Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan al-Mubarak datang lagi!

salam uols...


alhamdulillah, syukur sangat2 pada Ilahi kerana kita semua masih berpeluang untuk menyambut ramadhan pada tahun ini... semua hepi kan nak puasa sok?

meriahnya bulan pose tiap2 tahun adalah dengan kehadiran bazaar ramadhan yang tumbuh macam cendawan di seluruh Malaysia. selain dari nak kumpul pahala banyak2 di bulan pose ni, bulan pose juga adalah salah satu bulan yang dinanti2kan every year sebab ada bazaar ramadhan... ada betui ka?

kalau kat Melaka ni, bazaar Ramadhan paling meriah dekat Peringgit. sepanjang2 jalan tu penuh dengan gerai jual makanan. tak kurang juga dekat Taman Cempaka ngan Pantai Klebang. happening giler!

but this year, ada satu bazaar ramadhan baru nak bukak. ianya terletak dekat taman aku tinggal sekarang. huyeah! sangat2 menyenangkan.. takyah nak bersesak2 balik keje nak pegi jauh2 beli juadah buka pose. alhamdulillah.

juadah wajib aku masa buka pose adalah... teng teng teng... **ish ish... zue, orang sibuk cite nak pose, ko sibuk cite pasal makanan eyh? huhu. ampunnnnn kengkawan...


no 1 : Ayam Percik Bangsar. wajibbbbbul ghannah ni.


no.2 : Laksa Limbongan. yummeh!! menitik air liur.. huhu. selalunya laksa ni wat bersahur memang best.
no.3 : Murtabak Singapore.. walllaahhh!

no.4 : Kuih Pulut Panggang... tempting...



menarik kan... huhu. gaya cam budak2 je. belum pose dah pikir nak makan ape. hahaha. tapi takpekan.. bukan aku sorang pun yang perangai camni. ^___*

urm, ada satu perkara yang aku agak kaget, takut2 terlupa nak makan.. seriyes.. takut sangat sangat sangat..

bahaya kalau tak makan or terlupa nak makan.

ni dia...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V


pil perancang! sekarang kan siang dah takle makan. so malam before nak tido kena ingat2. makanye pil ini wajib dihidangkan bersama2 juadah berbuka yang lain untuk mengelakkan kes terlupa makan cam hari tu. cuak beb!

last but not least, tadi aku dapat pressie from my junior kat faculty dulu. kebetulan dia datang bagi lecture kat opis aku tadi.. dia kasik Body Shop Morrocan Rose set kat aku... thanx dik! katanye ni pressie nak sambut Ramadhan. kelasss gitew. nak raya kang, ko bagi lain ye kat akak ye.. hahaha


okay la kengkawan semua, sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak tepat pada maghrib ni, aku nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua yang membaca blog ni.. mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap... semoga dengan kehadiran Ramadhan tahun ini, kite semua akan mendapat barakah dariNya.. insyaAllah...

2 comments:

Hana Faza-same person said...

selamat berposa kak zue..
uitt, hehehe, sila jgn lupa tu..tp kalau terlupa, ok gak..leh cipanie dpt adik :P LOL

sori salah silap ek

~│IbuCats│~ said...

faza: thx... selamat berpose tuk faza gak... =)
dun wori, one day chiepani akan ada adik.. =)