Saturday, September 18, 2010

once in a blue moon

salam uols...

skip cite pasal raye jap.

last tuesday, mak ngan ayah cakap diorang takde program nak gi beraya mana2. sebab ada family from Perak nak datang.

kuang ajar kan, sedara mara nak datang, aku ley blah gi shopping? hahahaha

so ting ting ting (sila ikut gaya cikgu Abas dalam cite Qalesya ok! hihi) idea nak perabih duit pun mari...

kami decide nak pegi MidValley.

sampai2, terus terjah booth lancome. ingat nak beli compact powder je.. sekali kena "sekolah" terus ngan promoter tu.

macam2 skin test dia buat kat aku. best gak la diorang punye test ni. ley tau macam2 pasal muka kita.

result skin test, total hydration kat face area aku adalah: 3% only! ngehehehe

dan end up session tu, dia promote suh beli ni....

iyo, eden boli jang! bile tengok je menda ni, sure akan terpikir.. "harga menda ni ley wat bayar duit nursery chiepani for 2 months..." huuuuuuhuuuuu.... T_T **harusla aku bawak biskut raye je gi opis sebulan ni.

tapi beli tu berbaloi gak, sebab dapat 9 items ni for free. terbaekkk wok!

ekceli aku dapat wat make-over plus photoshoot free after beli Genifique ni, tapi memandangkan anak dah macam mamee monster ke cookie monster, terusssss hakak kensel sajer. mak keciwaaaaaaaaaa!!

yang ni je aku beli tak nyesal. sebab aku beli jeans setahun SEKALI sahaja. sile pecaye. hehe.


dulu sebelum beranak, size jeans levi's aku 27@28 je... sekarang ianya adalah 29!!! NEHIIIIIII!!!!

Thursday, September 16, 2010

hari raya per1

salam uols...

jom sambung cerita pada hari raye pertama pulak ek.

pagi raya tu, kitorang sume bangun awal...dalam kul 6 pagi sume dah celik bijik mata. of kos la kan, ada sape2 berani nak bangun kul 7 pagi? kalau nak merasa kena ceramah, silaaaakannnn... hehehehe

pagi tu, kitorang sume brekfes juadah raye. makan ketupat rendang sume. siap makan sume orang beratur depan pintu bilik air nak mandi. keutamaaan diberi kepada kaum laki2 ye, sebab diorang nak kena pegi semayang sunat aidilfitri. seb baekla umah maktok ada 3 bilik air, cepat gak la sume orang bersiap.

kaum pompuan yang dah tinggal kat umah, tolong berkemas mana yang patut. yang ada anak kecik, ley ngelat sikit2, termasukla aku... hua hua hua. menantu hantu namanye ni! aku kalau bab bersiap, memang tersangat paling last padahal aku mandi paling awal. camner tuh?

dalam kul 9 pagi camtu, bile kaum laki2 sume dah balik... maka bermulalah acara yang dinanti2 setiap kali raya. ektibiti bermaaf maafan, bersalam salaman, berendam rendaman airmata gitewwww.

mula2, makngah akan salam maktok. kalau arwah mama joe ada, dia la yang first.

then followed by makde, pak andak, pakteh, acik dan paksu.

pastu turn cucu2 pulak. cucu first yang kena salam maktok...tak lain tak bukan....



kitorang la.. joe ni sepupu2 sume panggil dia "abang" sebab dia dikira cucu sulung walaupun kitorang ni mude remaja lagi. ahaks. panggggggg!!

sesi salam2 ni ambik masa dalam 1 jam lebih kot. yelah, gerabak keretapinye panjang deh!



abes salam, sesi bergambar arr cam biasa. ni gambar raya 201o family Mr. Joe & Mrs.Zue

berat nampaknye poket abe joe tu ye.. sampai melendut2. meh orang tolong pegangkan, nak bang?

**sori, gambar ni terkebawah pulak.

part paling syahdu bile bersalam2 adalah bila mana pakcik2 and makcik2 sume akan beri nasihat kat setiap anak menantu diorang. memang meleley la time ni...

masa nak amik pic ni pun syahdu gak tau.. bile makde cakap; "makde join bergambar ngan joe ngan zue la ye.. " ko tengok, sikit punye baik aku landing sebelah makde... hehe. i lap makde!

makde ni merangkap mak kepada joe. eyh, dah bape kali agaknya aku sebut pasal ni ek? hahahaha.

tahun ni, kami tak dapat nak amik family picture sebab ujan turun renyai2 pagi tu. so kitorang snap gambar family by family saje. nak tengok pic2 tu, sume ada dalam fb aku.

siap sume, kitorang bergerak ke umah sebelah pulak. umah arwah madu maktok. anak2 dia sume kumpul kat sini, termasuk adik beradik maktok. panjang gakla beratur nak tunggu turn bersalam ngan depa2 ni sume.

masa ni memang best, sebab abe joe asik kena perli ngan atok2 sedara dia pasal tak reti2 nak datang umah diorang. majority diorang sume duk kl. toksu cakap, " gi alamanda selalu, tapi tak penah nak singgah umah toksu ye! " nguahahahaha. fadan mukeeeeee. kena sedas!

terussss abe joe insap. dia cakap " nanti next week joe balik klang, joe datang sana..." hahahaha. very the pandai berbahasa laki den ni kan...

dah siap kat umah sebelah, aku ngan joe gerak gi umah Tok Ru, umah family ayah joe. sampai2 je kena paksa makan seround lagi. kebetulan diorang wat tahlil pagi tu. semakin sendat mendat la perutku pada pagi itu. terus ketat baju aku.. coiiiiiiii betul...

belah sini pun ramai gak. adik beradik ayah joe ada 8 kalau tak silap. besar kan family mamat ni?

paling best masa tu, ayah joe bagi aku duit raya tau! huhu... best betul. eksaited gile dapat duit from ayah. 'lebat' gak la nilainye. ley shopping... tengkiuk ayah, lap u!

tapi paling paling paliiiiingggg untung time raya ni, of kos la chiepani tu. suke dia collect duit raya... siap pinjam sling bag cik biha lagi pagi tu nak simpan duit raye dia. hehe.


ni anak abang joe, Mia Aleesya Sofea. gedebab budak ni, baru 4 bulan. sume cakap muka dia cam joe.. ni mesti sebab kening dia tebal, mata sepet cam cina kan kan kan. bile senyum langsung tertutup mata iyeeee... gewaaammmm!!


okay, tamat cite pagi raya pertama.

nanti sambung cite raya kedua, ketiga, keempat sampai la kesudah.

muntahla korang ni kang baca entry raya aku yang tak abes2. layan jelah ye!

Tuesday, September 14, 2010

menjelang hari raya 2010

salam uols...

fuhhhhhhhhhhhhh fuhh fuhhh... (gile berabuk blog ni eyh? huhuhu)

meh mulakan satu2 cite pasal syawal 2010.

kitorang sampai Johor ari rabu, kul 7 lebih camtu. buka pose kat ayer itam, makan ala kadar je. sebab dah tau, kat umah maktok kompom lauk pauk nye lagi hebat2. ^__* . boley "mentong" kata orang jawa. **wah wah hebat tak vocab jowo aku? hua hua hua

malam rabu tu tak banyak sangat aktiviti, borak2, makan2 je. yang dah sampai family aku ngan family pak andak je.

khamis pepagi lagi dalam kul 6 lebih camtu, kitorang sume dah prepare barang2 nak masak tuk raya esoknya.

masing2 dah ada tugas okay. pembahagian tugas diberi oleh MakDe la kan... sape laie.. thee thee thee... kami folo sajer arahan makde. tapi pastu masing2 bertabur sebab tugas dah bertukar2.

contohnye cam aku. kejap tolong mak andak isi ketupat, jap kang aku lari masuk dalam tolong potong sayur, jap2 lagi aku ada kat depan layan chiepani. pastu kang carik2 upenya aku ada dalam bilik dodoi chiepani tido, pastu aku pun join the club membuta. ha, gitula ye. wat keje tak sempurna..haha. sangat kelakar. tapi takpe, janji keje jalan, siap sumenya, makde kitorang okayyyyy je kan...


ni salah seorang "penunggu lemang" pada petang raya. the best part is, lemang2 itu sebahagiannye rentung sobab bebudak yang jaga lemang bantai tido berjemaah. wakakakaka. tapi kitorang belasah gak la lomang rentung tu, sodap gak!


sesi isi ketupat dan membuat jelly kelapa pandan oleh makde n mai. sedap gilak jeli kelapa ni owh. nanti nak mintak resipi, belajar wat sendiri.


kepala lembu yang dah selamat disiang oleh pak andak. gigi sume kitorang berus dah, siap flos lagik. dun wori, dijamin tiada plak mahupun kaviti. thee thee thee.


teka ni sape? inilah tukang rebus ketupat yang gigih bekerja sampai kul 12 tengah malam. ada 400 biji ketupat die kena setel. huhu. lantak ekau la yoooo...

pak teh berhajat nak wat majlis khatam quran sempena akhir ramadhan ni. so, petang tu, dalam kul 5 kitorang mula acara khatam quran. sume cucu adalah terlibat takle mengelat. baca surah pendek2 sajer... masa ni sume makcik2 dan pakcik2 joe dah sampai. sangatttttla penuh rumah maktok and of kos, meriah giler. besttt!!!


penterjemah pada petang itu, anak pak teh.. maisarah. hajah dah tau dia ni... kagum2... umur baru 19 tahun.. now stadi kat UTP.

ekau pun takle ngelat tau joe. ni main belasah je tak sempat tukar baju, sebab before majlis mula, aku teman joe pegi "mengunjung"... dalam kul 3 lebih kitorang gi.. ada lebih kurang 20 umah kena hantar lauk. so balik2 je, majlis dah stat. terus je la bersila mamat ni. hehe


Tok Cik chiepani. hasben Acik.


ni Acik. adik pada Mak De. dua2 makcik ni lah "mak" kepada abe joe kite....

orang lain sibuk mengaji, chiepani sibuk kerjakan biskut cornflakes Tok De dia.. abis sebalang disepahkannye.. haihhhhh


dalm kul 6.30, majlis khatam quran dan tahlil pun selesai. seterusnya, sesi mengangkut lauk pauk yang dah siap di masak pegi depan.

kan aku cite aritu, makde kata tahun ni takle dah nak berbuka dalam umah, tak muat dapur. ahli keluarga dah semakin bertambah. so kitorang wat style buffet je.

antara lauk pauk yang ada. yang bentuk patsegi leper tu, namanya burasak. yang tiga segi tu, namanye lepat lueh. dua2 ni masakan orang bugis. family joe ni campur2.. jawa ada, bugis ada, cinos pun ada. so memang meriah la lauk pauknye.

then ada nasi dagang, nasi tomato, lemang, ketupat, nasi impit dan macam2 lagi la. tak larat okay nak sumbat sume. senak dah perut aku masa berbuka. huhu.


acar nenas, ayam masak merah, sambal goreng wajib ada. master chef pada hari itu adalah Acik dan Mak Andak. diorang memang hebat kebaboom kalau masak2 ni.

malam raya tu pulak, kitorang ramai2 pegi bazaar kat Rengit. best gile, malam raya la katakan..

sempatla aku merembat lagi 2 pasang baju raye. menjadikan total baju raye aku adalah 8 pasang tahun ini. jangan maraaaaa naaa....

okay, tu aje cite petang raye. nanti sok luse kite sambung cite pagi raya pulak ye!



tata.










Wednesday, September 8, 2010

Selamat Ari Raye...

salam uols...

di kesempatan ini, aku nak amik kesempatan, nak wish ......


sila klik kat gambau kalau nak kasi clear ye! **teka mana bag baju chiepani? hihi


kepada semua kengkawan yang baca blog ni, mohon maaf atas segala kesilapan sepanjang aku menulis di sini. 0-0 okay!

jap gi nak bertolak balik Johor dah. doakan kami selamat sampai ye. thanx.


babai. tata. titu. titi.

Monday, September 6, 2010

dapat dah! syuuukkkeeee....

salam uols...

akhirnya, sempurna jugak misi pencarian kasut raya aku. mak syukkeee!!

semalam before balik melaka, singgah alamanda. hajat nak cari kaler fuschia pink punya sandal, tapi takde satuuuu pun berkenan di hati.

dedi je sempat rembat tshirt kat timberland. cantik sangat, sebab tshirt die mecing ngan baju raya kedua aku. hu hu hu..

memang keciwa dah semalam. nak merajuk pun ada. haha, kesian dedi. walaupun bukan dia salah, bini dia tatap ngada2 nak merajuk. last2 dedi offer bawak pegi JJ Bandaraya Melaka petang tadi. momi kena beli gak kasut raya dia. mesti!

dan hasilnya........

jeng jeng jeng... santek tak kasut ite?hihi. kaler fuchsia pink tader, so dedi cakap kasut ni cun. boley match ngan banyak warna. mccall flower wheels from crocs. momi terus je beli, takde tunggu2 dah. kalau belek2 lain, kang ada yang langsung takde kasut raya terus. ^____*.
so here goes, another pair of crocs shoes for momi... (sekarang sangat kemaruk dengan brand ni. dulu benci gilerrr kat design2 dia. sekali dah try satu.. haaa takde paling2 dah. haha)

jom layan cuci mata tengok design2 baru from crocs kejap..


kiut kan ni? kaler pink. sangat comey...

yang ni aku sangat2 berkenan. takpe, kite tunggu gaji bulan ni. huhu. nak beli kaler gold/espresso.

yang ni lagiiiiiiiii sweet. sangat funky. kan jenet kan? kan? kan?

okay, yang ni adalah ape yang aku war2kan tu ari. blusher dah pecah, kena ganti baru. then, aku nak try pakai concealer (tapi camne nak pakai ek? hahahaha)... kite beli yang murah2 dulu, later dah pandai pakai, aku up beli brand bagus siket. boley kan.....? pastu beli lipstik gak. saje gatal buang duit.

then before ca alip boot from JJ, kitorang sempat check point. banyak gilerrrr ko point tak redeem upenye tahun ni. terus pegi kaunter servis, redeem voucher. wuuuhuuuuu best giler! sok ley kite jalan2 lagi tak bang? (ni la bangsa tak reti nak berjimat, aku la tu...)

last sekali, kat opis tadi gue tukar duit. aku tolong tukar je ye. bukan duit aku. haha. gue mana ada pitih... mesikin dah ni... ni sumbangan tulus ikhlas dari bapak joe. tapi khas tuk kanak2 jelah.

bapak budak, mak budak kalau nak gak, boley sajerrrr. tapi sila sertakan seploh sebab kenapa kami kena bagi korang duit raya. boley gitew? ngahahahahahahaha.


pic penutup entry malam ni, khas tuk eita. chiepani "drive" kitorang tadi... okay tak zue amik gambar camni? ^__*







dah ready nak balik kampung?

salam uols..

tahun ni korang balik mana? umah famili sendiri ke umah mentua?

kalau aku, takyah tanye. memang takde istilah "gilir2 beraya" ni. hihi.

every year raya memang raya pertama adalah wajib di rumah maktuk joe, kat Johor. awal2 before kawen dulu, memang aku dah dimaklumkan tentang ni. maktuk nak tiap2 kali raya, semua anak menantu, cucu and cicit dia berkumpul sama2.

after salam pagi raya, nak cabut pegi umah famili sendiri pun, pegi lah. janji pagi raya pertama semua mesti ada depan mata dia. agaknya kalau aku dah tua nanti, aku pun jadi camni gak kan..

seb baik mak ayah aku sporting morting. diorang pun paham dah. so tak kesah la kalau every year raya pertama aku takde. janji raya ke-2 onwards, aku kat Klang. tu lagi menarik tau. ley melepek bawah ketiak mak sampai cuti abes.. huhu

begitulah kisah aku every year raya pertama. kalau orang lain, sure tengah berbahagi2 nak balik mana dulu time raya kan? hihi. aku takde merasa pun camtu. tiap2 tahun pun sama je... **wah, tetibe termengadu. kih kih kih

apepun, yang penting tiap2 kali raya aku eksaited. sebab time raya kat Johor ni la nanti dapat makan burasak mak ngah (ada sape2 tak tau burasak ni ape?) , sate daging mak ndak, kuah kacang and rendang acik, lemang pak ndak, and macam2 lagi. malam raya lagi la kompom meriah, penuh 1 rumah mak tok. sampai ke pagi tak tido diorang ni tau.

tahun ni, malam raya tu nanti makde cakap nak buat buffet je masa berbuka. tak dan dah nak bentang tikar makan ramai2. tak muat dah dapur tu. hahaha. sure meriah. tak sabar betul nak tunggu time tu. nanti aku upload pic banyak2 time berbuka malam raya kat Johor nanti. ^___*

and paling penting, kitorang dah "chop" nak landing kat mana tahun ni. kitorang decide nak bentang tilam tido anak beranak depan katil mak tok je.

adegan "chop mengechop" tempat tido ni amat penting ye uols. sangat penuh sesak umah maktok time raya. sana sini ada orang terbongkang nanti ko tengok. sepupu sepapat beratur tido reramai. kiut giler. siap ada yang bentang tilam depan hall je. memang padat masa ni. tapi syiokkk!

tahun ni kami terpaksa beralah ngan sepupu joe yang baru dapat baby. so kami bagi bilik kitorang kat kampung tuk dia guna anak beranak. selesa sikit kan.. orang ada baby kecik ni layanan harus la spesel. aku pun merasa dah dulu..

ekceli ada 4 bilik lagi kat tingkat atas, tapi aku malas nak panjat tangga tinggi2 tu.. rumah kampung kan.. seriau sikit nak naik tangga ni. kang tergolek akakkkk jugak yang malu. abes ilang vogue mak nanti taw...tak kelaasss dah. hihihi

okay, rasa nya cukup dulu cite pasal beraya kat kampung ni. aku dah teruja ni, padahal baru menaip je. bahaya bahaya. kang tak pasal2 sok aku amik cuti terus... kes tak sabar nak balik kampung punye pasal.. ^__^

mood sedey :: apepun, aku tetap rindu nak salam cium tangan mak ayah aku di pagi raya. makan ketupat rendang, kuah kacang mak. uhuks. tapi aku selalu ingat, bila dah kawen, suami kite no.1... kena utamakan permintaan dia dulu. tu la pengorbanan seorang isteri kan.

tapi takpe. henpon kan ade. kite calling2 je mak ayah nanti pagi raye.. TM kan ada... hahahaha. iklan tetibe.





Sunday, September 5, 2010

buka puasa umah mak..

salam uols..

weekend lepas kami semua balik klang. huyeah! eksaited bangat2.

and alhamdulillah, doc dah sahkan yang blood parameter aku sume dah kembali kepada normal petang jumaat lepas. syukur sangat2.

member opis aku pesan, aku kena makan sup ketam, tuk naikkan semula platelet aku. so aku dah "selamat" mengorder sup ketam kat mak before kitorang balik klang. ngeh ngeh ngeh

macam biasa, mak takkan hampakan permintaan anak kesayangan dia ni kan... hua hua hua. gile perasan zuraidah oiiiii. eyh, tapi betul ape.. mak kan paling risau masa aku sakit. so bile aku sebut je kena makan sup ketam, laju2 mak suh ayah gi pasar beli ketam.

terbaek ahh mak ngan ayah. lap u guys!!

and pecaye or not, after makan masakan mak, selera makan aku pulih kembali. before ni, aku nak makan nasi sebutir pun punye la liat... alih2 balik umah mak, laju je aku suap nasi masuk mulut.. dasat kan air tangan mak?

ni adalah antara juadah berbuka pose kat umah mak ari sabtu tu..


tomyam campur - aku masak ye. sebab abe joe jambul kepingin nak sangat tom yam. mentang2 bini dia dah sembuh... ^__*

ni la sup ketam mak masak. terbaekkk! tersedap. terhebat. aku siap kedekut2 ngan adik aku, siti. tak kasi dia amik ketam ni. hahahaha. keji ok perangai kakak dia.



mak masakkan kuah lemak nenas gak. yummeh! menjilat lutut beb!


ni bubur lambuk, spesel atuk chiepani amik kat masjid.


and... last but not least... tadaaaaaa.... aku tak sabar2 nak balik umah klang adalah sebab si kecit ni...



ni anak kedua akak aku, Nur Ramadhani. baru 3 minggu umur dia. tembam! geram mak lang tengok iyeee....

tunggu mak lang balik ahad depan, mak lang kerjakan pipi dia lagik tau! siapppppp!

sebelum balik, aku dapat pesanan penaja paling banyak kali ni. macam2 mak pesan. paling banyak dia repeat... " ko jangan lupa makan ubat. air 100 plus tu minum. kang mak tau ko tak minum, siap. mak suh joe anta report.."

haa.. hamik... siap mintak laki aku hanta report kat dia. mak mak.. huhu.. orang dah besar la... dah jadi mak pun ni... hahahahaha.