salam uols..
saya tau tajuk ni memang panas bontot. tapi apa salahnya kan saya nak cakap, saya pun pompuan gak.
mestikah perempuan tu sentiasa berlemah lembut? mestikah seorang perempuan tu berlemah lembut, tak kira di mana saja dia berada? pada saya, tak payah. kena tengok tempat, masa dan keadaan. kalau terlebih lemah lembut tu namanya lemah lembap, bukan lembut lagi dah.
kalau saya ok, saya type perempuan. kalau saya tak okay, saya type pompuan. lagi dajal, saya type betina. ada macam2 gaya orang perempuan yang saya jumpa dalam idup nih. kalau tengah drive atas jalan, paling selalu kena kutuk orang pompuan la. yelah, bawak keta kemain gelabah lagi, panik tak tentu pasal. hello, boley tak ko kadang2 jadi 'macho' sikit atas jalan? bukan suh ko jadi pembuli jalan, tapi jadi 'macho' sikit je walaupun kat dalam keta tu ko kemain berkebaya ayu lagik.
saya paling geram bila ada pompuan bawak keta sikit2 tekan brek, pastu wat muka ayu2, senyum2 lagik. eyh, bajet cantek nau ke hape? ko ingat sume laki2 kat atas jalan ni nak ngorat? perasan je lebih tu. kadang2 ada pulak yang spesis bawak keta terlebey 'macho' siap berani nak cucuk2 kite. ape ko hengat aku nak pedulikkan? tader makne. kemsalam. ko cucuk2 pastu aku tekan brek, ko hentam bontot keta aku, pastu ko gak yang kena saman kan? sape susah? awak jugekkkkk. maksud saya kat sini, wahai pemandu wanita, boley tak jika anda memandu, anda fikirkan orang yang berada di belakang anda? yang tengah membontoti anda? cube drive ngan steady n cool. macam orang laki bawak keta. boley??
boley tak perempuan2 yang suka control ayu ni bile buat keje, wat pantas2? takyah nak bajet ko cun, terkontrol2, terkemut2 wat keje. cakap ngan customer laki siap senyum meleret, tapi bila cakap ngan spesis sama kemain nau kereknya. siap jeling2 kita pulak tuh. ewah2....
ada pulak pompuan nih, mengada2 lebih. suke nau nak melekat ngan lelaki. ape dah takde kawan pompuan lain kat dunia nih? tergedik2 ngan lelaki bagai. kang kena tuduh miang, perempuan gak kan yang malu. cover2 la sikit, awak tu perempuan melayu. islam pulak tu. takyah nak menggeletis meleset2 kat lelaki boley tak? saya tau la lelaki memang kaum yang gagah, tapi kawan perempuan pun ada gak spesis yang gagah kan? setakat nak mintak tolong keta abes minyak tengah jalan, ko terlalak2 call lelaki watpe? tapi statement macam ni memang bahaya kan, nanti ada yang cakap, biarlah minah tu, dia punya hal. hak memasing. yelah, memang hak memasing, tapi sok luse kena rogol tengah jalan ke hape, sape yang susah? nak biarkan jugak? biarlah ek...hak memasing...hal dia kan...
maaf kalau ada yang tak suka ngan entry ni. tapi saya pedulik hape. saya memang anti sikit pompuan gedik2 ni. gedik melampau. kalau manja tu boley dimaafkan lagi. kalau adik2 saya memang dah biasa kena bebel ngan akak dia. kecik2 tengah belajar gatal nak berpakwe2 sume. amik gambar macam2 aksi dalam tepon. ewahhhhhhhhh
kalau tengok budak2 sekolah sekarang lagi dasat kan, dengan pakai baju sekolahnya, selamber dating pegang2 tangan kat luar. ada yang berpeluk2 siap. moden la kononnnnn
dahla, nanti saya sambung lagi. memang banyak sangat yang terpendam ni. pendam lama2 tak elok, jadi nanah. lagi elok saya lepaskan. tak suka takyah baca.
No comments:
Post a Comment