Monday, February 15, 2010

CNY 2010

salam uols...

lama dah tak update blog. kata cuti kan...so rehat la puas2 ek. cuti ni kami balik johor, umah family joe. memang acara wajib pun kan, sebulan sekali memang balik punya. hehe joe tuntut nafkah. wakakakaka takdela memain jek!

cuma beza balik kampung kali ni sebab ianya lama sikit dari biasa. sonok la dapat spend time lama sikit kat kampung (jujur ke zue? hahahahaha) eyh memang best taw kampung joe nih. paling best soto acik yang memang menjilat ibu jari kaki tuh. yummeh!

tak banyak aktiviti nak buat weekend nih sebab anak kami si FZ tu tak berapa sihat. dia asik muntah2 je, then diarrhoea. saya suspect die kena rotavirus infection, but how come kan sebab FZ dah amik kalau tak silap triple dose against this virus. dah la cuti panjang, hazabnye la nak mencari klinik. jangan kata nak cari klinik pakar kanak2, klinik umum pun tutup sumenya. last2 jumpa klinik kat Batu Pahat, klinik surgery pulak tuh. wahahahaha lantakla janji ada doktor kan...belasah jelah..

alhamdulillah, pas doc ni check2 dia cakap FZ okay je, bukan infection. maybe sebab this week we started to introduce her with porridge yang dicampur ngan sayur dan fish. huhu. selalu bagi bubur kosong jer.

macam saya cakap, takde apepun yang menarik kan nak share aktiviti this weekend. ada ape lagi ke yang special selain cuti raya cinos nih? ada? takde kot... valentine? sori nyah, we ols memang tak masuk dalam diari bab2 nih... hehe. to us, everyday is a lovers' day. wahhhhh poyo gitu. betul what!

oh ye, sebelum terlupa. sehari sebelum balik kampung aritu, kami godak our master bedroom. saja nak tukar rupa. ni lah hasilnya. pasni nak beli lampu tido baru. lampu tido kami yang lama dalam bilik ni, arwah memon dah langgar and pecahkan... uwaaaaa mahal taw lampu tuh! makde bagi hadiah kawen kami tuh......




saya ngan joe memang puas ati ngan susun atur baru bilik ni. kami beli satu lagi single bed, sambung ngan katil queen tuh. sebab FZ tido kemain lasak lagi. sian daddy, selalu tido bawah je ngan FZ sebelum nih, mummy sensorang atas katil. wahahaha. so finally kami buat decision untuk wat extension pada katil kami. nak beli king bed rasa membazir pulak, sebab takde tempat nak sumbat katil queen nih. semua bilik dah penuh ngan katil masing2. so solutionnya, beli satu katil kecik, rapatkan sebelah katil lama. kreatif nox... lapang ko.... sedap membuta memasing. nak terkangkang tido puas2 pun tak sape kesah. hehehehe

perabot kecik2 yang lain dah campak kat bilik FZ. saya cakap kat joe, kuarkan jelah tv dalam bilik nih, bukan tengok pun. tapi biasalah kan, saya sure kalah bab2 camni. joe dan tv, bagai irama dan lagu, bagai ombak dan pantai, bagi astro dan espn... joe cakap, tak bukak pun takpe, janji ada tv dalam bilik.. adehhhh....

2 comments:

amm said...

lampu ikea tu bubuh je la dkt bilik ni...

~│CatWoman│~ said...

amm: hehe. lampu tuh dah buh kat tangga... lalalala