Monday, July 19, 2010

mengantuk giler ni weyh!

salam uols..

pagi ni, status fb aku adalah ---> Zue Hantu Kuceng is a koala bear.

bahasa melayu nye, Zue Hantu Kuceng adalah koala bear.

sejak bile ko tukar spesis ni? ish ish ish.. nauzubillahiminzalik.

bukan betul2 tukar, tapi pagi ni aku rasa mata aku ada sama ngan nate tu.

penyebabnya tak lain tak bukan, chiepani anak dara aku tuh.

dari malam tadi sampai ke pagi ni, selang sejam dia merengek siap menjerit.

mula2 dedi tido sebelah dia. last2 dalam lebih kurang kul 4 pagi tadi, aku pulak baring sebelah dia.

kesian kat dedi, kasi chance dedi tido aman pulak. ingatkan bile aku baring sebelah dia, dia nak tido elok elok. bertambah hampeh lagi adalah.

kali ni, selang setengah jam dia okk ekk owk ekkk aaaaaaaaaa!! **sambil menjerit okay.

peh, cube bayangkan, aku langsung takle nak tido. kalau la opis ni bapak aku yang punye, kompom aku datang kul seploh pagi ni. tapi malangnya opis ni bukan opis bapak aku, jadi kena gagahkan diri masuk opis ontime. eceh.

aku tak tau nape chiepani wat perangai camni. padahal before ni okay je. makin besar makin ngada2 tau. nak kata sakit perut, petang semalam berak 2 kali dah. nak kata lapar, semalam aku rasa dia terlebih makan.. sampaikan jagung aku pun dia sebat.

abes tu kamu kenapa chiepani? ape yang kamu rengekkan? nak tunggu mak ko ni tukar jadi wolverine ke baru ley tido leklok? hihi... tetibe wolverine la pulak..

jap gi kul 9 aku ada meeting. wahai tuan pengerusi, ampunkan patik jika sekiranya patik kelihatan seperti menangguk ikan di ayer yang keroh. eh, di dalam bilik mesyuarat. sesungguhnya anak dara patik buat perangai malam tadi, lantas patik tidak mendapat tido yang cukup 8 jam. orang dewasa kan kena tido 8 jam. kalau kurang, nanti tak produktif efektif di siang hari.

bos, ley pakai tak alasan saya ngantuk dalam opis ni? tolongla tima.. plis.. plis..

lagi satu kan bos, kalau boley, saya harap sangat meeting pagi ni habis cepat. kul 12 saya ada appointment ngan gynae, nak wat pap smear.

PAP SMEAR??? takot! takot! taknak pegi ley tak?

ngee~~~ ngeri!!

eh, tadi cite pasal anak. ni termasuk bab meeting ngan pap smear pulak. nampak sangat aku berada di bawah paras sedar ketika menaip blog nih. sori sori.

cite balik pasal anak.

chiepani dah genap 1 tahun, 1 bulan. dah banyak pandai sangat, dah banyak noty sangat. seriyes, tak larat nak layan dia main. dedi cakap dia macam budak laki laki.

chiepani jugak dah paham simple2 direction yang kita bagi kat dia.

contohnye, kalau tengah merengek2 nak minum susu, di kala kite tengah asyik terlentang depan tv malas nak bangun, aku panggil dia and cakap;

"chiepani, come to momi. bring ur bottle here... come sayang, come.. "

jap gi ko tengok, chiepani datang terkedek2 bawak botol susu dia, baring sebelah kita.

kalau chiepani ajak main bola ngan dia, tetibe aku terbaling jauh bola tu, aku akan cakap,

"chiepani, take ur ball sayang.. the green ball ye.. give it to momi " ** ada dua bijik bola, satu lagi kaler merah, so kena bagitau which one.. kalau tak dua2 dia pegi amik nanti

nanti bile dia dah amik bola tu, aku akan jek2 dia siket... "chiepani gud girl, smart girl! "
jam2 tu gak dia tepuk tangan dia.. hepi la tu kena puji2. budak2 memang camni kan, kalau dia ikut arahan kita, kite kena puji dia, bagi compliments sikit. dia akan rasa perbuatan dia dihargai dan ambil dengan positif setiap arahan kita beri.. eh, paham ke ape aku cakap nih? aku pun tak tau camne nak explain nih.

tapi yang penting, jangan marah2 kalau dia takley ikut arahan kita. kena banyak sabar. mesti try n error. macam ajar dia salam siap kiss kita, bukan sekali ajar die terus pandai. megik la sape ley wat camtu.. kena ajar tiap2 ari, baru dia ingat.

overall aku sangat hepi ngan perkembangan chiepani. dia senang di ajar, n mudah belajar. terang hati.. alhamdulillah.

tapi dalam pada mengajar ni, ada je idea yang dedi nak duk pedajal nih. bile chiepani mintak nak makan, chiepani akan cakap " mamam, mamam.."

"chiepani gi dapur, wat bubur sendiri.. kan dedi dah ajar aritu..."

ewah ewah ewah... sajaknye kau johari ye. agak2 la nak bagi arahan kat budak nih. buat memain lak yeee... ape abang ingat anak kite dah seploh tahun? dah pandai nak tenggek periuk sendiri atas dapur?

tapi yang sebenarnya aku tau, dedi tu nak perli momi dia. sebab sejak chiepani ni dah pandai dengar arahan kitorang, momi semakin menjadik2 malas nak bangun. kalau dah baring tuh, uiii beratnye montot ni nak bangun buat susu segala. hik hik.

makan dalam woooooo dedi punye perli. takpe2.. ada ubi ada batas, ada lori ada bot, ada shopping mall ada troli, lain hari momi lak nak perli.

tungggguuuuuuuuu!!!

4 comments:

CatlinaFly said...

growth spurt ko..nak membesar..E-ein pun ada masa2 dia tak nyenyak tido dan nak menjerit2 menangis je..tanpa sebab..

dah nak beralih bulan ke chiepani?

jgn lupe join giveaway akak k..

~│CatWoman│~ said...

kak maiza: tu la..saya pun rasa camtu.. baru je masuk setahun sebulan semalam..
tapi kan kak, kejadian beralih bulan ni berlaku sampai bile ye?
okay , insyaAllah saya join.. =)

CatlinaFly said...

tak sure..maybe sampai 2 tahun kot?akak agak2 aje sebab pernah baca tapi dah lupe..tulah bila datang angin e-ein ni, sampai minum susu pun tak nak..dia pernah tak minum susu satu hari langsung zaman2 kegemilangan ngamuk2 dulu..tapi masa tu dah makan, so selagi dia aktif, kira sihatlah..esoknye dia minum la pulak..kadang2 benda2 camni berlarutan dlm 2-3 hari baru back to normal self.actually budak2 ni tgh cari identiti diri kot hehehe memandai jek aku!hihi

~│CatWoman│~ said...

k.maiza: o...camtu ek.. hurm, maknanya kami ni ada lebih kurang 1 tahun lagi nak 'berperang' ngan chiepani.. hohohoho
so far dia xpenah lagi tak minum susu sampai sehari, tapi kalau pasni dia buat, dah tau la nak watpe..

thx kak for the info =)