Friday, June 24, 2011

adik tunang

assalam uols...


baru hegeh2 nak buat entry pasal adik I tunang yek... ada mak kesah? kalau mak sendirik yang tunang, haruslah secepat mungkin mak wat liputan kan... gituuuu...

adik yang bertunang ni adik yang bawah I... umur baru 23 tahun, tapi dah miang. kau ada? takde kan... hahahaha.

and tunang dia lak, umur sebaya I... tapi dia panggil I kakak, ahhhh tak kuase! rasa tua pulak.. tapi mak cakap dia panggil kakak sebab respek la kan.. non adonya... takyah berakak2,even adik2 I pun panggil I "Jedah" je... so, u can call me Jedah ok Nuzul...

majlis tunang wat ari ahad (19/6)... yang I ni punyalah beria2 siap amik cuti from Friday, ingat nak balik awal tolong rewang ke hape kan...rupe2nya I silap tarikh ko... I mati2 ingat kendurinya on Saturday... sah ni tanda2 awal penyakit Alzheimer nak menyerang kan... ;)

tapi syiok gak balik awal umah mak...Jumaat malam dah start potong2 bawang cili sume segala. ramai jiran datang tolong. adik beradik sume ada...meriah wooo... sabtu pepagi lak pas subuh, I, abang and mak I gi pasar borong Klang.. mak beli ayam macam cara2 nak wat kenduri kawen..punyalah banyak! seb baek orang kedai tu ley hantar sampai kereta...

hari Ahad seawal subuh lagi kitorang dah start rewang. mak memang prefer nak masak sendiri... tapi kitorang dah sound mak awal2, sok kenduri kawennya katering je tau... taknak masak2 sendiri... macam nak fengsan rasanya.. alhamdulillah, ramai datang tolong mak masak. mak pulak request suh I masak sambal tempe and suhun goreng.. mak jemah masakkan sedap... wah!! syok sendiri... hahaha. tapi series, dua kuali besar tu abes licin tau! welll... see the hands la ye ;)

dalam kul 12 lebih masak2 and hidang2 sume dah settle. I teman akak pegi amik kek kat kawan dia.. and mak andam adik I pun dah sampai. but honestly I kureng suka dengan mekap dia.. nampak gelap and tak-in. pelik muka adik I dibuatnya.. dah la muka dia memang pelik! kakakakakaka. I cakap, baik amik Eita je mekapkan.. lagi puas ati...

rombongan meminang sampai dalam kul 2.30 camtu.. punyalah ramai, kusss semangat. mak dah risau lauk pauk tak cukup, tapi alhamdulillah cukup semuanya..lagipun rombongan pihak lelaki dah siap2 melantak sebelum berangkat... ni cara2 diorang datang meminang, kita tengok nanti majlis langsungnya... mak ayah, silalah standby khemah barang sepoloh doploh ye...

yang dari belah family kitorang dah konfem la ramai. belah ayah je sekampung kot datang. haha. tapi seronok, bukan selalu dapat kumpul macam ni. masa ni lah nak keluar gosip2 ngan sepupu sume kan. ;)

nah, layan dua bijik pics masa majlis tu ari. cukup dua je ye. kalau nak tengok banyak, tunggu majlis kawen dia tahun depan. insyaAllah, katanya bulan 6....




anak I cam biasa, luar kawalan minda kitorang. orang baca doa, dia menyibuk menyelit nak duk kat riba makde dia. mak jemah biorkan je... kang kalau tegur tak pasal2 dia ngamuk jam jam tu gak..

alhamdulillah, majlis petang tu berjalan lancar and selesai dalam kul 4 lebih.. lepas majlis memasing membongkang kepenatan. esoknya, Monday weols sume cuti... ahhhh legaaaaaaaaaaa.....


4 comments:

•♥• RR •♥• said...

oucchh tersedak eita baca.. ekeke! amik mak andam kt mana zue? ok jugak mekapnya tu.. huhu

~│CatWoman│~ said...

ngeeee... tah, bukit kapar kot kalau tak silap..member2 adik gak tu ;)

Dallies said...

wah dah selamat bertunang pun cik Siti..Tahniah Zue,x lama lg dpt adik Ipar baru :)

~│CatWoman│~ said...

dallies: aah... alhamdulillah...bertambah lagi keluarga kami... ;)

thanx dallies ;)