Wednesday, March 30, 2011

bizi bee

assalam uols...

dah lama tul updet. dah 3 ari kan? lama tuuuu...

I bizi siket since last weekend. sabtu ahad lepas ada kenduri umah Paksu. family my laki from Johor sume turun. half of them tido kat umah kitorang.. then on Sunday tu, while orang tengah sibuk berkenduri, I berkejar sekejap ke Merlimau, ada majlis perasmian anjuran jabatan.

Majlis Perasmian Zon Bebas ND

dan2 abes je majlis perasmian, berkejar balik ke rumah paksu. sampai ke malam kitorang melepek kat sana. seriyes sangat penat. super penat. penat tapi kenyang macam ular sawa. hehehe. puas makan bape round tah tak ingat. last2 on Monday terpaksa mc pasal cirit birit. bahana kan, bahana...

chiepani and kak nina (sepupu dia)

on Tuesday lak, I kena pindah bilik kat opis. since ada kemasukan 2 officer baru, so kat office ada buat minor renovation, buat tambahan 2 bilik extra. sebab I pekerja cemerlang (puiiiiihhh!!) , maka I telah dapat pindah ke bilik yang lebih besar dari bilik lama yang I duduk. very the selesa. I like!! macam2 kak limah nak wat dalam bilik nih. siap letak extra sofa lagik. kelasssss mak ko kan?

kebizian melanda super duper hebat arini. since I baru pindah bilik, so extention telefon, internet connection sume tarak. pc pun wa talak boley on pasat wa punya plug talak siap pasang lagi. almakanye bagi mengelak kebosanan dari melongok dalam bilik melopong tak wat pape, dah nama pun pekerja cemerlang kan (hahaha lagi nak cakap, perasan gile!!) maka alternatif dari duk bosan2 dalam bilik, I pegi join bebudak wat banci ternakan.

dan2 tengah syok2 wat banci, tengahari I dapat sms dari my laki,

sayang, abang confirm kena pegi UK 2 weeks... flight friday 2 am...

omaigod!

kelam kabut sikit I tadi. mana taknye, dah la tinggal 2 ari je lagi, keje banyak kat opis. sok pulak I ada meeting kat Putrajaya. nak taknak terpaksa kawtim sama boss, mintak pelepasan nak cuti sok. alhamdulillah approved. so besok pagi2 buta I nak kena pegi imigresen, nak renew passport joe. orang tua ni pun satu hal, suka nau wat keje last minute. dari aritu lagi I dah remind dia, suh renew siap2 passport, sebab passport dia expired September nih.. degil taknak dengar cakap bini kan... kan dah kelam kabut..

then siap renew bla, bla... nak berkejar balik Klang, amik my sis ngan anak2 dia. sepanjang 2 weeks nanti, my sis yang akan teman I ngan chiepani kat umah. I kan spesis penakut yang terlampau, duk umah sendiri pun takut kan. tah pape.

malam sok jugak kena balik Melaka terus. sebab jumaat we ols keje. chiepani lak sepanjang dedi takde, I akan hantar dia ke nursery yang dekat ngan umah ni je. senang nak hantar and amik dia. tadi petang pun dah setel sesi suaikenal ngan nursery baru tu. chiepani siap taknak balik pulak tadi. eksaited jumpa teacher ngan kawan baru kat sana. mesra betul kau kan?

ok dah..kena behenti dulu kat sini. I nak pegi kemas luggage joe. kalau nak harap dia yang kemas, memang ke laut la... ada je kang charger tak bawak la, kamera tak bawak la, spender tak cukup la, silap2 passport pun dia tinggal!

wakakakakakaka.


bye bye bang. jangan menggatal ye!


Monday, March 28, 2011

i H.E.A.R.T her...

assalam uols...

any magz yang ada muka dia, absolutely I'll go n get it...





suke dia!

dah la cantek, fashionista, pandai rapping lak tuh.. wuu huu...

me like it sooo much much much la... ;)


Friday, March 25, 2011

kucing makan anak...

assalam uols...


sape biasa dengar pepatah orang dulu2 "macam kucing makan anak" ? (comot berselepat maksudnye)

tapi yang ni bukan kucing, ni versi budak umur 1 tahun 9 bulan ...

see, ada macam rupe kucing makan anak tak?

kurang sopan ye makan kaki terkangkang camni... turun saham awak tau...

chiepani says: OMG... im bleeding! (chiepani duk belek tapak tangan dia yang merah penuh berselepat ngan sos cili)

siap baring2 lagi sambil makan. kemain anak raja lagi ko ye chiepani...

nampak tak mangkuk sos cili tu licin? seriyes, budak ni memang kuat makan pedas. sah pure anak Melaka!


meh nak updet siket perkembangan anak I yang dah 1 tahun 9 bulan nih...

i) dah pandai sebut ;

kat = cat sebenarnya dia nak sebut. tapi dia slang British... cam Harry Potter dah.. hahaha
nashik = nasi
air = nak minum la tu...
kaki, gigi, mata, lidah, tangan
kar = car
mama/mak = momi sebenarnye.. tapi dia lidah keras, reti sebut mama je... momi susah kot dia nak sebut...
edii = dedi (jeles I tau, dedi pandai lak dia sebut... huh!)
bola, beg
shuu = susu
baby = bayi

ii) dah pandai bukak seluar n pampers sendiri. now dia dah start potty training kat skool. but kat umah I tak berani nak wat, sebab takut tak sempat masuk toilet, kencing dah bertabur. oh, so not me la nak mop2 nih. tu keje dedi kau ye... so kalau duk ngan momi, no potty training for you. mak kau malas ok..

iii) kalau dah abes minum susu or makan, dia akan hantar sendiri botol and bekas makanan letak dalam sink. after wash up her hands, dia akan lap tangan and mulut without momi's or dedi's helps. dalam keta pun momi dah sediakan kain lap...if dia dah makan, dia akan amik kain towel tu, and lap mulut ngan tangan. gud girl!

iv) pandai pakai kasut sendiri. and amazingly, tak terbalik pun. kiri is kiri, and kanan is kanan.

v) bakat seni kian terserlah. kebanyakan dinding umah kami dah tak perlukan wall picture mahupun wallpaper. chiepani dah menzahirkan art dia pada dinding umah kami. bravo! (dalam ati menanges ni nak oiii... mapos nak cekau duit sebelum raya ni nak cat umah semula.. huuuu)

vi) kalau tengok momi or dedi semayang, dia sibuk nak join. besar ni kang kalau taknak semayang siap la dia, rotan buluh menanti.

vii) and, kalau dengar azan kat tv, dia pun angkat tangan (macam orang nak takbir tu) then sebut.. "la la la..." (nak sebut Asyahadduallaillahaillallah sebenarnye tu.. kiut kan?)

viii) suka pada baby sangat. kalau jumpa baby je mesti nak kiss. kalau tengok baby dalam magazine dia akan sebut "baby!" , then dia kiss pic baby tuh. nak adik eyh? chill la beb, 2 years lagi k!


tu je yang I ingat wat masa ni perkembangan terkini anak I. bab2 lain like suka throw out tantrums kat public, berguling2 nak toys, main mekap momi sampai jahanam... tu sume masih ada lagi.. tah bile nak behenti wat perangai tuh agaknye.. :p


Wednesday, March 23, 2011

wordless wednesday

assalam uols...





Cat cage
sila karang sendiri penceritaan tentang gambar di atas mengikut kreativiti memasing. ;)



hepi Wet-ness-day!!



Tuesday, March 22, 2011

anak, bunga dan makanan

assalam uols...


entry ni pakej 3 in 1 eyh. I lump sump masuk sume cite dalam 1 entry..malas nak separate2, dah la nak upload gambar siket punye hazabbbb

mari kita mulakan...

chiepani akhirnya found out sesame street box nih.. dia duk selongkar almari buku momi... nak taknak bagi jugakla kat dia main...

ekceli box ni untuk 3 years plus, sebab dalam ni ada story book. budak ni mana reti membaca lagi pun... sebut A,B,C pun bertabur lagi... huhu. megik sangatla kan kalau budak 1 tahun lebih dah boley membaca... adiputra jr la tu ye...

so chiepani just main dengan playmat and character cards tu je. (momi pun tak reti nak main menda nih. momi dulu main patung kertas yang harga lima posen tu je taw...)

eksaited main bukak tutup box nih... momi pun boley tahan gak, sibuk join... jakun eyh?

nak angkat bawak gi mana tu yanggg?

owh, nak baring rupenya... bajet ni toto la ye?



tetibe I letak gambau makanan lak kan? dah kata entry lumpsump, cenggini la jadinye.. hahaha. hadapkan jelah ye...


yang sebenornya laki I ni mengidam nak makan asam pedas dari last week. sian, dah macam orang pregnant gamaknye.. so last Sunday, kitorang poie la pasar borong, sebat ikan jenak 2-3 ekor... ingat nak beli ikan merah, tapi kensel sebab harge yang melampau2 cekik darah. dah la yang makan ikan berkuah kat umah ni laki I sorang je.. I elegik makan ikan kuah2 nih.. grill2 je I layan.. (pehhh...belagak nak mamp kan?)

ada nampak nasi setimbun kat belakang tuh? tu cara2 orang dalam umah ni makan nasi ye.. ;0

dan last sekali, khas tuk kawan I yang rekues nak tengok bunge tu ari... boley la ni ye amm...

rose! merah! SEXY!!

ko nampak tak sipi2 laman tuh?

bunga ni namanye carnation kan? ke salah?

ok, dah abes...

gud nite!



Sunday, March 20, 2011

Nasi Kismis Mentega

assalam uols...

kome sume udah makan? teman anak beranak udah tadi... kenyang sampai tersandar memasing dah... ;)

arini I masak nasi kismis... I share kat sini sama uols bahan2 n cara nak masaknye ye...

bahan2;




bahan2 yang takkosser I nak snap picnye adalah;

butter, beras basmathi

cara2 nak masaknye;

1) rendam beras basmathi ikutlah berapa cawan pun.. I tadi guna 4 cawan.. hamik ko, nampak sangat kuat mentekedarah kan... pastu, rendam beras dalam 40 - 45 minutes... kasi kembang gituu..

2) tumis bahan2 yang ada dalam pinggan tadi dengan butter. tumis sampai naik bau.

3) masukkan beras ngan air dalam 4 cawan. kacau kasi sebati sama itu bahan tumisan. then baru masukkan susu cair dalam 1 1/2 cawan. ** kena pandai agak2 sendiri air nih, kalau nasi keras, tambah lagi air..

4) masukkan daun pandan kasi wangi. then biar atas api sampai nasi masak. (ekceli kalau nak masak guna rice cooker pun boley, tapi tak rock arr guna rice cooker. pakai api la baru thrill! hua hua hua)

5) agak2 nasi tu cam dah masak, tabur la kismis sesedap rasa.. dah siap.. sonang kan I tell u...

ini lah ghupenya nasi kismis mentega I tadi...


yang lauk pauk sampingan ni optional sebenarnya... terpulang pada korang nak letak lauk ape. macam I tadi, nak ringkas dan cepat, masak ayam masak merah ngan acar nenas je... terus leh ngap ngap ngap!


selamat mencube... ;)


Saturday, March 19, 2011

Melaka River Cruise

assalam uols...

baru balik nih... lekas2 upload gambau, eksaited punye pasal... ;)

tadi kitorang gi naik boat.. pusing2 sungai Melaka... hoho...

orang laen sume dah naik cruise ni kot, kitorang je baru terhegeh2 nak p... ;p

konsep Melaka River Cruise ni is, bawak korang menyusuri Sg. Melaka sambil menyaksikan/ disajikan dengan pemandangan yang indah dikiri dan kanan sungai... better naik malam, sebab malam lampu sume terpasang and nampak sangat cantek... if pegi siang kurang siket kemeriahan gemerlapan dan limpahan cahayanye tuh...


main entrance... gambar tak berapa senonoh sebab time dedi tengah edjas2 kamera, time tu gak la ada bas nak reverse bagaiiii... lintang pukang dedi bangun selamatkan diri... uhuks..


tiket for adult : rm 12, for 2-12 years : rm 5, below 2 years old : FOC. (return ticket)

murah kan kan kan? yang kat The Mines tu mahal nak mamp, tak silap dekat rm30... ke lebih?

anak I cam biaser, penakut. duk kalut terpusing2 dalam nih... tapi time dah last tuh, wah siap nak duk depan sekali, dekat tiang lampu boat tu haa.. (mencik, sebab nampak double chin tuh! gumuksnye momi!huhu)

ini salah sebuah rumah di Kg. Morten.. rumah2 kat sini kalau tak silap I disupport sebahagiannye oleh Kerajaan Negeri... sume rumah ada spotlight hokey... ini adalah rumah private, but tourists can come and visit their houses.. memang terbaek arr umah diorang nih... sangat cantek.. dah la tepi sungai.. kemas sangat2 rumah diorang nih..

Eye on Melaka.. ni pun haram kitorang tak penah naik.. durhaka sungguh rakyat Melaka sorang nih!

Jambatan Hang Tuah... paling cantek kowt. sebab dihiasi multicolor flashlights. ekceli, sepanjang cruise ni, ada banyak jambatan yang kitorang lalu, tapi jambatan ni je yang paling cantek pada mata I..

Muzium Samudera (yang bahtera tu)

Harper's Restaurant ... ni tempat kitorang dinner masa selebret our 2nd anniv dulu... oink..oink.. ;)

last but not least, gambaw anak beranak yang duk melekat je sepanjang jalan nih... manja!!


so far we ols berpuas hati la ngan Melaka River Cruise nih... menarik gak jenjalan malam2 menyelusuri sungai nih..

sape2 yang datang Melaka nanti, jangan lupe naik Melaka River Cruise ni keh! owh, lupe nak cakap, monorel pun ado tau! tapi tak sure ke mana arah monorel tu pegi.. (hahahaha. dush! dush! dush! baek ko keluar dari Melaka ni sekarang zue!!)


p/s: pagi tadi kitorang "mengerjakan" our lil garden. sok la I upload gambar bunge2 tuh, ni dah ngantuk dah... huaarggghhhhh

Thursday, March 17, 2011

mitos atau fakta coklat

assalam uols...

sape sini suke makan cekelat, angkat tangan!! (me, siap angkat kaki lagi nih.. hwee hwee hwee)

sape sini takut nak kasi anak makan cekelat, angkat tangan!! (chiepani suke gile makan cekelat, especially Hershey's cherry filled tuh..)

arini I nak share beberapa fakta dan mitos tentang coklat.. artikel ni from Berita Harian, 9 March 2011..

here goes;

Mitos 1 :
Coklat yang mengandungi koko adalah tidak berkhasiat

Fakta :
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA) ; kalsium 9%, riboflavin 9%, protein 6%, zat besi 3%, vitamin A 2.4%, thiamine 2%. nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. coklat SUNGGUH BERKHASIAT.

Mitos 2 :
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak2.

Fakta :
kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang daripada 3% daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak2 diperolehi dari coklat dan lain2 konfeksyen.

Mitos 3 :
Coklat mengandungi sodium yang tinggi

Fakta :
satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium, satu bar coklat susu mengandungi 40mg sodium. cuba bandingkan denganl; 1 cawan susu - 122mg, 1 keping roti gandum - 132mg sodium, dan 1 auns keju swiss mengandungi 440mg sodium!

Mitos 4 :
Coklat menyebabkan kerosakan gigi

Fakta :
kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

Mitos 5 :
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak - kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif

Fakta :
satu auns coklat adalah 5mg . satu cawan kopi mengandungi antara 93 hingga 153 mg kafein dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 mg kafein secawan. ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32 - 65 mg bagi satu tin seberat 12 auns.
Oleh itu, anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur..

Mitos 6 :
Memakan coklat dan lain lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak2.

Fakta :
kajian menunjukkan kanak - kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.





I harap artikel di atas dapat memberi sedikit info pada uols semua... ;)




Wednesday, March 16, 2011

macam ni punya orang pun ada!

assalam uols...

just now, I baru received a phone call from someone yang sangat2 KURANGHAJAR.

a very2 stupid plus super duper rude agent. I tak berapa sure nama dia tadi. but I guess from her voice, she's not Malay. perhaps.

mendidih2 darah ni sampai sekarang. I dahla memang menyampah ngan agent2 insurans yang suka sangat call ni, offer macam2 suh amik insurans diorang.

diorang punya style, cam biasa. akan baca alamat kita, confirm ic no, then akan cakap "okay, kami akan hantar polisi ke rumah puan dalam masa 14 hari..."

eyh, bila masa lak aku cakap aku setuju nak amik insurans ngan ko, dan2 je nak hanta polisi ke umah aku as if aku setuju nak beli insurans tu hah?? tak ke kuranghajar style diorang nih?

yang betina ni tadi pulak, bila I cakap, "takpelah, I tengah bizi sikit ni...u call later la ye.."

betina : later tu bila puan? bagitau lah, senang I nak call U semula... I dah nak balik ni.. ofis nak tutup dah..

(bengong kan? aku pedulik ape ofis ko nak tutup ke ape..baghal!!)

I : bila2 jelah.. I tengah bizi ni. anak I tak sihat...

betina : ok, I call u esok pagi ye?

I : ekceli, I tak minat ngan offer U ni... I tak interested.. (I cakap polite gile okay!)

betina : uiiii... sombong gila perempuan nih! (then I dengar dia terus hempas gagang fon.. celaka tak perangai agent nih?)

perghhhh.... the moment dia cakap word "uiiii...sombongnye perempuan ni.." then terus hempas gagang fon, darah I terus mendidih2, membuak2...

apehal ngan ko weyh? camni ke caranya nak cari klien??

kalau ye pun ko desperate nak customer, nak komisyen, takyah lah paksa2 customer. anggap jelah bukan rezeki ko nak dapatkan aku ni jadi pembeli insurans korang... boleh??

btw, I sangat2 tak berminat la nak beli mana2 insurans dah. cukup2 la ngan insurans yang kami ada.. I ngan chiepani ada Prudential, my joe ada Takaful, and Great Eastern gak for our family.

I think, it's enough for us kot....

reminder pada betina kuranghajar tu, jangan sampai I jaja no.fon kau kat public ye!!

durian oh durian...

assalam uols..

lama dah mengidam nak makan nih.

belum musim lagi rasanya. kalau dah musim, melambak orang jual tepi jalan nun...

selonggok rm10 pun ado.

semalam kitorang gi pasar malam, nampak ada orang jual durian kat ujung jalan. terus I bodek my laki suh beli... thee thee thee...

sekilo rm8 okay.. fuhhhh

featuring... tangan my laki. gigih haaa kopek durian tuk bini dia.. hiksss

durian!! yummeh!! sape tak makan memang rugi!



p/s: I suke makan durian yang disimpan dalam peti ais. makan sejuk2... perghhh!!


Saturday, March 12, 2011

sabtu yang indah... ;)

assalam uols...


macam mana I nak start ni eyh? tetibe tak reti nak wat intro lak. ah, belasah jelah.

pagi tadi pas brekpes, I terus capai kamera, sebuk amik gambar segala macam mak nenek. al-maklumla, jakun dapat kamera baru. arini sasaran I adalah tangkap beberape pokok bunga kat taman cinonet kitorang.

bunga sepit udang

bunge feveret I. taktau nama dia ape..

tinggal kiambang je. teratai dah mampos. sungguh tak tanganhijau I ni..

pokok keladi yang dah semakin menjalar2..

bunga siantan kesayangan dedi


ekceli ada banyak lagi bunga kat umah ni, tapi belum nak kembang sangat. tunggu dah kembang sok2, I snap kasi tayang dalam ni ek...

chiepani ngan dedi lak bantai main air. anak beranak ni kalau bab berendam dalam air, memang menjadi je..


opssss! nampak lurah U!


then tengahari lak kitorang gi umah opismate joe, dia wat aqiqah anak kedua dia. alhamdulillah, makan free, jimat belanja. hek hek hek

dah siap makan sampai kenyang, kitorang gerak ke JJ Bandaraya Melaka. momi nak topup a few mekap2 things yang dah nak abes...

toner n lipstick makcik dah tinggal sipi2 je. harus kena topup dengan segera!

pastu "ter" beli henbeg nih. senang bawak gi opis.. boley masuk segala macam fail dalam nih. o yeah! (selama ni I pegi opis kemain melaram lagi, bawak henbeg cam nak pegi bersoping. wakakaka)


then cam biasa, beli kain baju tuk anak dara I yang sorang tu lah. sampai nak termuntah2 dah almari baju budak tu. hihi. ala, sume mak2 pun perangai camni kan kan kan? jangan wat2 tak ngaku lak ye... ;)


okeh, tu je. overall sangat hepi sama Sabtu minggu ni. indah, indah, indahnya dunia..




Wednesday, March 9, 2011

testing... testing 1,2,3...

assalam uols...


mula2 sekali, korang jangan nak gelakkan pic2 ni eyh... senyum kambing takpe.

nah, layanz...






I amatur ok, amatur! jadi, sila maafkan kalau gambar2 ni nampak cam biase2 je. ;)

baca manual pun I dah pening.

lagi pulak nak suh bukak you tube tuh, belajar dari video. uhhhhh

banyak lagi nak kena belajar nih. bukan enteng2 punya kerja dong!