Monday, November 15, 2010

sampai ati mak dia...

salam uols...

aku macam nak share la cite pasal sorang mak ni. bukan nak mengaibkan, tapi just nak sharing and supaya kita ambik iktibar je ye..

korang ingat tak aku pernah offer aritu pasal katil besi 2 tingkat yang kitorang nak let go je aritu?

nak dijadikan cita, adalah sorang anak ni, masih bersekolah, berminat kat katil ni...

so aku assume dia mintak mak dia belikan la katil tu from we ols.

mak dia ni pun tanyalah kat aku, bape aku nak tolak katil tu... pas bincang2 ngan joe, kitorang decide nak tolak dalam rm100 je... murah sangat sebenarnya, sebab katil tu still tip top conditionnya. but since niat asal kitorang mula2 nak buang je, tapi dah ada orang nak beli... tolak jelah murah2.. okay la tu kan...

then, after aku ber'sms' ngan mak dia ni, mak dia tanya tu, tanya ni.. pastu bila aku sebut je price, mak dia terus senyap tak reply2..

the next few days, aku terserempak ngan mak budak ni.... aku tanya lah kat dia..

"kak, jadi tak nak beli katil tu?"

"sebenarnya bukan akak yang nak beli, tapi anak akak yang nak katil tu... akak cakap dia, kalau nak katil tu, bayar lah sendiri pakai duit tabung dia...."

aku tersentak sekejap dengar statement akak ni... ish... ada ke patut dia suh anak dia guna duit tabung sendiri?

bukannya anak dia mintak belikan something yang pelik2 or mahal2 pun... ni kan kira keperluan anak dia, and as a parents, tanggungjawab dia la kan nak sediakan perkara2 camtu.

lain lah kalau anak dia mintak PS3 ke, iPhone4 ke, jam Mont Blanc ke... beg sekolah LV ke... tu memang melampau la.. kalau aku, aku pun tak belikan... kalau anak aku insist nak gak, aku akan suh dia kumpul duit... tu kira logik la kan? (alaa...duit yang dia kumpul tu pun sah2 la duit elaun yang makpak dia bagi gak kan... hehehe)

jadi secara logiknya, aku rasa memang tak patut la mak dia suh anak dia korek duit tabung sendiri, sebab nak beli katil tu... lagipun mak dia ni bekerja... pendapatan monthly pun besar gak... kalau aku, aku pun tak sanggup nak keluar duit tabung aku.. sayangggg weyh...

aku taktau la ape motif mak dia sebenarnya kan... yang pasti, aku kesian gilerr tengok muka anak dia..

kecewa weyh! T_T

2 comments:

Dear Sharul, said...

kedekut punya mak ! hehe. rm100 pun nak berkira dgn anak sendiri

~│IbuCats│~ said...

mizah: tu la pasal kan... tah pape... =(