salam uols...
pepagi ni on je blog, tengok belog bebudak nih, owh kena tagged gue ye. from mama miq.
so here we goes.......
1) kekasih saya adalah :
sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pulak. ahaks...
sape lagi kalau bukan Mr. Joe Jambullllllllllllll
2) saya sedang mendengar :
ceramah agama. ngahaha. tipu!! tak... lagu adam lambert. again n again.
3) saya patut :
tak tau ape yang patut dibuat sekarang.
4) saya suka :
banyak perkara. banyak sangat menda nak dilistkan. juling kang mata sensorang baca entry nih.
5) sahabat-sahabat baik saya :
sape yang baik ngan aku, mereka la sahabat baik aku. kot tak baik takkan aku nak kawan ye tak?
6) saya tak paham :
macam mana sistem sms berfungsi?
macam mana kita nak tau kalau kereta punya lampu brek kita tak berfungsi kalau kita on the move? dah accident baru ley tau?
macam mana nak tau ape yang bos aku tengah pikirkan sekarang?
ngahahahaha.
7) saya kehilangan :
kucing gemok kesayangan kami. memon, we miss u always!!!
8) ramai yang berkata :
bila la nak hari jumaat. bosannya hari isnin...
9) makna nama saya :
tah. mak cakap dulu mak penah tanya ustaz. tapi lupa dah maksudnya. tapi kalau aku kaji nama aku, ZURAIDAH -----> ada ala2 Zoo kan? so sahih la. aku memang suka hewan. boley camni?
10) cinta itu adalah :
miracle! anugerah Tuhan yang tiada tandingan.
11) di sesuatu tempat, seseorang sedang :
mengulau. mengulau. mengulau.
12) saya akan cuba :
kurangkan aktiviti mengulau.
13) ayat SELAMANYA membawa maksud :
hubungan kami sekeluarga semoga kekal ke akhir hayat. amin.
14) saya paling meluat apabila :
orang suka belagak tak bertempat, suka pandang rendah pada orang lain, kak nam n the gang, suka dengki pada orang lain, suka 'down' kan diri sendiri , pastu suka tuding jari pada orang lain. okay, hadiah harijadi paling sesuai tuk orang spesis camni ------> cermin!!
15) pesta/parti adalah :
aku bukan jenis orang yang suka pesta/parti. tapi untuk anak boley la. tu pun dalam perancangan. maybe kenduri doa selamat lebih afdal.
16) haiwan yang paling comel yang pernah anda temui :
arwah kucing gemok aku... memon...
17) peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
masa bayi dan kanak-kanak. penuh dengan keseronokan.
18) hari ini :
hari Rabu. jap gi nak gi ikut operasi penutupan ladang. musnahkan!!! yeabaaaa2!!!
19) malam ini saya akan :
ajak joe gi makan sizzling stonegrill. yummeh! pastu balik umah teruskan agenda laki bini. tunaikan tanggungjawab. wakakaka
20) esok pula saya akan :
packing bag. lusa nak gi dah ! cuti2 di Penang.
21) saya betul-betul inginkan :
memon kembali kepada kami. tapi tak mungkin kan?
ekceli banyak benda yang aku inginkan. tapi dalam masa terdekat adalah, aku nak menggodam 'menatang' yang aku cite kat korang dalam entry yang lepas2 dulu. bila la nak ada masa nak godam mendaalah ni ek? haihhhh
22) ketika anda lihat wajah anda dicermin pagi ini:
menjeregol je! (bahasa perak ni. sape tak tau lantak. )
23) pusat membeli belah atau arked permainan :
midvalley, jusco bandaraya melaka, ngan KLCC.
24) makanan barat atau jepun :
Thailand aka Siam.
25) bilik yang terang atau gelap :
of cos la terang. sape tak kenal aku je yang tanya nape aku jawab terang.
26) bestfriend ever :
ramaiii.....
27) nape sampai 26 soalan je?
tak tau. tanya moderator.
28) nape tak buat sampai 30 je?
pencipta soalan kehabisan idea. kakakaka.
No comments:
Post a Comment