Saturday, December 18, 2010

jangan tiru macam saya...

salam uols...


susah jadi orang yang cepat terpengaruh dan mudah kesian ni taw...

citenya camni... dua tahun lepas, ada minah cinos approached aku masa tengah makan kat Secret Recipe.. dia promote Diners Club Card tu... banyakla benefitnya.. kad ni adalah Charge Card.. cukup bulan dapat bil, kena bayar exactly bape yang ko dah pakai dalam masa sebulan...

beberapa bulan pertama memang aku pakai la, especially time makan sebab dapat 10% off eveytime kita dine-in kat certain restaurant... dalam bulan februari 2009, aku hantar surat nak terminate kad ni.. and aku terbayar lebih, dalam rm50. so next month punya bill, which is bulan March, diorang kreditkan rm50 tu dalam kad ni..

masa tu aku tak terpikir la nak tanya, kad ni dah settle ke proses terminate dia... aku pun gunalah rm50 yang dikreditkan dalam kad tu pegi tuang minyak... pastu memang tak guna langsung dah.. aku mati2 ingat la yang kad ni memang dah tak valid lepas aku hantar surat nak terminate and settlekan sume bil...

tapi yang shelakee nye kan, last week orang dari Diners Club call aku, bagitau aku ada bil tertunggak rm50 lagi. aku tanya apesal aku ada bayaran tertunggak pulak sedangkan aku dah terminate kad tu tahun lepas lagi.. bla bla bla dia explain, upenya itu adalah Government Service Tax... lahanatttt!!

dah tak pasal2 aku kena bayar lagi rm50 kat diorang kemarin.. hampeh! sumpah pasni aku taknak dah berurusan ngan company yang perangai camni...



ni contoh Diners Club Card yang aku penah guna... tapi aku dah ilangkan kad tu. huhu.. taktau la mana aku campak kad tu. mapos la, aku pun tak ingin nak tengok kelibat kad tu lagik...

then baru2 ni pulak, aku terpengaruh dengan satu panggilan tepon ni.. dari Link Club.. anak syarikat Touch n Go punye company. tapi kad ni takla kena bayar ape2 pun bulan2...bayar lump sum certain amount, then aku validate tuk guna kad ni.. selain dari guna tuk bayar tol, aku dapat 2 pakej percutian free dalam dan luar negara, dapat flight ticket for special price bila2 masa nak naik kapatebang, dapat free hospital fee and dapat voucher makan free kat 30 restoran 1 malaysia...

tapi masaalehnye kan.....

masa diorang ni call aku, aku tanya la, sume hotel ke boley duduk masa pegi bercuti? diorang cakap; " nanti kami akan hantar senarai hotel yang terpilih kat puan...puan boley semak ye.." aku pun tataula nape bangang sangat masa tu, aku terus say "yes".... bodoh ke bahalul?

sekali masa sampai je kad ni kat tangan aku, aku check la senarai hotel nye.. umphhhh.... biasa2 je la hotelnye...bukan hotel tahap 7stars pun.. and tak cover tuk sume area... voucher restaurant yang diberi pun takla sehebat mana... ada la voucher makan kat hotel, tapi lokasi nya agak menyakitkan ati weyh... kat area melaka ada 2-3 hotel je... sadissss...

dan....

semalam. ye, semalam ada satu minah cinos datang jumpa aku kat opis. dari kompeni jual magazine. die promote beberapa buah magazine dengan harga pakej. contoh, aku nak langgan dua international magazine and 2 local magazine for 3 years... total aku kena bayar is about rm62.50 per month for 2 years... plus aku ley waived some amount from income tax aku sebab aku langgan buku, then , aku akan dapat pakej melancong ke Beijing tuk dua orang, fully support by the company excluded flight tickets...

menarik kan bunyinya??

korang rasa aku terpengaruh??

hahahaha. yes!!!

aku HAMPIRRRRR terpengaruh. tapi seb baik la otak aku ley berpikir ngan baik sikit semalam kan... aku cakap kat pompuan cinos tu, I kena discuss with my hubby first... If he says yes, i'll give u a call to confirm...

fuhh! befeluh dada dahi aku memikirkan jawapan nak mengelak from cinos tu semalam. adehhh....

ni aku ada satu masalah lagi ni. ada satu orang kat opis aku, buat direct selling. selalu ngadap datang jumpa aku kat bilik, promote macam2 barang.

wallaweyyyyy!! somebody help me plissssssssssss.........

aku takde duit lebih la nak beli menda2 yang ko promote tuh!


2 comments:

CatlinaFly said...

huhu kalau akak, kadang2 diorg tipon, baru je dia ckp dari syarikat itu ini begitu begini , akak terus ckp, "sorry i'm not interested!"

kijam kan?hihihi

~│CatWoman│~ said...

k.maiza: how I wish I could be like u... hehehe... saya selalu cair ngan pujukan mereka... huhu