Friday, December 30, 2011

give & take...

assalam uols...


this weekend supposed I balik umah my parents dekat Klang. but then last minute it was cancelled.

honestly, I miss my mom dammmmmmmmn much u know! 

plan kami bertukar sebab in a sudden, family joe call nak datang umah kami this weekend. plus, maktok dah bernazar nak datang tido di rumah kami. rumah cucu kesayangan dia la senang cakap kan :)

masa joe text me bout this, memang I rasa tersentap sekejap. I repeat, sekejap je ye. hehe.

I immediately called my mom (ciri2 anak mak okeh!), bagitau my mom pasal family joe nak datang esok. so kami tak jadi balik Klang this weekend. as I expect, my supercool mom just cakap, "takpe... mak tak kisah. bukan selalu kan diorang nak datang... layan je diorang. minggu depan balik la jumpa mak kat sini..." 


n mak I siap pesan lagi, "masakkan makanan yang maktok dia suka... jangan lupa kemsalam kat keluarga dia.."


oh maiii.... seriyes, bergenang airmata. even masa cakap over the phone dengan my mom pun, rasa bergetar hati ni.. macam tak sampai ati nak cakap kat dia kami tak jadi balik this weekend. tapi my mom sangat tenang... dia tak terasa hati pun, she really understands me. dia tau anak dia ni memang rasa bersalah sebab mungkir janji nak balik, tapi dia tetap maintain. oh mak, u r the coolest mom in the world!!

then I bagitau joe, n of course my joe pun hepi gak sebab dia pun tak sampai hati nak say NO to his family especially pada maktok. 

mula2 memang ada rasa sedikit tegang dalam hati I. yeah, plis admit it ya, am sure everybody will feel just like I do kalau uols ada dalam my shoes kan? tapi itulah dinamakan give n take.. dalam perkahwinan memang kena ada sifat tolak ansur. baru harmoni gitewwww. tipulah kalau I cakap we both ni bahagia je 24jam, romantik sepanjang ari langsung takde bertikam lidah kan... mestilah semua pasangan berkahwin ada ups and downs nye.. tapi the way kite mengatasinya yang mainkan peranan... jangan mudah melatah, tu je.

biasanya kalau berhadapan dengan situasi macam ni, I akan diam sekejap. I akan pikir how to solve the problem. while joe pulak bila tengok bini dia senyap semacam, dia pun otometik akan diam gak. because he knows that kalau dia keep on bercakap, I'll get mad. hahahaha bahaye!

so akhirnya, my solution is, " takpela kite balik umah mak next week... kesian pulak kat maktok dah berhajat nak datang tido umah kite kan.. nanti esok pagi, kita g pasar beli barang basah nak masak. next week kite balik umah mak ye.. "

n as a "thank you gift" to me, joe offer nak bawak I gi JPO on monday!! yeahhhh!!!!

I never expect he will offer me tau. sebab selalunye kalau nak bershopping ni, memang I la kepalanye kan. hahaha. ni dia pulak offer nak bawak sebab dia terharu la tu kennnn bini dia korban tak jadi balik umah mak. makcik suke sangatttt!


ok, actually I cuma nak share kat sini is, adat berumahtangga memang ada pasang surutnya. yang penting kerjasama dan toleransi antara kita berdua. sebab apapun terjadi, kita mesti pikir bahawa, dialah soulmate kita. dialah pasangan yang paling memahami kita. dengan dialah yang kita nak sehidup semati kan? <---- dah macam cite Tentang Dhia je pulak ni.. ahahahaa


n setiap kepahitan ada kemanisannya. 

setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.

setiap ujian yang diberi, ada keberkatannya. 

ingat tak beza redha dan pasrah? 

redha tu ikhlas. pasrah tu terpaksa. 

so kita pilih, nak jadi redha or nak jadi pasrah je manjangggg. hihi.

^
l
l
l
l
l
l
l
l

bajet ayat kau macam pakar motivasi la kan... *cam poyo je*




ok tamat.


*mode: tak sabar nak gi JPO!eh tak2, tak sabar nak masak tuk family mertua!*

Wednesday, December 28, 2011

off to KL & Putrajaya


assalam uols...


last weekend, kitorang decide nak off bisnes jap, sebab nak mengejarkan shopping akhir tahun (YES) tuh. maaf sangat2 pada customer yang call nak buat appointment and nak hantar boarding tu. kami nak p shopping!! hehe

dalam kul 12 tengahari kami sampai KL, then terus heading ke KLCC. setahun sekali je kotttt datang sini... (seb baek ko jauh kan..)

ingatkan datang ari senin takdelah ramai sangat umat manusia. rupenya hazab gak! nak parking pun horror kemain lagi. 

nak makan pun kemain payah. sume restaurant adalah kena queue. menyampah mak. dah la lapar, letih berjalan. habes sume kedai kami tawaf. dah hala2 ke petang camtu, Hanny dah start busan and penat. merengek2 nak susu n nak tido. so kul 4 lebih camtu kami blah. check - in kat Pullman Putrajaya. 

I tak puas shopping tau! tapi sebab anak dah start merempan, ku gagahkan jua hati ini melangkah masuk ke dalam keta dan berlalu pergi... tssskkkk soobbbsssss :(




I tell u... Pullman Lakeside sangat cantek okeh!



apeketah motif letak dumbbell dalam lemari. nak suh kitorang eksesais? oh nooo... makcik datang hotel sebab nak berehat guling2 atas katil sambil melayan tv je ye.. ngahahaha


nasib kat umah takde bathtub. kalau ada mau anak aku makan tido dalam bathtub je gamaknye. ni pun sikit punye payah dia nak keluar dari batthub. abes kecut jari2 kaki tangan die.




main air lagi budak ni... momi mana? momi duk lepak atas kerusi wat sunbathing, ahakssss puiiiii!


fuwaaaa sekshiii eyh mamat pakai towel oyen tuh! sexyback! hahaha






malam tu kami keluar dating sama my dearest Ros. ni Hanny ngan Izz. muka sama ke diorang nih? korang jangan kompius ye.. yg dukung bear tu Hanny, yang pakai pyjamas tu Izz. ramai cakap muka diorang seakan2 sama. ye kot. lahir pun selang 2 minggu je. then both mummies diorang pun memang close. bulan 3 ni kami plan nak ke Terengganu. taknak pegi cuti sekolah, sebab hazab! sana sini ramai orang. erghhh! 


tengah choose then point pada momi n dedi toys mana yang dia nak. " edi, edi! Hanny nak nih!" amboi ko kemain ye.. ingat makbapak cap duit kan... 


ok, gambar ni sesat. lantakler ye, I malas nak re-arrange pic. ni breakfast kitorang.  cara2 orang nak diet, memang ni jelah makan dia. lunch tak makan tau! huhu... chaiyok!




antara yang dishoppingkan... ni sume Hanny punye.. tu tak masuk bag2 mainan dia. sebab toys semua dia dah lenjan siap2 dalam keta..




momi dia beli ni je... hek hek percaya ke? 





btw, momi memang tak puas shopping lagi.

this Friday balik umah mak. akan ku sambung semula aktiviti membeli belah.. dan konfem mak akan bebel ayat yang sama nanti... "ko ni pantang ada duit, tak reti nak menyimpan.." see... aku dah hapal okeh ayat mak. mak oh mak... I miz u!

pasni no more shopping. sebab I dah pooled kan semua customer tuk next weekend. bersiap sedia untuk fengsannn minggu depan ye!


*pitam*


Tuesday, December 27, 2011

auuww!

assalam uols...


oo tak sabarnye! lalala














and lagi satu...

sebab dedi tambah beli 1 lagi!! meriah mak ujung2 tahun ni. I like.

moga2 dedi sentiasa murah rezeki ye.amin.. tengkiu!

Monday, December 19, 2011

her imagination ;)


assalam uols....


momi ngan dedi selalu tergelak sorang2 bila terkenangkan perangai budak kecik sorang ni.

ada je menda yang dia nak buat everyday. bila ada depan mata kita, asik nak marah je. tapi bila kita terkenang balik apa yang dia buat, sure kami tergelak.

aritu momi sekodeng Hanny main. dia main "baby" (nickname tuk bear kesayangan dia) dalam bilik kitorang.

momi intai dari celah pintu, tengokkan ape dia tengah buat.

nampak la dia dok mendodoi "baby" ni, siap tepuk2 kan lagi. dia tengah imagine dia jadi mak la tu kan....

pastu dia bawak "baby" tu masuk dalam bilik air, kusssss semangat! nasib dia tak siram air betul2. adoiii.. 

aritu dia mandi dia melalak2 nak rendamkan "baby" tu dalam bathtub dia. dah jadi satu keje kitorang nak kena spin "baby" tu dalam washing machine.. macam2 hal ko buat ye!

lepas tu dia bawak keluar "baby" dari bilik air. then dia amik penutup atas mini kitchen, dia masukkan "baby" dalam tu.

I ingat dia nak buat ape la kan... rupa2nya.....


dia masukkan baby dalam penutup tu, pastu dia selimutkan :)

bila I bukak selimut, nampak la baby dalam bekas tu and ada botol bubble gun dalam  bekas tu.. I tanya dia, "Hanny watpe ni?" dia jawab, "Hanny manyikan baby..."
"oooo...abis ni apa?" (sambil I tunjuk dekat botol kecik tu).. "ni abun.. Hanny manyi baby.."
hahaha. o, rupa2nya dia imagine botol bubble gun tu sabun mandi tuk baby dia :)

haaa... ni la sebenarnye "bath tub" yang dia letak baby tu... hahaha so kiut la imaginasi kanak2 ni... beyond our boundaries of imagination kan?


Hanny ni momi tengok memang kuat berimaginasi. dia suka menyanyi depan cermin, siap menari2 lagi.. pastu bercakap macam dalam talkshow. siap tergelak sorang2. kadang2 dia layan bercakap dengan cats. aritu dia marah cats sebab kacau dia tengah melukis, dia cakap "nyau, tepi la! shebuk je!" ----> gangster kan anak aku? hahaha

**nyau tu meow sebenarnye.. kalau nampak anjing dia sebut "dop".. 

cuma one thing je yang we ols notice, Hanny memang takkan bercakap dengan orang yang dia tak kenal. kalau orang ajak dia cakap, paling2 pun dia akan senyum or say hi je. nama nak dengar dia borak ngan kau, jangan harap. sampai ke sudah dia takkan bukak mulut. 

pemalu kot Hanny ni macam momi die... ahaks!




Friday, December 16, 2011

Line Tenet Slow Kenapa ye Bu?

assalam uols...



rasanya cam dah lamaaaaa sangat tak mengumpat bergosip kat sini. ngaaaa yeke?

aritu I ada attend satu meeting. and ada satu isu dibangkitkan why la line internet kat melaka ni cam naharommmm.

ghupe2nye jemah, ada la bangsa2 manusia yang aku rasa tak layak duk kat zaman milenium nih. bangsa orang zaman batu sesat terlepas masuk abad ke-20 ni. adake diorang cakap pemasangan kabel mahupun pencawang adalah sumber radioaktif yang bakal menyebabkan mereka mendapat kesan radiasi.. apekah?

siap ada sorang pakcik ni buat aduan, dia kata badan dia lemah2 n muntah2 sejak pencawang dipasang dekat area umah dia. then bila orang datang buat siasatan dia cakap jiran dia pun kelihatan sentiasa menggeliut2kan (stretch) badan depan umah. dia cakap, " haaa...tengok tu, ramai dah kena effect radioaktif apekejadahnye sejak pencawang tu ada.."

bila diorang tanya, ada gi klinik tak pakcik? dia cakap ada.

abes doctor cakap apa? ada diorang wat test bagi result sume?

diam terus pakcik tu. nampak sangat nak menipu kan orang tua tu?

omak aiii mano ekau dapek info nih? 

bila orang2 yang terbabit dengan kerja2 pemasangan kabel/pencawang ni tanya mana dapat info sebegitu sarkastik giler, diorang cakap baca kat internet. ni mesti anak2 diorang la yang baca nih. tak sahih tah tidak main percaya je. pastu terus wat aduan. 1 Malaysia, Rakyat diutamakan katanye. maka bila dilayan aduan mereka, terpaksa la pihak bertanggungjawab cabut balik pencawang2 yang berada berdekatan kawasan penempatan mereka. bahana dari itu, maka semakin slow tahap gaban la line internet.

dan itu gak sebabnye UniFi takley menembusi pasaran kat sini. sikit2 je pun yang diorang cover. hurmmmmm... macam2 la. n lagi satu, masa meeting tu kami juga dimaklumkan bahawasanye iklan yang konon2 takley pakai fon dekat stesen minyak siap bertih jagung ley bertukar jadi popcorn dek kerana radiation effect tu, adalah PALSU semata2 katanye. (ni dia cakap, bukan aku pandai2 cakap tau. aku bukan budak pengkaji radioaktif ke apekajadahnye sume tu. aku budak kaji haiwan ye uols) 

oh, begitu ceritanye ye. baru paham. baru ku mengerti. thanx bro. (bro ke? huhuhu)

ok, abes cite pasal line internet. 

dobot, den dah cerito. abes dah utang den samo ekau. 

ekau jolah pasang pencawang depan umah den ni ha. eden tak percayo dakyah2 palsu ni. merepek tol!



Wednesday, December 14, 2011

Sunday, December 11, 2011

penat kejar sana, kejar sini

assalam uols...

weekend yang penat dah berakhir. phewwwwww alhamdulillah lega. since yesterday marathon ngan dedi selesaikan "klien berbulu" untuk minggu ni..

tengahari tadi after settle semua, I keluar ngan dedi pegi Astana Moda/Jakel beli kain pasang. yelah, tudung dah lebih banyak dari bajunye, ate caner? kena la gak pi tempah baju semata2 nak kasi match ngan tudung yang berdoyon tu. masa dok pilih baju, dedi asik sebut menda sama je...

" cari baju kuning je.."

jap gi bila momi melencong tengok kaler lain, dedi jerit dari jauh,
 
"baju kuning je!" 

hahaha siot tul. tak kasi can bini dia nak menyimpang sikit. ;P

tapi last2 I beli gak kaler lain. heheh. kuning gold, itam ngan pepel pink. somel2 belako. tak sabar nak hanta pi tailor :)

then, kitorang berdua ( ye. berdua uols... Hanny takde.. mak pinjam dia arini bawak duk umah dia) ke MP pulak. pi survey gajet ehem ehem. since dua2 orang dah berpuas ati, maka insyaAllah esok kalau takde aral melintang I akan rembat itu barang. ehemmmmmmmmmmm

abes ukur jalan kat MP, berdesup ke Mydin lak... mak bawak Hanny ke sana. so kami pick up dia kat sana jer... tengkiu mak sebab jaga Hanny arini. mak tu adalah teacher Hanny tau. dia yang paling rapat ngan Hanny ni.. 

then alang2 dah ke Mydin, dedi ajak beli rantai Hanny yang dah kena curi last week. sentap tau. ada orang panjang tangan kat skool dia. mmm takde rezeki Hanny ngan rantai dia yang lama tu... besides, memang kami yang salah sebab lupa nak bukakan rantai tu masa Hanny gi skool :(


pasni kalau hilang, belikan rantai basikal je kasi awak pakai k! huhu ekceli momi berkenan dengan teddy bear punya loket, tapi dedi cakap yang ni lagi lawa. nampak sikit gegirl nye.. yolahhhh tuuu...yang rantai hilang aritu seb baek buah loketnya momi simpan lagi.. so adalah lagi kenangan ngan rantai tu..

momi dia dapat ni je ye... sobssssssssss :(

last but not least, muka dua orang manusia penat arini. hahaha motif letak gambo camni?


ok, esok dah senin. harap2 gagah la aku bangun pagi esok... 

macam nak tercabut sume sendi2 kat badan nih. bestnye kalau ada tukang urut. nyamennnn!


Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu

assalam uols...



malam tadi I ngan joe pi layan cite Ombak Rindu. tak nyabar ok, sume asik cite pasal movie ni, sume cakap BEST, so I memang sangat terpengaruh nak tengok. 

buat booking tiket thru iphone. 3-4 kali mencuba, memang hazab sebab line tenet kemain gaban slownye haiiii... asik failed kat time payment tuh. cobaan ke-5 baru menjadi... fuhhhh lega! kalau tak memang semalam tengahari aku gigihkan gak diri ni pi beratur beli tiket. 

overall I bagi 3 setengah out of 5 stars je kat movie ni... agak keciwa sebenarnya. I think sebab I dah baca novelnya, and I still ingat jalan cite dalam novel tu. apa yang I kecewa is, why Haris tu cepat sangat lembut hatinya? sedangkan yang dalam novel dah last2 baru Haris ni boleh accept Izzah. ni dalam movie kemain romantik lagi kannnn mereka :)

and lagi satu bab pemilihan pelakon. to me, Izzah tu tak sesuai kot tuk Maya Karin. sebab dia tu minah saleh, cakap pun slang2 lagi. Izzah kan minah kampung, biarla dia cakap cam orang kampung sikit. Lisa pulak is tooo cute tuk jadi watak antagonist dalam ni. maybe yang jadi Izzah tu lebih sesuai kalau bagi Fasha Sandha or Fazura ke kan... watak Mila tu bagi kat pelakon yang garang2 macam Umie Aida ke... heheh... tapi Umie tu cam dah berusia sikit kan.. Jue Aziz ok kot! watak Harris memang mantap dah. sasa, kacak pulak tu.. memang jiwa la watak tu. yang watak boifren Izzah tu kalau takde pun takpe kotttt :)

sedih memang sedih tak dinafikan la kan... menjejeh2 gak airmata I semalam. tapi ada gak part2 yang kelakar. oh ada lagi satu, semalam ada satu kejadian yang memang kelakar tahap cipan. ada ke patut, tengah part si Harris tu nangis peluk Izzah, boley la pulak wayang tu ter"stop" kejap! coooiiiiiiiii ok... adeh, takkan movie baru dah infected kot... habes sume penonton duk "booooo" dalam tu.. hahaha. seb baik tak sampai seminit dia terstop... 

so far so good. joe cakap dia bagi 3 1/4 je... aku bagi 3 1/2... 

ni tengah cari time nak tengok Breaking Dawn pulak. oh my Jacob, wait, for me ya! huhu... (eh, Jacob ada ke dalam sequel ni?)

oh ye, semalam Hanny kami tumpangkan kat umah jiran kitorang ni, principal skool dia. siap diorang bawak Hanny keluar makan lagik. suke la tu ye!




Wednesday, December 7, 2011

ko kenapa der?

assalam uols...


mula2 I rasa macam takmo cite. tapi cite gak la..biar jadi iktibar. takde niat nak singgung perasaan sesape okeh. just nak sharing. harap kite lebih aware pasni. 

ari senin lepas, pagi2 masa I dukung Hanny nak hanta gi skool, I rasa badan dia panas giler. demam la tu kan? musykil gak, padahal baru je dia baik demam last 2 weeks aritu. so I decided bawak dia gi klinik pagi2 tu.

I bawak dia gi klinik yang dekat ngan taman kitorang ni je, sebab awal pagi lagi. kalau nak gi bawak dia jumpa paed, lambat pulak, dia bukak kul 9. tu pun kena menunggu dia abes wat ward round dalam kul 10 baru laa ley jumpa dia. biasanya, kalau pegi klinik dekat taman I ni, I akan check dulu ngan assistant clinic tu whether yang in- charge tu memang in - house doctor or lock-um doctor.

sebab I penah terkena dulu, masa I suspek kena denggi, I gi klinik ni lah. bila suspek denggi, of coz kena amik darah kan? I pun ok jelah. hulur tangan... ko nak tau doc lock-um ni amik darah aku camne? dia guna SYRINGE 18G ok! gile nak mamps ke ape kan? sengal betul jantan ni (ye, doc muda ni lelaki..).. ko ingat aku ni apa? alangkan kucing pun aku tak sedut darah guna syringe tau!

dah la cucuk banyak2 kali, padahal aku rasa vein aku ni paling senang nak jumpa. clear giler. tapi dia bersusah payah mencucuk. adeh. tu takpe la lagi... sekali bila dia dah siap sedut, dia boleh terbangang2 tanya assistant, nak isi darah aku tu dalam tube mana satu... " saya nak isi dalam blood tube hijau ke merah?" umak aiii... masa ni I dah menyirap. ko ni camne grad ye? ko human doc ok, jangan la main2 der!

tapi masa tu I sakit kan. so tak larat n tak kuasa nak pi lecture doc muda tu. kalaupun I tak sakit, I malas gak nak komplen2, kang depa ni bukan boley terima pun. yelah, diorang tu DOCTOR kannnn  ;))

ok, tu pengalaman pertama I ngan doc lock - um ni.

last Monday, I accidentally terkena lagi ngan doc yang sama nih. terkejut gak masa bukak2 je pintu consultation, dalam hati I cakap "alamak, doc ni lagi?!"

huhu. nak taknak masuk jelah. takkan nak patah balik. kurang sopan pulak kan.

pendekkan cite, doc ni check Hanny. I dah bagitau history pasal Hanny ni. dia baru je panas pagi tadi. malam tadi ok. tapi doc ni tanya lagi soalan sama. eh, ko pekak ye? ok takpe, layan lagi. pastu dia tanya I, ada berak2 ke muntah2 ke? I cakap past few days memang ada diarrhoea sikit, tapi 2-3 kali je. muntah takde. then dia tanya lagi sambil tekan2 perut Hanny, berapa kali dia berak?

kalau korang, korang rasa ape? 

aku rasa macam nak blah time tu gak. apelah dia ni, agaknye time aku sibuk bagitau dia patient history, fikiran dia ke mana tah melayang agaknye. ingat awek dia kat spital kot. huhu

siap dia check Hanny, I request nak mintak ubat tuk spur I ni. I bagitau nak diclofenac sodium 150mg tu. doc lock - um ni boleh cakap, "kak, diclofenac ada 50mg je, mana ada 150mg..."

I jawab balik, " takde? abes aritu doc N**** bagi saya yang 150mg tau.." 

"oh ye? nanti saya check ye kak.. kalau ada nanti saya bagi.."

ok fine.

masa assistant clinic panggil we ols nak bagi ubat, assistant tu bagi I ubat yang I nak. tapi kan, kat prescription tu tulis; 1 tab TID.. (3 times a day)

TID?????

nak aku mati cepat ke haaaa? agak2 la doc, ni diclac 150mg tau.. jahanam buah pinggang ngan hati aku.

sumpah pasni aku memang banned abes doctor lock - um ni. seriyes tak paham, ko ni REAL DOCTOR ke? 




Tuesday, December 6, 2011

I tak gemok, I berisi jek! wahahahaha


assalam uols....

mulai hari ini, katakan TIDAK pada makanan!! 

erk.... boley ke? ngaaaaa... susyah la kite nak kawal2 makan nih... kite suke makan... caner? kite tengok nasik, mesti rasa nak makan. tengok ayam, mesti nak. tengok eskrem, mesti nak. nasib batu kayu sume tu takde yang edible, kalau tak selamattssss masuk perut gak.. huhu

I dah semakin gemok berisi! macam kena pam je.. dah macam belon udara gaks.. wuu wuuu

pipi macam bola, bola sepak tu tau. masa belajar dulu macam bola ragbi je... tirussss jek

badan sekarang macam silinder gas petronas hijau tu.. dulu I macam silinder 500 ml dalam makmal sekolah tu jek tau.. 

yang lain2? uuu tak mau cakap la bape sizenye.. maluuu kite. aritu masa ukur baju keparat korporat, malu giles tau masa tailor jot down atas paper my measurement. sume size adalah lebih dari biasa. hahahaha



my curent BMI... nanges I tengok tau!

antara risiko jika anda adalah OVER weight :(

T___T
sumber dicurik dari sini ----> www.nhlbisupport.com

semalam beli seluar slack keje baru... memalukan je masa masuk fitting room, bawak size yang "biasa" I pakai.. sekali masa try, adesss tak muat ok! joe cam biasa, sakan gelakkan bini dia yang gemok ni.. eleyyy macam la ko kurus sangat kan banggg... :P
yang ni pulak dipinjam dari sini -----> www.buzzle.com



ate, teman nak kena buat ape nih? 

teman takley kontrol napsu nak makan tau. 

tapi teman sanggup pakai korset dan sapu pati halia yang panas nak mamp tu. 

ok, mari kita mulakan esok.

kalau takde perubahan, baru I try kawal pemakanan terlampau tu. 

I NAK SIHAT! I WANT MY IDEAL WEIGHT BACK!   <------- kemain capslock kan? semangat nih! semangat!!!


p/s: kengkawan yang masih dalam range ideal weight tu sila bersyukur ye.. n sila menten berat. plis, menten within ur IDEAL weight tau... jangan ngada2 nak pi masuk dalam kategori underweight.. seriyes tak lawa ok! 


Sunday, December 4, 2011

line tenet macam G...............

assalam uols..

ni dah sampai tahap tau.. tahap nak memaki.

makin hari makin menyirap dengan streamyx bahalol ni. makin menjadi2 lembabnye.

semalam, geram punya pasal, router kena "lempang" free2 ngan aku. hamik kau! (padahal bukan router tu yang bersalah pun... huhu)

joe call TM dah, tanya bila UNifi nak cover area sini, sekali orang tu jawab by 2013... 

KEPALA HOTAK KAU LA WEYYY!!

apehal nak tunggu sebegitu lama?? ape, Melaka ni hulu sangat ke? aku rasa takkk! wadehel yang nak kena tunggu sampai 2013? seriyes gua tak paham der!

ni yang rasa nak balik duk Selangor balik nih... 

mak, nak balik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! jom dedi ngan hanny, pindah jom... momi dah stress giler sekarang. 

tapi takkan sebab line tenet slow cam gam**** aku nak pindah. takde makne. wa sayang stay sini. sume best. aman dan damai... hiksss :)))

pi mati la sama kau line tenet yang lembab. rasa cam nak panjat tiang kabel tenet, kasi gunting sampai lumat. pastu tabur kat laut. fuhhhhhhhhhhhhhh