Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Mekap2 Give Away

assalam uols....


dah lama tak join GA (give away) ni... kali ni I join my dear fren punya GA, organised by Mama Miq.. (korang ley klik kat situ tu check out GA yang dianjurkan ;))

so here goes, my very simple daily make-up tutorial...

syarat pertama; letak pic before mekap...

tadaaa.... ni rupa tak siap I ye...

next, nyatakan step2 mekap dan product yang digunakan...

1st step - before apply mekap, muka tu kasi bersih ye nox... mula2 cuci muka guna cleansing/facial foam. then I apply toner... kasi ilang suma daki2 dimuka...

2nd step - I apply moisturiser... I guna Shiseido White Lucent... I pernah wat review tentang this product dalam entry yang lepas2...(sila godek sendiri blog ni kalau nak baca ye) cara penggunaan, picit dalam 2ml, then sapu pada seluruh muka...

3rd step - next, I apply eye base... senang je nak pakai, apply sikit bawah mata and kat kelopak mata, then sapu rata2...yang ni I really have to pakai sebab mata I kan macam red panda... ada dark circles yang sangat obvious... so kena pakai ni untuk mengaburi kesan dark circles tu... ;)

4th step - after eye base, I apply eyebrow... cara nak guna, kasi berus dulu bulu kening bagi sekata. dah siap berus, apply eyebrow tu dari arah dalam ke luar... lukis cantik2 ye... jangan jadi opera cina sudeyy...

untuk 3rd and 4th step tadi I guna these products... eye base from Lancome Bright Eyes, and eyebrow I guna Simply Siti kaler rich brown... so far so good... boley tahan gak produk from SimplySiti ni... ;)

5th step - apply compact powder... cara nak apply, mulakan dari bahagian pipi, then dahi, pastu dagu... sapu rata2 nox.. janji tak jadi tepung gomak dah... kalau nak lagi lawa and kemas, guna brush pun boley..

I guna ni as my compact powder... Maquillage from Shiseido... ada efek pearl and bila dah pakai, muka jadi glow2 gituuu... eversince I pakai bedak ni, I dah stop guna BB cream... sebab finishing bedak ni sangat mengagumkan! trust me, silalah ke kaunter Shiseido dan dapatkan satu hari ini! (amacam, ada harapan nak jadi promoter tak aku nih?)

6th step - apply eyeshadow... bila dah pakai eyebase, eyeshadow yang uols apply akan bertahan lebih lama dari biasa.. longlasting gituuu... I apply eyeshadow ni guna jari telunjuk je, takde pakai berus2 tu sume... lagi melekat katanye...

untuk eyeshadow, I guna brand Stage... sedap pakai, warnanye pekat...


7th step - eyeliner... mulakan dari bahagian dalam anak mata, tarik keluar... terpulanglah nak buat style camne pun, nak wat cateyes ke, fisheyes ke, tenuk eyes ke... up to your creativity... kalau macam I, I suka buat cateyes yang manja2 je.. boley gituu....

calitkan eyeliner tu kat bawah kelopak mata gak ye... terpulang nak sapu half-way pun cantek gak... depends on you ye darlingss...

8th step - apply blusher... I suka light color, tak la merah sangat macam opera cina ye.. sapu yang pink2 sudah... cara nak pakai, tonyoh berus dekat blusher, then apply dari bahagian cheekbone naik menghala ke bawah telinga... ataupun, uols senyum depan cermin, nanti nampak "buah pipi" tu, haa... apply blusher dekat buah pipi tu ye...

9th step - apply lipstick... cara nak pakai lipstick, mulakan dari bahagian tengah bibir dan bawa keluar bibir...



10th step : sapu lipgloss... kasi shining2 sikit bibir mung tuh.. tapi kalau uols dah pakai lipstick jenis shimmer tu, takyah dah pakai lipgloss kot... cara nak pakai lipgloss sama je macam pakai lipstick tadi...

ni lipstick and lipgloss yang I guna... both from Clinique... kalau uols perasan, I memang suka brand ni sebab ia sesuai ngan kulit I, hypo-allergenic and tak kering bila pakai...

ok abes dah step2 mekap I... senang kan? dalam 10-15 minit dah ley siap...

dan hasil selepas mekap2 tadi adalah.......


ini...

... dan ini...


ok dok? simple dan cepat ye... biasanya I punya daily make-up macam ni jelah... tak susah pun nak buat ;)

last sekali, kenapa I join Give Away ni?

1) sebab I saja2 nak share my daily makeup ngan frens sume.. and nak cuba belajar improve my makeup style lagi after ni.. hopefully ramailah yang join GA my fren ni, nanti I boley la tiru dengan izin kan cara2 uols mekap pulak... boley gitu?

2) then of coz la, join GA sebab nak menang pressies ye... nak tambah my makeup products collection... pastu nanti konfem kena tarbiyah ngan laki aku sebab terlampau banyak barang mekap dalam drawer tu, tah bila masa nak pakai pun taktau... ;)


ok, tu je... last but not least, JOM JOIN GA NI RERAMAI JOMMM!!!

Tuesday, March 8, 2011

AKSI SI COMEL with TEN LITTLE FINGERS

assalam uols...

tengkiu mak cahaya sebab ajak kami join contest menarik nih! ;)

contest ini dianjurkan oleh Ten Little Fingers in Action!



inilah aksi anak I, chiepani dengan kucing kitorang; Agus the Kus Kus







nama anak : Farahanny Zafyrra bte Mohd. Johari
umur: 1 tahun 9 bulan
nama momi : Zuraidah bte Ghadzali

gambar ni I ambil masa tu chiepani (gelaran tuk my dotter) umur dia 6 months, a day before I kena attend kursus kat Taman Cahaya.. konon2 nak tatap gambau anak puas2 la kekdahnye ni kan..

kucing kitorang ni, nama dia Agus. dia boy. sebab tu suke kacau anak dara I sorang ni. miang dia taw... biasa dia!

yang chiepani pun suka gak bab buli2 ni. sekarang dia dah besar, siap di dudukkannya lak dak Agus tu. cian Agus.. menangis tak keluar airmata haaa ko.. hihihihi

k, rasanye tu je kowt I boley citekan tentang pic2 di atas tuh.. ;)

seterusnye I nak ajak sume kawan2 ferempuan I yang dah ada anak tuk join contest nih... mama harith, mama miq, mama medina, mama e-ein and mama nina gak...

jom buat! jangan ngelat!



Wednesday, February 23, 2011

My Comel Tido Contest

assalam uols..

thee thee thee... jangan marah ye... mood I nak join contest tengah membuak2 nih! wuuhuuu~~

kali ni momi join contest from littlebutterangle punye blog... ;)

~~~~My comel Tido COntest~~




1) Buat satu entry ringkas berkenaan My Comel Tido Contest - checked!

2) Masukkan Badge contest ni dalam entry dan sidebar blog (dengan link back pada entry ini) - done!

3) Sertakan sekeping gambar pose tercomel gaya tido anak anda - done!



Nama saya : Zuraidah bte Ghadzali
Nama kanak2 dan umur : Farahanny Zafyrra bte Mohd. Johari, 1 tahun 8 bulan

Gambar ni diambil kalau tak silap I masa umur chiepani around 7 months. susah gak nak pilih gambar dia tengah tido.. ekceli memang I paling suke snap gambar time dia tengah tido. ada banyak giler kowt. bukan ape, sebab time ni jelah I boleh amik gambar dia dalam keadaan statik. kalau tak umaaak aii, hazab nak suh dia stand still. asik pusing sana sini. pastu sibuk nak catch flash camera. tah pape.. hahaha

btw, dah lama gak I terpikir, takde ke blogger yang nak wat contest pic baby tido nih? sekalikan, semalam time tengah bloghopping and jumping, terjumpa blog littlebutterangel nih.. syukeee!
jam2 tu gak I godek lappie and fon pilih gambar anak I tengah tido.

setelah melalui tapisan2 keselamatan peringkat kasar dan halus (kikikiki), maka we ols (eh, we ols? owhhh sebab dedi pun eksaited nak suh momi join tau!) telah bersepakat memilih pic di atas. masa ni dia baru je nak lelap.. kebiasaannya chiepani tido tertiarap. tersembam muka atas tilam sambil nyonyot puting.. hehe


4) Follow blog ini dan like di facebook "Mommy & Baby Littlebuttersangel's Store" - checked.

5) Tinggalkan permalink entry anda diruangan komen entry ini. - siap!




Contest Nama Baby Saya

assalam uols...


kak maiza memang sangat2 buatkan I terpengaruh tuk join sume contest yang akak join.. thee thee..

contest ni held by Idma Textile and will be due on this 1st March. so I kena buat laju2.. ;)


1) anda mestilah ibu/bapa kepada baby berkenaan dan mestilah seorang blogger. --> im her momi, and im a blogger... **wink wink

2) copy banner di atas dan link kan. - siap!

3) buat satu entry menerangkan nama anak anda. Maksudnya, Siapa yang pilih dan Kenapa nama itu dipilih. --> done!

4) tinggalkan entry anda diruangan entry ini. --> done!

5) dan menjadi follower Idma Textile. --> done jugak!


Nama Anak ;

Farahanny Zafyrra bte Mohd Johari

Maksud Nama Anak ;

Fara --> membawa maksud insan yang gembira, periang
Hanny --> bermaksud insan yang sentiasa dirindui dan dikasihi
Zafyrra --> membawa maksud insan yang sentiasa beruntung dan berjaya

Siapa Yang Pilih?

nama anak I ni, I yang pilih. masa tu tengah preggy about 4 months and tengah attend short course di Cheras.

Kenapa Nama Ini Dipilih?

time tengah2 berkursus tu kan, I ley main conteng2 nama anak atas kertas. (nampak nau kursus tu borrring kan? hehehe). don't really know from where the ideas came from, but yang pastinya I memang admire a girl with a name Fara. tapi masa tu belum tau lagi gender baby, so I conteng2 gak nama for baby boy.

and I decided nak letak dua perkataan since my name and her daddy's name is too simple. saje nak nyusahkan anak gak ni nanti time dia sekolah sok, terbelit2 dia nak eja nama dia atas buku sok.. hua hua hua. dengki!

sambung balik. after that conteng2 day, I text my hubby and inform dia my suggestion for our baby's name. dia pun setuju. (kenalah kan, kalau tak harus I sentap! haha) . tapi kitorang tak check pun ape maksud disebalik nama tu. until the day she was brought in to this world, 18 June 2009, baru I ngan hubby terhegeh2 check dalam buku makna nama2 Islam. haruzlah kan, buatnye nama tu takde makna, kan parah mak bapak dia nak menjawab kat "sana" sok... ngeeee~~ takutttt...

jadi, begitulah serba sedikit kisahnya masa pemilihan nama for our beloved cheeky dotter nih... ;)



Tuesday, February 22, 2011

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com

assalam uols.. (dah tak boley guna word 'salam' tu tau...)



I jalan2 kat blog Kak Maiza tadi, then tengok dia join contest nih. contest ni dianjurkan oleh elissmie.com.. menarik okeh!!

terus laju2 join.. thee thee thee...




I pertandingkan gambar ni ye elissmie.com! =D

Tuliskan Kategori : Kategori Perempuan
Nama Anak : Farahanny Zafyrra bte Mohd Johari
Umur Anak : 1 tahun 8 bulan

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com ditaja oleh:

Diaper Cakes by ShilaShower









* Jangan lupa tampal banner contest Pencarian Si Cilik Bergaya @Elissmie di dalam entry dan di sidebar & masukkan elissmie.com & semua penaja di blog list korang yer (kalo follow lagi bagus )

link link yang perlu dimasukkan dalam bloglist;

elissmie.com - http://elissmie.com

Diaper Cakes by ShilaShower - http://shilashower-diapercakes.blogspot.com/

Paradigma Resources - http://paradigmaresources.blogspot.com

Butik mumDreams - http://mumdreams.com.my/onlineshop/

Siti Sifir's Share-Out Space - http://sitisifir10.blogspot.com/

HazmanFadzil.com - http://hazmanfadzil.com/



okay, siap! hehe...

momi doakan chiepani menang ye cayang... muuuaahhhh