Friday, December 31, 2010

time kacih ye....

salam uols....

time kasihla pada mereka2 yang shuudii bagi hadiah kat I ujung2 tahun ni ek!

a new diary from Prudential.. thanx angah.. susah2 je pos ekspres! hak hak hak... dah aku manjang memokak tiap2 ari kat telinga dia awat diari aku tak sampai2 lagi kan... ni tengah tunggu diari chiepani lak.. lambat pulak ejen dia hanta... diari kanak2 mesti comey kan?

seluar ketat corduroy pemberian my laki

cekelat from Cameron Highlands... tengkiuk adik cayang... =)

dan hadiah yang paling besyhhh takde nilai adalah...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


alhamdulillah. syukur syukur. 1 Jan 2011 ni genap 4 tahun dah, dan akhirnye... marilah kita berlari lari ke KWSP nox... hua hua hua hua


last sekali, I nak ucapkan HEPI NEW YEAR pada sume... enjoice!!


my "not so" bashful birthday!!

salam uols...


this is my first time join GA, I guess ! harap2 menang la ye... hehehe ^__*

GA ni adalah from the khalifah's blog... senang je syarat penyertaan dia.. everybodi can join maaa... jom!!

i. title post : my "not so" bashful birthday!!
ii. jadi follower the Khalifah's
iii. letak gambar besday kamu (owner blog).. xbleh gambar birthday orang lain tau.. tak kisah la gambar tahun bila...
iv. letak link blog korang dekat comment post blog the khalifah's
v. tag 3 orang kawan yang lain... (I was tagged by izzati)


tadaaaa!! inilah gambar besday I... celebrating my 27th birthday (last year) wif my beloved hubby.. hohoho...



next, I nak tag my 3 lucky frens... who are;

- Amm Liza
- Rita Razif
- Mizah

u guys sporting kan.... so jom la kita join contest ni ek ek ek...


tarikh tutup : 14 January 2011...


ada banyak masa lagi uollllsss!!


Thursday, December 30, 2010

esok cuti, YAHOOO!!

salam uols...


PM umumkan esok cuti okay! huyeah yeah yeah... ^___^

ley la I guling2 cam tenggiling sok kan kan kan... hek hek hek

tapi.... opis joe tak konfem lagi cuti ke tak.. opis dia tu nama je duk dalam Malaysia, tapi selalu pelik.. tu ari melaka dapat cuti sempena Pengisytiharan Melaka Maju, dia tak coti pun okay. sedeyyy I...

alangkah bahagianye kalau esok kompeni dia adalah cuti gak. boley mak meronggeng noxxx!

kalaulah dia tak cuti esok, almakanye, aku akan ber'wrestling' la ngan chiepani kat umah tu.. =_=


oh ye, ni brekpes I this morning. ada makcik meniaga kat area taman umah kitorang. super sedap! rm1 saje... very the menjimatkan poketss I..

tapi for sure perut I lapar balik pasni. takat nasi lemak sebungkus, masuk kat compartment no.1 je dalam peyut nih... haruz mak merayau ni kang cari makanan/kudapan2 yang lain tuk isi lagi 3 compartment tuh.

takpe2, lunch hour kang kite makan kat Kedai Makcik Sombong. sombong pun sombonglah, janji sedap! ('o,')

penutup... the end....

salam uols...


finally! dah sampai hari terakhir sesi menjawab cabaran 30 hari ni.. yeay2!! clap clap clap

okay soklan terakhir adalah; WHO ARE YOU?



aku adalah seorang vet. a veterinarian. dokte hewan okay. tulen bang! hahahahaha

aku adalah seorang girlfriend. girlfriend kepada my boypren... my laki, not ur laki... hahaha. okay,tak kelakar pun statement ni.

aku adalah seorang anak yang mithali mental kepada mak dan ayah. (ni latest pic ngan mak masa pegi beraya aritu.. apsal mak pandang ke lain mak? huhu)


aku adalah momi kepada monster kecik, chiepani. anak pompuan kesayangannnnn.

aku adalah seorang pekeje gomen. di salah sebuah opis orang gomen.



hoorayyy!! tak sangka nox, mak berjaya siapkan cabaran 30 ari ni okay... sile belanja saya. hahaha


.sekian.


Wednesday, December 29, 2010

im not a good momi... am I?

salam uols...

tajuk je dah feeling2 sedey... adoi la. tak mendatangkan mood ceria langsung ekau ni zue...

yelah, bukan ape. kadang2 memang terasa sangat2 bersalah pada chiepani.

lately ni, memang selalu sangat naik angin, tinggi suara n marah2 kan dia...

dia ni aktif sangat. menda yang kita tak bagi, yang tu jugakkkkk dia nak. siap dah pandai tunjuk perasaan kalau kita tak ikut permintaan dia. pandai hentak2 kaki, menjerit2 macam nak keluar anak tekak, siap genggam genggam tangan (geram sangat la konon tu) and menangis meraung tapi tak keluar airmata pun.. cer korang bayangkan...

now dia suke main tong beras. dah pandai bukak pintu lemari, then tarik keluar tong beras, bagi tabur sume atas lantai. kalau tak bagi, fuyooohhh dia punye perangai pun sampaila... adesss... kadang2 aku rasa nak nangis okay. tapi bila masing2 dah cool, otometik aku rasa hepi pulak tengok perkembangan dia.. at least I know that she's learning new things everyday kan...

curiosity dia memang di tahap level paling max la sekarang ni. sume menda dia nak explore. sume menda dia kepochii nak tau. paling kelakar, teacher dia cakap now chiepani dah pandai "gaduh" okay kat skool! dia jadi pembuli... wakakaka. kenapa aku suke? sebab kan, dulu chiepani penah kena geget kat skool ngan kawan2. korang ingat kan aku penah stori dulu... dua kali pulak tu..sekali kat mata, sekali kat lengan.. but now dia dah pandai revenge! berkat gak ajaran momi dia suh balas balik kan.. eh, tercakap pulak kat sini! hak hak hak...

alah, ekceli bukan kawan2 dia je dia buli pun... momi ngan dedi dia pun selalu je jadi mangsa. elok2 aku tengah baring telentang tengok tv, tiba2 dia lepuk muka aku ngan toys dia. takpun selamber je dia sepuk muka kita... kalau kita marah kan, nanti laju je tangan dia cucuk2 mulut kita.. protes okay kat momi sebab bebel bebel kat dia.. hahahahaha

atenye, cube ler kome share ngan aku ni ha, kekdah2 yang bley aku try nak ngajor anak aku supaya behave sikit... aku stress gilak kekadang. sampai aku ley merajuk ngan anak sendiri tau. pastu ngan dedi sekali aku sentap. tak agak2, anak wat perangai, bapak dia sekali dapat saham.. hehehehe

memang banyak gak pengalaman orang laen yang aku baca, katanye tak elok ajar anak dengan marah2. yes la, memang betul... lagi kita marah, lagi dia melawan, betul kan? tapi mak mana yang betul2 ley train anak dia, tanpa tinggi suara walau sekalipun? meh share siket la ngan aku ape ilmu korang pakai sampai tidak perlu meninggikan suara tu...

ada gak orang cakap, kalau nak anak kita sentiasa dengar cakap, masa preknen banyakkan ngaji quran. ada gak aku wat dulu, walaupun bukan ari2 (hehe). banyakkan bagi dia dengar nasyid2... tapi aku belasah jugak kadang2 kasik dengar lagu hip hop sume. wakakaka. jadi persoalannye di sini, ADAKAH AKU YANG BERSALAH HA?

ke aku masa kecik2 dulu perangai camni? ni kira mirror reflect la ek? dulu aku wat mak aku, sekarang anak aku pulak wat aku.. huhu... what u give, u get back kan... oh ibuuuu...

tapi dalam banyak2 perangai tak semenggah dia kan, ada beberapa yang aku suke gak. like dia pandai simpan balik toys dia semula after main.. then pandai set time nak makan. takyah ajak2, tau2 dia datang bawak mangkuk dia, then tunjuk rice cooker.. nak makan la tu kan.. makan pun nak privacy okeh, takmo momi kacau. dia duk kat babychair sambil tersandar ngadap tv. tangan suap nasik masuk mulut. cawan air isi ais mesti standby kat sebelah, wat main celup2 dalam tu...

lagi satu nak tanya, perlukah aku belikan dia lappy kanak2 tu? dia baru setahun setengah.. tapi kalau tak bagi, dia asik godek lappy aku.. abes jahanammmm... kalau aku beli lappy kanak2 tu, takut dia tak interested pulak.. tah2 dah beli nanti dia nak gak hak momi punye.. camne heh?

ada anak sape2 yang sekapal perangai cam anak aku yang tak semenggah ni tak? kalau ada, pelisss la share with me yek ape kekdah korang guna nak kawal perasaan/emosi masa melayan anak baya2 camni... sharing is caring lorrr....

"uiii besarnye tedi bear nih... buat golek2 sodap nih..."

"oh man... over lak minah ni .. I datang sini dulu tau!..."

"ko pehal ha panjat2 meja?..." kata chiepani dalam ati...


sekianlah luahan hati seorang ibu buat malam ini.

jumpa lagi dilain rancangan... daaaa....


day 29

salam uols...


day 29 ---> in this past month, what have u learned?


belajar jadi rajin updet blog hari2. hek hek hek

belajar jangan jadi pelupa.

belajar jangan tangguh2 keje.


okay aku tengah malas dan bosan ni. takde idea nak blogging. sori...




Tuesday, December 28, 2010

nasi goreng my laki punye version...

salam uols...


gigih aku nengok laki aku bangun kul 6 pagi tadi..

kelentung kelentang kat dapur pepagi buta..

bile aku masuk keta, dia hulur beg bekal nih..

ooo... masak nasi goreng ye bangg... time kasih.. susyah susyah jerrr...

pakej ni takde air teh 'o' sekali ke bang? hak hak hak


nanti tengahari kang sayang makan yek. sebab semalam sudah janji sama member opis mau pegi brekpes sesame...

3 layer satu!!

dulu laen, sekarang laen...


salam uols...


day 28 ----> a picture of you, last year and now. how have u changed since then?


ni pic tahun 2008, kat Langkawi.... perut kurus selimm lagik.

ni tahun 2010, kat USS. urmmm agak berisi siket... especially kat tang perut tuh. huhu

okay, for the past 3 years after we get married, memang ada beberapa perubahan yang aku alami....

contoh berat badan naik, dulu 52kg, now dah 58kg.. wuu huu...

dulu muka kempis, sekarang muka bolat.

dulu suke tengok movie, sekarang susah dah... ada anak dan takde maid/nenek yang duduk berdekatan untuk menumpangkan anak.. layan dvd sajork... takpe2, chiepani umur 6 tahun, dah ley start bawak dia tengok movie.. 5 tahun lagi tuh! huhu

dah masuk 3 tahun berkhidmat ngan gomen. alhamdulillah.

oh ye, cakap pasal keje gomen, surat pengesahan jawatan aku dah selamat tiba di HQ from SPA last week. yang tu cite kat entry laen la ek. separate2... hihi..


yahoo!!!

Monday, December 27, 2010

day 27

salam uols...



day 27 ---> why are you doing this 30 days challenge?



sebab otometik ley updet blog ari2.. takyah pikir2 ape idea nak tulis/cerita kat blog.

so dengan adanya Cabaran 30 harini, belog adalah terupdet ari2. ngeh ngeh ngeh

lagipun entry2 untuk Cabaran 30 ari ni adalah auto-published belaka. kalau in case terlupe nak jawab soklan, tak akan jadi masalah sebab sumenye dah ready gituuuu....

that's all. tata.



btw; mood nak updet belog sekarang amat menurun. penat 2 ari shopping sakan tak surut lagi nih. badan letih! kan best kalau ada yang tolong urut2... huhu


Sunday, December 26, 2010

me & frens again...

salam uols...


day 26 ---> what u think about your friends?

i think that all of my frens are super duper fantastic.

that's all.


^___^

Saturday, December 25, 2010

poket deremon...

salam uols...


day 25 ----> what I would find in your bag


so basically dalam henbeg I adalah ini...

ada nampak ka? takda ka?

ok kalu, aku kasi keluar itu barang, kasi tayang apa ada dalam henbeg okeh.


maka yang ada dalam henbeg adalah ini..

ada wrislet, ada kamera, ada pouch warna biru..

dalam wrislet tu ado beberapa keping duit pelbagai warna paling banyak warna biru (eh, nak cakap gak ke?), ada henpon I, ada pen sebatang ngan lipstik. camne lipstik ley tercampur dalam ni haa?

dalam beg itam lumix tu ado kamera la. I kan suke tangkap2 gambar. hehe

then pouch biru tu adalah barang mekap2 makcik. sonang nak tacap2 lepas solat and time nak balik tu kan.. hik hik.. ada bb base, concealer, blusher, compact powder, eyeliner, lipstik ngan mascara..


okay, tu menda2 wajib yang ada dalam henbeg I kalau pegi opis.. kadang kadang, kena bawak henbeg lagi besar dari ini, especially time kuar bejalan sebab nak isi pampers la, wet wipes la, botol susu, puting la, baju extra la... biasola kan, sejak sejak dah jadi emak ni, henbeg tu dah macam 'rumah bergerak'... macam macam ada... hahaha.





Friday, December 24, 2010

camne diorang boleh dapat lesen?

salam uols...


setelah menjalankan pemerhatian selama beberapa tahun, di bawah di senaraikan beberapa ciri2 pemandu/driver bongok tak bertauliah di Malaysia...

  • parking keta sesuka hati, tak pikir orang lain nak parking gak. cam parking lot tu abah dia wat. paling common, parking senget, or tak ikut petak yang disediakan, cam pic bawah ni. parking himpit keta sebelah, sampai kite takley nak bukak pintu keta, terpaksa masuk ikut seat penumpang... voddoh!
  • pasal parking gak.. dah tau takley parking, nak gakkkkkk parking. contoh, dah letak kon merah amaran takley parking situ, tapi ko degil nak gak parking situ pehal? sampai orang nak reverse sume takbley, terpaksa lak nak tunggu ko datang. hempuk ngan kon tu je eloknya.
  • time kat roundboard.. ke round about eh? lantak arr tak penting. yang ni pun memang hangin. ramai bangsa yang tak reti nak nyabor. tunggu la orang laluan kanan jalan dulu, ni tak...ko beria2 nak lalu potong queue. shelanatt.
  • keluar simpang. ni pun common. ko tak reti ke kalau ko kuar simpang, ko kena tunggu la orang yang ada kat laluan utama jalan dulu, bukan ko terjulur2 keta tak sabar2 nak keluar simpang, dengan harapan orang dari jalan utama nak berhenti, bagi laluan kat ko? ko ingat ko sape?
  • tak reti nak pelankan keta bila lalu kat zebra line/lintasan pejalan kaki. ni aku penah kena sekali, time tu kat area MP. buta agaknye driver tu tak reti nak slow dah nampak orang berbondong2 berjalan kat garisan putih tu.. dia main nak laju.. tu baru bawak wira, belum bawak Hummer. agaknye kalau bawak Hummer, mau digeleknye kitorang tengah melintas tu. berlagak!
  • berkira nak nyalakan signal. kalau nak masuk simpang tu, main masuk je... tak pasal2 kena brek mengejut keta yang folo belakang. or, ada jugak yang dah betul2 nak masuk, baru terhegeh2 pasang signal. baik cabut je lampu signal keta korang tu, jual kat kedai besi buruk.
  • driver yang suke modified keta. ok, ni betulla, hak masing2, keta dia, dia punya suke la nak watpe kan... fine.. ko nak pasang spoiler, nak tambah skirt sume tambahlah..nak letak ekzos 6 batang pun aku tak heran. tapi, aku tak gemar tengok orang tukar2 lampu brek ketiga dia or lampu signal. cam *$#@ okay. bile dia brek, lampu ketiga tu nak taknak je nyala... ada yang letak lampu kelip2 putih.. ko ingat ni hari raya ke? ley main pasang lampu kelip kelip kat keta? ko tak sedar ke ko membahayakan nyawa orang laen?




kesimpulan (read: amaran!) ---> common la weyh, jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. kot ye pun ko nak mati sangat atas jalan, ko mati la sensorang. jangan libatkan orang laen boleh?


warkah buat mak dan ayah

salam uols...


cabaran hari ke -24 ---> a letter to your parents.


adehhh. malas nak buat bleh?

so far aku tak penah tulis2 surat kat mak ayah aku.

selalu nak ape2 aku call terus.

hanta kad raye adalah. tu pun kadang2 gak. bukan tiap2 tahun. hahahaha

ok, aku malas nak buat.


sekian ^___*

Thursday, December 23, 2010

parcel..parcel...

salam uols...

pepagi tadi sampai je opis nampak 2 parcel ni atas meja. hatiku berbunga riang.. ahaks!

jeng jeng jeng...



parcel pertama ni adalah from Eita...tengkiuk veri2 muchhhh. jimat duit momi takyah beli puting tuk 3 bulan.. tapi chiepani ada 5 bijik botol MAM, ada sape2 nak hadiahkan lagi 3 puting size X nih? hihihihi... tak malu pulak momi ye, mintak2 pulak... satu puting biasenya ley pakai 3 bulan.. seb baik 3 bulan, kalau 3 minggu? adehhh...


parcel kedua pula adalah baju panjang2 aku order online dari Faizah Nasa; nak pakai gi kenduri akikah & sambut orang balik haji. opismate joe, Kak Zaira eh silap Hajah Zaira (alhamdulillah) baru balik haji last week... dia wat kenduri bertunang adik ipar dia sekali sabtu ni...


tadaaa.... tak sabar nak pakai.. ^__*



. okay tu je..selamat malam uols.


Melaka Wonderland

salam uols...

semalam family maktok datang dari Johor... tapi tak semua ikut..

yang ado cume acik ngan hasben, tok amah, maktok, kak midah, biha ngan ain... disebabkan diorang ni datang, maka aku laki bini amik cuti semalam. huhu mesti ramai la kepelikan pasal ape aku cuti kat tengah2 ari bekerja kan... rugi katanye.. abes, nak wat camno.. dah maktok cakap nak datang rabu, kitorang folo saje...

ekceli maktok ni datang just nak memenuhkan kehendak si Biha (adik sepupu joe) nak sangat pegi wonderland.. dia tahun depan takley nak jalan lagi dah, pasal nak UPSR. ni kira last la dia punya trip berjalan. haha. yeke biha? akak ley pecaye ke?

semalam kitorang sume kumpul kat umah paksu.. pas brekfes, terus memasing tak sabau nak mandi manda.

tadaaa... gambar wajib tayang. posing depan pintu masuk. kitorang je yang ada, yang lenlaen dah berjalan masuk dalam. tapi kan, pasal ape muka aku tak nampak nih??

tiket adalah disponsor sepenuhnye oleh Acik... hek hek hek... tengkiuk acik! rm26/person kalau weekday, rm30/day kalau weekend. kanak2 5-12 years, half price... ee, tangan sape yang berbulu tuh? hihihi

chiepani bersama auntie2 dan uncle2 nye... yang peluk dia tu biha anak acik... lagi sorang tu a'in, adik biha.. yang pakai pelampung ngan yang lelaki solang belum sunat tu (haha), anak2 paksu.. eisya ngan pit.. untung eyh chiepani, makcik2 awak mude2 lagi... ley wat kengkawan...

suke ko ye takyah gi skool semalam...

on the way masuk ke dalam... bapak penat okay, jalan berbukit nak menyampaikan ke atas nuu..

dah stat acara mandi manda... ramai giler umat semalam. tu baru rabu, cube datang sabtu ahad? tak mandi agaknye ko.. aku tak mandi tau... pasal I kene peyed semelam.. cisss... potong tul.. baru nak main slide2 tuh sume...

yang bawah tu tempat main ombak. kaw2 gile ombak dia.. joe, paksu ngan cik amid je gi main kat sana. aku duk atas je... melantak... haha

awex sekshiii lapar lepas mandi manda... eley, chiepani tu takat berendam2 je.. tak thrill lagi tu... haha

okay, masa ni dah habes.. dekat kul 2 dah masa tu.. panas plak semalam... lagi la terasa penatnye...

dah siap2 nak balik... momi malas nak tukar baju, terus masuk keta je. ramai giler okay orang dalam changing room, tak kuase nak beratur...

selesai.

sambung sikit.

weekend ni kitorang nak turun Kay Ell taw... aku nak bershopping sampai pengsan. Y.E.S beb, rugi tak pegi!

guess what, aku tak cakap mak aku turun kl. hahaha. bukan pe, kang kalau mak aku tau, mapos dia tak bagi pegi... mau dia zikir kat telinga aku suh jangan membazir. pastu kalau balik umah mak, maneley keluar lama2, paling2 pun by asar ko dah kena ada kat umah dia balik.. mak dah masak banyak katanye, kalau kitorang tak makan, mau sentap orang tua tu nanti.... jadi, cara terbaek adalah rahsiakan okeh! SYYHHHHHHHH

petua naikkan berat badan..


salam uols...

hihi. kalau sape2 berani nak naikkan berat badan dengan cara mudah, jadilah kuat makan cam aku. eyh, tapi aku tak gemok laa... kurus lagik nih!

wakakakaka.

okay, jom layan cabaran seterusnya untuk hari ke - 23.


day 23---> something u crave for a lot..


cekelat... especially dark chocolate... nyum nyum nyum... **info : chocolate tak menggemokkan. baik untuk kurangkan stress, promotes pengeluaran hormon endorfin (pleasure feelings), anti-oksidan, baik untuk jantung, rendahkan paras kolestrol & boley lowerkan blood pressure..


eskrem........ slurrppppp

kerang rebus.. letak daun kunyit, serai, bawang... pehhh!


ikan pari bakar.... trr.. trr... terbaek di Muara Sg. Duyung!

buah ini... takley miss.. teka.. teka... avocado kah ini?


l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

bukan... jawapannye, buah petai! urmmm.... sedapnye iye! hehehe. ** info: petai mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi. baik untuk diabetes, cuci buah pinggang and banyakkk lagi. try la today!


sushi... urmm... yummilicioussss....


tomyam campur jugek.. makan ari2 pun takpe ^_*


last but not least, nasi putih. sehari tak makan nasi, boley hypoglycaemia aku... ahaks...



.tamat.





Wednesday, December 22, 2010

saya memang istimewa kerana....

salam uols...


day 22 ---> what makes u different from everyone else


musti arr berbeza kan.

manaley sama ngan orang lain. kalau sama muka pun, tapi makpak dia tentu2 bukan makpak aku kan...

kalau sama muka gak, perangai dia takkan sama la ngan perangai aku. susunan alel pun dah tentu tak sama dowhhh...

so dah tentu la aku ni berbeza dari orang lain.

okay...

sekian sesi soal jawab cabaran ni. aku maleh nak pikior benornye nih...


chau chin chowww...

Tuesday, December 21, 2010

sesuatu yang menggembirakan...

salam uols....

day 21 ---> pictures of something that makes u happy
















penghibur duka dikala jiwa lara...


muuuahhhhh. i lubiu cayang momi.