Tuesday, September 14, 2010

menjelang hari raya 2010

salam uols...

fuhhhhhhhhhhhhh fuhh fuhhh... (gile berabuk blog ni eyh? huhuhu)

meh mulakan satu2 cite pasal syawal 2010.

kitorang sampai Johor ari rabu, kul 7 lebih camtu. buka pose kat ayer itam, makan ala kadar je. sebab dah tau, kat umah maktok kompom lauk pauk nye lagi hebat2. ^__* . boley "mentong" kata orang jawa. **wah wah hebat tak vocab jowo aku? hua hua hua

malam rabu tu tak banyak sangat aktiviti, borak2, makan2 je. yang dah sampai family aku ngan family pak andak je.

khamis pepagi lagi dalam kul 6 lebih camtu, kitorang sume dah prepare barang2 nak masak tuk raya esoknya.

masing2 dah ada tugas okay. pembahagian tugas diberi oleh MakDe la kan... sape laie.. thee thee thee... kami folo sajer arahan makde. tapi pastu masing2 bertabur sebab tugas dah bertukar2.

contohnye cam aku. kejap tolong mak andak isi ketupat, jap kang aku lari masuk dalam tolong potong sayur, jap2 lagi aku ada kat depan layan chiepani. pastu kang carik2 upenya aku ada dalam bilik dodoi chiepani tido, pastu aku pun join the club membuta. ha, gitula ye. wat keje tak sempurna..haha. sangat kelakar. tapi takpe, janji keje jalan, siap sumenya, makde kitorang okayyyyy je kan...


ni salah seorang "penunggu lemang" pada petang raya. the best part is, lemang2 itu sebahagiannye rentung sobab bebudak yang jaga lemang bantai tido berjemaah. wakakakaka. tapi kitorang belasah gak la lomang rentung tu, sodap gak!


sesi isi ketupat dan membuat jelly kelapa pandan oleh makde n mai. sedap gilak jeli kelapa ni owh. nanti nak mintak resipi, belajar wat sendiri.


kepala lembu yang dah selamat disiang oleh pak andak. gigi sume kitorang berus dah, siap flos lagik. dun wori, dijamin tiada plak mahupun kaviti. thee thee thee.


teka ni sape? inilah tukang rebus ketupat yang gigih bekerja sampai kul 12 tengah malam. ada 400 biji ketupat die kena setel. huhu. lantak ekau la yoooo...

pak teh berhajat nak wat majlis khatam quran sempena akhir ramadhan ni. so, petang tu, dalam kul 5 kitorang mula acara khatam quran. sume cucu adalah terlibat takle mengelat. baca surah pendek2 sajer... masa ni sume makcik2 dan pakcik2 joe dah sampai. sangatttttla penuh rumah maktok and of kos, meriah giler. besttt!!!


penterjemah pada petang itu, anak pak teh.. maisarah. hajah dah tau dia ni... kagum2... umur baru 19 tahun.. now stadi kat UTP.

ekau pun takle ngelat tau joe. ni main belasah je tak sempat tukar baju, sebab before majlis mula, aku teman joe pegi "mengunjung"... dalam kul 3 lebih kitorang gi.. ada lebih kurang 20 umah kena hantar lauk. so balik2 je, majlis dah stat. terus je la bersila mamat ni. hehe


Tok Cik chiepani. hasben Acik.


ni Acik. adik pada Mak De. dua2 makcik ni lah "mak" kepada abe joe kite....

orang lain sibuk mengaji, chiepani sibuk kerjakan biskut cornflakes Tok De dia.. abis sebalang disepahkannye.. haihhhhh


dalm kul 6.30, majlis khatam quran dan tahlil pun selesai. seterusnya, sesi mengangkut lauk pauk yang dah siap di masak pegi depan.

kan aku cite aritu, makde kata tahun ni takle dah nak berbuka dalam umah, tak muat dapur. ahli keluarga dah semakin bertambah. so kitorang wat style buffet je.

antara lauk pauk yang ada. yang bentuk patsegi leper tu, namanya burasak. yang tiga segi tu, namanye lepat lueh. dua2 ni masakan orang bugis. family joe ni campur2.. jawa ada, bugis ada, cinos pun ada. so memang meriah la lauk pauknye.

then ada nasi dagang, nasi tomato, lemang, ketupat, nasi impit dan macam2 lagi la. tak larat okay nak sumbat sume. senak dah perut aku masa berbuka. huhu.


acar nenas, ayam masak merah, sambal goreng wajib ada. master chef pada hari itu adalah Acik dan Mak Andak. diorang memang hebat kebaboom kalau masak2 ni.

malam raya tu pulak, kitorang ramai2 pegi bazaar kat Rengit. best gile, malam raya la katakan..

sempatla aku merembat lagi 2 pasang baju raye. menjadikan total baju raye aku adalah 8 pasang tahun ini. jangan maraaaaa naaa....

okay, tu aje cite petang raye. nanti sok luse kite sambung cite pagi raya pulak ye!



tata.










Wednesday, September 8, 2010

Selamat Ari Raye...

salam uols...

di kesempatan ini, aku nak amik kesempatan, nak wish ......


sila klik kat gambau kalau nak kasi clear ye! **teka mana bag baju chiepani? hihi


kepada semua kengkawan yang baca blog ni, mohon maaf atas segala kesilapan sepanjang aku menulis di sini. 0-0 okay!

jap gi nak bertolak balik Johor dah. doakan kami selamat sampai ye. thanx.


babai. tata. titu. titi.

Monday, September 6, 2010

dapat dah! syuuukkkeeee....

salam uols...

akhirnya, sempurna jugak misi pencarian kasut raya aku. mak syukkeee!!

semalam before balik melaka, singgah alamanda. hajat nak cari kaler fuschia pink punya sandal, tapi takde satuuuu pun berkenan di hati.

dedi je sempat rembat tshirt kat timberland. cantik sangat, sebab tshirt die mecing ngan baju raya kedua aku. hu hu hu..

memang keciwa dah semalam. nak merajuk pun ada. haha, kesian dedi. walaupun bukan dia salah, bini dia tatap ngada2 nak merajuk. last2 dedi offer bawak pegi JJ Bandaraya Melaka petang tadi. momi kena beli gak kasut raya dia. mesti!

dan hasilnya........

jeng jeng jeng... santek tak kasut ite?hihi. kaler fuchsia pink tader, so dedi cakap kasut ni cun. boley match ngan banyak warna. mccall flower wheels from crocs. momi terus je beli, takde tunggu2 dah. kalau belek2 lain, kang ada yang langsung takde kasut raya terus. ^____*.
so here goes, another pair of crocs shoes for momi... (sekarang sangat kemaruk dengan brand ni. dulu benci gilerrr kat design2 dia. sekali dah try satu.. haaa takde paling2 dah. haha)

jom layan cuci mata tengok design2 baru from crocs kejap..


kiut kan ni? kaler pink. sangat comey...

yang ni aku sangat2 berkenan. takpe, kite tunggu gaji bulan ni. huhu. nak beli kaler gold/espresso.

yang ni lagiiiiiiiii sweet. sangat funky. kan jenet kan? kan? kan?

okay, yang ni adalah ape yang aku war2kan tu ari. blusher dah pecah, kena ganti baru. then, aku nak try pakai concealer (tapi camne nak pakai ek? hahahaha)... kite beli yang murah2 dulu, later dah pandai pakai, aku up beli brand bagus siket. boley kan.....? pastu beli lipstik gak. saje gatal buang duit.

then before ca alip boot from JJ, kitorang sempat check point. banyak gilerrrr ko point tak redeem upenye tahun ni. terus pegi kaunter servis, redeem voucher. wuuuhuuuuu best giler! sok ley kite jalan2 lagi tak bang? (ni la bangsa tak reti nak berjimat, aku la tu...)

last sekali, kat opis tadi gue tukar duit. aku tolong tukar je ye. bukan duit aku. haha. gue mana ada pitih... mesikin dah ni... ni sumbangan tulus ikhlas dari bapak joe. tapi khas tuk kanak2 jelah.

bapak budak, mak budak kalau nak gak, boley sajerrrr. tapi sila sertakan seploh sebab kenapa kami kena bagi korang duit raya. boley gitew? ngahahahahahahaha.


pic penutup entry malam ni, khas tuk eita. chiepani "drive" kitorang tadi... okay tak zue amik gambar camni? ^__*







dah ready nak balik kampung?

salam uols..

tahun ni korang balik mana? umah famili sendiri ke umah mentua?

kalau aku, takyah tanye. memang takde istilah "gilir2 beraya" ni. hihi.

every year raya memang raya pertama adalah wajib di rumah maktuk joe, kat Johor. awal2 before kawen dulu, memang aku dah dimaklumkan tentang ni. maktuk nak tiap2 kali raya, semua anak menantu, cucu and cicit dia berkumpul sama2.

after salam pagi raya, nak cabut pegi umah famili sendiri pun, pegi lah. janji pagi raya pertama semua mesti ada depan mata dia. agaknya kalau aku dah tua nanti, aku pun jadi camni gak kan..

seb baik mak ayah aku sporting morting. diorang pun paham dah. so tak kesah la kalau every year raya pertama aku takde. janji raya ke-2 onwards, aku kat Klang. tu lagi menarik tau. ley melepek bawah ketiak mak sampai cuti abes.. huhu

begitulah kisah aku every year raya pertama. kalau orang lain, sure tengah berbahagi2 nak balik mana dulu time raya kan? hihi. aku takde merasa pun camtu. tiap2 tahun pun sama je... **wah, tetibe termengadu. kih kih kih

apepun, yang penting tiap2 kali raya aku eksaited. sebab time raya kat Johor ni la nanti dapat makan burasak mak ngah (ada sape2 tak tau burasak ni ape?) , sate daging mak ndak, kuah kacang and rendang acik, lemang pak ndak, and macam2 lagi. malam raya lagi la kompom meriah, penuh 1 rumah mak tok. sampai ke pagi tak tido diorang ni tau.

tahun ni, malam raya tu nanti makde cakap nak buat buffet je masa berbuka. tak dan dah nak bentang tikar makan ramai2. tak muat dah dapur tu. hahaha. sure meriah. tak sabar betul nak tunggu time tu. nanti aku upload pic banyak2 time berbuka malam raya kat Johor nanti. ^___*

and paling penting, kitorang dah "chop" nak landing kat mana tahun ni. kitorang decide nak bentang tilam tido anak beranak depan katil mak tok je.

adegan "chop mengechop" tempat tido ni amat penting ye uols. sangat penuh sesak umah maktok time raya. sana sini ada orang terbongkang nanti ko tengok. sepupu sepapat beratur tido reramai. kiut giler. siap ada yang bentang tilam depan hall je. memang padat masa ni. tapi syiokkk!

tahun ni kami terpaksa beralah ngan sepupu joe yang baru dapat baby. so kami bagi bilik kitorang kat kampung tuk dia guna anak beranak. selesa sikit kan.. orang ada baby kecik ni layanan harus la spesel. aku pun merasa dah dulu..

ekceli ada 4 bilik lagi kat tingkat atas, tapi aku malas nak panjat tangga tinggi2 tu.. rumah kampung kan.. seriau sikit nak naik tangga ni. kang tergolek akakkkk jugak yang malu. abes ilang vogue mak nanti taw...tak kelaasss dah. hihihi

okay, rasa nya cukup dulu cite pasal beraya kat kampung ni. aku dah teruja ni, padahal baru menaip je. bahaya bahaya. kang tak pasal2 sok aku amik cuti terus... kes tak sabar nak balik kampung punye pasal.. ^__^

mood sedey :: apepun, aku tetap rindu nak salam cium tangan mak ayah aku di pagi raya. makan ketupat rendang, kuah kacang mak. uhuks. tapi aku selalu ingat, bila dah kawen, suami kite no.1... kena utamakan permintaan dia dulu. tu la pengorbanan seorang isteri kan.

tapi takpe. henpon kan ade. kite calling2 je mak ayah nanti pagi raye.. TM kan ada... hahahaha. iklan tetibe.





Sunday, September 5, 2010

buka puasa umah mak..

salam uols..

weekend lepas kami semua balik klang. huyeah! eksaited bangat2.

and alhamdulillah, doc dah sahkan yang blood parameter aku sume dah kembali kepada normal petang jumaat lepas. syukur sangat2.

member opis aku pesan, aku kena makan sup ketam, tuk naikkan semula platelet aku. so aku dah "selamat" mengorder sup ketam kat mak before kitorang balik klang. ngeh ngeh ngeh

macam biasa, mak takkan hampakan permintaan anak kesayangan dia ni kan... hua hua hua. gile perasan zuraidah oiiiii. eyh, tapi betul ape.. mak kan paling risau masa aku sakit. so bile aku sebut je kena makan sup ketam, laju2 mak suh ayah gi pasar beli ketam.

terbaek ahh mak ngan ayah. lap u guys!!

and pecaye or not, after makan masakan mak, selera makan aku pulih kembali. before ni, aku nak makan nasi sebutir pun punye la liat... alih2 balik umah mak, laju je aku suap nasi masuk mulut.. dasat kan air tangan mak?

ni adalah antara juadah berbuka pose kat umah mak ari sabtu tu..


tomyam campur - aku masak ye. sebab abe joe jambul kepingin nak sangat tom yam. mentang2 bini dia dah sembuh... ^__*

ni la sup ketam mak masak. terbaekkk! tersedap. terhebat. aku siap kedekut2 ngan adik aku, siti. tak kasi dia amik ketam ni. hahahaha. keji ok perangai kakak dia.



mak masakkan kuah lemak nenas gak. yummeh! menjilat lutut beb!


ni bubur lambuk, spesel atuk chiepani amik kat masjid.


and... last but not least... tadaaaaaa.... aku tak sabar2 nak balik umah klang adalah sebab si kecit ni...



ni anak kedua akak aku, Nur Ramadhani. baru 3 minggu umur dia. tembam! geram mak lang tengok iyeee....

tunggu mak lang balik ahad depan, mak lang kerjakan pipi dia lagik tau! siapppppp!

sebelum balik, aku dapat pesanan penaja paling banyak kali ni. macam2 mak pesan. paling banyak dia repeat... " ko jangan lupa makan ubat. air 100 plus tu minum. kang mak tau ko tak minum, siap. mak suh joe anta report.."

haa.. hamik... siap mintak laki aku hanta report kat dia. mak mak.. huhu.. orang dah besar la... dah jadi mak pun ni... hahahahaha.



Thursday, September 2, 2010

updet sekejap

salam uols..

aku ada short kursus arini. kejap je.

petang kang abis.

tadi mak call, tanya keadaan semasa aku.

dan dengan penuh kemanjaan, aku rekues nak makan sup ketam masa berbuka sabtu nanti. and mak setuju!

huyeah2!!

lap u mak! lap u!

btw, ko pose ke zue? nyeh nyeh nyeh. ('o")

Wednesday, September 1, 2010

dugaan Ramadhan 2010

salam uols...

alhamdulillah, arini aku berasa lebih segar dari hari - hari sebelumnya. and hari ni jugak, aku first time drive auto pegi keje. okay gak ek auto ni.. haha.

okaylah, balik kepada tajuk. macam yang sesetengah dari kawan2 tau, aku jatuh sakit last week. 5 hari aku terbaring lemah kat umah. lesu. lembik.

lagi senang kalau aku flash back 'kenangan' sakit aku ikut tarikh kan? here goes..

25/08/2010 - Rabu

aku pegi keje cam biasa. petang dalam kul 3, aku join operasi team Penguatkuasa. masa operasi ni, aku terasa haus lain macam. nak kata cuaca terik sangat, tak jugak. aku text bagitau joe aku haus sangat2. tapi joe suh aku bertahan, lagi 3 jam je katanya.

abis operasi, aku balik umah terus. sampai umah, kepala stat pening, badan terasa seram sejuk. aku text joe lagi, aku bagitau dia aku dah rasa cam nak demam pulak. joe suh aku buka puasa je, makan ubat, but this time aku pulak refuse sebab dah kul 6 masa ni. rugi pulak.

malam masa berbuka, aku jamah sikit je walaupun ikan pari bakar feveret ada depan mata. tekak aku jammed. subhanAllah. ujian Allah bila datang, semua yang indah2 sebelum ini, jadi tak bermakna dah pada kita kan.. lepas makan ubat, aku baring berselubung. sejuk menggigil2. sampai 2 lapis selimut joe pakaikan, but aku still rasa sejuk.

26/08/2010 - Khamis

aku makin kuat demam. nak bangun pun tak boleh.. badan ni bisa sangat, especially dari bahagian bawah pinggang ke tapak kaki. masa ni memang aku merengek je cam budak kecik. sambil2 tu, joe tuamkan badan aku ngan air sejuk, sebab dia kata badan aku panas gile. padahal aku pulak rasa menggigil sejuk.

pagi tu pegi klinik, dapat mc 2 hari. doc pesan kalau demam tak okay lagi, aku kena wat blood test. aku bagitau mak, as expected, mak aku risau gile gile. every hour dia call tanya aku camne. time sakit camni, kalau mak ada sebelah sama2, memang best kan..

selera makan masa ni memang dah putus abis. nak minum air pun aku tak lalu. dah rasa macam kena morning sickness masa preggy dulu. macam2 joe cube buatkan nak suh aku makan. dia masakkan megi, belikan roti la, buatkan sup la.. tapi sume tu kena reject ngan tekak aku.

malam pulak, ekon semua aku tak kasi on. kalau tak, jadi udang la aku bergulung2. kesian chiepani ngan dedi, tido suam2 kuku je mengharapkan kipas siling. hihi. sori dear!

27/08/2010 - Jumaat

ada rasa perubahan sikit. badan terasa ok. lagipun harini adik kesayangan aku sampai. joe siap motivate lagi, "sayang kena sihat cepat, fiqah nak datang ni.. kan kita nak bawak dia jalan.."
maybe disebabkan ni, aku bersemangat. walaupun badan masih longlai, tapi malam tu aku gagahkan jugak pegi keluar bawak adik aku jalan cari baju raya dia.

malam tu kitorang buka puasa di Lerk Thai. semua orang aku tengok berselera makan, tinggal aku je terkulat2 memandang. selera masih belum ada. aku hirup mango juice 2-3 kali je. tu je yang mampu.

balik umah, aku melepek semula. flat betul rasanya. sekejap je aku okay rupanya.

28/08/2010 - Sabtu

perut aku memulas2. aku kena diarrhoea. aduh, dah la perut kosong, diarrhoea pulak tu. last2, dalam pukul 12 camtu, aku muntah. yang mengerikan aku, muntah aku ada campur darah. huh. kelam kabut joe suh aku bersiap nak angkut pegi spital. tapi aku nak gi klinik je. kalau gi spital, aku kompom kena admit. taknakkkkkkk..

mak aku, bile bagitau dia aku vomit ada mixture of blood, lagilaaaa dia panik. jam2 tu gak dia cakap nak datang melaka. tapi aku cakap takyah, joe ada boley handle. seb baek adik aku ada umah, so chiepani kitorang tinggalkan je kat umah. sampai klinik, doc amik darah, penuh 1 tube. huhu. fengsan!

masa kat klinik, abang aku lak call. peh, cepat tul mak sebar berita. hihi. abang aku siap ingat aku kena santau. haishhh...

balik umah, aku sambung melepek lagi. abis semua tenaga. even masa pegi klinik pun, kena papah. aku jalan seret kaki je..

29/08/2010 - Ahad

takde ape2 positif. cume aku dah boley telan air sikit2, especially air kelapa. selebihnya aku baring je.

sian adik aku, pagi ni dia naik bas balik ke kolej semula. tak dapat nak hantar. joe je pegi hanta dia. tak dapat nak bawak dia shopping kasut sume. takpela iqa, nanti ko balik umah klang, ko pegila shopping sendiri ngan mak ye.

30/08/2010 - Isnin

aku dapat call dari klinik. doc suh datang. panik gak nak tau ape keputusannya.

doc cakap, platelet count aku rendah. dia suspect Dengue atau Measles. dia check aku, demam dah takde. so dia amik lagi sekali darah aku, dia cakap if 2nd punya result platelet count tak naik, or lagi decrease, no choice... I HAVE TO BE ADMITTED. uwaaaaaaaaaaaa

31/08/2010 - Selasa

arini cuti merdeka kan. so memang sah2 lab tutup. takde la result aku arini. aku cume berbekalkan ubat anti-viral yang dia bagi je. and kena banyak minum air masak. aku kena push myself untuk minum banyak air, sebab aku taknak kena admit. tak syukkkeeeee.

menjelang tengahari, badan aku rasa sedap sikit. dah boley wat keje sikit2. dah ley main ngan chiepani. kalau tak, chiepani tu kemain sombong lagi, datang 'singgah' sebelah momi pun dia taknak tau.

joe pulak every hour paksa aku minum paling kurang 1 gelas air masak. payau tul tekak aku nak telan. makkkkkk nak makkkkkk.... time2 ni rasa nak manja2 ngan mak pulak.

and finally, alhamdulillah.. malam tadi aku dah ley jalan2 keluar rumah. siap temankan chiepani main bunga api, walaupun pada hakikatnya yang main tu adalah dedi. hihi. malam sebelum tido, joe tanya,

"sayang dah ley gi keje ke esok? "

"boley kot... orang cuba.. "

" k, kalau tak larat, balik la ye.. "


01/09/2010 - Rabu

aku datang opis setelah 4 ari mc. muka still pucat and tak bermaya. harap2 aku boley bertahan sampai petang ni. and paling terharu, joe buatkan beg bekal tuk aku. dia masukkan air thermos, roti ngan nestum. dia suh makan, jangan biar perut kosong.

begitulah kisahnya.. sakit ni datang bila2 je kan.. tak kirala kita bersedia atau tidak. aku redha dengan dugaan sakit di bulan Ramadhan dan bersyukur sangat sebab masih dikelilingi orang-orang tersayang yang mengambil berat tentang kita bila kita ditimpa sakit. alangkah beruntungnya aku jika dibandingkan dengan orang yang terlantar sakit dan diabaikan kebajikannya.. wallahualam.




p/s: abang, thanx sangat2.. taktau nak balas camne.. ILUSM.