Thursday, May 20, 2010

rojak pasemboq

salam uols...

okay ni nak tayang gamba anak buah terbaru dalam family kitorang... presenting....

Mia Aleesya Sofea...

ni anak abang joe. aku panggil abang pi'e. comel giler, muka cinos abis... ni masa majlis akikah dia, last week kat muar. umur 13 hari masa ni. kecitttt lagi, haluihhh kata orang perak.

tu mia bergambar ngan maktuk belah arwah mama joe. mia ngan chiepani panggil dia 'nenek'. patutnya nak amik gambar ngan maktuk belah ayah joe, yang tu memang cina pure. muka mia pun sebijik dia. tapi masa ni maktuk tah ke mana, busy layan tetamu rasanya. so non ado. nanti raya aku snap pic mia banyak2 sama nenek dia keh.




cam biasa arr, aku musti mau letak gamba anak aku chiepani. 18 Mei aritu genap umur dia 11 bulan. ayah joe (atuk chiepani ) eksaited gilos tak sabar tunggu cucu sulung dia sampai dari melaka pagi tu. bape kali asik call joe tanya kat mana dah. tu chiepani pakai baju yang atuk belikan. dan dan je atuk dia, sampai je terus bagi baju sebundle, siap bungkus dalam pembalut hadiah. pastu suh kitorang bukak baju yang dia pakai pagi tu, tukar ngan baju baru atuk beli. untung ye budak kecik ni...

ekceli memang dah lama kami tak balik segamat umah ayah joe. camno nak balik, ayah manjang je takde. busy masak sana sini. tu yang dia terlebih eksaited nak jumpa chiepani. masa akikah mia ni, ayah free. so ayah la yang masak sume hidangan hari tu. nasi beriani koooo... nasi beriani ayah memang mabeles! ayah siap tapau tuk kitorang satu tapawe besau... aku bantai sampai 4 round makan. hahahaha

update terkini pasal anak kami. last month dia dah pandai babai kat orang. now dia dah pandai nak salam, pastu cium tangan. gilak ah, terharu beb! anak sendiri dah pandai salam cium tangan segala. kembang je ati ni.. masa kat kenduri aritu, berebut la sume orang nak salam ngan dia. paling hepi tok tam dia, siap suh salam banyak kali sampai chiepani tensi. ngahaha

okay abes. ni aku nak selit gak cerita pagi tadi on the way nak ke opis.

ada satu kereta satria neo nih, duk cucuk aku gile babi punya rapat dari belakang. aku intai, sah pompuan. poyo okay. aku cukup nyampah orang camni. apehal yang ko nak cucuk orang dari belakang?

tapi aku cam biasa. menten kool dalam keta, takde la aku nak sumpah seranah sume. tak baik pagi dah marah.

tapi.............

aku guna taktik yang paling aku suka buat.

aku biar dia cucuk aku kaw2 punya dari belakang, while aku menten drive at 90km/hour. normal la jalan biasa, pehal nak tekan minyak sampai 100 bagai?

bila dekat dah nak sampai simpang masuk opis aku, baru aku bagi signal, then aku slow down.

gila tersasar pompuan tu brek. padan muka ko! seb baik tak cium kereta aku pagi tadi. kalau cium, mapos la dia nak membayaw nye.

satu jelah perangai aku, aku memang cukup loya tengok pompuan yang bawak keta style camni. konon eksen bawak laju2, tapi ko tak pikir ni bukan hiway beb. agak2 la. takyah der nak tekan2 gila babi pedal minyak tu. bila aku brake, gelabah biawak ko tekan brek dari belakang.

so ada berani lagi nak wat camni?

nak race jom pi litar sepang. tapi bukan ngan aku. ngan schumacher okay! ( erk, betul ke eja ni? hahaha)

4 comments:

amm said...

sedap nm bby tu =)

zue comelz said...

amm: pengaruh mia amani... hehehe.

Dallies said...

bestnyer dpt pak mentua camni yer Zue...aku xde pak mentua..

zue comelz said...

dallies: a'ah...sonok la gak... kalau gi umah ayah, kompom dia masak kaw2 punye.. hehe