Wednesday, June 30, 2010

care care disiplin anak.

salam uols...

chiepani akan behave pada 5 minit pertama sahaja.

see, mula2 sampai dia akan sengih2 je duk kat babychair.
5 minutes after- tangan dah mula gapai ape yang ada depan mata.

2 minit je dia main benda tu. pastu syoooooooommmmmmmmmm..campak ke bawah.


bizibodi nak amik balik menda yang dia campak tuh. sape kata budak kecik tak pandai buli orang dewasa?

kitorang ni masa dera taw. nak repot kat talian teledera pasni. ibubapa didera anak sendiri.

kalau pegi klinik pun tak reti diam. chiepani lom pandai jalan, tapi suke nak bejalan.end up;

mummy daddy kena tatih dia.kalau tak ngamuk dan dan tu gak.

lokasi: umah nenek Johor. panjat and turun tangga sangat master okay.
sape tah sifu dia.

tengah cari idea camne nak turun tangga. mummy punya mata tengah bulat giler nih.

ting! (dapat idea ) ^__^

campak botol losyen kat tangga.

" okay mummy, i wanna go down now.. the lotion is downstairs. " (her face tells me this.)

adooiyyyaiiii....kalau cenggini chiepani, mummy bukan saje boley jadi tarzan, mummy ko ley tukar jadi king kong tau.

penat tau uols sekarang ni. dia punya lasak... masyaAllah...

aku ada baca dalam artikel a few tips camne nak marahkan anak.

first, never ever tengking or raise ur voice. it's a BIG NO NO. cakap dengan lembut.

lebih elok kalau sambil nasihat, kita hug dia. lebih eratkan hubungan.

second, jangan cakap words yang NEGATIVE like, JANGAN, TAK BOLEH, CANNOT.

guna perkataan yang lebih mesra. contohnye " chiepani kalau naik tangga, jatuh nanti benjol kepala, tak lawa dah nanti... abang afif pun takmo kat die dah... "

instead of, " chiepani, turun!!! jangan panjat tangga!! "

psikologi kanak2 sangat penting.dalam artikel tu (anaksoleh.com) cakap, kanak-kanak umur 0-6 years akan mudah mengingat apa sahaja perkara yang berlaku depan dia.

so, kalau kita biasakan menengking or pukul dia since kecik, chances for her/him to remember is very2 high. tendency tuk dia revenge juga akan semakin naik.

third, biasakan anak dalam kehidupan islam. islam itu indah. sume pun dah ajar dari kita lahir sehingga ke liang lahad.

kalau nak tidurkan anak, jangan nyanyi lagu2 adat, lagu omputih (like i was before.. thee thee thee)

nyanyikan nasyid, zikir, biasakan dia dengar ayat al-quran. insyaAllah, anak mudah dengar kata.

keempat, makanan anak kita. kena jaga. bagi makanan yang sah halal sumbernya. sebab makanan itu akan menjadi darah daging.

rezeki halal, insyaAllah outcomenya pun akan bernas.

kelima, biar anak kita didedahkan dengan ajaran2 Islam. kalau kita solat, bagi dia tengok. terang kat dia, ape yang kita sedang lakukan.

kalau bulan puasa, ajak anak puasa sekali.even tak penuh sehari, takpe. ajar yang basic dulu. lama2 dia akan mudah menerima.

okay, tu saje yang aku mampu ingat tentang artikel anaksoleh.com tuh.

next time kalau aku jumpa ape2 info pasal didik anak, aku share lagik.

babai.

Tuesday, June 29, 2010

amanah

salam uols..

rasanya semua orang tau apa makna amanah.

amanah ni kalau kita tak jaga, besarkan dosanya?

impaknya pun boleh menyebabkan sesuatu perkara jadi kucar kacir.

susah sangat ye nak jaga amanah?

ok, let's not talk about amanah. general sangat bunyinya ni.

kita tukar menda tu jadi 'harapan'.

selalunya, bila kita berharap pada seseorang, kita mesti mengharap yang outcomenya adalah indah2.

but wat happens if it turns into something bad?

would u be mad?

YES I AM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku cuba kawal amarah ni. but,the more i become calmer, the more ****** they become.

aku memang taknak bikin hot, bikin orang nyampah kat aku.

this is not my place. jadi apepun yang aku rasa or pikir sekarang,

i'm sure that everybody will say, "sabarlah zue....dugaan.."

yup..exactly. this is a dugaan. be strong, let them always be them,

and let me be better than them.

Monday, June 28, 2010

hari inovasi 2010

salam uols...

naik juling mata menghapload gamba2 ni ha.

korang ada kekdah lagi pantas tak upload pics?

sume gambar ni amik masa dekat 2 jam nak upload. menggigil2 tunggu.

okay ni aku sambung balik cite Hari Inovasi JPV aritu.

1st day- after check in hotel, pegi Waterfront Kuching. belakang tu adalah bangunan Parlimen Sarawak.
2nd day - Perasmian Hari Inovasi 2010. ado perbarisan.
den cam biaso, kena duk depan sekali.

tayang muka jangan tak tayang.

bos vangge tak ada anak buah cam den? hahaha

tengah tader keje masa ni. teka mano kasut den?

bergamba besame atlet Futsal Bertam Ulu.

pemain futsal yang menang dapat 20k plus tiket pegi africa. best owh..



hari ketiga - melantak sarapan bebanyak sebelum memulakan aktiviti shopping.

dekat Pasar Satok... melambak2 orang jual ikan tenggiri.
yang belakang aku ni, ikan tenggiri panggang. bau dia...pehhhhhhhhhhh meleley air idung


murah..murah..beli jangan tak beli. den beli 2 kotak aje.. (aje ye..hahaha)


pua kumbu. melambak2 jual kat pasar ni..tapi ni yang tak ori.
murah je, rm8-rm10.

kalau nak ori, kena gi Waterfront.. harga dalam rm150-rm200 pun ado.
gaya sopan seorang wanita. eceh.

naik sampan koooo...nak menyeberang sungai pegi Kampung Boyan.

kat kampung ni la ada kilang buat kek lapis sarawak, Dayang Salhah.



ape kekdahnya aku posing camni pun aku tak tau. banyak sangat bergamba, sampai taktau nak posing camne dah. ^__^


kat jeti tunggu sampan sampai.

joe lepas tengok pic ni, dia banned aku from wearing this shirt anymore. kepelikan keajaiban aku. kenapapa kenapapa kenapapa?


antara kek lapis yang ada kat Kilang Dayang Salhah. tak beli banyak pun, coz tak minat.

belikan tuk member opis kirim saje.

mee kolok. mee ni boley jumpa kat Sarawak je katanye.
sape datang sini, wajib makan mee ni okay. rasanya....... amat memberangsangkan.

hari keempat- Majlis Makan Malam bersama Ketua Pengarah JPV Malaysia and Pengarah2 Negeri.
malam yang sangat happening. sume negeri buat kena buat presentation.

gamba atas tu team Tuan Rumah, Sarawak. best wokkkk persembahan diorang malam tu. memang walllahhh.

tamat cerita Hari Inovasi JPV. next 2 years jumpa lagi ya!

selain hantu kuceng, gua hantu cekelat gak. sempat rembat beberapa bar choc kat airport.

thee.. thee.. thee..

nanti aku invite

salam uols...

sape berminat nak baca blog ni nanti bagi aku email ye.

nanti aku invite.

tetibe ada rasa terancam. eceh.

babai.

Sunday, June 27, 2010

balik kampung

salam uols..

weekend ni kami balik Johor... tengok atuk joe baru balik umrah.

alhamdulillah, dah masuk empat kali maktuk gi umrah. naik haji pun kalau tak silap dah dua kali.

sonok tengok maktuk, walaupun dah umur 7o++ tapi masih kuat lagi nak gi jauh.

cam biaso, yang best kalau diorang ni balik umrah or haji, masing2 dapat habuan.

^_^ sukeeeee!

ada minyak attar, telekung, kurma, tudung, and macam2 lagi.

kali ni maktuk gi ditemani oleh pakteh, makde ngan pak aji plus nabihah..

bestnye biha, tak aci tau.

baru darjah 5, dah dapat gi umrah ikut maktuk.

kak zue n abg joe ni bile la agaknye ye. doakan kami murah rezeki, insyaAllah boley ke tanah suci nanti.

next weekend balik klang pulak. mak aku ajak gi kenduri anak makanjang.

mak punye pesen, kalau ada sedara mara rapat kawen, kitorang sume ni kena ikut.

takde ekskius ekskius. mak aku kan veto. muahahaha

iyolah mak. apo2 jolah. eden ikut kan yooo.

Friday, June 25, 2010

pepagi dah buat aku sirappppp

salam uols...

aku tak paham la dengan sikap sesetengah pemandu nih.

pelik2 tau perangai diorang.

i wonder, cikgu sekolah memandu yang salah ajar ke, or pemandu ni yang wat ajaran sesat?

aku peratikan, time ujan. ramai sangat yang suka pasang hazard light tuh.

ape reasonnya?

i know, aku penah komplen menda ni kat fb aritu. and ramai yang bagi respons tentang ni.

tapi setahu aku, hazard light ni tuk kes kecemasan je. or in the other way, keta ko rosak tengah jalan.

abes, bila hujan turun, keta korang terus rosak ke??

lagi satu, kalau nak masuk simpang...

tak reti nak bagi signal. memang celaka driver camnih.

let say ko dari belakang dia, tetibe dia brek, pastu selamber masuk simpang wat muka tak bersalah.

tak ke ko kena brek mengejut sebab takut tersondol dia, and nak ke tepi pun tak boley pasal keta sebelah tengah laju. ape korang rasa?

satu lagi situasi, bila ko nak kuar dari simpang, ada kereta dari arah jalan besar, nak masuk simpang yang kite nak keluar tu... tapi dia tak bagi signal. kita ni ye ye je ingat dia nak terus. dah kita tertunggu2 takle nak kuar...sekali rupenya dia masuk simpang.

bengang tau tak??? @,,,,@

pastu aku geram pulak ngan pokok2 yang menghalang pandangan kite especially nak kuar simpang nih.

kat area tempat aku nak gi opis, memang ada satu simpang bahaya tau. everyday ada je keta/motor accident.

aku memang fobia kalau lalu simpang ni..

until one day tu, ada keta bertembung ngan student bawak motor. student tu meninggal.

lepas kejadian tu, baru la diorang tutup simpang tu.

seeeeeeeeeee........ nak tunggu ada orang mati baru nak buat sesuatu ke?

commonla, pihak berkuasa kena buat sesuatu.

kalau simpang tu jenis bahaya, high risk, buatla traffic light terus.

and lagi satu, boley tak jangan tanam pokok banyak2 and tinggi2 pulak tu sepanjang jalan?

kat hiway takpe, sebab takde simpang empat bagai.

ni jalan biasa okay. jalan biasa.

Thursday, June 24, 2010

ting!

salam uols..

besday chiepani dah lepas last Friday.

kami dah decide hadiah nak bagi kat dia. we choose option no.3! hehe

kenapa kami pilih option ni? sebab;

first; as u all knows, kami kureng sikit bab2 nak celebrate meaning buat party. setelah ditimbang tolak bersama, maka no party for this year birthday.

second; her daddy said, dia baru setahun. kalau kite selebret, nanti orang2 dewasa je yang enjoy, tapi dia enggak ngerti apa2 buk! haha.

daddy cakap, maybe kita akan buat party masa dia 2 y.o. bile dia dahle enjoy sama2 kita.

tapi tak bernas alasan ni..sebab kan boley tangkap gamba..nanti dia besar dia ley tengok gambar tu kan?

tapi takpela, ikut je cakap daddy. lagipun daddy yang nak sponsor birthday trip tuk chiepani. mummy duk silence2 je ye.

^___*

we ols akan belikan kek gak. hanta kat nursery dia. plus a goodie bags tuk sume student dalam tu termasuk ol the teachers.

next week nak gi tempah kek. kek castle ke ladybird?