Tuesday, January 25, 2011

iPhone 4 saya...

salam uols...


hahahaha. sure eksaited ngkorang kan tengok tajuk atas tuh... iPhone 4 for me?

imposibel.. nehi.. nehi.. nehi..

semua orang yang rapat ngan I tau sangat yang I ni spesies tak suke (read: tak minat langsung) dengan any gadget thingy macam iPhone, BB, mahupun PS.. eh, kalau bagi Game Boy tu kat I sekalipun, I memang taktau nak main pun okay! I cume reti main spider solitaire tu je dalam PC.. kah kah kah.. nampak nau I ni sangat kampung kan.. hahahaha. kata perempuan melayu terakhir... gituuuu

tapi bab main internet tersangat hexpert mak ye.. bab download2 tu memang ujung jari kaki jelah.. huhu.. tu yang I sampai sekarang tak paham, napelah I takleh minat pada menatang2 berteknologi tinggi macam smart phone sume tu, tapi pandai lak nak minat pada internet ni sume.. ntahla.. misteri okay.. eh, ke misery?

and lagi satu, walaupun ramai bebenor kawan yang suh tukar pada iPhone mahupun BB, I still taknak because I tak boley bayar bil. tu pun salah satu faktor kukuh tu.. dulu masa belajar kat U, penah sekali I pakai postpaid Celcom, pastu taktau (tak reti reti) nak bayar.. bil melambung sampai 400++ hengget kalau tak silap. penyudahnye disebabkan bil tertunggak tak berbayar, makanya nama I kena BLACKLIST!! hahahahahahaha.

oleh yang demikian (dah macam type surat formal lak ni), kalau I nak pakai billing servis, kena register under nama laki I.. tapi seriyes, malas la. serik dah guna postpaid ni walaupun pakejnya macam2 ada... even broadband I pun registered under his name.. ha, tu lah dia. I secara sukarela dan sukaatiknya memecahkan rahsia kenapa I tak suka (tak boleh sebenarnya) pakai bil.. hehehe

pastu dengar orang cakap, telepon2 yang sek2 camtu bagus tuk orang yang ada biznes je. betul ke eyh? ni I tak kaji la, dengar orang cakap je. dah namanya tak minat, malas la aku nak kaji kan..

jadi rasanya cukuplah 6 bentuk alasan kukuh lagi konkrit yang telah I senarai pendekkan sabab musabab nape I takmo pakai iPhone mahupun BB atau telepon lain yang seangkatang dengangnye.

eh, cop cop!! ada satu lagi alasan PALING kukuh.. sebabnya adalah, I adalah pencinta henpong NOKIA yang tegar! hehehehe. nokia ni sangat user friendly, senang nak guna especially tuk orang2 OKU IT cam I ni kan.. dulu, kini, selamanya... ecewah

pic credit to encik google. tak sanggup nak snap fon sendiri yang dah jahanam tu.. sedey wooo..

ni la telepaun yang dah rosak semalam dengan jayanya. ekceli, cermin skrin tu dah retak (chiepani hempas kat lantai), pastu speaker pun ala2 dah rosak gak. penamatnye, petang semalam, tragedi januari itu berlaku.. chiepani rendam telepaun ni dalam air sabun pistol mainan dia. terus sadakallahalazim...

I sayang giler ngan fon ni sebenarnye.. ni hadiah from laki I masa beranakkan chiepani dulu.. baru 1 tahun 8 bulan guna.. dah jahanam... kesian...

nak melalak pun tak guna, budak ni bukan ley watpe pun.. dia sengih lagi ada. ciss! tapi takpe, momi korek tabung awak tau.. pampasan ganti rugi kerosakan telefon. keh keh keh

dan inilah hasil korekan tabung chiepani, momi terus seret dedi pegi MP malam tadi, beli fon baru. hahahahahaha puas ati den.

Nokia C6

kenapa I pilih telepong ni?

sebab design dia lebih kurang sama dengan yang dah rosak tu. cume bezanya, yang baru ni dual function. either nak touch or nak guna keypad. skrin dia 3x larger than fon lama and kamera 5.0MP .. yang lama tu 3.2 MP je.. so kualiti gambar lagi chantek gitu..

petang ni nak hantau henpon lama tu gi repair. pasal sume data especially contact number dah abes ilang... ilek! bab ni yang paling menyedihkan sebenarnya, susah idup ni tau bile no.fon sume ilang.. menggagau aku balik nak dapatkan no.tepon sorang2... tarikh2 period sume abes.. adusss, mati gue! eh, bile tarikh last I makan pil perancang ha?

uwaaaaaaaaaa............


Monday, January 24, 2011

Port Dickson - Part 2

salam uols...


meh I sambung semula entry semalam ek..

kitorang punya bilik tu kat level 3... from balcony, boley nampak laut sume.. petang2 sabtu kemarin adalah sangat syiokkk pasal I and Joe duk kat sofa bed tu and tengok sunset... huhu sooo romantic.. tapi tak sampai 2 minit, chiepani datang menyelit kat kitorang.. potong tul! hahahaha


uihhh... posing sexshii awak ye!

petang sabtu tu, kitorang turun bawah, berendam kat pool. momi cam biasa, jadi photographer tak berbayar.. hihi

mula2 chiepani cam takut sangat nak mandi dalam pool ni.. masa kecik je dia eksen berendam lama2... bila dah besar2 ni dia cam fobia lak.. tak paham tul aku nengoknye..

tapi dah lama2 tu, chiepani dah start enjoy swimming..

sampai taknak naik atas dah ... tak sadar2 badan dah menggeletar kesejukan ..

ciannnn... menggigil kesejukan.. tapi sekejap je dia naik atas ni..

bile la dapat merasa dapat naik mendalah yang kat belakang tu ek?

oh, dah stat gian nak berendam upenya dia... this time, dia ajak dedi pegi masuk pool budak2 lain..

tu dia... melayankan ajelah dedi nye ye...

malam tu kitorang jalan2 pegi night market.. best gak night market ni, besar sangat.. macam2 ada jual... teringat pulak pasar malam Sri Serdang time belajar kat UPM dulu.. ooo rindunye ngan cendol and bakso pasar malam kat sana!

malam ahad tu, chiepani start demam dah. maybe sebab terlalu lama dia berendam dalam pool kot...

pagi tu time breakfast dia bad mood je.. selalu suke je nak duk kat babychair, ni tak.. nak duk kat kerusi orang besar lak... layan jelah ye.. budak demam memang cenggini.. mau manja lebih2.. sume pun nak lebih. cubit lebih nak? hehehehehe. garang tul momi kau...

Sunday, January 23, 2011

Port Dickson - Part 1

salam uols...

kitorang ada kat PD ni.. hehe

plan mengejut terkejut sebenarnya.. kan ari khamis lepas I macam tension gile babeng tak hengat ngan satu hamba Allah yang sorang tu.. uols ingat kan?

so lepas sesi luahan perasaan ngan my laki, dia offer I nak gi shopping tak? hahaha. sonang je keje laki aku kan, asal aku stress je dia ajak pegi shopping.. tapi kali ni cam megik la pulak, I refused nak pegi shopping... boley pecah rekod I ni.. huhuhu unbelivebel bak kata kak jemah..

jadi terkeluarla plan mengejut terkezut ni.. laki I ajak pegi jalan2. dia ajak pegi PD. so I pun on jelah... lagipun weekend ni memang takde plan nak gi mana2 pun...

kitorang menginap kat sini.. Avillion Admiral Cove.. dekat ngan Telok Kemang.. perjalanan dari Melaka ke sini dalam 1 jam ++ ... dokek yo...

sampai2 je kalau sape yang nak landing terus atas tilam, boleyla berbuat demikian. pasal kat lobi dia tak sediakan kerusi/sofa pun, dia letak katil siap bantal lagik...

sori eyh, bukan takmo sikat rambut dia.. tapi budak ni baru bangun tido.. boley pakai tak alasan momi dia ni? hehehe

thanx joe.. jasamu ku kenang... hiksssss...

kitorang stay dekat Straits Studio Room.. bapak besar bilik dia.. sangat selesa, n yang penting murah gituuu... rm270++ per nite... internet free ok nox.. syuuuke mak!

anak I tengah usha pool kat bawah. tak sabau nau nak turun mandi tuh..

siap ada partition hokey katil dia. maknanye kalau uols nak tido ngan aman takmo anak datang kacau2, tarik je sliding door tu... goleklah puas2 ngan laki ko atas tuh.. Ehh

pantrynye besar wok...

budak kecik makan kat meja kecik je tau..

pagi2 sebelum bertolak tu, laki I request nak makan nasi ayam kat tepi pantai kengkonon... gigihla pepagi buta dia gi pasar borong beli bahan2 sume.. I pulak kelentung kelentang kat dapur siapkan rencah2nye... last2 nasik ayam ni kitorang belasah dalam bilik je pasal dah kebulur sangat masa sampai tu.. hahahaha

yummeh!! jemput makan semua...

ok, I stop kat sini dulu keh.. nanti I sambung lagi aktiviti kitorang kat Port Dickson nih...

kitorang nak gi berjimba kat tepi pantai lak nih.. nak ikut?

jom!!


Friday, January 21, 2011

esok...

salam uols..


ehem.. tak sabar weyh! eksaited nih! ngeh ngeh ngeh...


nanti I stori mori keh.. tunggguuuuu..... =D


Thursday, January 20, 2011

ni ke namanye kawan?

salam uols...

tak pasal2 I updet sampai 2 entry dalam 1 masa.

ni luahan perasaan sebenarnya. just for sharing... semoga uols boley ambil iktibar dengan cerita ni..


patutkah "dia" digelar kawan bila dia sikit pun tak hargai pertolongan kita? bukan I mintak dibelanja or diberi sesuatu, it's just that.. sharing with me.. susah ke? ni tak, bila susah bukan main gelabah lagi cari kita, bila senang? sikit pun tak ingat pada kita.. subhanAllah..

patutkah I anggap "dia" kawan, bila dia langsung taktau nak berterima kasih pada kita? ramai sangat manusia dalam dunia ni yang berat mulut nak ucap perkataan ni. TERIMA KASIH.. ape yang susah sangat? mak bapak korang tak ajar sebut perkataan ni ke? kat sekolah tak penah belajar word ni?

patutkah "dia" dianggap kawan, bila didepan kita dia punyalah baik.. anggap kita macam adik beradik konon, tapi belakang kita, masyaAllah... mengutuk kita. pastu sebarkan berita pasal kita yang belum tentu pun kesahihannya.. seolah2 macam hepi dan mencapai satu kepuasan bila bercakap yang buruk2 tentang diri kita..

patutkah "dia" dianggap sebagai kawan, bila dia hanya rapat dengan kita semata2 nak gunakan segala kelebihan yang kita ada ? (I takde ape2 kelebihan pun..)

patutkah I angkat "dia" sebagai kawan, bila dia di belakang kita, bercerita tentang keluarga kita, harta kita dengan orang lain... seolah2 dia dengki dengan apa yang kita ada... dia rapat dengan kita pun semata2 nak korek hal ehwal kita. pastu mendengki2kan kita.. astaghfirullahalazim...



kepada si "dia"....

insafla weyh... ingat, I sikit pun tak luak dengan perangai si "dia" but i pray that 1 day, "dia" akan sedar segala kesilapan "dia"...

langit tak selalu cerah.. ingat di mana awak berpijak okay..

wallahualam.



cicak oh cicak...

salam uols...

femes pulak tetibe si cicak ni sekarang ye..

katanye cicak ni sedang hangat dipasaran. ada orang sanggup bayar sampai rm 1,000,000 tau sekor kalau kena gayanya..

betul eyh?

kalau biawak senang gak nak cari. aku duk je tunggu tepi2 parit nun.. ^_*

pic kredit to Cicak Malaya punye blog =)

mengikut ape yang I baca, cicak ni diburu kerana hempedunya. dalam hempedunya ada sejenis enzim dikenali sebagai Tri-heksipentafenikol yang dipercayai boley mengubat penyakit kanser, HIV dan H1N1... tapi semua tu masih dalam peringkat penganalisaan lagi oleh para saintis..

and dengar kata juga, cicak ni banyak terdapat di hutan2 kawasan Pantai Timur. kalau dapat berat yang sampai cecah 400g ke atas, ia boleh dijual sehingga harga puluhan ribu. mak aiiiii.... golap mato den ni ha sekojap!

tapi kan, kalau tak silap I cicak ni adalah kategori endangered species.. maknanya spesies terpelihara.. kalau tangkap sebarang2 boley dikenakan tindakan undang2.

ate camni ni yeop? baru yong berangan2 nak pegi camping dalam hutan kat area Pantai Timur nun... hihihi


p/s: I gi camping? dalam mimpi boleyla. hahahahaha

Wednesday, January 19, 2011

macam kena pam pam..

salam uols...

apekah uols semua perasan ape yang I perasan?


hohoho. membesar bagai juara!


sape ada tips camne nak kempiskan pipi tuh? joe cakap macam ada bola pingpong tersekat kat pipi. hua hua hua hua... sadisssssss... T-T

ada ke diet yang boley kempiskan pipi tanpa kempiskan badan?

I takmo kurus2, I nak kurus tang pipi tu je..

hellllppppp!!