Monday, May 24, 2010

coti2 @ Hard Rock Penang

salam uols...

akhirnya. solosai den upload pics ni sume. berkurun aku tunggu. dalam pada sibuk praktis nak KIK sok kat Putrajaya, aku sempat cilok2 masuk bilik upload pics. ampunkan saya my KIK team! ngahaha

aku rasa aku tak larat nak menaip panjang lebar. totally exhausted. abes sume kederat minggu ni. suara dah stat tukar cam ella. harap2 sok aku tak sengau time presentation. melalak la team aku ngan juri dengar sok. hahaha

alhamdulillah. akhirnya hasrat aku nak pi Penang tercapai. purposely niat aku cuma nak stay di Hard Rock Hotel. bangga beb, malaysia ada HARD ROCK HOTEL!!! before ni just ada hard rock cafe je.

so bila launch je hotel ni, aku memang pasang hajat nak gi sana. plan nak gi last April, tapi banyak perkara menghalang. akhirnya, last week, selamat lah kami sampai ke sana.

kami bertolak from Melaka dalam 4.45pm rasanya. sampai dah dekat kul 10 malam. perjalanan sesak sikit and hujan lebat kat Perak. sampai je Georgetown terus cari tempat nak membuta.

then pagi2, kul 8pagi kitorang dah gerak keluar ke Bukit Bendera. harapan tinggi ni, nak bawak chiepani gi naik cable car.......

tapi.....

malang ye uols. cable car adalah TUTUP! sedey the bangat derrr... so bergambar jelah depan gate masuk Bukit Bendera nih.. =(

ni signboard besaw JKR depan entrance. tutup selama 6 bulan. sekian terima kasih.

dah tak dan nak naik cable car, kami pegi cari Toy Museum. dekat je. kat Tanjung Bungah. to Dallies yang nak ke sana this june, toy museum ni betul2 depan hotel copthorne orchid. kena masuk dalam hotel ni, kat parking hotel tu lah terletaknya museum ini.
so far sangat menarik. tapi flyers yang kami dapat tu menipu. dalam flyers tunjuk orang boley bergambar siap peluk2 toy2 yang dipamerkan macam kat madame tussaud punya museum tuh. tapi masa kami sampai, sume patung adalah duk di dalam cermin ya.
museum ni sekali masuk rm10 adult, children rm5 kalau tak silap. baby FOC.
menarik dalam museum ni. sume koleksi toys and movie character ada dalam ni. termasuk la buah hati aku yang kena reject, Captain Jack Sparrow. sian ko, kena kurung dalam cermin kaca. wakakakaka . tulah, sape suh menggatal kan.....

atas: koleksi karakter dalam movie SAW. feberet aku gak nih.
bawah: jejaka labah2

okay. ni ekceli pic dalam hotel. abaikan la kalau korang tengok lepas pic dalam hotel ni, tetiba ada balik gambar toy museum. aku pun tak tau camne nak gayakan lagi. tunggang terbalik gambaw dalam nih. sori taw, bukan disengajakan.
ni adalah antara kudapan yang disediakan. mantap nyah!


ni dalam toilet. hebat wall mirror dia. boley slide2. kalau aku slide tolak ke kiri kanan, akan terpacul la gambar legenda rock. sape ek nama dia yang buta tu? stevie wonder kan? ha, tul lah agaknya. hehe.



ni adalah toilettries yang disediakan. malatops gak.


haaa... kan dah muncul balik gamba kat toy museum. abaikan.



ni kat entrance. baik sangat tukang jaga counter. dia la yang kami harapkan nak tolong snap2 kan pic. kalau tak kena gilir2 je. ko snap aku, aku snap ko.



ni la bilik yang kitorang stay. ekceli masa booking, mintak hillview je. tapi masa joe check-in, orang tu cakap diorang wat promotion. diorang upgrade ke family suite. harga tetap sama, MYR529.00. so no cakap banyak, joe just accept sajer. okay pe, besaw bapak bilik dia. king bed tu yang chiepani duk tertiarap haa. kemain dia la yang rasmi dulu tilam tuh.
bantal and bedsheet sangat stylo. sume ada motif guitar printed. stylo habis. rasa nak tanggal bawak balik. batak kan?

ni anak aku dah terbongkang tak sadarkan diri. sebelum dia tido terbongkang ni, sebonarnya, dia dah jatuh terlentang dari katil. biar dia rasa, lasak sangat. orang suh duk diam dia merangkak gak nak intai bawah. merasa la dia cium karpet hard rock. ngahahaha.


sabtu petang, joe layan anak dia kat pool. aku tukang amik gambaw je. koser nak basahkan baju. bikini pun tak bawak. tak feel la mandi pool tak pakai bikini kannnnn. ( wahhhh ada ati! )



pastu gerak ke depan sikit, gi ke beach. chiepani ni tah pape ye, mandi pool kemain eksaited, sampai taknak keluar. tapi bila bawak ke beach, terlalak2 dia mintak balik. takut tengok ombak dekat. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. eh.



depan cafe. merasa gak bergambaw ngan mikel jeksen. korang jangan jeles.



laksa penang. ni makan kat depan miami beach. memang sodap hingga makan dua mangkuk. bini sape yang kuat melantak ni?


ni pulak char kuey teow udang. share ngan joe. perut nak melatop dah tadi, belasah laksa sampai 2 mangkuk. hehe

dah gi hard rock, wajibul ghannah la beli baju dia kan.. since kami memang peminat Hard Rock punya shirts, aku myself rembat sampai 2 helai. suka design baru diorang, ala2 Ed Hardy. ada roses sume. satu lagi aku beli long sleeves, ada hoodie. smart beb.
akak kedai ni suh aku amik Hard Rock Shakira punya edition. dia cakap ni baru sampai. tapi aku cakap aku dah ada kak. Hard Rock San Diego punya.. (peh, siap nak cakap kan. poyo je. hahaha)
bukan aku pun yang gi sana, kirim kat joe je.


ni daddy punya. dragon motif.



last but not least, for our princess, kami pilih this pinky dress. harga sama cam orang besaw punya t-shirt. hampeh tul hard rock shop ni punya pricing.


so overall, kami sangat2 sangat2 enjoy this trip. sangat bahagia dapat stay di HRH. harap sangat dapat datang sini lagi. insyaAllah. joe cakap, hotel ni sangat best as compared to other 5 stars punya hotel like J.W Mariott sume. yeke? ye kot. petang tu kami bertolak dari Penang dekat2 kul 3 petang, dalam kul 7.30 malam selamat sampai Melaka. alhamdulillah, jalan ok.
memang nak datang lagi, tapi not this year. kena jimat sikit coz before raya tahun ni, insyaAllah kami mengharap sangat pada sesuatu untuk menjadi milik kami. tak sabar!!

5 comments:

amm said...

best2.....semua best tp yg plg best laksa tu...nyum2....

Rita Razif said...

comel nyer dress hanny.. aunty eita nk pijam bleh.. agak2 bleh jd bikini x? ngeee

Dallies said...

uihh kalau aku pun pekena laksa bermangkuk2..x nampak org kiri kanan dah..akukan hantu laksa..char kuay teow tu pun nampak soooo tempting,telan air liur aku..gulp!
ko x citer psl bazaar pun?best x?mcm jonker walk ke?
ko penah gi avillion pd?pun terbaik,room rate sama hard rock.trylah next time..

zue comelz said...

amm: ngah2...tau xpe...rasa nak makan lagi je..
eita: tq aunty...ley2... tp ley cover sebelah top saje... hehe
dallies: ha'ah, aku terlupa nak cerita. haha. tapi cam chow kit je nite market tuh..
kalau pd x gi lagi. tapi this july i'Allah nak tido kat water legend ( eyh, betul ke aku tulis ni? haha.) nanti aku usha. next july ada family day opis.

Anonymous said...

nak tanya..
t-shirt hard rock kat penang shlai brape?
tq.