salam uols...
sebelum tu, ada satu pengumuman: semasa aku sedang menaip ni, mata adalah berada di tahap paling kritikal. layu je ni, asik nak tertutup. ngantuk tahap gaban2 seantero dunia. tunggu lagi 1 jam, pastu ley tido kang. sabar sabar...
okay, sambung cerita.
yang sebenarnya nak cite pasal aku hangin sepoi sepoi bahasa ngan si kecik kat umah ni.
semalam kan Melaka adalah cuti. maka kami semua melepek je la kat umah, takde plan gi mana2. ingat nak berehat2 la kan..
biasanya chiepani akan tido dalam kul 11 pagi, dalam 1-2 jam camtu. jadi semalam, kul 11.15 camtu, dia pun terlelap.. alhamdulillah. lega, dapat momi dedi join tido gak kan..
tapi dia tido tak lama, dalam kul 12 tu dia dah celik.. siap sengeh2 panjat2 badan kitorang yang tengah tergolek depan tv. cisssssssssss potong stim nak tido arr..
kitorang pun layankan jelah dia.. ceh, kitorang ke? hua hua hua. sebenarnya aku mengelat. aku selamber gak tido, joe je layan anak dia main. gasak la korang. mata aku memang ngantuk sangat2, al-maklumlah... bulan pose baru bermula... yang kelentung kelentang kat dapur kul 4 pagi sape laie, I la... sok luse kang lali la mata ni.. ** InsyaAllah.... maka adil la jika aku continue tido di siang hari sementara dedi melayan anak tu main.
so dari tengahari semalam, sampai la bawak ke petang, chiepani ni langsung taknak tido. haih. gewaammm hati!!
masuk kul 5 petang, joe suh aku bersiap, nak pegi bazaar ramadhan. nasik je masak kat umah. hihi. chiepani pulak, still tak tunjukkan tanda2 mengantuk. pelik bin ajaib! budak nak membesar, memang camni ke pesen nya?
-----------> selingan iklan jap eyh <-----------
masa dekat pasar ramadhan, aku nampak orang jual siput sedut. urmmm telan liur nengoknya. tapi aku senyap2 je. takmo cakap kat joe nak siput tu. kontrol ayu bagaii. jalan2 sampai ujung pasar, joe tanye,
JJ: sayang nak makan ape berbuka ni? dah sampai ujung kite ni..
A: orang sebenarnya teringin nak makan siput sedut kat kedai tadi..
JJ: la.. nape tak cakap tadi?
A: mmm.. orang mana pandai sedut.. tau makan je..
JJ: aik, abis selama ni sayang makan siput sedut, sape yang sedutkan?
A: abang la... **sambil wat muka tak bersalah. kikiki
JJ: dah tuuuu? beli jelah sayang, nanti abang sedutkan la..
aku pun terus.... YAHOOO!!! laju2 pegi jalan kaki cari gerai jual siput tadi. lap u la abe joe jambul.
------> tamat dah selingan <--------
balik pasar ramadhan, dedi mandikan chiepani... dengan harapan, lepas mandi dia akan rasa sedap badan, pastu terus ZzzzZZZzzz.... aman kami nak berbuka nanti kan. pehhhhh tinggi harapan kami. hahaha
nampak gayenya kaedah tu cam nak membuahkan hasil. dalam kul 7 dia dah layu. kite pun tepuk2 la dia. mata dia pun ala2 nak terlelap. kitorang pun dah siap yes yes la kan. dapat gak kami makan elok2 ni kang. tapi tak sampai 5 minit, mata dia celik cam biasa.
tersenyum2, pastu bangun pegi balik capai mainan dia. humak ai.. panaz betul ati ni. sengaja ye chiepani ni boikot momi ngan dedi dia taw. sanggup dia tahan mata seharian, sebab nak join kitorang makan.
siap2 makan, dedi pegi terawih. tinggal momi ngan chiepani je. dedi ingat time dia balik mesjid anak dah tido, rupenya hampeh. ligat lagi budak tu tengah main. sume di punggahnya dalam umah tu. ngaaaaa... genetik sape kamu ikut ni? momi dulu tahap disiplin sangat tinggi tau. takde sepah2 barang sume ni ** yeke? ke ikut dedi? dedi, sila jawabbbbbb.
penyudahnya, malam tadi dalam kul 11.30 malam, baru la dia tido. pelik sungguh, seharian dia tak tido, main sepanjang ari, nape dia tak ngantuk2?
2 comments:
bdk nk membesar normal mcm tu kot zue.. miq pn cukup payah tido siang.. tp sharp 9.30 mlm dia pengsan smpai pg.. hihi
time berbuker nsb baik dia nk layan tv.. wuwu
eita: joe pn cakap camtu gak..tp aduii..mana larat layan dia main seharian kan... kalau nak main sorang2 xpe gak..ni paksa kite join dia.. haha
selalu dia kalau malam, sama macam miq...terus pengsan smpai pagi..semalam je dia lain macam... =(
Post a Comment