Tuesday, April 27, 2010

chiepani-10 months old...

salam uols....
cak cak cak.... my name is farahanny zafyrra. my mom n dad call me chiepani. i dun know from where did this name derived from but i guess that, this name is a shortform from "si farahanny" then it becomes shorter, so they call me chiepani. but pliss mummy, don't make it shorter than this, because if u do so, it becomes.... CHIEPAN ( cipan ) apakah????


ni anak aku. dah seploh bulan. membesar bagai juara. u guys believe it or not, dia sekarang amik 12-150z of milk within 1 hour. haihhhhhh kaya raya kilang susu kamu sayang!


selera makan menten, but now style baru suke makan nasi putih yang macam kita makan tu. suap je, takyah kunyah2 bagi hancur tapi agak2 la kan, jangan la suap sekaligus sampai segenggam. tu mak bapak bengong namanya, kang tercekik sape la yang susah kannnnnnnn


anak aku masih belum tumbuh gigi, n masih belum duduk. but who cares, because Einstein pun start bercakap masa umur dia 4 tahun okay. so takde big problem to us.


tapi dia sangat2 aktif. now tido kul 11 malam. mulut bercakap je, bla bla bla. layan kan jelah.


chiepani suka lagu lady gaga; bad romance ngan BEP; meet me halfway. kalau dengar lagu ni, dia akan terus clap2 her hands. hehehehe. ( terpengaruh from mummy, sebab mummy suka nyanyi lagu ni )


cakap pasal tepuk tangan tu, aritu cikgu dia tulis report kat buku dia, dia cakap "hanny dah pandai tepuk tangan..."


aku ngan joe macam, laaaaaa.... budak ni dah pandai tepuk tangan masa umur 6 ke 7 bulan aritu... cikgu dia baru perasann ke?


lagi satu, sangat susah nak pakaikan dia diapers. baru nak bukak strap je, dia dah merangkak 1 km dari kami. cissssssss. tu belum pandai jalan lagi tu. mau tinggal sekeping je mummy daddy dia nak kejar suh pakai diapers.


****** tamat kisah chiepani umur 10bulan **********


ni hari ke-7 aku away from they all.


and everyday joe akan message, ayat ni..


"syg, arini dah isnin.."


"syg, arini dah selasa... ada lagi 2 ari je lagi syg nak balik..."


kesian laki aku..counting days. hehe. sama la cam aku, cube kalau dia outstation sampai 2-3minggu, sewel dah aku agaknya. hahahaha.
** sabarla ye bang, sayang kan balik khamis malam jumaat....jangan lupe tu! kwang3

Saturday, April 24, 2010

perkara yang aku tak penah buat, tapi aku buat kat sini...

salam uols...

mood nak update sudah mari!!

ni dah 5 ari aku bertapa kat Hotel Putra ni....

dannnnnnnn dah 5 ari gak aku makan KERABU...which is antara makanan yang paling aku REJECT since I was a kid. aku geli nak makan kerabu, and my mom pun rasanya tak penah kot masak ni kat umah.

kat sini, everyday ada dalam 5 jenis kerabu disediakan oleh hotel and since presentation of these kerabu ni sangat menarik, that's y aku try. dan sekali cuba, memang sah, pasti nak lagi! huhu

ok abes cite kerabu. sok aku nak makan kerabu lagik.

pagi tadi, joe bawak chiepani jab vaksin H1N1, daddy pun kena jab ngan paed dia sekali. hehe
tak mahal sangat, dalam rm75 je per jab. lagi murah dari her monthly jab masa 2-6 months dulu. n mind you guys, harga vaksin ni sangat murah compared to her pneumococcal jab yang sampai rm100++ sekali jab tuh. so, sangat jimat kali ni.

joe cakap tangan dia dah start sengal, tapi chiepani menten cool. dia kena jab kat hip. so far dia takde ape2 negative reaction against the vaccine. alhamdulillah, lega mummy.

kucing2 aku sume sihat walafiat. menten gembira kat umah. bagus daddy, good job!

tadi aku settle public speaking. well done. aku turunkan "ilmu menilik tapak tangan" kepada audience tadi. tak prepare apepun, just baca sekali lalu kat my bestfie punya slides, terus aku cite pasal tu, n sangat hepi sebab i'm presenting it without a paper in my hand! huhu.

okay, nak tido dah. sok adalah hari Ahad, and aku ada lecture... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

**musnah plan nak tido lama on weekend. uhuks.
**tadi dah kopakkan duit kat KLCC. sangat2 kopak. wuwuwu.

Wednesday, April 21, 2010

sarah kalam, this is for you.... hehehehe

salam uols...

okay, tajuk takde kaitan ngan entry tapi entry ni dibuat dengan penuh kekobaran walaupun mata dah rabak, koyak, gelebeh dah kelopak mata. tapi gagahkan gak menaip nih. huhu

aku tengah berkursus nih. induksi umum kat Hotel Putra. takla sepack macam aku gi kursus Kenegaraaan aritu. n paling best, hotel ni adalah sangat dekat dengan KLCC, and masa aku type entry ni, baru je balik dari makan kat MFM...auwwwwwwwwwwww

dah 2 ari tinggalkan umah, ada lagi 7 days to go. aku gak tengah berpusing2 kepala otak nak pikirkan apelah aku nak merepek time public speaking nanti. tapi yang asik cross my mind buat masa ni ada satu topik nih... teng teng teng..nak tau???? tunggu sampai hari aku selesai berpublic speaking ya.

petang tadi kami dengar lecture dari seorang consultant tentang teknik2 nak public speaking. sangat best, mabeles, mantapssssssssss dia nih. mengekek2 kitorang gelak tak sedar diri tadi. nanti aku share ek ape tips tuk public speaking. paling penting, public speaking is not for you to just simply standing in front of the audience and talk on watever things u like! remember ya! must think about your audience, don't talk about your own interest saja. senang cakap, ko jangan nak syok sendiri je bila cakap kat depan tuh. boley ke aku nih? uhuksssss

pasal hal kat umah, takde ape yang aku nak worries. chiepani is doing well with her daddy. so mummy enjoy je lah kursus ni, takdak risau2. miz u both damnnnnnnn much =(
(baju joe n chiepani ada je kat sebelah aku ni... hehe)

okay la, aku nak layan assignment jap. kang takwat ni, mapos lak aku kantoi kursus. no no no... sekali peksa sudaaaa.

sarah, okay tak? hehehe

Sunday, April 18, 2010

when in rome

salam uols...


semalam aku ngan joe gi tengok cite When In Rome. sangat2 kelakar, n romantik.
ni kira movie kedua aku tengok pas aku beranak. first aku tengok final destination 4 yang hampeh.
filem ni aku kasi 4 out of 5 stars. memang best, kelakar giler babi. and seronok gile sebab dah lama tak masuk wayang and peluk2 macam dolu2. ecehhhh.. kali ni tengok wayang 'lesen' gua besar beb. takde sape nak marah kalau aku peluk2 ke hape dalam wayang. hehehe
cakap pasal lesen besar ni, tahun ni dah masuk tahun ke-3 kami kawen. and dengan selambernya aku umum kat sini, kami takde kad kawen taw! nan ado......
tah2 kad kawen tu dah kena lupus kot ngan jabatan agama selangor.
kalau kami gi mana2, memang selamber kodok je tak bawak kad kawen. tapi janganla gatal gi tido kat hotel2 mat rempit. konfem la kena serbu. so far, kalau kami tido mana2, memang tak penah la kena ketuk pintu ke hape. kot kena ketuk gak, aku tayang la anak aku ni haa..ni dah keluar seketul encik, kot nak tahan gak, tahan le. sok kita gi pejabat agama sesame ye. amik kad kawen kami.
kenapa pejabat agama tak bukak ari sabtu????? malas la nak amik...malassssssssssss.....
p/s: ni yang aku cakap masalah ngan blogspot. aku dah tekan enter seratus kali kat each paragraph pun, dia tetap gak nak bercantum. berpenyakit agaknya blog aku nih. lantak la. asal boley baca sudah.

Thursday, April 15, 2010

anak kite kecik lagi tau bang...

salam uols...

di suatu petang, di court badminton.
*********************************************

mummy: eyh, kejap nau abang abis... selalu tak keluar lagi nih...

daddy: a'ah, dalam court blackout, takde ventilation...pengsan kang dalam tuh...

mummy: ooo...abes kita nak balik ke nak tunggu ada karen (current/electricity) balik?

daddy: takyah la... sian kat chipani...panas dia kat sini..

mummy: eyh, takpe la, chiepani pun nanti dah besar nak ikut cam daddy kan... ke nak main squasy macam nicol david?

daddy: chiepani main squasy, renang, badminton..bla...bla...bla...nanti duk asrama, kan boley main macam2 game..

mummy: wat?? asrama? eh eh eh...no no no... chiepani takyah duk asrama ye. abang jangan ngade2 nak anta dia duk boarding school.

daddy: nape lak? duk boarding school la boley belajar berdikari... boley jadi orang pandai..

mummy: ala, orang dulu takyah duk boarding school pun, boley gak berdikari, and somemore, pandai gak.. ( PANGGGGGGGGGGG kat diri sendiri. perasan pandai ye? )

daddy: sayang lain, anak kita lain.. biarlah dia masuk boarding school..

mummy: takde takde, budak2 zaman sekarang yang masuk asrama ramai yang terjal2.. tak semestinya duk boarding school tu jadi pandai, yang duk sekolah biasa tu tak bijak...

daddy: ala, kita pantau la nanti dia. kita kan boley datang lawat tiap2 minggu...

mummy: yelah tu... abang, dahla, takyah pikir2 lagi. anak kita haluih lagi la..baru semilan bulan, tak sampai setahun pun lagik...

daddy: ala, dah kalah la tu.

mummy: (okay diam. tak baik menjawab lebih2, derhaka pulak kang. wakakaka)

apa korang rasa macam aku rasa tak?

salam uols..

aku nak share feeling aku sejak 2-3 hari ni. mungkin ada beberapa kaum ibu yang rasa macam yang aku rasa sekarang...

hanny bila aku suapkan makan, dia refuse. tapi bila daddy dia suap, laju dia makan! apekah??

minggu ni aku cuti, tak masuk opis. ni gara2 aku dah terambil cuti awal2 aritu, nak gi jalan konon, tapi akhirnya plan cancel. maka minggu ni aku jaga hanny sorang, joe cam biasa gi keje.

hanny bila daddy dia balik je time lunch hour, dia kejar daddy sampai ke pintu. tinggal aku terpisat2 sorang2.. aduhhaiii

everytime joe balik time lunch, hanny akan mengendeng kat daddy dia je.

bila joe bersiap2 nak gi opis balik, dia mintak joe dukung.

bila joe pass balik dia kat aku, aku dukung, dia melalak2 mintak joe amik. sob..sob..sob..

bila joe start enjin keta je, dia menangis2 lagik. takut sangat daddy dia tinggal dia. eh, mummy kan ada ni sayang...hanny tak sayang mummy ke?

ke ni akibat sebab aku selalu outstation tinggalkan hanny ngan daddy dia je?

sayu tau hati aku...tadi pun cam nak keluar airmata tengok hanny punya perangai camni..

hanny, mummy bukan sengaja nak tinggal2kan hanny sayang. mummy kena kerja. tugas mummy memang selalu macam ni. kalau mummy dah stable esok lusa, mummy takkan tinggalkan hanny tau. hanny jangan camni ye nak....

Wednesday, April 14, 2010

sedey la...

salam uols..

aku sedey betul.. plan kami nak g jalan2 minggu ni terpaksa ditunda.

actually last month joe dah ada bagi proposal, nak gi berjalan ke belah utara.

aku hepi je, sebab balik dari kursus kenegaraan tu, aku ley lepak2 release tension.

tapi kami takley nak book hotel tu awal since joe punya cuti belum approve lagi.

aku punya cuti siang2 bos dah approved... 3 hari aku apply. punya bersemangat nak berjalan ni kan...

last2, bila joe inform cuti dia dah di approved by HR dia, hotel yang kami nak gi tu fully booked. sedey!! bukan taknak gi hotel lain tapi tujuan utama kami nak gi berjalan ni adalah sebab nak tido kat hotel ni lerr..

lagi satu, keadaan kesihatan aku pulak tak mengizinkan. semalam gi klinik, suhu cecah 39degree. arini, still belum kebah lagi, kepala masih weng2 tapi degil nak ngadap gak lappie nih. hish, tak insap2 langsung time sakit nih.

tapi takpela kan, semuanya ada hikmah kan.

next week aku sambung lagi kursus, kali ni induksi umum pulak tuk pengesahan jawatan.
ramai tanya, nape aku keje dah 3 tahun but still tak sah2 jawatan lagi.

okay, camni.. jabatan aku memang dah syaratkan, kena kerja 3 tahun baru dapat status sah jawatan. kumpulan Pengurusan Profesional memang antara yang paling lambat tuk gi induksi umum ni. biasanya bahagian latihan kat HQ akan hantar kumpulan sokongan dulu.
but, ada juga sesetengah group P&P ni yang dapat gi induksi awal. either diorang gi yang under state, or diorang duk di HQ, which is sangat mudah untuk dapat peluang berkursus.

tapi kan, walaupun kumpulan P&P ni dah complete semua kursus2 ni, they all still takley disahkan jawatan lagi, selagi belum cukup berkhidmat 3 tahun. ada pehem kengkawan?

ni aku cite pasal jabatan aku la. jabatan lain aku tak tau la pulak style diorang camne kan.

dah, aku nak baring balik. nak sambung tido balik. please pray for me, semoga saya cepat sembuh ya! thanx guys..