Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan al-Mubarak datang lagi!

salam uols...


alhamdulillah, syukur sangat2 pada Ilahi kerana kita semua masih berpeluang untuk menyambut ramadhan pada tahun ini... semua hepi kan nak puasa sok?

meriahnya bulan pose tiap2 tahun adalah dengan kehadiran bazaar ramadhan yang tumbuh macam cendawan di seluruh Malaysia. selain dari nak kumpul pahala banyak2 di bulan pose ni, bulan pose juga adalah salah satu bulan yang dinanti2kan every year sebab ada bazaar ramadhan... ada betui ka?

kalau kat Melaka ni, bazaar Ramadhan paling meriah dekat Peringgit. sepanjang2 jalan tu penuh dengan gerai jual makanan. tak kurang juga dekat Taman Cempaka ngan Pantai Klebang. happening giler!

but this year, ada satu bazaar ramadhan baru nak bukak. ianya terletak dekat taman aku tinggal sekarang. huyeah! sangat2 menyenangkan.. takyah nak bersesak2 balik keje nak pegi jauh2 beli juadah buka pose. alhamdulillah.

juadah wajib aku masa buka pose adalah... teng teng teng... **ish ish... zue, orang sibuk cite nak pose, ko sibuk cite pasal makanan eyh? huhu. ampunnnnn kengkawan...


no 1 : Ayam Percik Bangsar. wajibbbbbul ghannah ni.


no.2 : Laksa Limbongan. yummeh!! menitik air liur.. huhu. selalunya laksa ni wat bersahur memang best.
no.3 : Murtabak Singapore.. walllaahhh!

no.4 : Kuih Pulut Panggang... tempting...



menarik kan... huhu. gaya cam budak2 je. belum pose dah pikir nak makan ape. hahaha. tapi takpekan.. bukan aku sorang pun yang perangai camni. ^___*

urm, ada satu perkara yang aku agak kaget, takut2 terlupa nak makan.. seriyes.. takut sangat sangat sangat..

bahaya kalau tak makan or terlupa nak makan.

ni dia...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V


pil perancang! sekarang kan siang dah takle makan. so malam before nak tido kena ingat2. makanye pil ini wajib dihidangkan bersama2 juadah berbuka yang lain untuk mengelakkan kes terlupa makan cam hari tu. cuak beb!

last but not least, tadi aku dapat pressie from my junior kat faculty dulu. kebetulan dia datang bagi lecture kat opis aku tadi.. dia kasik Body Shop Morrocan Rose set kat aku... thanx dik! katanye ni pressie nak sambut Ramadhan. kelasss gitew. nak raya kang, ko bagi lain ye kat akak ye.. hahaha


okay la kengkawan semua, sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak tepat pada maghrib ni, aku nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua yang membaca blog ni.. mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap... semoga dengan kehadiran Ramadhan tahun ini, kite semua akan mendapat barakah dariNya.. insyaAllah...

Sunday, August 8, 2010

the 1 year+1 month old little lady...

salam uols..

dah lama tak updet perkembangan si chiepani ni. ekceli, takde ape banyak yang berkembang pun. huhu

habit paling ketara bila dia masuk umur 1 tahun ni adalah, suka tido telangkup cam pic bawah ni.
dulu dia tido biasa je, either meniarap or dia akan mengiring. but now position sudah berubah. position baru dia; ventral recumbency. (ke total ventral recumbency?)

lagi nyenyak kot tido style camni kot....

then, suka sangat2 berkemas. rajinnnnnn anak momi n dedi ni kan.. korang cakap jelah, ape je yang dia tak kemas dalam umah ni. sume dah siap dikemaskan. malam tadi, lepas mandikan dia, dia sibuk kemaskan baju2 momi dalam almari. time kasey ye nak... **sile baca dengan sayu hati.

petang tadi, dia berkemas kat dapur. habis minyak masak dia tumpahkan. takpe cayang, pasni nak tumpahkan beras dalam tong sume pun takpeeeeee... buat ye, buat selalu selalu..

momi nak pakai baju ape malam ni? chiepani tolong amikkan ye..


bab bercakap, boley la sikit2. kalau kite suh dia babai, dia akan sebut "baa" je. mana ilang huruf "i" tu pun aku taktau. kalau nak makan, dia sebut "mamam, mamam, mamam" laju2. siap repeat sampai 3 kali.

chiepani still takley panggil momi n dedi. tapi since umur dia 7 months, dia suka sebut "mama" and "abaa".. mana lak ko belajau nih? kompius momi okay.

paling kelakar, chiepani sangat cepat meng"imitate" ape saja yang kami buat. kalau dedi bersin, dia akan tiru immediately, siap tangan tangkup kat muka sekali. kalau dedi picit idung momi, dia pun ikut picit sama pastu! moral of the story, jangan main picit2 depan anak. dia dah pandai tiru bulat2.. BA ALIP HA YA! hahaha

kalau bawak kuar g shopping groceries, jangan harap nak duk dalam stroller dia. dia nak duk dalam troli tu. ngada2 kan... momi tau, dia nak duk dalam troli sebab nak senang pick up ape2 yang berkenan dekat mata dia. biase taw!

bab makan, sangat fussy pulak sekarang, dulu dia belasah je apepun kite sumbat. sekarang ari2 kena tukar menu porridge dia. penat la aku meng"gugel" resipi dalam tenet. kot taknak makan gak, momi kasi chiepani makan biskut meri je pasni pahammmm.

berjalan? still takle lagi. dia suke berdiri, memanjat tangga sume. tapi nak berjalan kemain la susahnye. ada gak orang bagi petua suh dia cepat berjalan.. tapi both of us memang taknak layan petua2 camtu. for what? tak necessary for us pun. lambat ke cepat dia jalan, doesn't matter. janji anak momi n dedi ni sihat and bijak. so, kami biar jelah dia.. biarla dia amik masa nak explore sikit2.. lain budak kan lain physical and mental stage development dia..

okay, tang pic bawah ni sangat2 buat momi dia bervuloo ye. **read berbulu

kasut raya chiepani dah ada 3 pasang. kemain dedi ko kan...momi mintak sepasang pun hazab nau nak dapat.. siap bebel kat momi cakap kasut momi dah penuh satu almari la, ape la.. tengok2 kasut chiepani senang2 je dedi beli kan ye!


abang, budak ni belum boley jalan lagi... buat pe beli kasut banyak2??


sekian untuk kali ini. now, momi nak pegi lancarkan perang kat dedi ko... momi jelez taw!!!!

Friday, August 6, 2010

another shelter house for unwanted cats..

salam uols...


semalam aku dijemput sekali oleh salah satu lagi Majlis Perbandaran kat Melaka ni.

another shelter house for stray cats was built! yeay2!! alhamdulillah..

basically, shelter house ni akan dikendalikan oleh salah seorang anggota NGO. and jabatan veterinar diminta untuk bekerjasama dalam khidmat rawatan dan penjagaan mereka.

perasaan aku? sangat super duper suka! huhu. ekceli, aku memang ada intention tuk kutip semua kucing2 yang berkeliaran kat kedai makan, pasar2 sume then bawak balik. tapi aku belum ada kemampuan dari segi bangunan dan bajet nak sara makanan mereka. nanti lah, one day kalau dimurahkan rezeki, aku akan set up gak 1 cats house ni. insyaAllah.

okay, jom proceed pada cerita rumah kucing yang baru ni.

kucing2 ni ditempatkan di 2 buah rumah, kuarters lama kerajaan, I guess. dah takde orang duduk, and rumah ni sangatlah besar. ada 4 bilik tiap2 rumah, so total ada 8 bilik plus umah sebelah dia.

buat masa ni, kucing2 yang tinggal kat sini ada dalam 30++ je. tak macam yang rumah lagi satu aritu, ada dalam 80++ cats.

lagipun rumah baru ni ada bilik2 berasingan, so easy nak separate jantan from betina, kittens, preggy queens, and kucing yang sakit.

so total rumah kucing yang ada kat Melaka dah ada dalam 4 buah, including SPCA. harap2 rumah kucing dan anjing akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa. kesian sangat kat diorang yang bersepah2 kat luar sana, tak cukup makan...takde tempat tido yang proper...

anak kucing ni eksaited gile masa kami datang. melompat naik atas pintu. hehe.

ni bilik tuk kucing betina. sodap eyh dapat tido camni?

kawasan luar rumah kucing. syukur alhamdulillah, diorang dapat tinggal kat tempat yang proper.


yang ni comel giler. and sangat aktif. kalau gemok sure ramai nak kan?



momi, which book should I read first?


ops! yang ni bukan rumah kucing. ni "rumah kecik" chiepani. aku malas nak wat separate entry, so belasah letak dalam ni sekali.

holoh holoh... tu sebenarnya bukan pilih buku mana nak baca... eksen je lebey. dia tengah campak kuar sume buku dari rak tu...

dah penat "berkemas"... kita minum dulu!


inilah bilik bawah, yang kami tukar jadi bilik mainan chiepani... bilik chiepani kat atas, dedi tak kasi letak mainan.. semak kata dedi.

ekceli belum siap sepenuhnya. baru 70% siap.. karpet pun main belasah je letak yg bunge bunge. dinding pun tak cat lagik. and masih ada beberapa kotak unwanted things dalam bilik ni. fenin mana nak letak barang2 tu. nak buang sayang....

kalau buat garage sales, ada orang mau beli ka?


Wednesday, August 4, 2010

keras lagik!

salam uols..

ekceli ada banyak menda nak cite.

ada cite pasal opis.

ada cite pasal anak.

ada cite pasal $$$$$$$... ngeh ngeh. ** ni takle cite. nanti orang tuduh kite riak.

okay, aku cite pasal anak la. sape laie anak aku, si chiepani tu lah.

2-3 arini dia asik kena constipation. kesian giler kat dia. each time die kena, dia akan melalak sampai kejang2 badannye.

nak bagi dia cool down, kena dukung je masa dia nangis, and dia akan lentuk je kat bahu sambil nyonyot puting dia. **huhu, kiut ok! lama gak dia meneran, tapi tak berhasil. puas la kitorang urut2 perut dia, belakang dia...kunun nak kasi stools dia comes out la. tapi harraaammm. takde hasil.

setakat arini, aku tak sempat nak merakamkan aksi dia 'meneran'. haha. gile kan mak ko. budak tengah meneran berak, siap nak dirakamkan. bukan ape, seriyes.. muke chiepani masa meneran sangat kiut. berkerut2 dahi, pastu siap ada saound efek. ngggghhhhhrrrrr.... wakakaka
(kalau orang besar buat camni, gelisss okay!)

kitorang dah bagi dia makan ubat. aku bagi duphalac. kadang2 sampai 2 kali. tapi takde kesan langsung. aku try bagi diclofenac sodium (yang masuk montot tu), pun taknak kuar gak 'emas' dia... hmmmmmm

dedi dia pulak, siap sapu2kan betik kat puting suh dia nyonyot. semalam, siap paksa dia makan betik sampai termuntah balik dia. sian anak aku.. last2 dia tertido..

so caner nak wat? nak kata tak bagi buah, ari2 kami bekalkan buah ke nursery. ke teacher tak bagi ni? even, dalam porridge dia kami bubuh banyak veges plus olive oil lagi..

ni nak kena wat CSI aku ni.. kalau aku find out teacher tak bagi chiepani makan buah, awas kamu! tapi dalam buku daily report, ari2 dia tulis " hanny makan bubur habis, buah pun habis.."

abes, kalau dah bagi, mustahil anak aku masih kena constipation lagi kan??

ni yang tetibe wat aku geram ni. tapi dedi dia lagi geram. semalam, masa anak aku melalak2, joe terus cari buku taska chiepani. tak penah2 okay joe tulis ape2 dalam buku tu... dia warning suh teacher paksa chiepani makan buah kat taska sampai abes.. huhu. sape tak sayang anak kan?

arini report taska ada tulis... "hanny buang air besar 2kali, tapi keras.. "

urmm.... keras lagiiiiiii..... dedi, do sumthing!!

jelita sara

salam uols...

pagi ni aku nak cite pasal tudung jelita sara ni..

okay, ni salah satu koleksi tudung jelita sara yang aku ada.

gile taksub okay ngan tudung2 ni. dalam masa 2 minggu, aku dah beli 5 helai. huhu.

semalam pun aku order satu lagik. sampai abe joe jambul cakap, "aik, beli lagi?? " hahaha
naseb ko la bang kan, dah dapat bini cenggini, nak buek camno.. ekau kena pasrah yoo.

tudung ni kaler lite peach. sangat santek. nak2 pulak orang yang pakai tu pun santek.. *puuiiiiii!! muntah ijau

ada muka kaunselor ke aku ni ha?

ni close up kat awning. embroided awning. memang lawa wok!


kualiti kain sangat2 la merangsangkan memberangsangkan nafsu I. lembut je kain nye, sejuk je bile pakai. memang nyaman senyaman-nyamannya.

ekceli owner jelita sara ni, wife pada opismate joe. so aku order arini, petang kang gak terus dapat. hihi. besoknya gak la aku terus pakai. haha.

special attention to my fren, dallies.. ko minat tak tudung camni? kalau minat inform kat aku k laling..

pada yang berminat, boley klik kat sini. tudung koleksi jelita sara sangat laris cam pisang panas. sumpah tak tipu. contoh, katalah arini dia release new collection, kompom lusa korang bukak balik, sume dah SOLD OUT. so, sila cepat cepat beli kalau dah minat. takmo tunggu2 okay. ^_^

Monday, August 2, 2010

gigihnya die...

salam uols...

minggu ni merangkap bulan ni, adalah bulan bizi gue. tak menang tangan okay.

tu cara cara pekerja contoh yang sejati. hak hak hakkkk tuiihhhh

rajin kebendanye... harrraappp nak tengok aku rajin. ni rajin sebab terpaksa.

style opis aku, dah hujung tahun ni, kompom melantun lantun menimbun keje.

sana nak odit, sini nak peksa, sinun nak baca draftnye.. haduiiii berpusing kepala aku..

dengan meeting yang berderet - deret dari pagi santak ke petang. **tapi meeting suke sebab ada makan2. hikss

petang tadi aku kena 'kejau' ngan bos..

"doc zue, u dah abis semak draft walit tu? "

dengan sesuci embun paginya aku jawab..

"belum doc, saya baru baca 1st section, tak sempat abiskan.. last week saya banyak audit luar..saya cube submit by the end of this week k bos.."

nguahahaha. gile power susunan ayat kan? bile bercakap, mesti kencing sikit convincing sikit, boley uolsssss....

arini, gue dengan semangat gigih dan waja, bawak balik, diulangi aku BAWAK BALIK okay draft ni. gigih tau, gigih! ** zue, bape kali nak sebut gigih ni?!

cak cak cak... tengok tarikh tu.. dah seminggu woit!

ada sape2 ley tolong aku semak draft ni? ada 50++ mukasurat. ada berann?

Sunday, August 1, 2010

terima kasih mak...

salam uols..

kadang2 aku rasa nyesal duk jauh ngan mak.. (erk, melaka ngan klang jauh ke?hihi)

kan best kalau ari2 duk bawah ketiak mak cam adik2 aku.

semua mak siapkan. semua mak yang prepare.

bangun pagi, sume dah ready.. makan tengahari sume beres! malam pun camtu..bestnye! tapi sampai bile nak camtu kan.. nak nak lagi aku dah kawen.. dah ada anak sorang punnnnn....

anak-anak mak semua dah besar.. dah boley berdikari. tapi layanan mak pada kami adik beradik tak pernah berubah. mak tetap mak. takde galang ganti.

tiap tiap kali balik umah mak, mak akan sediakan semua feveret aku. mak tak penah lupa.

bangun pagi, air thermos chiepani, bubur nasi chiepani sume mak dah siapkan. terharunya...

semalam, umah aku meriah sebab mamat ngan pikah ada sekali.

mak plan nak masak daging rusa yang aku bawak balik. **hehehe untung taw keje jabatan veterinar. sonang baiti nak dapat ruse nih! joe jambul; menantu kesayangan mak request nak rusa masak sup, piqah nak rusa tu dibuat rendang, akak pulak nak rusa tu di masak kari..

aku tau, mak memang takkan hampakan permintaan kitorang. so, mak masakkan 3 jenis lauk yang kitorang request tu. terima kasih mak! sayanggggg mak..

aku ingat lagi time belajar dulu, everytime nak balik kampus, aku akan request mak masak sumthing. say, aku nak makan laksa. mak akan ensure dia masak lebih sebab mak suh kasi kawan2 kat kolej.. helehhh, sapelah lagi yang tumpang semangkuk makanan aku tu kan.. si joe la, sape lagi. hahaha

masa abang aku stadi kat Japan dulu, mak akan sedaya upaya fulfill ape je yang abang aku nak. tiap2 bulan ayah akan hantar sekotak besar makanan kat post office. sampai akak tu pun dah kenal muka ayah. hihi. mak penah pos sambal belacan tuk abang aku tau! wakakaka

even tadi masa aku nak balik, mak siap tapaukan ikan dah siap siang, siap buh garam kunyit sume. balik tinggal goreng je! ke mak tau, orang memang pemalas mak? huhu

now, tradisi tu, piqah lak take turn. die pun kalau nak balik asrama je, mesti tapau sumthing dari umah.

masakan mak buatkan kami sentiasa dekat di hati mak..


ni mak ngan piqah. mak tak suke amik gamba. so ni gamba paling best ada dalam simpanan aku.

kadang2 aku terpikir, adakah aku akan jadi seorang ibu seperti mak aku?

adakah aku mampu tunaikan setiap permintaan anak anak aku, macam mak buat pada kami sekarang?

well, i REALLY REALLY REALLY hope to be like her. insyaAllah.

mak, terima kasih atas segalanya. orang doakan mak sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang sempurna. amin.