mudah memaafkan
  • Tidak tetap dalam membuat keputusan
  • Sangat- sangat emosional
  • High jealousy
  • Boleh dipercayai
  • Pengikut yang bagus
  • Tahap kesabaran yang tinggi

3

  • Aktif 
  • Mudah popular 
  • Menawan semasa muda 
  • Senang diberi tanggungjawab 
  • Mudah berkawan, kepoh 
  • Baran 
  • Kerja siap cepat tetapi tidak sempurna 
  • Kurang kesabaran 
  • Peramah 
  • Nafsu tinggi 
  • Suka mengikut fesyen terkini 
  • Semangat tinggi 
  • Kreatif 
  • Artistic
  • Egois 
  • Suka kritik secara terbuka 
  • Suka mengawal 

4 - yang ni pun I ada...

  • Suka merancang
  • Suka mencari ilmu dan belajar
  • Membuat kajian sebelum buat keputusan
  • Kemahiran tinggi (If your kids have this number, engineer is a good profession cuz mereka mahir dalam bidang technical)
  • Bijak
  • Tidak mudah putus asa
  • Sukar simpan wang
  • Rajin. Kerja, etc
  • Keras kepala, susah ubah fikiran
  • Suka bersangka buruk pd org lain
  • Sgt kedekut dgn org yg tidak dikenali
  • Suka logik
  • Tidak berani ambil risiko
  • Setia
  • Takut orang tipu dia, end up selalu kena tipu

5

  • Suka mencari peluang, arah dan direction
  • Workaholic 
  • Suka travel
  • Mudah naik pangkat
  • Their motto is "Life is a learning process"
  • Ada genetic degil
  • Adventurous
  • Bertenaga
  • Citarasa tinggi
  • Bernafsu tinggi
  • Bijak
  • Berani ambil risiko
  • Minat berniaga (bisnes minded over gila)
  • Suka shopping dan boros
  • Angin turun naik
  • Suka bertangguh
  • Daya tarikan tinggi (charming)
  • Sexy (If perempuan) 

6

  • Mata duitan
  • Suka mengawal wang
  • High taste
  • Kekeluargaan
  • Pendamai dua pihak bertelagah
  • Jujur
  • Penyayang
  • Mengambil berat
  • Tidak pentingkan diri sendiri
  • Menegakkan keadilan
  • Tamak
  • Bijak

7  - and I ada no. ni...


  • Love to argue
  • Senang dapat pengikut atau penyokong
  • Senang berkawan
  • Cerewet
  • Popular
  • Suka benda mistik
  • Suka berfalsafah
  • Pendendam
  • Analytical (suka kaji dalam2)
  • Ada kekuatan kerohanian
  • Good instinct
  • Sensitive with surrounding
  • Suka menyendiri
  • Suka berfikir

8


  • Bertanggungjawab
  • Boleh dipercayai
  • Pertahankan kawan
  • Keras kepala
  • Suka teratur
  • Suka membantu dan baik hati
  • Mudah simpati hingga tertipu
  • Mudah tertekan, tak reti have fun.
  • Instinct hebat, boleh jd bomoh
  • Setia
  • Materialistik
  • Suka kuasa
  • Ambitious

9

  • Good in public relation
  • Senang dapat kawan
  • Suka bergaya kemas
  • Senang menarik hati org tua
  • Bijak
  • Global thinking
  • Penyayang
  • Suka kongsi dan suka memberi
  • Sensitive
  • Ikhlas
  • Romantis 
  • Berbakat
  • Understanding
  • Gentleman (if lelaki)
  • Emosional
  • Jiwang 
  • Love yang over 


Langkah 4 : 

Penentuan no. cermin... ok, yang ni uols cuba tengok no yang I highlight dengan kaler kuning, belah kiri dan kanan sebelah luar triangle tu... kalau no.cermin korang kiri kanan adalah sama, maksudnye anda mudah hebat/popular dan sepatutnya uols jadi orang yang hebat atau fofuler. haa nampak words SEPATUTNYA tu? abes camne nih? I rasa I tak fofuler pun.. hew hew hew.. aaaa caner nak wat tu? hahahaha

Kalau sesapa yang ada no.cermin ni, anda adalah berkebolehan untuk menjadi hebat dan berjaya jika anda gunakan sepenuhnya potensi dalam diri dan mengikut petunjuk arah/sistem yang sesuai dengan anda. 

Tapi kalau sape yang takde no.cermin ni, takyah la risau ek... korang pun boley berjaya gak. ni just for fun je tau, jangan terlampau taksub nak percaya. bahaye!

Langkah 5: 

lastttt sekali part yang agak best... hehe. korang kira dalam dan luar triangle tu ada 16 kotak bulat2 kan... semua number dalam kotak bulat tu boleh dijadikan combination untuk maksud2 tersembunyi disebalik kombinasi number berikut... here goes.. :

Contoh:

Kombinasi number I adalah : 1,1,1,2,3,3,3,3,4,5,6,6,6,7,9,9 (make sure ada 16 semuanya ye!)



1 2 3 @ 1 2 
  • Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
  • Boleh ckp laju
  • Kadang2 ckp xserupa bikin/ ckp kosong
  • Suka ckp lepas/suka lawan ckp org
  • Boleh berhujah/berdebat (If your kids have this number, galakkan masuk debat@syair whatsoever)
4 2 6 @ 2 4 
  • Pandai ceramah dan syarahan
  • Suka share ilmu
  • Boleh jadi motivator

8 4 3
  • Mudah bosan
  • Banyak angan2
  • Sukar berjaya if not focus
  • Selalu cari peluang baru/kejayaan

5 7 3 
  • Senang bergaul dengan vip/atasan
  • Orang atasan senang percaya cakap dia
  • Senang disabotaj, senang sabotaj org

9 1 1
  • Suka berdikari
  • Susah ada partner sendiri dlm syarikat
  • Susah ada rakan kongsi, sebab selalu bertentangan pendapat
  • Suka buat keputusan sendiri
  • Boleh jd org tengah
  • Mudah berjaya atas usaha sendiri
  • Keras kepala
  • Senang dikhiniati org

1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6
Suka fikir dalam2, xsuka share, mudah kecewa, tekanan emosi

4 5 6
  • Bole jd akauntan dan uruskan kewangan 
  • Mudah terlibat dgn rasuah @ penyelewengan wang

9 9 9
Banyak peluang dalam hidup hingga jadi tamak, kesunyian, suka tinggal tmpat dikelilingi pokok

3 3 3 @ 8 8 8
  • Mudah tertekan
  • Panas baran
  • Berpontensi jd org berpengaruh dan berkuasa
  • Pendendam
  • Degil
  • Selalu resah gelisah, perlu belajar relax!

4 5 9
Sukar dapat sesuatu dengan merancang, ada gerak hati yang kuat

6 7 
Senang belanja org

1 5 6 
Kerja outstation rezeki lebih baik

1 8 9
Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan

8 3
Suka aktiviti luar rumah, xsuka stay in ofis@rumah

3 3 6 
Kebocoran wang. Duit senang masuk, senang keluar ----> ni PALING BETUL!! hahaha

7 2 9 @ 2 7 @ 2 5 7 

  • Ada pelaris semulajadi
  • Daya tarikan yang tinggi secara semulajadi
  • Menawan
  • Senang dapat penyokong/pengikut
  • Mudah yakinkan orang tetapi mudah teryakin
  • Mudah disabotaj
  • Kawan tidak setia sebab jealous!
  • Hati2 dengan hubungan sulit sebab people are easily attracted to us bebeh!
  • Boleh jadi Pengarah syarikat, Ahli politik, Marketing, Pelakon, Penyanyi, Networking, and the best is JUTAWAN!


semua no yang I bold dengan kaler purple  tu adalah kombinasi number yang I ada... ngeee... tapi tak semua tu tepat. ada yang sangkut, ada yang jauh ke laut gak! 

oh lagi satu, no last sekali dekat penjuru luar bawah segitiga tu adalah dikenali sebagai NOMBOR AKHIR HAYAT. kalau number ni sama dengan pasangan korang, (I punya adalah no.3) maknanya korang memang serasi bersama and berjaya dalam apa jua yang dilakukan bersama. 

apepun, harus diingat, menda ni just for fun je tau. jangan taksub sangat dengan menda ni. apapun keputusan yang korang dapat, jadikan ia motivasi kepada diri kita semua untuk jadi lebih maju lagi okeh!!

pasni sure korang bertabur cari pen ngan kertas nak main mendalah ni kan? thee thee... 

Selamat Mencuba! 







No comments: