salam uols..
harini gue MC.. uhuks... kena diarrhoea. haduiiii penat okay keluar masuk toilet since lepas sahur pagi tadi.
taktau ler ape yang aku salah makan... joe tak kena pulak.
tadi kat klinik doc cakap kalau tak tahan, ley berbuka. tapi so far alhamdulillah, aku masih boley bertahan. tak mo la ponteng, penat sehh mau ganti nanti ..
semalam petang, kitorang balik umah ayah joe kat Segamat. petang dalam kul 6 tu kitorang gerak dari umah.
aku nak share sikit la perjalanan nak pegi umah ayah ni. dari Melaka, ikut hiway kuar kat Tangkak dalam setengah jam, dari Tangkak nak ke Segamat tu yang agak mencabar sikit... perjalanan dalam 45 minit.
memang ada satu je jalan dari Tangkak nak ke Segamat ni, kena lalu Sagil dan Ledang. bab lalu dalam ni laaaaa yang aku paling fobia. jalan berliku2, takde lampu jalan langsung tau.. yang ada cuma bantuan papan tanda je. sebab tu seboleh2 aku taknak balik lewat malam.
tapi nak buat camne, dah ayah beria suh datang, anak dan menantu solehah (ceeeeee) kena la balik kan.
sepanjang perjalanan pegi dan balik, ayat qursi memang tak putus2 la meniti dibibir. before ni, kami balik siang, cuma kali ni agak lewat sikit. cube ko bayangkan kot "termelintas" hape2 depan kitorang... ngaaaaaa!!!! ser ser ser okayyy. seb baik la bulan pose. hantu sume dah kena ikat.
semalam kitorang selamat mendarat kat umah ayah dalam kul 7.30 kot. tu pun lewat sikit sebab kitorang behenti buka pose kat Ledang.
sampai2 je umah ayah, dah siap terhidang lauk2 yang maha indah. hehe. laju je terus duduk makan tak toleh2 dah. chiepani pulak makcik2 ngan atok pompuan dia layan. aman kitorang makan semalam.
masa makan2 ayah borak la macam2. siap dah bagi wasiat kat anak kesayangan dia tu. huhu. aku curi2 dengar jelah wasiat dia. ayah jugak harap one day anak dia akan mewarisi bisnes katering dia. bisnes ye yah? urmmm errr ukkk ekkkk errrrkkk... nanti2 la kami pikirkan ye. hahaha.
ayah sempat gak pesan, eh, bukan pesan, paksa sebenarnya. haha.
ayah suh kitorang wat open house gak tahun ni. sebenarnya kami cam malas2 nak buat since dah ada monster kecik tu. agak payah nak handle majlis ngan tetamu nanti. hazab okay.. kang tak pasal2 aku jadi tarzan ke catwoman ke..
tapi ayah beria2 suh wat gak, ayah cakap bab makan sume dun wori. sume ayah bereskan cam tahun2 sebelumnya. huhu. tapi nanti la ye yah, kami kena mesyuarat dulu laki bini, later kami decide ye yah..
sebelum balik malam tadi, mak mertua tiri (ke mak tiri mertua? belasah jelah, janji ada bunyi mak... yang penting mak tiri ni baik hati giler, tak macam mak tiri sinderella, haha) tapaukan kami lauk2 ni.. sonang menantu dia wat sahur, panas2 je dalam microvawe. cara betul...
clockwise view : assam pedas ikan merah yang dah tenggelam dalam kuah, ikan bilis pedas, bendi goreng, ngan acar buah... terbaeeekkk dari ladang!
weekend ni nak balik Johor pulak. turn buka pose umah maktuk. then next week lagi satu balik Klang pulak. yeay2... nak request mak suh masak paceri nenas la.. urmmmmm yummeh!
No comments:
Post a Comment