Friday, October 29, 2010

mak menang award ko!!

salam uols....

time kasih daun keladi la ye eita sebab anugerahkan daku dengan award gini. susah2 jer!

"mula2 sekali, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua peminat yang menyokong karier saya selama berkecimpung dalam dunia kehaiwanan ini... pada suami, anak, mak ayah...orang kampung yang mengundi.... bla.. bla... bla... "

eyh eyh eyh.... sori2, mak terperasan cam dapat MTV Awards jek... hahaha. PANGGG!!





1) thank to person who gave you this award and put the link of the person...

tu, den dah kobarkan dah nama dia kat atas sekali. link dia? ada kat box my favvy gitewwww... cari "Rita Rudaini" eh eh salah, "Rita Razif" .... hehehe

2) Spread the award to 15 blogger who you like and think their blog is awesome!

kalau tak sampai 15 orang, aci tak? den bukan glemer naw. kengkawan je yang baca blog nih. huhu

- Mizah Cipom pom pom
- Liza Voguesss
- Faza - Hana same person. apekah?
- Kak Maiza E-ein bam bam
- Faryna.... (ekau ado baca ke blog tak semenggah ni? hihi)
- Ayu Raudhah.. ops! Ayu Mazlan
- Nina Azmil
- Eazy Insyira Dia... rasanya awak dah penah dapat kan? amik la lagi sekali ye! hehe
- Kak Yani yang nun di sana...
- Anjas dan Dobot... korang beautiful kerrr???

3) tell 7 things about yourself..

tu ari baru lepas describe seploh perkara mengenai aku. tah ada yang baca tah tak. takyah describe lagi la ek! hehehe.

p/s: petang ni balik Klang. hepi kuasa kuda. nak2 pulak geng gosip aku, p-qah balik cuti sem. yahoooo!!!

Thursday, October 28, 2010

Tuesday, October 26, 2010

boy ke girl?

salam uols...

tadi ada kawan buh kalendar cina kat wall fb dia. ala, kalendar yang bagitau bulan bape kite patut conceive tuk dapatkan gender baby yang kita desire..

so aku pun gatal2 belek sekali. pastu masa kuar makan tadi, aku kabarkan pada abe joe...

puan2: bang, kalau orang pregnant umur 30, make sure orang kena conceive dalam bulan March or April tuk dapat baby boy... sebab kalau conceive bulan lain, chances jadi rendah...

laki2: yeke? kalau camtu, cube tengok kalau sayang pregnant umur 29 pulak...

puan2: ehhhh...pehal nak suh orang ngandung cepat2 pulak? lari topik la!

laki2: hahahahahaha.. (gelak gatal okeyh!)

cisss. mak terus sentap.




dah. dah. takyah pikir2. lambek laie. saja kan I nak miang2 sekejap. ^__^

Sunday, October 24, 2010

Ayam PonTeh

salam uols...

ni bila syeh nak berkuntau di dapur dah meresap dalam badan. gagagagaga

aritu belek2 mag Pearl, nampak resipi nih. cam sadap jer mak tengok.. jadi, mak pun cuba..

AYAM PONTEH

bahan2 yang diperlukan;

- bawang kecik
- bawang putih
- bawang besau
- taucu
- asam jawa
- cili api
- sos Kreatif Maggi
- kentang
- ayam

cara2 nak masak;

- bawang kecik ngan bawang putih tu ko tumbuk lumat2
- pastu bawang besau ngan cili api potong biasa2
- kentang ngan ayam potong dadu.
- panaskan minyak, tumis bawang kecik ngan bawang putih. pastu masukkan kentang. masak dalam 5 minit.
- dah tu baru masuk ayam. tuang air asam jawa, taucu ngan sos kreatif togede gede. biar ayam empuk dalam seploh minit.
- dah agak2 empok, masukkan bawang besar.
- masak sesedap rasa. agak2 masin, tambahla gula ok.


dah siap!





Selamat Mencuba.....

Friday, October 22, 2010

be specific... can they?

salam uols...

dah lama aku tak borong buku sekali banyak camni. =D

selalu everymonth juz beli Women's Weekly ngan Mastika je. yang tu memang wajib hokey.

tapi siang tadi, masa pi lunch kat Mydin, MPH Bookstore wat sales buku2 dia pulak.

fuh fuh fuh!! memang pantang nau aku kalau tengok books fair cenggini. terus melekat dekat sejam kat situ. dan seterusnye telah me"nyepend" duit membeli belah beberapa naskhah buku. ^__^

dan inilah hasilnya.... sape2 nak datang umah baca, dipersilakan..

chiepani punye buku dah melambak2. harap sangat dia ley cepat membaca. Amin.

okay, yang sebenarnya cite pasal buku tu bukan tajuk asal entry malam ni.

yang sebenar2nya, aku cume kadang2 terfikir...

adakah doktor2 manusia di luar sana, bekerja sebagai seorang doktor? i mean, memang buat kerja seorang doktor? specific job scope nya?

kalau iye, maka beruntunglah mereka kan. tak rugi duit dan masa yang dikorbankan selama 5 tahun.. at last mereka mempraktikkan apa yang dipelajari.

but me? entahla.. susah nak cakap. yang pasti, memang banyak sangat kerja yang lari dari ijazah yang dimiliki.

bukan nak merungut, bukan nak kondem sape2. jangan salah tafsir.. yes, memang tak salah kalau kita mempelajari pelbagai ilmu selain ilmu yang dah ada di dada.

tapi rasanya tidak adil jika ilmu yang telah sedia ada dibiarkan begitu sahaja, lama kelamaan akan luputlah ia... semakin tumpul lah pengetahuan sedia ada. manusia kan tak sempurna...

hari ini belajar perkara baru, esok lusa perkara lama pasti akan lupa.. jadi pada aku, itu adalah rugi.

kalau kita tumpukan pada perkara yang kita minat, insyaAllah kita mampu menjadi pakar dalam bidang itu.

tapi kalau kita terlalu banyak menumpu kepada pelbagai perkara, jadi apakah kita?

manusia genius kah? semua perkara tahu? semua perkara ada di hujung jari?

mampu?



AKU TAK MAMPU!!!




sekian luahan perasaan dari insan yang setiap hari menahan hati.


gambar di atas adalah hiasan semata2.. takde kaitan ngan entry ni hokeh... (",)

hati masak 5 rasa...

salam uols...



i) internet lembap macam siput. (tapi sesungguhnya pergerakan siput tu lagi laju!)

ii) printer kertas tersumbat. pastu dah stuck. (nak je humban ke luar tingkap, tapi ternampak cop HAK KERAJAAN. terbantut niat aku.)

iii) pegi sarapan, hajat nak makan roti canai. tapi hampeh, tukang wat roti cuti arini. (lahabau lahawau!)

iv) ada beberapa orang yang annoying kat sekeliling sekarang. asik cakap perkara yang menyakitkan ati. cuba kalau aku pegi scan hati sekarang, sure nampak bulu2 kat hati tu! (hati berbulu...)

v) geram bangat2 bile nak baca blog engkorang sume, tunggu nak upload cam ****. last2 aku turn off je pc. untung aku turn off, kalau aku hempuk?





^_^ huhu....garangnye iyeeee.... larikkkk!!


Thursday, October 21, 2010

20102010

salam uols...

arini aku cuti. Melaka dapat cuti umum arini sebab semalam Melaka dah diisytihar as negeri maju. tarikh keramat, 20.10.2010 Tahniah Melaka!

tapi arini tak syiok sangat owh...

baru berangan ngan joe nak pegi shopping sesame today. alih2 semalam kompeni dia kuar memo, depa sume takley cuti. cuti disimpan as an annual leave. haihhhh

so today lepak umah sama chiepani. tunggu la kot2 miracle terjadi, dedi amik half day kann arini. AMIN!! hahahaha

next week nak balik klang. then ada wedding bestfren joe kat key el. aku plan nak beli jubah kat Hajaba tuh.. pakai masa attend wedding diorang..sesekali mak nak jadi ostazah uols... sentap tak dengar? gagagaga

takpe, siang takley menyopping, malam kan tatap ada! hua hua hua. (ayat sedapkan ati sendiri)

situasi sekarang di rumah: chiepani still aktif bermain, takde tanda2 nak tido. jiran sebelah lak kemain sakan renovate umah dia.. holoh holoh... bergegar otak aku sekali dengar bunyi drill sume tuh.



aarRRggggHHHHHH!!!!!!!