salam uols...
alhamdulillah, arini aku berasa lebih segar dari hari - hari sebelumnya. and hari ni jugak, aku first time drive auto pegi keje. okay gak ek auto ni.. haha.
okaylah, balik kepada tajuk. macam yang sesetengah dari kawan2 tau, aku jatuh sakit last week. 5 hari aku terbaring lemah kat umah. lesu. lembik.
lagi senang kalau aku flash back 'kenangan' sakit aku ikut tarikh kan? here goes..
25/08/2010 - Rabu
aku pegi keje cam biasa. petang dalam kul 3, aku join operasi team Penguatkuasa. masa operasi ni, aku terasa haus lain macam. nak kata cuaca terik sangat, tak jugak. aku text bagitau joe aku haus sangat2. tapi joe suh aku bertahan, lagi 3 jam je katanya.
abis operasi, aku balik umah terus. sampai umah, kepala stat pening, badan terasa seram sejuk. aku text joe lagi, aku bagitau dia aku dah rasa cam nak demam pulak. joe suh aku buka puasa je, makan ubat, but this time aku pulak refuse sebab dah kul 6 masa ni. rugi pulak.
malam masa berbuka, aku jamah sikit je walaupun ikan pari bakar feveret ada depan mata. tekak aku jammed. subhanAllah. ujian Allah bila datang, semua yang indah2 sebelum ini, jadi tak bermakna dah pada kita kan.. lepas makan ubat, aku baring berselubung. sejuk menggigil2. sampai 2 lapis selimut joe pakaikan, but aku still rasa sejuk.
26/08/2010 - Khamis
aku makin kuat demam. nak bangun pun tak boleh.. badan ni bisa sangat, especially dari bahagian bawah pinggang ke tapak kaki. masa ni memang aku merengek je cam budak kecik. sambil2 tu, joe tuamkan badan aku ngan air sejuk, sebab dia kata badan aku panas gile. padahal aku pulak rasa menggigil sejuk.
pagi tu pegi klinik, dapat mc 2 hari. doc pesan kalau demam tak okay lagi, aku kena wat blood test. aku bagitau mak, as expected, mak aku risau gile gile. every hour dia call tanya aku camne. time sakit camni, kalau mak ada sebelah sama2, memang best kan..
selera makan masa ni memang dah putus abis. nak minum air pun aku tak lalu. dah rasa macam kena morning sickness masa preggy dulu. macam2 joe cube buatkan nak suh aku makan. dia masakkan megi, belikan roti la, buatkan sup la.. tapi sume tu kena reject ngan tekak aku.
malam pulak, ekon semua aku tak kasi on. kalau tak, jadi udang la aku bergulung2. kesian chiepani ngan dedi, tido suam2 kuku je mengharapkan kipas siling. hihi. sori dear!
27/08/2010 - Jumaat
ada rasa perubahan sikit. badan terasa ok. lagipun harini adik kesayangan aku sampai. joe siap motivate lagi, "sayang kena sihat cepat, fiqah nak datang ni.. kan kita nak bawak dia jalan.."
maybe disebabkan ni, aku bersemangat. walaupun badan masih longlai, tapi malam tu aku gagahkan jugak pegi keluar bawak adik aku jalan cari baju raya dia.
malam tu kitorang buka puasa di Lerk Thai. semua orang aku tengok berselera makan, tinggal aku je terkulat2 memandang. selera masih belum ada. aku hirup mango juice 2-3 kali je. tu je yang mampu.
balik umah, aku melepek semula. flat betul rasanya. sekejap je aku okay rupanya.
28/08/2010 - Sabtu
perut aku memulas2. aku kena diarrhoea. aduh, dah la perut kosong, diarrhoea pulak tu. last2, dalam pukul 12 camtu, aku muntah. yang mengerikan aku, muntah aku ada campur darah. huh. kelam kabut joe suh aku bersiap nak angkut pegi spital. tapi aku nak gi klinik je. kalau gi spital, aku kompom kena admit. taknakkkkkkk..
mak aku, bile bagitau dia aku vomit ada mixture of blood, lagilaaaa dia panik. jam2 tu gak dia cakap nak datang melaka. tapi aku cakap takyah, joe ada boley handle. seb baek adik aku ada umah, so chiepani kitorang tinggalkan je kat umah. sampai klinik, doc amik darah, penuh 1 tube. huhu. fengsan!
masa kat klinik, abang aku lak call. peh, cepat tul mak sebar berita. hihi. abang aku siap ingat aku kena santau. haishhh...
balik umah, aku sambung melepek lagi. abis semua tenaga. even masa pegi klinik pun, kena papah. aku jalan seret kaki je..
29/08/2010 - Ahad
takde ape2 positif. cume aku dah boley telan air sikit2, especially air kelapa. selebihnya aku baring je.
sian adik aku, pagi ni dia naik bas balik ke kolej semula. tak dapat nak hantar. joe je pegi hanta dia. tak dapat nak bawak dia shopping kasut sume. takpela iqa, nanti ko balik umah klang, ko pegila shopping sendiri ngan mak ye.
30/08/2010 - Isnin
aku dapat call dari klinik. doc suh datang. panik gak nak tau ape keputusannya.
doc cakap, platelet count aku rendah. dia suspect Dengue atau Measles. dia check aku, demam dah takde. so dia amik lagi sekali darah aku, dia cakap if 2nd punya result platelet count tak naik, or lagi decrease, no choice... I HAVE TO BE ADMITTED. uwaaaaaaaaaaaa
31/08/2010 - Selasa
arini cuti merdeka kan. so memang sah2 lab tutup. takde la result aku arini. aku cume berbekalkan ubat anti-viral yang dia bagi je. and kena banyak minum air masak. aku kena push myself untuk minum banyak air, sebab aku taknak kena admit. tak syukkkeeeee.
menjelang tengahari, badan aku rasa sedap sikit. dah boley wat keje sikit2. dah ley main ngan chiepani. kalau tak, chiepani tu kemain sombong lagi, datang 'singgah' sebelah momi pun dia taknak tau.
joe pulak every hour paksa aku minum paling kurang 1 gelas air masak. payau tul tekak aku nak telan. makkkkkk nak makkkkkk.... time2 ni rasa nak manja2 ngan mak pulak.
and finally, alhamdulillah.. malam tadi aku dah ley jalan2 keluar rumah. siap temankan chiepani main bunga api, walaupun pada hakikatnya yang main tu adalah dedi. hihi. malam sebelum tido, joe tanya,
"sayang dah ley gi keje ke esok? "
"boley kot... orang cuba.. "
" k, kalau tak larat, balik la ye.. "
01/09/2010 - Rabu
aku datang opis setelah 4 ari mc. muka still pucat and tak bermaya. harap2 aku boley bertahan sampai petang ni. and paling terharu, joe buatkan beg bekal tuk aku. dia masukkan air thermos, roti ngan nestum. dia suh makan, jangan biar perut kosong.
begitulah kisahnya.. sakit ni datang bila2 je kan.. tak kirala kita bersedia atau tidak. aku redha dengan dugaan sakit di bulan Ramadhan dan bersyukur sangat sebab masih dikelilingi orang-orang tersayang yang mengambil berat tentang kita bila kita ditimpa sakit. alangkah beruntungnya aku jika dibandingkan dengan orang yang terlantar sakit dan diabaikan kebajikannya.. wallahualam.
p/s: abang, thanx sangat2.. taktau nak balas camne.. ILUSM.
2 comments:
dasyatnya demam ko zue, smpi 4ari?? syukur alhamdulillah skrg ko dh kembali sembuh & leh la gelak2 layan anak kan........take care zue ;p
amm: a'ah...aku kena denggi... huhu...
tu la, sekali kena sakit, memang lama..
thanx mek.. alhamdulillah, sekarang dah pulih sikit...
Post a Comment