Thursday, March 17, 2011

mitos atau fakta coklat

assalam uols...

sape sini suke makan cekelat, angkat tangan!! (me, siap angkat kaki lagi nih.. hwee hwee hwee)

sape sini takut nak kasi anak makan cekelat, angkat tangan!! (chiepani suke gile makan cekelat, especially Hershey's cherry filled tuh..)

arini I nak share beberapa fakta dan mitos tentang coklat.. artikel ni from Berita Harian, 9 March 2011..

here goes;

Mitos 1 :
Coklat yang mengandungi koko adalah tidak berkhasiat

Fakta :
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA) ; kalsium 9%, riboflavin 9%, protein 6%, zat besi 3%, vitamin A 2.4%, thiamine 2%. nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. coklat SUNGGUH BERKHASIAT.

Mitos 2 :
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak2.

Fakta :
kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang daripada 3% daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak2 diperolehi dari coklat dan lain2 konfeksyen.

Mitos 3 :
Coklat mengandungi sodium yang tinggi

Fakta :
satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium, satu bar coklat susu mengandungi 40mg sodium. cuba bandingkan denganl; 1 cawan susu - 122mg, 1 keping roti gandum - 132mg sodium, dan 1 auns keju swiss mengandungi 440mg sodium!

Mitos 4 :
Coklat menyebabkan kerosakan gigi

Fakta :
kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

Mitos 5 :
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak - kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif

Fakta :
satu auns coklat adalah 5mg . satu cawan kopi mengandungi antara 93 hingga 153 mg kafein dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 mg kafein secawan. ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32 - 65 mg bagi satu tin seberat 12 auns.
Oleh itu, anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur..

Mitos 6 :
Memakan coklat dan lain lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak2.

Fakta :
kajian menunjukkan kanak - kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.





I harap artikel di atas dapat memberi sedikit info pada uols semua... ;)




No comments: