Tuesday, May 11, 2010

what should I do now?

salam uols...

ape nak buat sekarang ek?

kekadang rasa seronoknya kalau dapat everytime everyseconds bersama family and my best buddies.

hanya mereka yang memahami diri ini.

i wonder macam mana kehidupan aku sekarang kalau mereka ni tiada. ish, jangan pikir bukan2.

bout my dotter punya celebration, kemungkinan besar akan ada perubahan.

i wish that Anjas will be here, boley gossip kan nyah. aku tau ko baca blog ni, takyah tipu aku. hehe. btw, thanks sebab sudi baca. seronoknya kalau Widad n Shidah keja in the same office with me. masa gi Induksi hari tu, rasa hepi je everyday. seronok gila jumpa kengkawan lama. langsung tak ingat nak balik. eh, melampau. haha

aku jugak wish aku berada di zaman sekolah, where Dallies sitting behind me, Miesha besides me, Eita row last sekali. hehe. ada Is yang kapten kawad tu, ada Tan Kah Wei, ketua kelas yang sangat happening plus Kamalinda yang extra sporting tapi kuat muncung, hehe. ada "Betuk Gang" yang extra noty tapi bijak2 pulak otak diorang. ada hero malaya, si Suresh pengawas yang tak serupa perangai pengawas. and ramaiiiiiii lagi. rindunya!!

i also wish that now i'm at Malacca Matriculation College. pagi2 jerit2 panggil si Nano. sekarang budak ni dah ada anak lelaki. belum sempat nak gi tengok. hik hik tak guna punya kawan kan. i wish to have Anni Sofiya sitting next to me, Marlia n Gee as my roommate. hurmmmm

di UPM paling seronok. banyak sangat kawan yang ngam ngan kepala otak aku. and kat UPM la I met my other half. =)

tapi sekarang? working life is totally different from students' life kan..... agree tak?

i'm not as happy as i am previously. my heart always at home. that's the truth.

opis banyak sangat politik. soooo not hepi.

tak best kan cerita aku? should I stop from blogging?
(asal rasa down je, rasa nak stop. tah pape. haha)

Sunday, May 9, 2010

kebesaran ciptaanNya

salam uols..

ekceli kami ni baru je sampai umah petang tadi. on the way balik melaka, singgah muar jap, gi tengok anak buah joe yang 1st (his brother punya anak yang sangat super duper comelzzzz, later aku buh pic dia. spesel edition punya entry. hehe)

hari ni mother's day kan. macam yang aku jangka, memang takde wat ape2 pun. hihi. kesian kan?
tapi aku rasa pelik, sebab arini aku dah kena kiss dekat seratus kali kot. tapi kiss jelah ye, lain takde ape pun terjadi. mungkin malam ni. wakakaka. noty!

cuba korang tengok gambar bawah ni. sekali imbas, memang takde pape. dua kali imbas mungkin ley nampak 'emas' dalam lubang telinga si pemilik nih. tapi tiga kali imbas nampak apa?

kalau aku, memula imbas memang tak tau apemendanya la yang gambar ni nak bagitau kan. dah doploh lima kali imbas plus penerangan dari joe, baruuuuuuu la aku perasan.

korang perati ikut arah anak panah tu. nampak kalimah ALLAH ok! cube tengok dari kanan, ada alif, lam, lam, last tu bentuk ha kan? (ha= yang membentuk lubang terlinga kita semua)

nothing much yang boley aku katakan masa ni, just SUBHANALLAH (MAHA SUCI ALLAH.)

okay. korang renung2kan la ye gambar di atas tu. sekarang renung gambar bawah baik2. ada persamaan kah muka kami ni? boley masuk pertandingan wajah seiras johnson's n johnson's tak? hehe.

kompom macam takle menang sebab bila aku perati, kulit memang tak sama. aku itam, anak aku cam kena bleach ngan clorox. ini tidak adil.

pastu bab idung. idung aku adala batang sikit, but anak aku, batang ilek. bibir je sama kot. nipis. ni ciri2 orang yang banyak bercakap ye. abis la menantu aku nanti si harith, kena bebel je ari2 ngan chiepani. bukan salah ibu mengandung ya!



okay, nak tido la. sok pas semayang subuh nak terus gerak gi Pahang. agak2 nya kul bape la aku bangun semayang subuh esok ek....

Friday, May 7, 2010

mother's day...

salam uols...

korang ibu2 ni sambut ke mother's day? sure ramai selebret kan...

tak sangka, akhirnya aku merasa gak jadi mother ni...

tapi tak sure la nak selebret ke tak. laki aku bukan kaki selebret2 ni.

asal dia rasa nak wat sesuatu like gi vacation or nak bagi present kat aku, tak sempat nye dia tunggu besday ke, aniversary ke hape, die bagi je terus. aku suke style camnih! hehe.

since we both are not a romantic type of people, so memang tak penah wujud istilah selebret2 ni.

cuma kalau besday and anniversary tu for sure la ingatkan tarikhnya. berani la nak lupa, tido luar bilik, pastu sila "puasa" seminggu ye banggggg. hahaha

okay, cite pasal mother's day ni tadi.... aku tak sure ape akan terjadi pada hari ahad ni. one thing for sure is, joe akan arahkan chiepani tuk wish kat mummy rock dia nih "hepi maders dei momy! "..... alalalala tomey ye, geget pipi tu kang!

lagi satu, aku rasa ari2 pun aku selebret mother's day. sebab?

aku selalu dengar, kalau orang tanye kat kaum laki, apa korang akan wat pada isteri korang pada hari ibu?

so ramai akan cakap diorang akan suh bini diorang rest, takyah masak, takyah kemas umah, takyah jaga anak sume... kire bini diorang ley melepek je lah sehari ngangkang tengok tv tanpa gangguan gitu...

but in my situation, kebanyakan task kat umah ni, is done by him. maaf ye, takde niat pun nak show off laki sendiri, tapi tulah kenyataannye and tulah sebabnya, aku rasa ari2 pun adalah mother's day. ( itu hint menunjukkan joe telah bernasib malang kerana mendapat seorang bini pemalas. hua hua hua )

tapi....

sangatlah terharu ye jika en.joe sudi atau tergerak hati untuk mengselebret bini dia ni as tahun pertama bergelar ibu kepada budak kecik nama chiepani nih. abang bawak la sayang gi makan2 ke, soping ke, spa ke... susah2 jerr... wakakaka.

but....

aku rasa non ado kot. sob..sob.. (jap, lap ingus...). but it's okay, aku cume berdoa supaya sifat joe akan kekal begini sehingga akhir hayat. suami yang penyayang, bertanggungjawab dan sangat2 sangat2 bangat2 caring pada isteri dan anak. time kaseeyyyyyyy

tetiba rasa tak sabar nak sambut father' s day la! Eh.

Thursday, May 6, 2010

saya budak baru belajar

salam uols...

lama dah tak letak gambau anak aku kan kat blog ni. mummy suka syok sendiri, asik cite pasal diri sendiri je kan. hehehehe

minggu ni kami laki bini bizi bangat. ke hulur ke hilir siang malam. balik umah flat dah memasing. semalam cina kedai lampu cakap nak datang, abis tunggu takde call2 pun. maknanye dia kensel la tu kan. hampagas punye orang, deposit aku dah kasi, tapi tak reti2 nak call kalau nak kensel. cis.

so petang semalam dapatla chiepani berehat dengan aman kat umah tanpa perlu dihayak ke hulu ke hilir oleh mak bapak dia yang tengah giler mengrenovate umah.

korang tengok gamba bawah ni, korang rasa dia ada katne?

ye, betul. dia tengah lepak bawah meja makan. khusyuk je duk sorang2 bawah meja sambil kutip bulu2 kucing sume. hahaha. aku tak perasan pun bila masa dia merayap gi bawah meja. tau2 dah takde kat depan tv. rupenya dia tengah duk berzikir bawah meja kira bulu kucing.



sian anak aku. selekeh je ha. menggelebeh baju tak berbutang. haha. ni salah dia la ni, orang sibuk nak tukar baju tido, dia tak reti nak duk diam. berpusing2 ke sana ke mari. last2 aku biar je. malam dia dah tido baru tukar baju elok2. kalau tak memang keluar peluh jantan la nak kejar dia nak tukarkan baju.
joe cakap ni belum pandai jalan lagi, sok luse dah pandai jalan bogel je agaknya budak ni dalam umah, tak sempat nak pakaikan baju dah berlari.
okay la tu kan, sama macam mummy daddy dia. kuang kuang kuang....

Tuesday, May 4, 2010

masa untuk mencuba!

salam uols...

akhirnya kami beli gak 'menatang' nih.

tunggu aku try dulu 'menatang' nih.

kalau cantik, menjadi, terbaekkk pulak tuh, akan ku tayangkan 'menatang' nih kat korang.

ni kang tayang2 pastu hampeh je hasilnya malu aku kang. joe sekali malu. hahahaha.

sekali lagi, sape yang malu?

zue dan keluarganya jua.

PANDAI!!! seploh markah

besday chiepani

salam uols...

ada lagi dalam one n a half month chiepani nak celebrate her 1st besday. yeay2, anak mummy dah besar!

semalam gak aku telah mengadakan sesi diskusi bersama mrs. atief (thanx dear!). so insyaAllah, petang ni or dalam minggu ni akan confirmkan sama event manager tempat tuh. seb baek la izzati ni geng ngan manager tuh, kalau tak sangap gak nak cari tempat last minute nih.

aku ngan joe sangat malas tahap gaban2 nak wat majlis kat umah sebab kemalasan nak mengprepare n kemalasan nak mengemas. hehehehe. so, pilihan terbaik adalah wat kat luar saja.

actually, mula2 memang ingat nak wat kat umah kami. boley jemput family aku n family joe, jiran tetangga, sanak saudara sume segala. joe cakap nanti boley wat kenduri doa selamat sekali. tapi setelah ditimbang2kan tahap kemalasan masing2, maka kensel plan nak wat kat umah.

sekarang tinggal list nak tempah kek, nak beli goodie bags, n nak pikir ape menda nak sumbat dalam goodie bags tuh. isi cikedis ngan sumi jeli seketul aci tak? ngahahaha

kami juga tengah wat list senarai guests yang akan dijemput. tak jemput ramai, dalam 30-40 orang jer kot, sebab kalau jemput ramai2, nanti kompom mummy daddy chiepani duk belakang dapur cuci pinggan mangkuk, while yang lain enjoy makan kek kat depan kannnnn..... (kes tak mampu nak bayar! hahaha... )

ok setel. tak setel pun aku anggap setel gak la.

ni kisah bapak chiepani lak. semalam dia cakap kemungkinan besar dia akan bertolak ke Spain on this 20th... lama lak tu.

mencik taw... punyala aku beria2 nak gi tempat yang kami tak kesampaian nak gi last month dek kerana aku demam tu ari, tetiba die kena outstation lak. haduiiiii, postpone lagik la nampaknya program kami.

takpela daddy, gi la. elaun daddy tu nanti separuh masuk dalam akaun mummy k! kalau tak nanti time daddy nak gi, takde 'bekal2' dari mummy taw!! HAHAHAHAHAHAHAHA

Monday, May 3, 2010

facebook nak kena ke???

lahanat betul server facebook ni.

asik kuar page not found jer.

kang aku berenti layan fb kang, baru taw.

eceh, macamla administrator fb tu heran sangat kan kalau aku tak wat akaun ngan diorang.

ngahahaha.