Wednesday, March 30, 2011

bizi bee

assalam uols...

dah lama tul updet. dah 3 ari kan? lama tuuuu...

I bizi siket since last weekend. sabtu ahad lepas ada kenduri umah Paksu. family my laki from Johor sume turun. half of them tido kat umah kitorang.. then on Sunday tu, while orang tengah sibuk berkenduri, I berkejar sekejap ke Merlimau, ada majlis perasmian anjuran jabatan.

Majlis Perasmian Zon Bebas ND

dan2 abes je majlis perasmian, berkejar balik ke rumah paksu. sampai ke malam kitorang melepek kat sana. seriyes sangat penat. super penat. penat tapi kenyang macam ular sawa. hehehe. puas makan bape round tah tak ingat. last2 on Monday terpaksa mc pasal cirit birit. bahana kan, bahana...

chiepani and kak nina (sepupu dia)

on Tuesday lak, I kena pindah bilik kat opis. since ada kemasukan 2 officer baru, so kat office ada buat minor renovation, buat tambahan 2 bilik extra. sebab I pekerja cemerlang (puiiiiihhh!!) , maka I telah dapat pindah ke bilik yang lebih besar dari bilik lama yang I duduk. very the selesa. I like!! macam2 kak limah nak wat dalam bilik nih. siap letak extra sofa lagik. kelasssss mak ko kan?

kebizian melanda super duper hebat arini. since I baru pindah bilik, so extention telefon, internet connection sume tarak. pc pun wa talak boley on pasat wa punya plug talak siap pasang lagi. almakanye bagi mengelak kebosanan dari melongok dalam bilik melopong tak wat pape, dah nama pun pekerja cemerlang kan (hahaha lagi nak cakap, perasan gile!!) maka alternatif dari duk bosan2 dalam bilik, I pegi join bebudak wat banci ternakan.

dan2 tengah syok2 wat banci, tengahari I dapat sms dari my laki,

sayang, abang confirm kena pegi UK 2 weeks... flight friday 2 am...

omaigod!

kelam kabut sikit I tadi. mana taknye, dah la tinggal 2 ari je lagi, keje banyak kat opis. sok pulak I ada meeting kat Putrajaya. nak taknak terpaksa kawtim sama boss, mintak pelepasan nak cuti sok. alhamdulillah approved. so besok pagi2 buta I nak kena pegi imigresen, nak renew passport joe. orang tua ni pun satu hal, suka nau wat keje last minute. dari aritu lagi I dah remind dia, suh renew siap2 passport, sebab passport dia expired September nih.. degil taknak dengar cakap bini kan... kan dah kelam kabut..

then siap renew bla, bla... nak berkejar balik Klang, amik my sis ngan anak2 dia. sepanjang 2 weeks nanti, my sis yang akan teman I ngan chiepani kat umah. I kan spesis penakut yang terlampau, duk umah sendiri pun takut kan. tah pape.

malam sok jugak kena balik Melaka terus. sebab jumaat we ols keje. chiepani lak sepanjang dedi takde, I akan hantar dia ke nursery yang dekat ngan umah ni je. senang nak hantar and amik dia. tadi petang pun dah setel sesi suaikenal ngan nursery baru tu. chiepani siap taknak balik pulak tadi. eksaited jumpa teacher ngan kawan baru kat sana. mesra betul kau kan?

ok dah..kena behenti dulu kat sini. I nak pegi kemas luggage joe. kalau nak harap dia yang kemas, memang ke laut la... ada je kang charger tak bawak la, kamera tak bawak la, spender tak cukup la, silap2 passport pun dia tinggal!

wakakakakakaka.


bye bye bang. jangan menggatal ye!


Monday, March 28, 2011

i H.E.A.R.T her...

assalam uols...

any magz yang ada muka dia, absolutely I'll go n get it...





suke dia!

dah la cantek, fashionista, pandai rapping lak tuh.. wuu huu...

me like it sooo much much much la... ;)


Friday, March 25, 2011

kucing makan anak...

assalam uols...


sape biasa dengar pepatah orang dulu2 "macam kucing makan anak" ? (comot berselepat maksudnye)

tapi yang ni bukan kucing, ni versi budak umur 1 tahun 9 bulan ...

see, ada macam rupe kucing makan anak tak?

kurang sopan ye makan kaki terkangkang camni... turun saham awak tau...

chiepani says: OMG... im bleeding! (chiepani duk belek tapak tangan dia yang merah penuh berselepat ngan sos cili)

siap baring2 lagi sambil makan. kemain anak raja lagi ko ye chiepani...

nampak tak mangkuk sos cili tu licin? seriyes, budak ni memang kuat makan pedas. sah pure anak Melaka!


meh nak updet siket perkembangan anak I yang dah 1 tahun 9 bulan nih...

i) dah pandai sebut ;

kat = cat sebenarnya dia nak sebut. tapi dia slang British... cam Harry Potter dah.. hahaha
nashik = nasi
air = nak minum la tu...
kaki, gigi, mata, lidah, tangan
kar = car
mama/mak = momi sebenarnye.. tapi dia lidah keras, reti sebut mama je... momi susah kot dia nak sebut...
edii = dedi (jeles I tau, dedi pandai lak dia sebut... huh!)
bola, beg
shuu = susu
baby = bayi

ii) dah pandai bukak seluar n pampers sendiri. now dia dah start potty training kat skool. but kat umah I tak berani nak wat, sebab takut tak sempat masuk toilet, kencing dah bertabur. oh, so not me la nak mop2 nih. tu keje dedi kau ye... so kalau duk ngan momi, no potty training for you. mak kau malas ok..

iii) kalau dah abes minum susu or makan, dia akan hantar sendiri botol and bekas makanan letak dalam sink. after wash up her hands, dia akan lap tangan and mulut without momi's or dedi's helps. dalam keta pun momi dah sediakan kain lap...if dia dah makan, dia akan amik kain towel tu, and lap mulut ngan tangan. gud girl!

iv) pandai pakai kasut sendiri. and amazingly, tak terbalik pun. kiri is kiri, and kanan is kanan.

v) bakat seni kian terserlah. kebanyakan dinding umah kami dah tak perlukan wall picture mahupun wallpaper. chiepani dah menzahirkan art dia pada dinding umah kami. bravo! (dalam ati menanges ni nak oiii... mapos nak cekau duit sebelum raya ni nak cat umah semula.. huuuu)

vi) kalau tengok momi or dedi semayang, dia sibuk nak join. besar ni kang kalau taknak semayang siap la dia, rotan buluh menanti.

vii) and, kalau dengar azan kat tv, dia pun angkat tangan (macam orang nak takbir tu) then sebut.. "la la la..." (nak sebut Asyahadduallaillahaillallah sebenarnye tu.. kiut kan?)

viii) suka pada baby sangat. kalau jumpa baby je mesti nak kiss. kalau tengok baby dalam magazine dia akan sebut "baby!" , then dia kiss pic baby tuh. nak adik eyh? chill la beb, 2 years lagi k!


tu je yang I ingat wat masa ni perkembangan terkini anak I. bab2 lain like suka throw out tantrums kat public, berguling2 nak toys, main mekap momi sampai jahanam... tu sume masih ada lagi.. tah bile nak behenti wat perangai tuh agaknye.. :p


Wednesday, March 23, 2011

wordless wednesday

assalam uols...





Cat cage
sila karang sendiri penceritaan tentang gambar di atas mengikut kreativiti memasing. ;)



hepi Wet-ness-day!!



Tuesday, March 22, 2011

anak, bunga dan makanan

assalam uols...


entry ni pakej 3 in 1 eyh. I lump sump masuk sume cite dalam 1 entry..malas nak separate2, dah la nak upload gambar siket punye hazabbbb

mari kita mulakan...

chiepani akhirnya found out sesame street box nih.. dia duk selongkar almari buku momi... nak taknak bagi jugakla kat dia main...

ekceli box ni untuk 3 years plus, sebab dalam ni ada story book. budak ni mana reti membaca lagi pun... sebut A,B,C pun bertabur lagi... huhu. megik sangatla kan kalau budak 1 tahun lebih dah boley membaca... adiputra jr la tu ye...

so chiepani just main dengan playmat and character cards tu je. (momi pun tak reti nak main menda nih. momi dulu main patung kertas yang harga lima posen tu je taw...)

eksaited main bukak tutup box nih... momi pun boley tahan gak, sibuk join... jakun eyh?

nak angkat bawak gi mana tu yanggg?

owh, nak baring rupenya... bajet ni toto la ye?



tetibe I letak gambau makanan lak kan? dah kata entry lumpsump, cenggini la jadinye.. hahaha. hadapkan jelah ye...


yang sebenornya laki I ni mengidam nak makan asam pedas dari last week. sian, dah macam orang pregnant gamaknye.. so last Sunday, kitorang poie la pasar borong, sebat ikan jenak 2-3 ekor... ingat nak beli ikan merah, tapi kensel sebab harge yang melampau2 cekik darah. dah la yang makan ikan berkuah kat umah ni laki I sorang je.. I elegik makan ikan kuah2 nih.. grill2 je I layan.. (pehhh...belagak nak mamp kan?)

ada nampak nasi setimbun kat belakang tuh? tu cara2 orang dalam umah ni makan nasi ye.. ;0

dan last sekali, khas tuk kawan I yang rekues nak tengok bunge tu ari... boley la ni ye amm...

rose! merah! SEXY!!

ko nampak tak sipi2 laman tuh?

bunga ni namanye carnation kan? ke salah?

ok, dah abes...

gud nite!



Sunday, March 20, 2011

Nasi Kismis Mentega

assalam uols...

kome sume udah makan? teman anak beranak udah tadi... kenyang sampai tersandar memasing dah... ;)

arini I masak nasi kismis... I share kat sini sama uols bahan2 n cara nak masaknye ye...

bahan2;




bahan2 yang takkosser I nak snap picnye adalah;

butter, beras basmathi

cara2 nak masaknye;

1) rendam beras basmathi ikutlah berapa cawan pun.. I tadi guna 4 cawan.. hamik ko, nampak sangat kuat mentekedarah kan... pastu, rendam beras dalam 40 - 45 minutes... kasi kembang gituu..

2) tumis bahan2 yang ada dalam pinggan tadi dengan butter. tumis sampai naik bau.

3) masukkan beras ngan air dalam 4 cawan. kacau kasi sebati sama itu bahan tumisan. then baru masukkan susu cair dalam 1 1/2 cawan. ** kena pandai agak2 sendiri air nih, kalau nasi keras, tambah lagi air..

4) masukkan daun pandan kasi wangi. then biar atas api sampai nasi masak. (ekceli kalau nak masak guna rice cooker pun boley, tapi tak rock arr guna rice cooker. pakai api la baru thrill! hua hua hua)

5) agak2 nasi tu cam dah masak, tabur la kismis sesedap rasa.. dah siap.. sonang kan I tell u...

ini lah ghupenya nasi kismis mentega I tadi...


yang lauk pauk sampingan ni optional sebenarnya... terpulang pada korang nak letak lauk ape. macam I tadi, nak ringkas dan cepat, masak ayam masak merah ngan acar nenas je... terus leh ngap ngap ngap!


selamat mencube... ;)


Saturday, March 19, 2011

Melaka River Cruise

assalam uols...

baru balik nih... lekas2 upload gambau, eksaited punye pasal... ;)

tadi kitorang gi naik boat.. pusing2 sungai Melaka... hoho...

orang laen sume dah naik cruise ni kot, kitorang je baru terhegeh2 nak p... ;p

konsep Melaka River Cruise ni is, bawak korang menyusuri Sg. Melaka sambil menyaksikan/ disajikan dengan pemandangan yang indah dikiri dan kanan sungai... better naik malam, sebab malam lampu sume terpasang and nampak sangat cantek... if pegi siang kurang siket kemeriahan gemerlapan dan limpahan cahayanye tuh...


main entrance... gambar tak berapa senonoh sebab time dedi tengah edjas2 kamera, time tu gak la ada bas nak reverse bagaiiii... lintang pukang dedi bangun selamatkan diri... uhuks..


tiket for adult : rm 12, for 2-12 years : rm 5, below 2 years old : FOC. (return ticket)

murah kan kan kan? yang kat The Mines tu mahal nak mamp, tak silap dekat rm30... ke lebih?

anak I cam biaser, penakut. duk kalut terpusing2 dalam nih... tapi time dah last tuh, wah siap nak duk depan sekali, dekat tiang lampu boat tu haa.. (mencik, sebab nampak double chin tuh! gumuksnye momi!huhu)

ini salah sebuah rumah di Kg. Morten.. rumah2 kat sini kalau tak silap I disupport sebahagiannye oleh Kerajaan Negeri... sume rumah ada spotlight hokey... ini adalah rumah private, but tourists can come and visit their houses.. memang terbaek arr umah diorang nih... sangat cantek.. dah la tepi sungai.. kemas sangat2 rumah diorang nih..

Eye on Melaka.. ni pun haram kitorang tak penah naik.. durhaka sungguh rakyat Melaka sorang nih!

Jambatan Hang Tuah... paling cantek kowt. sebab dihiasi multicolor flashlights. ekceli, sepanjang cruise ni, ada banyak jambatan yang kitorang lalu, tapi jambatan ni je yang paling cantek pada mata I..

Muzium Samudera (yang bahtera tu)

Harper's Restaurant ... ni tempat kitorang dinner masa selebret our 2nd anniv dulu... oink..oink.. ;)

last but not least, gambaw anak beranak yang duk melekat je sepanjang jalan nih... manja!!


so far we ols berpuas hati la ngan Melaka River Cruise nih... menarik gak jenjalan malam2 menyelusuri sungai nih..

sape2 yang datang Melaka nanti, jangan lupe naik Melaka River Cruise ni keh! owh, lupe nak cakap, monorel pun ado tau! tapi tak sure ke mana arah monorel tu pegi.. (hahahaha. dush! dush! dush! baek ko keluar dari Melaka ni sekarang zue!!)


p/s: pagi tadi kitorang "mengerjakan" our lil garden. sok la I upload gambar bunge2 tuh, ni dah ngantuk dah... huaarggghhhhh