assalam uols...
lama tak update.. bizi dari start sabtu sampai la ke hari rabu.
semalam akhirnya mc gak den. sebab takley nak tahan dah. kena rehat kan badan jap. terlalu banyak kena torture muscle2 I ni.. sampai doc kat klinik semalam cakap, "jangan paksa badan berkerja.. awak kena rehat.."
huhu... baek doc!
minggu ni memang minggu yang banyak buat airmata ni mengalir dan hati ni bengkak n sebak.
dimulakan dengan kehilangan Mumu... kucing kami...boley klik kat sini, Mumu dalam pic tu adalah yang Joe tengah usap2.. ;(
Mumu hilang since Jumaat malam, 17hb Februari 2012... malam tu, sampai dekat kul 1 pagi kami keluar panggil Mumu, tapi takde tanda dia nak balik. yang ada cuma Lu'lu ngan Mimi je.. kami terpaksa mengalah malam tu dan berharap Mumu akan tunggu depan pintu umah, sebab awal pagi Sabtu tu kami kena balik Johor kejap, Joe ada kursus umrah.
pagi tu, jam 5.30 pagi, I turun bawah, dengan harapan Mumu ada tunggu depan pintu... tapi takde.. hati I dah mula risau and fikir macam2. nak keluar mencari tu tak mungkin, sebab kami kena segera bertolak ke Johor.. Joe tinggalkan makanan and minuman tuk Mumu kat depan pintu. tapi petang bila kami tiba semula di rumah, kelibat Mumu masih tak kelihatan. hiba hati ni. airmata mula bergenang. petang tu, kami round cari dia pusing satu taman... tapi hampa...
esoknya, hari Ahad tu after breakfast, kami mulakan lagi misi mencari Mumu... kami round sampai taman sebelah, tapi takde nampak gak Mumu.. Ya Allah, mana Mumu anak mak ni.. selama 7 bulan kami jaga mereka tiga beradik, kami tahu yang mereka ni sangat2 tak suka pada strangers. mereka akan lari lintang pukang bila ada bunyi enjin keta lain or ada orang cuba nak pegang mereka...
jadi bila Mumu ni hilang, kami tertanya2, apa terjadi pada Mumu sebenarnya ni?
sampai ke arini, Mumu masih belum pulang ke rumah. 2 malam lepas, I mimpi Mumu balik ke rumah... hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya kami, especially I pada Mumu.. yang tak tahu hidup atau mati statusnya... Mumu paling manja ngan ayahnye (Joe).. dia akan meleset2, mengeow2 mintak diusap setiap malam sebelum tido.. tapi sekarang sume tu dah takde... ;(((
then, ari Isnin lepas, kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian arwah Mak Anjang... adik kepada ayah I.. arwah meninggal sebab barah hati.. al - fatihah.. lepas ni raya, rasanya takde dah kami balik ke Perak or Sabak Bernam lagi.. sebab adik beradik ayah yang tinggal cuma Maklong je.. tu pun Maklong dah migrate tinggal ngan anaknya kat Shah Alam... tinggal mereka berdua je lagi waris Hj.Yahya (atok I) yang masih hidup...
then sambung lagi cite sedih pasal abang I. tapi tu terlalu privacy, tak perlu share di sini. cukup kami sekeluarga je yang tahu.
semalam, 23 Februari 2012, sekali lagi hati ni tersentap, n "banjir" jugak bila dapat tahu Adik Faris dah pergi meninggalkan kita buat selama2nya... I memang folo kisah adik Faris ni since dia admitted di Sime Darby Medical Centre melalui fb ayah arwah dan melalui website Mazidul... dia juga adalah jiran kepada my luvly sis, Ros yang stay kat Alam Budiman tu...
walaupun kita tak pernah bersua muka, dan mengenali dia dengan rapat, tapi saya turut berasa sedih dan hiba di atas pemergian adik Faris. semoga rohNya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.. orang cakap budak belum baligh akan jadi bidadari syurga dan menanti ayah dan ibunya di sana... semoga ibu dan ayah serta kak long dan abang ngah akan tabah menghadapi hari mendatang tanpa Faris di sisi.. Allah lebih menyayangi Faris.. al- fatihah.
harap minggu depan I akan ceria kembali... tapi baca Mastika, part kucing2 yang ditulis oleh Papa Hero tu ley wat aku nanges gak. aduii... muka je garang, tapi dalam ati ada taman.. huhu