Friday, September 30, 2011

salam jumaat ;)

assalam uols....


salam jumaat uols sume... nape kawan2 I dah lama update stori korang heh? amm, eita, dallies... mano korang poie? eden busan weyh ari2 bukak blog tunggu entry baru korang, tapi nan hadoooo.... seb baek la akak Green Apple tu rajin hapdet... terhibur ati den yang lara ni.. hiksss... lara ke?

baru2 ni I banyak baca kat wall fesbuk tu pasal kejadian yang dijangka akan berlaku 2012 nanti... especially part bulan Ramadhan tahun depan... wuuu scary tau... kalau betul camne la ek... bila I cakap kat dedi joe, dia cakap mati tu kan sesuatu yang pasti.... jadi takyah la nak tunggu sampai date tu sampai baru nak taubat... start dari sekarang dah kena berubah... tambah mana yang tak cukup... banyakkan buat amal ibadat... gituuuu katanye... terus insaf I dengar... (ate, lepas ni harus gi surau jap gi solat dhuha ye..)

jom la kawan2, kite topup mana2 yang kurang pada diri kita.. insyaAllah moga semua urusan kita dipermudahkan dan amal ibadat kita diterima olehNya... amin amin amin.

ok, cukup tazkirah ustajah pagi ni. ustajah nak sambung cite lain pulak.

esok Sabtu kan? dedi joe telah dengan tidak semena2nya menyuarakan pendapat beliau kat I malam tadi..

" sayang, jom gi zoo sok.. "

" zoo??" (macam nak terkeluar bijik mata I dengar perkataan zoo tu)

omaigod.

I dah jelak kot masuk zoo since zaman belajar dulu... lotih makcik weyh duk dalam zoo... lagi2 zoo melaka tu haa.. sampaikan tempat tersorok yang diorang letakkan rimau yang stok makan orang tu pun kitorang dah tau kat mana...

sume kandang I dah tau isi ape.. segala ceruk rantau dalam zoo tu I dah hapal kot.

tapi takpelah, demi anak... kita gagahkan jugak perasaan nak masuk zoo sok. harap2 I tak muntah. hweee! n nak cube usha kawan I yang kat zoo tu, mintak masuk pintu belakang je... nak free la kannnn katanye.... keji tak? hahahaha

tapi sebelum gi zoo kite ke pasar borong dulu ye bang... I nak masak laksa.. dah lama kemaruk nak makan laksa.. aritu gi open house ada yang serve laksa , tapi tidak menepati citarasa tekak I. makanye esok pagi sebelum gi zoo, kita operasi buat laksa dulu la ye.. balik dari zoo sure kebulur kan? eh, ke nak masak nasi lemak sambal sotong? dua2 cam best je ni.. takpe, malam kang sebelum tido aku decide nak masak apa.

rasa tak sabar nak tunggu abes keje petang ni.. pasal minggu ni adalah minggu yang stress bangat. keje melambak2 masuk. pastu ada sorang budak (ke bapak budak) yang ari2 buat darah I mendidih, rasa cam nak lempang dia laju2 tapi tak boleh sebab dia dah kategori warga emas. wakakakaka. tapi seriyes beb, gua memang sampai satu tahap dah rasa cam nak tonjol2 je kepala dia.. arghhhhh stress!!! menda kecik anak pun ko takley nak setel, abes amik gaji tiap2 bulan tu watpe? pelisssssssss la weyhhhh

semalam dek kerana letih otak pikir pasal makhluk sorang tu, I ajak dedi keluar.. kitorang gi main game kat JJ baru tu.. sume game I belasah.. pastu membongkang ngan hanny duk dalam playland.. siap layan dia main masak2 sume segala... fuhh, sangat mereleasekan tension aktiviti tu ;) ** oh ye, semalam I telah membuat ramai orang tertanya2 tentang satu pic yang I tepek kat fesbuk... I rasa cam nak pecah perut gelak guling2 baca komen mereka.. kikikiki... jahatnye kamu! jahatnye kamu! I pun taktau camne korang sume boley terpikir I nak belikan Hanny mendalah tu... lagipun, I tak penah nampak pun set tu jual kat mana2.. Toys R Us pun takde.. maybe kena tempah kot... tahle, wallahualam... yang Hanny ada kat umah tu pun dedi dia yang belikan masa outstation aritu... tapi takla complete set pun.. ;)

ha, lagi satu nak tayang dalam entry ni... arini I pakai Sara Marissa pulak.. fink kalerrr... auuummm!

santek ke dok?


dedi joe tanye, " ni tudung apa pulak? cantik gak designnye..."

"ni sara marissa"

"sara marissa la pulak... aritu fareeda... ni lain dah?"

"ni fareeda la bang... tapi ni jenis sara marissa..."

uiii aiii.... dah namanye lelaki kan... harusla mereka tak amik port sangat bab2 tudung ni kan.. yang diorang tau komen je.. kalau cantik dia cakap cantik, kalau tak cantik tu kang yang tak tahan nak dengar...

contoh komen beliau,


"cam indon je yang...."

choooiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Thursday, September 29, 2011

kuku kaki ku cagu...huhu

assalam uols....



nah amik ni..tazkirah petang khamis dari mak leha... ;)




Reminder

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

Sampaikan walau hanya 1 ayat...



renung2kan dan selamat beramal ;))))

Sunday, September 25, 2011

HEPI BESDAY ABANG... ;)

assalam uols....


pagi tadi, dalam kul 8 lebih camtu mr.joe call I...

"morning sayang.... tengah watpe tu?"

"morning abang... duk dalam hall ni, tengah dengar opening speech.."

"ooo... dah sarap? abang buat nasi goreng arini..."

"belum lagi...jap gi kot...sedapnye..rajin abang.. "

"hihi..sayang, sayang lupa ke arini ari apa?"

"arini? kenapa ngan arini?"

"pehhhh....sayang tak ingat ke arini birthday abang?"

"hah??? yeke??? kah kah kah kah... hepi besday abang! i luv u!"

"hurmm.... lupe ye... takpe2...sampai ati..." (sentap dah nada dia ni... hihi)

"ala...orang mintak maaf sgt2... orang betul2 lupa nih..."

"ok takpe, abang main2 je... abang ok...sayang gi la dengar presentation tu dulu..abang nak tukarkan pampers fara, dia berak ni.."

"hihi...ok2 abang... orang mintak maaf tau..."

lepas je mr.joe letak call, I terus rasa terpempan... masyaAllah... nape ni? tak penah lagi sepanjang 10 tahun kitorang kenal (zaman couple, tunang sampai kawen ni) I lupa nak wish birthday dia.. ;(

rasa bersalah sangat2 ni... rasa cam nak lempang muka sendiri... teruk sangat memori I ni kannn.. maybe sebab I outstation time birthday dia.. tu yang langsung lupa.. padahal kat kalendar opis dah tanda siap2... kesiannye joe.. sedih tau hati ni... sayup rasa di benak hati ni...

so tadi, I keluar jalan2 bandar Ipoh, gi belikan dia present... belikan t-shirt Timberland je... brand feveret dia.. mintak2 dia suka.. ingat nak belikan jam, tapi cam susah sikit...kot dia tak berkenan, susah pulak nak gi tukar2 nanti...



abang,

dikesempatan ini, orang nak amik kesempatan nak wish

- Selamat harijadi yang ke-29 abang... terima kasih kerana menjadi seorang suami, kekasih, sahabat karib kepada orang dan dedi kepada anak kita...

- orang doakan abang dipanjangkan umur, murah rezeki, sentiasa dikurniakan tubuh badan yang sihat, dilimpahi rahmat dari Allah S.W.T...

- orang sangat2 bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab, kelakar, rajin, dan sangat2 memahami orang... abang terima orang seadanya...syukur Alhamdulillah...

ok ni je orang nak cakap. takley nak teruskan...airmata bergenang...

nanti orang balik Melaka, kita gi celebrate birthday abang ye...

ILUSM... till death tear us apart...

muuuahhhhhhhhhhh.....


Saturday, September 24, 2011

i lap Fareeda sooo muchhhh...

assalam uols...


makin hari makin sayang... makin jatuh chenta. rasa cam nak beli sume.. boley? tapi nan hadoo la nak beli sume.. I bukan tokey jongkong emas kan... ;)

I beli Fareeda ni ngan adik Cyrus Amiera and Fareeda Saljusha... korang ley add diorang kat fesbuk nun... nak harapkan I pegi butik Fareeda dekat Bangi or Shah Alam tu tak dapek la kan.. bukannye sebelah umah I kan... so far Melaka takde lagi cawangannye... copek arr sesape bukak kat sini weyhh...(tapi bagus gak ye takde kat Melaka ni..kalau tak....pepaham sendiri la ye)


Suraiya Purple + Gold

Suraiya Soft Blue + Pink

Mawar Ropol Brown + Orange

Rozanna 3 layer brooch

Rozana V- Brooch 3 layer

Rozanna 3 layer brooch grey+black

Rozana 2 - layer brooch


muuuuahhhhh kat Fareeda sket ;)


**tengah tunggu lagi 2 helai coming soon from Cyrus Amiera... ^__^

Friday, September 23, 2011

rindunya....

assalam uols...


rasa rindu sangat2 kat Hanny sekarang ni. terbayang je muka dia, keletah dia.. rindu nak main ngan dia...(tapi kalau ada kat umah, asik nak marah je momi dia nih..ishhh)

ni tengah duk sorang2 lagi terasa rindu... terdengar2 suara dia.."ami..ami.." sambil sengeh2.. tak pun tetibe je dia datang peluk dari belakang..."ami...shu shu..." sedihnya... bergenang dah airmata ni.. nak bukak phone tengok gambar dia pun tak sanggup ni.. kang mau melimpah banjir airmata dalam bilik ni... T_T

I ni memang cukup suka marahkan dia.. tapi sebenarnya sayang sangat2... yelah, mak mana yang tak sayangkan anak dia kan.. camne nakal pun tetap sayang...

semalam masa I dah naik keta, dia menangis2 nak ikut. dedi umpankan main bunga api... diam dia sekejap. then tak lama pastu dia tido.. pelik bila hanny tetiba tido awal...selalu kalau tak kul 12, jangan harap dia nak lelap. dia akan hadap youtube dekat ipad sampai mata dia terpejam..

arini hanny ada photo session kat skool...gambar tahunan kelas dia.. before momi pegi, momi dah siapkan baju yang dia nak pakai tuk amik gambar arini.. camne la dia arini amik gambar agaknya.. momi rindu lah...

momi pun takde mood sangat ni. dah la congress kali ni takde ramai kawan yang se'batch' ngan momi.. kalau ada pun diorang jadi ajk congress.. so momi all alone here... cuma siang tadi je seronok masa meeting diorang sume ada... tapi diorang join meeting je, congress ni tak join sebab bayarannye mahal.. (momi opis sponsor, so gigih gak datang ni) ... now sume pun dah balik.. tinggal beberapa kerat je lagi kat hotel ni.. sunyinya momi...

next week 3-4hb kena pegi Penang pulak..tinggal la lagi hanny ngan dedi.. sampai bila momi nak camni ye? momi tak enjoy pun sebenarnya life macam ni.. susah nak cakap.. hanya dedi saja paham keinginan momi.. nantilah, masa yang ditunggu tu akan tiba jugak...insyaAllah...momi nak all the time dengan family... tapi buat masa ni momi tak banyak choice.. ;(

by the way, before ni kalau momi outstation, hanny tak kisah sangat. tapi kalau dedi dia yang takde, memang dia cari...kali ni taktau la pulak camne...

oh ye, lagi satu... tadi rasa menyirap sangat2 ngan satu hamba Allah ni. perangai dia memang ego, besar kepala. takde rasa hormat pada orang lain. asik nak melawan je kejenya.. no wonder la dia dah banyak gaduh ngan ramai orang...

I cuma doakan semoga Allah membimbing dia...lembutkan hatinya...kurangkan amarah dalam dirinya.. dia ni memang terkenal dengan sikap emo nya.. sikit2 nak melenting... curah ais biar beku je eloknye...huhu

ok dah. momi nak rehat jap...malam ni ada dinner.. tapi still boring coz my heart n my soul are not here with me... ;(

hanny, momi miss u sangat2!!!!!!!


Tuesday, September 20, 2011

hanny oh hanny...

assalam uols...


semalam petang kitorang keluar gi shopping groceries... barang basah dalam fridge sume dah kehabisan stok... barang kering je yang so far tak penah kehabisan stok... kan baru lepas balik Segamat khamis lepas, so barang kering kat dapur sume dah full balik... **tengkiu ayah.. thee thee thee

semalam tengah kitorang duk pilih2 barang, Hanny memekak nak air pulak...

"edi nak air..."

dedinye pun gi la amik Minute Maid Pulpy yang perisa oren tuh..

dedi bukak penutup botol tu, then dedi rasa lah sikit air tu kan, masam ke, manis ke...

elok je dedi teguk air tu dalam mulut, terus Hanny jerit;

"edi, bayar dulu!"


KAH KAH KAH KAH


terkekek2 kitorang gelak semalam... seb baek la takde sape kat keliling kitorang... cuma ada pekerja mall tu je kat situ... dia sengeh je dengar hanny cakap camtu semalam...

ekceli Hanny ni I dah ajar dia, if amik anything masa shopping, momi akan cakap kat dia "kita bayar dulu ok..."

so dia dah paham la etika keluar bershopping... unless kalau betul2 dia tak tahan nak minum/makan/main ngan toys, baru kitorang bukak kan on the spot without paying first those items tuh..

dah sampai counter nanti mesti cashier tanye,

"nape amik yang dah bukak cik?"

"bukan dah terbukak, anak saya yang bukak..." (muka tebal nih, tapi still cover...huhu)

abes semalam tak alih2 pulak si Hanny ni boleh bersabar... haihhh... dia pulak siap remind kitorang suh bayar dulu before minum... huhu...

anak oh anak....


Sunday, September 11, 2011

kuih raya

assalam uols....


korang kalau raya, suka makan kuih apa ek?

kalau I, ni antara kuih raya yang paling, paling, paling, paaaaliiiiingg I suke, tiap2 tahun wajib kena ada...



kuih tart nenas. tapi I suke tart gulung je, tart bunga I kureng siket. tahun ni I order 5 bekas kuih tart ni.. tapi before raya je, 2 bekas dah abes kena balun after buka pose..hehe... 2 bekas anta umah mak, pun dah sadakallahalazim... yang ni last kopek lagi 1 bekas, I bawak gi opis... makan sensorang dalam bilik.. ohh indahnye nom nom nom ;)

kuih ni I order ngan akak kedai makan depan umah kitorang. superb giler tart dia, lembut sangat2... masuk mulut, terus melt dalam mulut... perghh memang sedap...inti nenasnya pun sedap.. ada orang wat tart tak sedap, kejung je... and ada yang I penah makan, tart punya pastri tu masin.. tambah garam ke weyh? adeyh... kuih kalau dah memang jenis manis, biarla manis ye...nak watpe pi buh garam sume tuh... out tau rasanye, ouoowuttt!

tahun depan nak order seploh bekas terus! (tamaknye haku!)

ni kuih pesen baru. jumpa masa gi jenjalan kat bazaar Tampin tu ari. Mix Kopi Doughnuts (tapi label tu tulis 'dounut')... kiut kuih ni, ala - ala Dunkin Doughnuts.. rasanye pulak, biasa2 aje.. rasa kopi je lebih.. takmo beli dah tahun depan.. ;)

yang ni pun beli kat Tampin.. Dragon Jelly... rasa susu tepung kuih ni.. sedap gak.. ada banyak lagi belen kat umah. nak rasa kalu, sila lah datang umah I... ;)



ok tu je. keje banyak nak setel ni. babai.


Friday, September 9, 2011

daftar adik di UTHM

assalam uols...


rabu lepas I and mr.joe amik cuti sebab nak ngantau adik bongsu I, Fiqah (aku panggil pikah, kadang2 pikachu!)... dia dapat masuk UTHM kat Batu Pahat tu...dekat jerrrrrr... 1jam setengah from Melaka dah sampai ;)

ari Selasa tu family I datang berlonggok melepak and tido kat umah... and sempat gak Ustaz (boipren pikah) watkan "pagar" umah kami... (ada yang taktau pagar ni ape, sama maksud ngan pendinding ye).. tengkiu ustaz rock :)

cuaca aritu adalah sangat sangat sangattttt panas ya ampun... seb baek kitorang tak bawak hanny, kalau tak mau kitorang cabut awal tak tunggu sampai abes proses pendaftaran pikah aritu... pendaftaran start kul 8.30 pagi sampai 12.30 tengahari.... not bad proses pendaftaran, sangat teratur.. mak bapak pun tak stress menunggu...


pasangan sehati berdansa ;)

sampai2 je wajib posing... tapi ni time tak ready lagi.. sume memasing tengah bertaburan.. I ngan Ct je posing sakan

ok, masa ni dah ready, tapi still tak cukup co-rum.. ayah tercicir kat belakang.. ayah memang cenggini, dia mana suka nak amik gambar..huhu

sementara menanti pikah mendaftar... kitorang duk melepak sampai tertido - tertido kat sini...

ayah, mamat (abang I) and belakang tu boipren pikah... sume panas bontot... diorang bertiga ni asik berjalan keliling U je kejenya..

nasib baik diorang letak tv besar kat ruang menunggu ibubapa... at least dapat gak tau ape yang terjadi dalam dewan pendaftaran... and dapat gak tau bila turn si pikah daftar..

oit pikah, tengok boipren ko... sampai terlentok2 tido! huhu

dah sah jadi student Fakulti Kejuruteraan, UTHM... gud luck pikah! jangan belajar main2 tau!


dalam kul 2 petang, lepas siap pendaftaran, kitorang ke kolej kediaman pulak.. tolong angkut segala barang mak nenek pikah... kagum tengok bilik diorang... besar, selesa... pulak tu ground floor... kipas sorang satu, table study pun besar, almari sorang sebijik...perhhhh memang kalau belajar tak pandai2 gak tak tau la nak cakap ape nih.. ;)

dulu masa zaman I belajar kat matrik ngan U, mano ado dapek bilik seseleso ni haa.. kipas tu seketul atas syiling share 4 orang, almari baju pun 1 daun je tuk kite, 1 lagi tu kawan sebelah... dah la duk tingkat 3..omak aiii... patutla masa belajar dulu den kurus kedengking... ;)

siap sume tu, kitorang keluar gi makan kat Parit Raja... then gi supermarket jap topup lagi sikit barang2 keperluan pikah...

I belanja pikah beli laptop baru sebijik, tapi pakai duit mr.Joe.. (haha...aci ke tak?) sebab pikah dah jahanamkan laptop lama dia...so kesian pulak bila masuk U ni takde lappy... student sekarang sume main laptop je... time aku dulu mana ada... pakai desktop tu jugak la ke sana ke mari..

harapan I cume satu je, I nak pikah grad dengan flying colors... i tak kisah spend my money on her, janji dia berjaya and leh membanggakan mak n ayah...sejuk perut mak ngandungkan ko nanti ;)

ol the beszzz bebeh!


p/s: perasan tak takde satu pun gambar joe? dia jadik cameraman kitorang, so takde gambar dia.. hehehehe


Monday, September 5, 2011

hari raya ke - 4

assalam uols...


uols keje dah ke arini? huhu... I keje... lemau tul rasanye nih... rasa nak halfday pulok...

pa'akal la rabu ni nak cuti, so gagahkan gak datang opis arini...then next week nak cuti lagi... so kena jaga reputasi siket... takmo cuti panjang2 ye!

ok, back to the story...

I skip cite pasal raya 1st sampai raya ke -3... terus nak cite pasal raya ke -4.. kami ke Sabak Bernam, lawat sedara mara sebelah ayah kat sana...biasanye tiap2 tahun memang gi sana, wajib katanye..

salah sebuah rumah yang kami singgah aritu adalah umah Mak Anjang, adik ayah... ada cite menarik pasal tapak umah ni... ala2 seekers la jugak.. tapi mak anjang dah tak duk sini.. dia pindah duk buat rumah kat tanah sebelah... but umah ni masih kukuh berdiri.. dah dekat 100 tahun lebih rasanya usia umah ni...


ni tangga main nak masuk umah Mak Anjang... umah ni style umah atas, dapur, toilet sume kat atas... takde bahagian bawah...pesen umah orang Perak piyorrr ye..

model kaftan ---- adik I yang bongsu, Fiqah. walaupun umah ni dah dekat 5 tahun takde orang duduk, but dia still kukuh... tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan...


since raya tahun ni boipren fiqah a.k.a anak angkat mak ayah I ikut kami gi beraya, and since dia ada "specialties" (bape kali since daaa), maka berlakulah kejadian mistik yang I rasa, kalaulah I masuk dalam YouTube konfem mencanak2 hit kat video tuh... huhu...

erk.... nak kena cite ke kejadian tu? takyah la ye.. tetibe rasa tegak bulu roma nih. trrr...trrr...trrrr

ni la boipren si pikah. dah macam pengantin baru aku tengok. siap pakai sedondon. kemain nau!

ni dah kat umah orang lain.. ni umah Tok Lang kitorang. umah dia cantek, umah kampung asli... kitorang tak abes2 posing kat umah dia.. tangga umah dia paling kitorang admire ;)


rasa tak puas ati tengok pic ni... walaupun badan berjaya nampak slim (teknik posing sebelah sisi), tapi pipi tu tetap takley sorok.. adoiiiiiiiiii.... jeles weyh tengok pipi adik2 aku... kempis je pipi diorang berdua! (yang tudung hitam tu bukan adik ye, tu mak I!)



ok dah, nak sambung wat keje balik. tak jadi nak cite pasal "kejadian istimewa" kat tapak umah Mak Anjang aritu...

ser...ser...ser...!!!!