Tuesday, April 13, 2010

gaji aku

salam uols..

dah kena tag lagi sekali. musim tag mengetag dah bermula. hehe. kali ni aku di tag oleh mama Miq.. balas dendam katanya.. hehehehe

1. anda makan gaji?
tak. saya makan nasi. okay, tak kelakar. ye, saya government servant yang makan gaji.

2. bila biasanya anda dapat gaji?
gomen punya pesen, kalau takde any big celebration, gaji akan masuk every 25th. tapi kalau ada raya puasa, raya cina, krismas n deepavali, gaji biasanya masuk awal dua minggu dari tarikh celebration tersebut. makanya, akan tercungap2 la kami semua nak menunggu gaji next monthnya masuk.

3. pernah dapat gaji lambat?
tak. semua on time seperti yang dijanjikan.

4. perkara pertama yang anda buat selepas dapat gaji?
shopping!!!! sekian terima kasih.

5. adakah anda happy dengan gaji yang anda dapat?
hepi kalau nak dicompare dengan gaji sebelum saya join gomen.

6. apa yang anda buat dengan gaji pertama sewaktu anda mula bekerja dulu?
belanja my family makan, termasuk joe sekali. hik hik

7. berapa selalunya anda simpan gaji anda?
ni pun nak tau ka? P&C maaaaa..... tapi yang pasti, aku ngan joe kami bayar premium insurans masing2 n hanny gak. itu salah satu saving kami. =)

8. apakah barang berharga yang anda dapat beli dengan gaji anda?
semua yang saya beli dengan duit gaji adalah berharga. paling berharga rasanya adalah, every month saya akan pastikan saya bagi 1/4 of my salary pada mak dan ayah.

9. berapakah gaji impian anda?
juta juta lemon us dollar. sape nak bagi weyh????

10. tagkan pada orang yang anda rasakan dah dapat gaji...
ada ke orang dapat gaji tengah bulan ni? nak suh Neng Ammliza la. pasal dia dapat gaji hari2. muakakaka

tag from Mrs. Atief

salam uols...

huiiiiiii sorganya dapat bukak blog nih! dah 5 ari aku tak jengah. aku baru abis kursus BTN kat Kedah. kursus best, tapi badan ni macam nak tercabut. kaki sume cramp.

so arini aku MC. aku nak tekan pedal minyak pun menggeletar kepala lutut. penat gile wey!

later aku cite pasal kursus tu k. la ni ( eceh, slang kedah dah! ) aku nak jawab tag from si izzati.

panjang gak tag budak ni, jap gi sure jari aku lak yg cramp..wee hee hee

soalannye berbunyi begini;

1. first time you met him - when n where

okay, aku jumpa joe first time masa orientasi kat Kolej Tun Dr. Ismail, UPM. floor kami digabungkan untuk buat persembahan malam penutup. team kami kena berlakon. mula, kakak senior from floor aku suh joe partner ngan satu minah from floor aku.
tapi joe taknak.... dia demand nak mintak tukar heroin die... ( wahhh, mentang2 joe jadi hero masa nih! hehe). joe cakap ngan kakak senior, dia nak aku jadi yang jadi heroin dia.
tergezut mak!! malu2 la kejap, tapi dalam ati cakap, yes! yes! hahahaha

2. love at first sight?

yes!!!!!!!!!! walaupun before jumpa joe aku ada banyak kali la gak bercouple, tapi dengan yang lain2 tu, aku tak penah rasa cinta tu. rasa suka je pada diorang ni.. tapi bila dengan joe, rasa cinta tu membuak2. masa ni la aku rasa, kalau tak jumpa tu macam nak meroyan sehari. tapi takdela sampai makan tak kenyang, tido tak lena mandi tak basah sume.... aku makan kenyang, selera jerrrrr... wakakakaka

3. who is he when the first time u met him?

joe adalah student physical engineering dan player kolej. dia player futsal, soccer, bola baling, bola tampar, hoki. tapi dia paling aktif main futsal dan soccer. rugby dia tak penah main, sebab aku tak suka rugby.
so masa first time jumpa/nampak joe adalah masa dia tengah beraksi kat padang. ada game intercollege. (masa ni senior pun ramai yang minat kat joe. mentang2 la joe ni jambu air, diorang siap nak buat adik angkat la, boifren angkat la... eyh, blahhhhhhhhhh )

4. how long does it takes for him to ask you for a date?

alamak, tak ingat. tapi keluar date memang berjuta kali. hehehe

5. first place dating?

Genting Highlands! hamikk, sekali berdating tak agak2. tapi kami g ramai2. ngan bebudak floor aku campur bebudak floor joe. dalam bas duk sama2, main kat theme park sume sama2.

6. how he proposed?

in what sense? proposed me to be his gf or his wife?
kalau jadi gf, memang aku tak ingat. aku kan ada alzheimer, so aku nyanyuk sikit bab2 ingat tarikh nih.
kalau jadi his wife, dia just suh family dia datang merisik, then terus bertunang. pastu atuk dia suh kawen cepat2.

7. special date with him?

kami pegi klcc, sehari suntuk. joe belanja makan kat restoran apeketah namanya. yang kat tingkat atas sekali tuh. mahal gile! tapi joe bayaw je..bercinta la katakan. apa saja untukmu la tu..
then, masa nak balik, he bought me giant teddybear. dem big! malu je masa naik komuter sume orang duk tengok aku pegang bear. hehe. masa ni 2nd year kalau tak silap. bear tu sampai sekarang ada lagi.

8. changes that he asked you to do?

nothing. kami menerima diri kami masing2 seadanya.

9. what is about him that you love him so much?

- joe tak romantik, but he is a very2 loving person i ever met.
- dia sangat2 caring. dia terlalu ambil berat tentang saya. sangat terharu dengan layanan dia yang tak penah berubah sejak hampir 10 tahun kami berkenalan. rasa bersyukur ditemukan dengan suami yang sebegini. ( tetiba airmata bergenang )
- joe pandai hormat orang tua, sampaikan mak dan ayah saya cakap dia adalah menantu yang terbaik. ( nasib joe tak baca blog ni, kalau tak mau kembang tak kuncup2 tu kang. kekekeke )
- joe sangat lembut hati. tak penah berdendam, tak penah marah orang lain.
- paling penting, he is not a smoker.

10. what is about him that you wish he would change?

boley tak jangan pakai spender je dalam umah bang?

11. you lose your mind and crack your head when he?

masa 3rd year, aku dapat tau ada junior satu faculty ngan dia tergedik2 nak couple ngan dia. joe kan baik, dia bantai layan je. eyh, meh sini aku pelempang dua2 ngan selipar nak tak?

12. you will smile through your eyes the whole day when he?

bila dia belikan saya jean's levis and guess sepoloh helai. wakaka. tak la.
saya akan ceria the whole day every time joe call saya, tanya saya dah makan ke belum, kenyang ke tak, tak sabar nak jumpa sayang, n last before letak fon, dia akan cakap, "i luv u sayang" <----------- perkara ini berlaku everyday.

13. compelete this sentences " my love towards my husband is as big as......."

seluas langit dan bumi, seluas lautan di seluruh dunia. seluas2nya lah, tak reti nak describe dah.
aku tak romantik la, tak reti nak wat ayat jiwang.

okay abes. so aku nak rantaikan tag ni kepada,

- Neng Amm
- Mama Miqael
- Kak Maiza

jawab! jangan tak jawab... tak jawab aku merajuk sama korang. hehe

Tuesday, April 6, 2010

ayat penyata

salam uols...

SAYA MEMANG GARANG.
TAPI SAYA SAYANG SEMUA ORANG.

hepi mode =)

salam uols...

hari ini mood saya hepi. eceh, mentang2 mood baik, terus jadi 'saya'.

aku hepi pasal ni ari last aku masuk opis. yeabaa yeabaa! aku akan kembali ke opis bertugas balik cam biaso pada 3 May nanti. nasib la korang ye, nak tunggang langgang ke ape kat opis, aku tak pedulik dah.

malas nak cite pasal opis ni ari. kang merudum balik mood kalau pikir2 pasal keje opis ni.

pagi tadi aku sampai opis 7.40 pagi. hebat kan?-------> tu petanda mood aku sangat baik.

untuk 2 buah hati, my sugar hanny bunny, bucuk2 macin2, apple of my eyes aku (eceh, macam biasa ku lihat pulak word nih! ) ; my dearest joe and chiepani....

chiepani, take care tau. mummy gi jap je. senin balik dah. pastu kite gi jenjalan keh. mummy takde ape nak pesan, sebab mummy tau, daddy can take care of you very3 well than mummy does. your daddy is much2 more patient than mummy are. so, mummy takkan worry nak tinggalkan chiepani, agus ngan rooney kat umah. mummy ley hepi2 sama mummy punya frens eyh kat Kedah nanti! hahahaha

daddy, takde ape nak cakap, just want to say,

I LOVE U SOOOO MUCHHHH. MUUUUAHHHH

** kiss serata badan. ahaks.

** daddy, mummy rasa chiepani tak muat dah mandi dalam besen. dia dah panjang. asik kejong2 kan kaki dalam besen. mandi berdiri jelah pasni ye.

nanti kalau daddy ngan chiepani rindukan mummy, tataplah fotogedix mummy kat bawah ni, special 4 u guys! agus ngan rooney nak tengok sekali pun boley, tapi remember, takyah nak cakar2 screen lappy mak ko ok!


tata. lots of luv~~~


Sunday, April 4, 2010

meh layan gambar lama2

salam uols....

1st picture.

ada sape2 rasa nak ketawakan gambar kami nih? meh sini, siapa gelak2kan tu, biar aku piat telinga sorang2. tapi yang korang gelak lebih2 sure kat muka joe la kan..

tengok la si joe, sungguh suci murni muka dia. ( padahalllllll.....). gambar ni joe kurus lagi. sungguh jauh panggang dari api la ngan rupe sebenar dia sekarang. lagi satu, joe kalau amik gambar dia tak suka senyum. sebab kalau dia senyum, terus tertutup mata dia. dah sama pulak cam sami kat tokong cina tu. wakakakakaka

gambar ni masa kitorang ada dinner kolej. time kami 3rd year rasanya. ke 2nd year. zaman kegemilangan la ala2 nih.

merah betol lipstik aku. kalau tak salah aku, ni wanja yang mekapkan gue. ngeh3. baju ni siap tempah lagik ngan mak kak fara. baju ni ada lagi dalam lemari umah mak aku. tapi kalau aku try balik nak pakai, memang alamatnya sampai takat peha jelah.

tapi pehal la kan, si joe boley bantai pakai baju melayu kaler biru? tak match langsung ngan aku. kecik dah ati aku masa ni... woo woo. tapi joe kan pandai dalam aktiviti memujuk ni, malam pas abes dinner tu, di gula2nya aku, ajak pi tengok wayang kat Midvalley. senyum lebar terossssss.

dulu mana reti aku nak bawak henbeg bagai, aku bawak beg kecik ni je. isi lipstik, bedak, ngan henpon je. sekarang henbeg taknak ngalah, selagi tak besar macam karung plastik mydin, don't call me zue ya! hahaha


2nd picture.

ni time rombongan nak tengok loji proses najis babi kat Penang. masa kami 4th year. sungguh hepi nox dapat tido hotel lagik. tak ingat hotel ape, tapi memang best hotel tu. ada banyak gambar dalam bilik hotel, tapi segan nak tayang sebab banyak pose tak senonoh. pakaian pun tak senonoh. kena mintak izin joe dulu kalau nak tayang. kang dapat pelempang free, naye je aku. hahaha

ni kawan aku, syahar. dah kawen pun bulan lepas. selamatssss bro. kenduri kat melaka bulan depan. insyaAllah, harusla aku gi tayang muka. ni kira gathering geng2 kami DVM 2006 la kan. nak jumpa korang sume time2 korang ni kawen je lah.

kembang gile muka aku. macam kena pam. tapi badan menten, cikeding gak. tah kenapa ye pipi aku jadi camni. ooo...aku tau. ni mesti sebab joe suka tarik2 nih! hahaha gatalllllllllllllllll




3rd picture.

okay last pic of the day to share with u guys. ni pun masa kat Penang lagik. yang aku nak tekankan sangat dalam gambar ni adalah, gambar budak lelaki yang tengah tengok langit tu.

spastik kan budak tu? ye, dia memang terencat sikit. tapi pelik, dalam pada dia terencat2 tu, akal dia panjang gak. hebat gak dia berpikir. dah sampai obesea budak ni belajar. agaknya kalau aku pun terencat sikit2 macam dia, haruslah aku pun kat obesea sekarang ni kannn?

ada nampak tak gambar mamat putih paling tinggi pakai baju kelabu, posing ala2 model tu? mamat ni selalu kuar suratkaba. kata modellllll.

mamat baju putih tepi sekali tu, still available taw! dokte kude. sangat gagah perkasa. ada sapa2 nak berkenalan? sila kontek aku. ( mapos aku ni kang kena sembelih ngan ayus, gi jaja2 pulak gambo ko ye. pedulik ape mak....hahaha)







Friday, April 2, 2010

cesssss penipu

salam uols...

semalam aku pi kedai spec. mula2 ingat nak repair je spec lama tuh.

last year, skru sebelah kiri tercabut. last week, pas hanny maen spec aku ni, aku perasan skru sebelah kanan pulak hilang tah ke mana. tak alih2 terkulai je sebelah spec nih.

sampai je kedai spec tu, mata aku start rambang dah.

tengok frame spec sume lawa, stylo2 sume. huh, tercabar beb iman.

round2 dalam kedai, last2 aku kantoi gak. tak dapat nak kawal napsu sendiri.

aku berminat ngan satu spec ni. terus suh cino kedai tu amik, adjust2 sikit, then pilih lens punya kaler.

since frame tu kaler pepel, aku choose la lens kaler pepel gak. cam spec lama gue, kaler merah.

now rasa kaler merah punye lens tu dah ' tak in' dowwwhhhh

masa cino tu kira harga sume, dia cakap lens multicoated ni rm100 je. terkejut gak, eyh murah nau lak harga lens ni. dulu masa aku wat spec levi's merah ni, multicoated lens tu je dah rm250.
tu baru lens, tak campur harga frame dia.

so fine, aku set je lah ngan cino tu. mana tau kot2 lens dia dah turun harga. total sume campur ngan harga frame adalah sama dengan bayaran taska hanny 2 bulan. muahahaha abes kopak ranap poket aku bulan ni.

tetiba tengahari tadi cino kedai tu call, dia say sorry. rupenya semalam dia salah kira. rm100 tu untuk uncoated lens. kalau multicoated, memang rm250. olalalalalala... mampuihhhh

penat kepala aku berpusing tadi, decide nak amik yang multicoated ke uncoated lens je.

sok aku kena call balik cino tu, confirm kan balik..
tadi aku congak2 , kalau la aku teruskan hajat amik multicoated lens + price frame tuh, serupa macam aku pi tido Hard Rock Hotel 3 malam!!! wallllaweyyyyyyyyyyyy... joe, help!!!!! **sambil senyum menggoda... auuwwwww

Thursday, April 1, 2010

selamat berkursus!!

salam uols...

starting from next week, aku akan dihantar berkursus.. straight sampai ujung bulan nih.

8hb- 12hb kena kursus kenegaraan kat Kedah.

20hb-29hb kena kursus induksi kat Keyell.

kursus yang Kedah tu, ada kemungkinan aku akan jadi seekor katak di bawah tempurung sebab dalam surat dah habaq awal2, penggunaan telefon bimbit adalah DILARANG.

otometik, penggunaan internet juga adalah TERLARANG.

maka kesimpulannya, seminggu la tak berhapdet blog dan fb aku. don't miss me ya!

kuat eyh ujian ni? harap2 aku berjaya hidup tanpa fon dan tenet.

tapiiiiiiiiiiiiiiiiii.............

aku takley hidup tanpa berita from my beloved hubby n hanny. camno? **nanges**

takpe2, tau la camne aku usahakan camne nak kontek kesayangan aku nih. ** wink wink

kursus kenegaraan ini sangat straight peraturannya. bagi sape2 gomen servant yang baca atau tersesat baca entry nih, ni adalah keperluan yang perlu dibawa semasa kursus okay. baca, jangan tak baca.

wanita

- baju kurung putih
- blaus putih lengan panjang (bukan muslim sahaja)
- kain/skirt panjang berwarna hitam/gelap
- kasut hitam (sandal tidak dibenarkan)
- bertudung/selendang bagi muslim
- telekung (bagi muslim sahaja)

lelaki

- baju kemeja putih lengan pendek
- seluar panjang berwarna putih lengan pendek
- sarung kaki
- berkasut

tapi diorang tak bagitau lak, pakaian tido camne kriteria. aku ni tido memang jenis tak reti nak tido berseluar panjang, baju kelawar bagai. aku bantai boxer ngan baby T je. halal tak nih? kang kena tangkap tak pasal2 lak ek.. duk dalam bilik tidak menutup aurat. eyh, ada ke camni?