Showing posts with label miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label miscellaneous. Show all posts

Friday, September 30, 2011

salam jumaat ;)

assalam uols....


salam jumaat uols sume... nape kawan2 I dah lama update stori korang heh? amm, eita, dallies... mano korang poie? eden busan weyh ari2 bukak blog tunggu entry baru korang, tapi nan hadoooo.... seb baek la akak Green Apple tu rajin hapdet... terhibur ati den yang lara ni.. hiksss... lara ke?

baru2 ni I banyak baca kat wall fesbuk tu pasal kejadian yang dijangka akan berlaku 2012 nanti... especially part bulan Ramadhan tahun depan... wuuu scary tau... kalau betul camne la ek... bila I cakap kat dedi joe, dia cakap mati tu kan sesuatu yang pasti.... jadi takyah la nak tunggu sampai date tu sampai baru nak taubat... start dari sekarang dah kena berubah... tambah mana yang tak cukup... banyakkan buat amal ibadat... gituuuu katanye... terus insaf I dengar... (ate, lepas ni harus gi surau jap gi solat dhuha ye..)

jom la kawan2, kite topup mana2 yang kurang pada diri kita.. insyaAllah moga semua urusan kita dipermudahkan dan amal ibadat kita diterima olehNya... amin amin amin.

ok, cukup tazkirah ustajah pagi ni. ustajah nak sambung cite lain pulak.

esok Sabtu kan? dedi joe telah dengan tidak semena2nya menyuarakan pendapat beliau kat I malam tadi..

" sayang, jom gi zoo sok.. "

" zoo??" (macam nak terkeluar bijik mata I dengar perkataan zoo tu)

omaigod.

I dah jelak kot masuk zoo since zaman belajar dulu... lotih makcik weyh duk dalam zoo... lagi2 zoo melaka tu haa.. sampaikan tempat tersorok yang diorang letakkan rimau yang stok makan orang tu pun kitorang dah tau kat mana...

sume kandang I dah tau isi ape.. segala ceruk rantau dalam zoo tu I dah hapal kot.

tapi takpelah, demi anak... kita gagahkan jugak perasaan nak masuk zoo sok. harap2 I tak muntah. hweee! n nak cube usha kawan I yang kat zoo tu, mintak masuk pintu belakang je... nak free la kannnn katanye.... keji tak? hahahaha

tapi sebelum gi zoo kite ke pasar borong dulu ye bang... I nak masak laksa.. dah lama kemaruk nak makan laksa.. aritu gi open house ada yang serve laksa , tapi tidak menepati citarasa tekak I. makanye esok pagi sebelum gi zoo, kita operasi buat laksa dulu la ye.. balik dari zoo sure kebulur kan? eh, ke nak masak nasi lemak sambal sotong? dua2 cam best je ni.. takpe, malam kang sebelum tido aku decide nak masak apa.

rasa tak sabar nak tunggu abes keje petang ni.. pasal minggu ni adalah minggu yang stress bangat. keje melambak2 masuk. pastu ada sorang budak (ke bapak budak) yang ari2 buat darah I mendidih, rasa cam nak lempang dia laju2 tapi tak boleh sebab dia dah kategori warga emas. wakakakaka. tapi seriyes beb, gua memang sampai satu tahap dah rasa cam nak tonjol2 je kepala dia.. arghhhhh stress!!! menda kecik anak pun ko takley nak setel, abes amik gaji tiap2 bulan tu watpe? pelisssssssss la weyhhhh

semalam dek kerana letih otak pikir pasal makhluk sorang tu, I ajak dedi keluar.. kitorang gi main game kat JJ baru tu.. sume game I belasah.. pastu membongkang ngan hanny duk dalam playland.. siap layan dia main masak2 sume segala... fuhh, sangat mereleasekan tension aktiviti tu ;) ** oh ye, semalam I telah membuat ramai orang tertanya2 tentang satu pic yang I tepek kat fesbuk... I rasa cam nak pecah perut gelak guling2 baca komen mereka.. kikikiki... jahatnye kamu! jahatnye kamu! I pun taktau camne korang sume boley terpikir I nak belikan Hanny mendalah tu... lagipun, I tak penah nampak pun set tu jual kat mana2.. Toys R Us pun takde.. maybe kena tempah kot... tahle, wallahualam... yang Hanny ada kat umah tu pun dedi dia yang belikan masa outstation aritu... tapi takla complete set pun.. ;)

ha, lagi satu nak tayang dalam entry ni... arini I pakai Sara Marissa pulak.. fink kalerrr... auuummm!

santek ke dok?


dedi joe tanye, " ni tudung apa pulak? cantik gak designnye..."

"ni sara marissa"

"sara marissa la pulak... aritu fareeda... ni lain dah?"

"ni fareeda la bang... tapi ni jenis sara marissa..."

uiii aiii.... dah namanye lelaki kan... harusla mereka tak amik port sangat bab2 tudung ni kan.. yang diorang tau komen je.. kalau cantik dia cakap cantik, kalau tak cantik tu kang yang tak tahan nak dengar...

contoh komen beliau,


"cam indon je yang...."

choooiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Thursday, September 29, 2011

kuku kaki ku cagu...huhu

assalam uols....



nah amik ni..tazkirah petang khamis dari mak leha... ;)




Reminder

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

Sampaikan walau hanya 1 ayat...



renung2kan dan selamat beramal ;))))

Monday, July 11, 2011

I wonder why....

assalam uols....



niat I terbantut nak masuk surau just now.

cer teka nape? cer teka.. cer teka...

I terkejut sebab banyak sangat kasut kat luar surau tu... tak penah2 camni...especially kalau dah lepas kul 2 petang...

urmmm...takpelah.. I patah balik, masuk balik dalam bilik. jap2 lagi la gi semula. harap2 dah "clear"... (tangguh2 solat memang tak elok, tapi I rasa this time I have to... Allah Maha Mengetahui..)

by the way, surau tu tempat beribadat kan?


Tuesday, May 24, 2011

berkat kesabaran ;)

assalam uols...


sekarang ni I rasa teruja sangat. HAPPY la is the correct word kot... ;)

since last week, kitorang mencari kontraktor untuk buat major renovation kat few parts of our house.. alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit tahun ni, boleh la kitorang tambah2 apa yang patut. tak salah kan invest tuk kediaman sendiri ;)

berkat duit kumpul2 kami laki bini plus I pun dapat durian runtuh recently (alhamdulillah), so kami decided nak tambah2 part dalam dan luar umah... pantang ada duit lebih sikit kan ko!

I nak cite siket la pasal contractor yang kitorang dah jumpa. memang from the first lagi, kami blacklist contractor melayu. bukan kami taknak tolong orang melayu sendiri, but from experience kawan2 and jiran2 berdekatan, kami macam tawar hati pada contractor melayu... ;(
tapi I believe bukan semua orang melayu perangai macam ni kan... just a few of them la.. (ayat cover baik punyaa! hahahahaha)

dan last week datanglah contractor2 berbangsa cinos nih... pakaian sikit punye smart (pakai baju company) bawak segala macam katalog, kereta dia bawak pun memang hebat la.. kitorang pun discuss la itu ini, bla bla bla ngan dia... tang mana nak tambah, mana nak pecah, and segala macam mak nenek la kan...

sekali bila dia email kitorang (kelassss kan? dia main email ok..huhu) quotation, ha, amik ko! terjelir lidah membacanya... so kitorang says nehi nehi la pada itu olang... mahal bebenau, cam mencekik darah je!

keputusan adalah..

*
*
*
*
*
*
*
- REJECTED-

then proceed pada next contractor. olangnye biasa2 saja. very the sempoi. dia datang umah, just pegang calculator ngan note book kecik je. hihi. kitorang pun citelah ape nak buat kat dia, the same stories macam dekat contractor men"nyemart" tuh..

pastu dia pun amikla measurement sume. then esoknya dia suh kami datang sendiri ke kilang dia, untuk pilih material and design. best giler ok... kami pilih material yang sama, design yang sama gak macam yang contractor semat2 tu quote before this.

and surprisingly, harga yang contractor pakai biasa2 ni adalah sangat2 jauh beza dengan yang si me"nyemart" tadi! kali ni kitorang terjelir lidah bukan sebab mahal, tapi sebab murah... hehehe. plus, siap ley mintak special design lagi and takde charge dikenakan ke atas itu.

kalau contractor yang sorang lagi tadi, mana ada nak bawak kitorang gi showroom sume, dia yang decide siap2. tah pape kan? pastu mark-up harga gile2, walhal barang sume sama je. maybe dia charge kitorang kaw2 sebab dia bajet kitorang ni taktau harga pasaran sume kot.. and dia charge "presentation" dia masa dia wat measurement and quotation tu ari...uhuks..

so keputusan dengan contractor biasa2 je tu;

of coz la ACCEPTED!

reason;

- harga berpatutan (sangat!)
- tempoh masa siap yang cepat
- material yang digunakan berkualiti
- pengalaman kerja yang amat memuaskan dengan a few friends and neighbours... ;)

so kerja2 renovation akan bermula esok. dalam 3-4 minggu akan siap. insyaAllah.

nanti bila semua dah siap, I akan share tentang perbezaan harga and pemilihan material sume tu k...

actually, point yang I nak stress out kan kat sini is, the choice is in your hands. kita sebagai pengguna berhak menentukan pilihan kita... yelah, yang nak membayar pun duit kita gak kan.. jadi buatlah pilihan dengan bijak! daripada kita bazir duit bayar "presentation" contractor yang cekik darah and nampak advance giler, baik jimat duit amik contractor yang simple je... benda yang kita nak buat tu pun end productnye sama je kan?

ok, I dah penat menaip. terpanjang pulak entry kali ni ye.. thee thee thee




Wednesday, May 4, 2011

entry orang nak period

assalam uols...


I ni sebenarnya tengah emo gile ni, tersentap sikit.

I taktau camne nak bercerita. I bukan pandai sangat mengarang, merepek pandailah.

tapi I memang bengang dengan orang yang suka underestimate kita.

perlu ke I menunjuk2 tentang apa yang I ada and apa yang mampu buat or kebolehan I pada "mereka"?

eyh, I bukan jenis macam tu lah. I bukan bangsa yang suka menunjuk2. no offense k... actually maksud I word "menunjuk2" tu luas sikit skopnya. I taktau camne nak explain ni... korang faham ke?

bukan menunjuk2 dari segi harta benda sahaja, maksud I menunjuk2 yang... ummm... ummm... alahai susahnye nak cakap!

and lagi satu, takkan lah sebab I tak pakai purdah or jubah semua, it indicates that I know nothing about Islam? bila I cakap bab2 agama, orang pandang rendah lak. macam, eyh ko pehal nak cakap camni...macamlah ko alim sangattttt....

ha, gitulah lebih kurang..

aduiiiii plis la weyh! plis! benak tau pikir ni.

bukan ke tugas kita semua di muka bumi untuk saling ingat mengingati? jadi salah ke kalau I tahu tentang sesuatu perkara, I sampaikan pada mereka yang tak berapa tahu... salah ke?

and I sometimes terasa macam nak sangat tegur tapi terbantut dek kerana I ni bukan ustazah. nanti kalau I tegur orang cakap I poyo. tapi kalau I tak tegur, adakah I berdosa kerana dikira bersubahat and tidak cuba menyelamatkan rakan dari berterusan dari membuat dosa?

macam mana nak wat eyh?

susah tul. susah... ;(






Saturday, April 30, 2011

blog baru ;)

assalam uols...


meh kengkawan, datang lawat blog baru I...


blog ni sebenarnya blog pasal my new business... baru sangat2 buat. header sedikit comot. dalam proses menempah header baru...

biar nampak lebih professional sikit header tu.. hehehe... al-maklumla, buta IT kan... header pun sempoi giler sangat2!

kawan2 semua, doakan I success ok.

amin..