Saturday, February 27, 2010

when she's sick......


salam uols...

dah seminggu tak update blog...rindu giler2. bukan taknak update, tapi saya kena gi kursus 4 hari kat Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam... dulu orang panggil tempat ni Bukit Cerakah. don't know why they changed the name. nanti2 saya cite hal kursus nih. now nak cite pasal si FZ masuk spital...

a day before saya berkursus, FZ mengalami constipation yang amat teruk. ahad malam tu dia menangis2 sampai merah padam muka. saya pun sampai menangis tengok dia. kami cuba beri dia makan macam2, u uols just name it, kami try dah semuanya. apple juice, banana, prune, lots of plain water, lactulose, everything! tapi still doesn't work with her.

dalam kul 9.30 malam, kami rush ke klinik. doc bagi ubat yang ala2 peluru tuh, sumbat kat rectum (bahasa pasar nya 'bontot' hehe)

sampai ke pagi isnin, nothing happens. so we decided to bring her straight to see her paed la.
dapat ubat, FZ terus poo poo.. alhamdulillah, lega sangat.

petang selasa tu FZ start demam. on wednesday it's getting worse. panas badan makin naik. saya bagitau urusetia, mintak excuse for thursday punya slot. nasib baik urusetia memahami. joe pulak amik EL rabu ngan khamis. malam rabu FZ makin teruk. panas badan naik sampai 40 degrees. kul 5.30 pagi,terus kami hangkut FZ ke hospital, masuk emergency ward.

masa ni dah naik atas, ke forth floor, tunggu untuk check-in ward. kami request for single room, tapi nurse cakap semua full. yang ada four-bedded room je.. aisehhhh u know ur mummy... saya sangat fussy bab2 nih. saya cukup tak selesa share2 room nih.. tapi nak wat camne, terpaksa gak, demi FZ okay. tapi saya siap pesan kat nurse, if single bedded room dah kosong, inform us keh... hehe


tangan FZ dah kena bandaged. masa nurse nak masukkan indwelling catheter ni, melalak2 dia satu floor dengar, sayu saya. ekceli, dah meleleh pun airmata nih. tapi she's really2 a drama queen hahahaha sebab kan, bile nurse dah siap wat menatang tuh sume, nurse dukung bawak dia keluar, die tersengeh2 tengok kami. adesssssssss anak sapo nih?

cubaan membuka bandaged ni pun berkali2 dilakukan. ganas anak mummy nih. seb baek nurse sume sabar2 belaka. hehe


hari ke-2 di ward. amatlah bosan okay. saya bawak lappie, update fb. kekadang update thru fon. janji bukak fb nih. hehe. and kami sangatlah mengelat okay, bila siang je, kami isi form, bawak balik patient ke rumah. lepak umah lagi best wokkkk dahla duk ward share2 ngan kanak2 lain auwwwwwww very la tak selesa. mak rimassssssss...
bila malam, baru kami datang spital balik, datang untuk tido and night treatment&observation sajer. dah macam hotel lak saya wat spital nih. hahaha



masa stay ward nih, saya sempat merajuk ngan anak sendiri. wahahahaha
sebab? sebab FZ ni is too much with her daddy la. at first, saya tido sama2 ngan dia atas katil, pastu bila dia tengok daddy tido kat lazychair, dia bantai melalak2. wallah wallah.. last2 joe tido ngan dia, saya pindah tido lazy chair. mencik! biasa dia!

tengok tu, everything is with daddy. kalau saya wat, dia bolayan jer.. grrrrrrr... (nada majuk ke marah nih? hehe)

mentang2 duk single room, siap bawak toto lagik masa nih. takde sape nak kesah kan, kami je dalam nih... hehehe


akhirnya, malam ke-2, kami dapat gak pindah ke single-bedded room. hoyeahhhh! selesa2. baru la heaven sikit. one thing saya nak mention sini, wat for FZ warded if suasana sekeliling dia tak selesa? dia sepatutnya dapat tido yang cukup, rehat betul2. am i right? saya bukan demand sangat, tapi for her, saya memang tak sanggup. dahla duk sampai 2-3 orang lain dalam 1 room, bising pulak tu. baru FZ nak lena, dah terkejut dengar budak sebelah jerit2. ishhhhhhhhhhh.....................


day-3, temperature dia dah turun. malam pun tak panas lagi. kalau tak, every nite, kami jadi koala bear..tak tido malam. panas mendadak badan dia. suhu dah normal, 36.5 degrees. alhamdulillah. syukur sangat2. her paed cakap, dia dah boley balik arini.

wahhhhhhhhhhhhh hepi2! and u guys know what, as i said earlier, dia memang sangat drama queen. masa nurse remove dia punya catheter, sikit pun dia tak nangis! haipppppppppppp nampak sangat dia tipu je masa 1st day admitted tuh hahahaha noty taw!

after all, kami sangat2 berterima kasih kepada Dr. Lee Chong Ming, paed FZ since dia lahir lagik. doc ni memang the best. zillion thanks to him. and kepada semua and nurse2 and staff2 Hospital Pantai Ayer Keroh. thanks.


Monday, February 22, 2010

memon part 2.. mak rindu....


salam uols...

dah masuk minggu ke-3 pemergian memon...
tapi dalam hati ni, memon masih bertakhta..masih kuat lagi ingatan pada dia.. gambar memon sentiasa atas katil, sebelah bantal saya... sebelum tido, memang saya akan cium gambar tu, berdoa sangat kami ditemukan kembali di alam yang lain nanti.... insyaAllah..

memon datang dalam keluarga saya tahun 2007. sebelum tu, memon saya bela di klinik, tempat lama saya bekerja.. lepas je kawen bulan 11 tahun 2007, saya terus bawak dia tinggal bersama kami.

masih jelas dalam ingatan saya, memon seekor kucing yang sangat 'peramah'... yelah, dia di klinik tinggal dalam cage..saya letak dia dalam cage yang besar, biar dia selesa. every time saya naik tingkat atas untuk solat, saya akan keluarkan dia, biarkan dia merasa 'bebas' sekejap. dia akan berlari satu floor, hulur2 tangan dia kat cage kucing2 lain yang boarding kat tingkat atas. alahai.... terbayang2 sampai sekarang aksi dia.

hari pertama memon balik ke rumah kami, dia menyorok bawah sofa seharian. takut sangat gayanya. biskut semua tak usik. bila kami balik dari kerja, tengok dia masih lagi bawah sofa. dua tiga selepas tu, barulah memon ok, dia mula menyesuaikan diri di rumah kami...

cukup sampai sini. nanti mak sambung lagi ye sayang..

RIP my beloved cat.



Friday, February 19, 2010

si cinonet nih.....

salam uols....


semalam dia dah 8 months. alhamdulillah, she has been through the most joyous moment in her life.

perangai-perangai terkini dak FZ:

satu
suka sangat menjerit2. especially bila orang takde disekeliling.

dua
suka babbling. ini normal tuk baby umur 6-9months, memang suka bercakap and dah pandai gabung ayat. ayat yang selalu keluar " aa baa" atau " maaa " cop2, mana ada abah dan mama? mummy and daddy okay FZ!

tiga
suka sangat dengan kucing. dulu memon jadi mangsa. sekarang agus. abes ko agus. haha.
sekali dia pegang, memang tercabut bulu2 kucing tuh. digenggam nya kuat2. bila agus sendeng2, kemain tergelak2 lagi dia.. suke ye? hehe. pastu siap nak roll over atas agus. adus, kesian nau saya tengok kucing tuh.

empat
puting@pacifier sangat la tak boley dipisahkan dengan dirinya. malam kalau tido, mata pejam2, tapi tangan dia meraba cari puting. bila jumpa, dia adjust2 puting tu, sampai masuk dalam mulut. pandai sangat! mummy paling suka tengok aksi nih. hehe

lima
kalau dalam kereta, sangat tak reti duk diam. semua dia capai. gear, handbreak sume dia nak pegang. nasib kaki pendek lagi, kalau tak mau dia tolong tekankan minyak sekali. semalam, berita terkini, masa joe nak anta dia gi nursery, die melalak taknak duk dalam carseat. kenalah joe drive sambil dia menyelit kat atas riba joe. tolong daddy drive katanya.. hehe

enam
toys kegemaran: cookie monster. kalau amik dari dia, sure die menjerit. sampai tido pun peluk cookie monster tuh.

tujuh
suka sangat main air. kalau mandi, paling la dia suka. berendam dalam bath tub sejam pun takpe. terkekek2 dia mengocak air. wahhhh boley anta pegi kelas renang berirama pasni. hehehehe

lapan
suka nak berdiri je. kalau masuk dalam walker taknak pulak . tengok tv semua nak berdiri. dalam kereta pun kena dirikan. macam2 ye kamu nih. tapi takpe, mummy n daddy rela je. sayang katakan...

cukup la lapan fakta. sebab dia dah lapan bulan. kalau umur setahun, 12 fakta saya kena bagi la ek? huhu

Thursday, February 18, 2010

perkara ni memang geram okay

salam uols...

ni saya type entry awal2, siang2 sebab kompom pasni tak dapat dah nak menghapdate.

tadi joe call, cakap sabtu ni dia kena gi hi-tea ngan CM. kata CM nak bermesra2 ngan orang CTRM la pulak ye.. hehehe

tak ramai gi, dalam 50peoples je. kiranya dia selected la tuh, wah poyo gilesss.

mula2 rasa nak nanges la nih. kompom kena duk berdua ngan si cinonet yang semakin manja tuh. asik nak melekat ngan mummy. manja nau la die sekarang. kang mummy gi shi shi, kamu join sekali dalam toilet keh! ketumbit nanti baru taw.

minggu depan saya kena kursus 4 hari. hahahaha hamik joe! sesi balas dendam. duk ngadap FZ pulak 4 ari berturut2. tahniah. joe cakap dia ok je, FZ kamceng ngan dia katanya... wahhhhh kite tengokkan je nanti. hahaha bini dia noty nih, tak sabar tengok keadaan semasa tuh nanti.

kita tunggu dan lihat apakah yang terjadi. nantikan episod yang akan datang. hahahahahaha

Tuesday, February 16, 2010

orang yang kepingin...

salam uols...

ekceli arini saya rasa penat+stress melampau taw. mana taknya, company joe, CTRM keje arini okay. (company dia carry forward cuti untuk cuti raya nanti, every year memang camni..huhu) saya pulak still cuti. taska pulak tu tutup, ngade2 punya nursery, sibuk je ikut gomen punye cuti taw.

FZ punyalah wat perangai arini. meragam jer. asik nak dukung. mummy bangun sikit je, dia ekkkkkkkkk ekkkkk nak mintak dukung. sampai nak kencing pun saya kena tahan. aduiii anak johari nih. tido pun ngelat2, kalau dia rasa mummy dia angkat bontot je, lekas2 dia bukak mata, jerit kuat2. eeeeeee!!! nasib kamu kecik lagi, kalau tak, mummy rotan je taw! hehehe cakap je tuh...
si Agus pulak, balik je dari klinik tengahari tadi, dia buat perangai gak. berlari sana sini, sampai dia langgar bekas kuih, jatuh berderai. huh, seb baek beli murah je tuh. tak rasa ralat sangat. ni pun satu hal, sayang punya pasal kan, let go jelah.....cube kalau Agus langgar daddy punya aeroplane miniature dia yang berderet2 tuh, mau meraung daddy. hahahahaha
saya mengharap sangat ari cepat petang. tak sabar tunggu joe balik. kalau joe ada, aman sikit saya kat umah ni. pulak tu, saya mengidam sangat nak makan Thai foods. really2 craving for it.
sms joe kat ofis, ajak gi Jusco baru. Jusco baru ni besar bangat, extravaganza. sama macam Jusco Bukit Tinggi kat Klang. macam Alamanda pun ye gak..

sempat rembat 1 pair gladiator kaler pepel. malatops nyah. hehe. tak penah pakai kasut tinggi2 camni, tapi joe cakap lawa, so rembat je. kata penasihat peribadi. whatever yang dia cakap cantik, saya beli je. hehe
kami makan kat sini...



FZ tengah tolong daddy pilih menu....


dia tak puas ati, mummy tak abes2 snap pic dia..FZ cakap, tak privasi la mummy! hahahaha

this is daddy's choice..nasi goreng apetah nama.susah nak sebut.
air ni sedap. rasa cam asam boi. rm 7 segelas.
budak ni menda bukan2 je yang die suka kunyah. tali kamera pun dia layan.
last sekali, dessert malam tadi, makan cendol... rm 10.00 kalau tak silap semangkuk. kalau uols pi kat masjid tanah, dapat la sepuluh mangkuk harga camni. huhuhu
oh ye, ni mummy punya. Thai Tomyam.. semangkuk cinonet nih rm 8.00



p/s: tolong maafkan saya kalau gambar ni susunan tak betul. saya pun tak paham dah nape susah sangat sekarang nak drag gambar, then bila saya space each paragraph, semua sentences tu lari terus. grrRRRRRrrrrrrrrr

Monday, February 15, 2010

CNY 2010

salam uols...

lama dah tak update blog. kata cuti kan...so rehat la puas2 ek. cuti ni kami balik johor, umah family joe. memang acara wajib pun kan, sebulan sekali memang balik punya. hehe joe tuntut nafkah. wakakakaka takdela memain jek!

cuma beza balik kampung kali ni sebab ianya lama sikit dari biasa. sonok la dapat spend time lama sikit kat kampung (jujur ke zue? hahahahaha) eyh memang best taw kampung joe nih. paling best soto acik yang memang menjilat ibu jari kaki tuh. yummeh!

tak banyak aktiviti nak buat weekend nih sebab anak kami si FZ tu tak berapa sihat. dia asik muntah2 je, then diarrhoea. saya suspect die kena rotavirus infection, but how come kan sebab FZ dah amik kalau tak silap triple dose against this virus. dah la cuti panjang, hazabnye la nak mencari klinik. jangan kata nak cari klinik pakar kanak2, klinik umum pun tutup sumenya. last2 jumpa klinik kat Batu Pahat, klinik surgery pulak tuh. wahahahaha lantakla janji ada doktor kan...belasah jelah..

alhamdulillah, pas doc ni check2 dia cakap FZ okay je, bukan infection. maybe sebab this week we started to introduce her with porridge yang dicampur ngan sayur dan fish. huhu. selalu bagi bubur kosong jer.

macam saya cakap, takde apepun yang menarik kan nak share aktiviti this weekend. ada ape lagi ke yang special selain cuti raya cinos nih? ada? takde kot... valentine? sori nyah, we ols memang tak masuk dalam diari bab2 nih... hehe. to us, everyday is a lovers' day. wahhhhh poyo gitu. betul what!

oh ye, sebelum terlupa. sehari sebelum balik kampung aritu, kami godak our master bedroom. saja nak tukar rupa. ni lah hasilnya. pasni nak beli lampu tido baru. lampu tido kami yang lama dalam bilik ni, arwah memon dah langgar and pecahkan... uwaaaaa mahal taw lampu tuh! makde bagi hadiah kawen kami tuh......




saya ngan joe memang puas ati ngan susun atur baru bilik ni. kami beli satu lagi single bed, sambung ngan katil queen tuh. sebab FZ tido kemain lasak lagi. sian daddy, selalu tido bawah je ngan FZ sebelum nih, mummy sensorang atas katil. wahahaha. so finally kami buat decision untuk wat extension pada katil kami. nak beli king bed rasa membazir pulak, sebab takde tempat nak sumbat katil queen nih. semua bilik dah penuh ngan katil masing2. so solutionnya, beli satu katil kecik, rapatkan sebelah katil lama. kreatif nox... lapang ko.... sedap membuta memasing. nak terkangkang tido puas2 pun tak sape kesah. hehehehe

perabot kecik2 yang lain dah campak kat bilik FZ. saya cakap kat joe, kuarkan jelah tv dalam bilik nih, bukan tengok pun. tapi biasalah kan, saya sure kalah bab2 camni. joe dan tv, bagai irama dan lagu, bagai ombak dan pantai, bagi astro dan espn... joe cakap, tak bukak pun takpe, janji ada tv dalam bilik.. adehhhh....

Friday, February 12, 2010

AGUS the explorer...

salam uols...

alhamdulillah, Agus selamat mendarat di KLIA jam 5.45 petang semalam. curious sungguh saya menanti dia di arrival hall petang semalam. terbayang2 wajah Agus yang dihantar oleh Kak Ummu melalui email saya.

Agus sampai je kat umah kami, mula2 dia senyap taknak keluar dari pet conveyor nya.. biasalah, sure dia panik kan, rumah baru, bau pun lain je. so saya calm down dia. usap2 dia, panggil dia pelan, then slowly he steps out. dia sniff2 sekeliling umah, tak ketinggalan, FZ pun dia sniff2 gak. hahaha

sejam sebelum ketibaan Agus, joe punyalah excited, siap kemas umah semua. isi biskut baru, air minum baru, then fill up new sandlitter dalam litter tray arwah memon. memon, mak ngan ayah pinjamkan barang2 memon untuk Agus ye....

malam tadi, agus ikut kami naik tingkat atas. tapi dia tak tido, dia explore semua room kat 2nd floor. masuk bilik FZ, guest room pun dia masuk. dia try semua katil. katil FZ, katil dalam guest room pun dia naik test sekali. hahahaha lawak la Agus.

bila dalam bilik kitorang, dia naik join atas katil sekali, tapi kejap je. rupenya dia lebih tertarik pada couch dalam bilik kami. so dia tido je kat situ. maybe sedap kot tido situ, sebab kena aircond direct kat dia.

okay, ni saya share gambar Agus. Agus sangatla pemalu, sangat susah nak snap pic dia. pic saya ambil dari FB kak Ummu. saya sangat2 hargai jasa baik akak kerana sudi memberikan Agus kepada kami. kami akan jaga Agus sebaik mungkin, sayangi dia seperti anak sendiri....Allah je yang mampu balas jasa baik akak...


Wednesday, February 10, 2010

tayang sikit je, sipi2 je

salam uols...



nampak tak? tak clear eyh? keh keh keh...saja taknak kasi clear sangat. sok lusa insyaAllah kalau Agus dah selamat sampai, saya tayang gambar dia banyak2.

harap sangat2 supaya Agus selamat sampai esok and takde ape2 masalah sepanjang perjalanan.
AMIN.

memon part 1...

salam uols...

entry ni going backwards la ye. saya tulis je yang mana terlintas dulu difikiran nih.

beberapa minggu sebelum pemergian memon, dia asik ngada2. tunjuk perangai. i just realise about it few days ago. dia asik mengiau2, gesek saya, sendeng2 saya.

saya geram gak, sebab dia bising, fara nak tido. dia mengiau2 pulak. kuat pulak tu. joe cakap, dia nak mintak usap tu. ok fine, saya usap dia. tapi lepas usap, dia still gak mengiau2. ape memon nak ni?? saya sedikit meninggi suara pada dia.......

saya rasa dia nak keluar nih. saya bukak pintu, dia terus berlari keluar. jumpa kawan dia..the grey cat tuh. malam dalm kul 9 lebih, dia masuk semula dalam umah. begitulah rutin baru memon.

bila dah masuk, dia lompat atas meja, sendeng2 laptop saya. gesek2. sampai senget2 lappy atas meja tuh. saya marah gak, saya cakap, "memon ni nape? janganlah usik mak. duk la diam2..."

tapi setelah pemergian dia.. saya nak duk lama kat lappy tu pun tak lalu. airmata menitis. terbayang aksi memon gesek2 lappy saya..

YaAllah, tabahkan hati ku. rasa bersalah kerana marahkan memon masih menghantui diri ini.

Tuesday, February 9, 2010

mak sayang anak yer...

salam uols...

saya dah dalam dilema. tadi baru pas cal mak. cube nak kawtim. tapi mak mati2 cakap, "jangan pegi kelantan tu! " aiyakkkkk adussss camno nak cakap kat joe pulak nih.
eyh mak, tu ari kami pi singapore sume mak ok je bagi...ni gi kelantan, dalam malaysia lagi taw...

saya cerita sikit la pasal mak saya ni eyh. sikit je. hehe
mak saya memang seorang ibu yang sangat concern giler2 kat anak dia, lebih2 lagi anak kesayangan dia ni ha.... pangggggggggggggg

dulu, masa saya sekolah, saya naik beskal je tau. dekat je, dalam 1km kot. siap ada geng beskal. si haniza ngan ng bee leng. penumpang sekejap ada sekejap takde, si dallies.

biasanya sekolah tamat jam 1.30 petang. so paling lewat saya akan sampai paling bodo2 kayuh pun dalam 1.45 petang dah terpacak la depan umah. uols nak tau apa jadi kalau saya sampai lewat 5 minit? merata mak saya cari tau. siap call semua no fon kengkawan yang ada kat tepon umah tu. wakakakaka lawak kan mak saya ni? ampun mak, bukan saja nak gelakkan mak, tapi mak ni concern sangat la! (saya bersyukur sangat2 ada mak camni taw!)

then, kalau saya nak kuar ngan kengkawan lak, gi town ke hape ke, kalau saya kuar kul 10pagi, kul 1 tengahari mak cakap mesti ada kat umah dah.aduiiii lalalalalalala omak den....
sebab tu saya langsung tak gi kelas tuisyen cam bebudak lain. saya belajar kat umah. sambil di pantau oleh mak. mak sanggup teman saya belajar. buat air semua. oh mak.. sayu je kan bila kenang kembali. besar jasa mak!

even masa saya dah masuk U pun, every week saya balik tau. mak akan selalu call, text saya semua. mak cukup risau masa saya kena praktikal time cuti semester. dia asik suh praktikal dekat2 je. padahal saya kena gi merata satu malaysia. vet course ni die punya skop lain tau. saya kena belajar semua menda. kena pandai semua haiwan.

bila saya dah kerja, kerisauan mak mula berkurang. sebab apa? sebab saya dah tunang sama joe. mak saya suka joe taw. dia percaya joe. so mak tak risau sangat. even saya kerja di melaka, mak ok jek. takla nak call ari2, tanya pergerakan saya kan... hehehe

sekarang ni saya dah ada anak sorang. mak start risau kembali. haishhhh mak nih. bila nak balik kampung Johor, kena roger mak. nak gerak gitaw, dah sampai pun kena bagitau. balik Klang pun sama gak. pendek kata gi mana2 pun kena roger2 mak dulu.

ops ops terpanjang pulak ye saya cite pasal mak saya . tadi mula2 cakap nak share sikit jer.. hehe biasala dak zue nih, membebel no. 1.

terbaru, semalam saya inform mak, saya nak gi kelantan weekend ni, nak jemput 'ahli keluarga' baru.. mula2 mak cakap ok.

tak lama tengahari tu mak call, mak luahkan kerisauan dia. mak cakap mak sampai tak lalu nak makan. mak sampai nangis. time nih saya dah start rasa sedih gak. mak saya risau... mak tak bagi saya gi. jauh sangat katanya naik kereta, tambahan pulak jalan sana bahaya. tapi kalau naik plane, dia setuju je. amboi mak, cost naik plane time2 peak camnih bukan murah. kot mak tolong sponsor takpe gak. huhu

saya pun check la schedule flight ke kota bharu. semua fully booked. tapi fireflyz saya tak check lagi.

yang dalam dilema sangat2 sekarang nih, how am i going to explain it to my hubby? dia beria2 nak gi..saya pun beria2 gak. teringin sangat dah ni nak ada kucing baru. sayu bila tengok rumah ni takde kucing..

how? how? how? suami dan mak, dua2 penting kan. syurga di bawah tapak kaki ibu. sekarang dah jadi isteri, syurga di bawah tapak kaki suami. tapi saya dilema la.........................




Monday, February 8, 2010

new comer

salam uols.

a very quick update.

insyaAllah saya akan berangkat ke kelantan untuk menjemput ahli keluarga kami yang baru.
memang jauh, tapi my beloved hubby sanggup. dia terus cakap
" YES, OK! ... weekend ni kita gi ye sayang..." (itu ayat ringkas penuh bermakna dari dia)

insyaAllah, doakan semua menjadi ye seperti yang saya gambarkan. later akan tell u guys the full story.

doakan kami selamat pergi, selamat kembali.

Saturday, February 6, 2010

memoir seekor kucing...

salam uols..

buat masa ni, saya sekeluarga masih berasa sedih dan sayu atas pemergian kucing kesayangan kami.

insyaAllah, saya akan cuba kumpul kekuatan dalam diri, untuk menceritakan perjalanan hidup Memon, dari hari pertama dia bersama kami, sehinggalah kepada hari pemergiannya, 06 Februari 2010, Sabtu, jam 10.08 pagi di Maju Animal Clinic.

tujuan saya menulis memoir kehidupan Memon bukan untuk menagih simpati kepada mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengabadikan kehidupannya sepanjang bersama kami. walaupun dia hanyalah seekor kucing, tapi kehadirannya dalam hidup kami telah memberi seribu makna yang takkan dilupakan walau sesaat dalam hati ini.

kepada mana-mana insan yang tidak berminat dengan isi kandungan entry seterusnya, anda boleh tinggalkan blog ini. saya mohon maaf. kepada yang memahami, saya ucapkan terima kasih. alhamdulillah kerana sudi berkongsi kesedihan dengan saya sekeluarga.

esok mungkin saya akan ke SPCA. joe ajak ke sana untuk saya dapatkan seekor kucing. bukan untuk gantikan Memon, tidak sama sekali. tujuan joe supaya saya tidak berterusan bersedih dan meratap pemergian Memon kerana joe juga akan menitiskan airmata apabila melihat saya menangis. InsyaAllah, jika kami dapat kucing baru, kami akan didik dan sayangi dia sama seperti kasih sayang kami pada arwah Memon...........

in our heart, forever....

salam uols..


Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

KAMU SENTIASA MENGISI RUANG HATI TANPA ADA SEDIKIT PUN RASA LUPA PADA KAMU... MAK SAYANG KAMU, DUNIA AKHIRAT. ... DAMAILAH KAMU DI SANA... AMIN..

Friday, February 5, 2010

MY BAD!!!!!

salam uols...

malam tadi memon keluar. as usual, routine baru die sekarang memon akan keluar petang, jumpa kawan baru dia. dia akan round2 satu taman, balik sekejap makan or minum, then sambung semula aktiviti.

biasanya malam dia balik kul 9.00 dah ada kat umah. tapi malam tadi puas saya jengah ke luar, panggil2, die tak respon. saya pikir, it's ok la kan, jap gi sure memon balik. malam tadi pun joe takde, so saya ditemankan oleh dua kawan baik saya , izzati ngan anis.

dalam kul 10, memon still tak balik lagi. saya naik atas, tidokan FZ. setengah jam lepas tu, saya turun bawah, panggil2 lagi memon. tapi still takde respons. saya naik atas semula dalam hati ingat takkan ada apa2 terjadi pada dia. AND THAT WAS A VERY DAMN STUPID DECISION I'VE MADE!!! saya sangat bodoh malam tadi. bodoh, bodoh, bodoh!!!

kul 2 pagi, saya dengar bunyi anjing kuat sangat. bunyi banyak anjing tengah gaduh. berlari saya turun tangga sampai saya termiss 2 kali anak tangga. alhamdulillah saya tak tersungkur. kelam kabut saya bukak pintu. tengok ada 4 ekor anjing tengah kerjakan kucing. saya pulak rabun, ditambah pulak dengan mamai baru bangun tido. saya halau anjing2 tu, tapi saya tak perasan bahawa kucing yang dikerjakan anjing tu adalah memon. Oh God!!! ape sebenarnya yang saya pikirkan nih??
saya BIARKAN kucing yang saya sangka bukan memon tu bawah kereta kawan saya.

saya naik atas semula, tido. risau tinggal anak sorang2 atas katil. dalam hati berdoa agar kucing tu bukan memon. tapi Tuhan kan Maha Berkuasa. saya kan animal doctor, sepatutnya saya pergi je keluar, selamatkan kucing tu. tapi dah takdir dan dah tertulis, saya biarkan kucing tu bawah kereta, ingat kucing tu tak ape2 n pagi nanti baru gi tengok..

pagi tadi, saya bukak pintu, tengok ada few spotted blood depan rumah and kat parking keta. sah! memon yang kena attacked malam tadi. saya cari memon, tengok2 dia ada kat bawah kereta jiran. injured teruk, ada lebih kurang 10 bites wound.

saya menangis. i just don't know what to do. i panicked. saya angkat dia, bawak masuk rumah. saya bagi dia makan,minum. laju dia minum air. kesian, haus sangat agaknya.

then saya rushed ke nursery, hantar anak. kemudian ke opis, kejarkan meeting. short while after sampai meeting, fikiran saya bercelaru. saya tak le go on with this. saya mesti bawak memon gi klinik. i know, for some people memang akan fikir saya ni manusia poyo ke hape, sebab kucing seekor, saya boley jadi sasau tak tentu arah kan? but trust me, saya sayang kan kucing sangat2, lebih2 lagi memon. saya anggap dia anak saya, permata hati saya, begitu juga joe. kami anggap memon adalah anak kami.....

so now, saya di opis. saya mesti siapkan presentation saya. isnin morning taklimat tu. takleh tangguh2. petang ni saya akan lawat memon.

to memon, "mak mintak maaf sebab tak cari awak malam tadi. ampunkan mak sayang... mak berdosa. mak bukan owner yang baik. mak tak boleh maafkan diri ni kalau sesuatu yang lebih buruk berlaku.."

Ya Allah, selamatkan memon. kami tak sanggup menghadapi kehilangan dia dalam masa terdekat ni. Aminnn Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, February 3, 2010

dapat hadiah! tengkiuk!!

salam uols...

semalam kan, masa balik je dari opis, tengok ada kad kuning gantung depan pagar umah.
saspen giler, saya tanya joe, " bang, umah kita kena saman ke?" hahahahaha gile ko tanya soklan tak masuk dek akal. bangang punye bini tul!

joe gelak2 kan saya, dia cakap, "sayang nih, suke merepek cakap bukan2... sebab apelak nak kena saman..." hehehehehe yelah kan..sebab ape nak kena saman? tak lojik tau! kami penduduk yang sangat bagus taw.

rupenya kad tu adalah dari Citylink.. cehhhh punyelah saspen. yelah, mana penah dapat courier cenggitu. selalu pos laju je yang datang umah nih.

belek2 kad tu, tulis nama saya pulak. eyh, bile saya order barang dari ostolia nih? ke nyah kawan saya pos hadiah kat saya? hahahaha tak mungkin tak mungkin. joe tanya saya, "sayang ada beli ape2 lagi ke obesea?" saya cakap, "mana ada...takde dah.last dulu ngan hamka jer.."
okay. takyah bertekak laki bini. since pagi tadi nak kuar bawak FZ jumpa paed die, so balik tu terus berdesup pegi opis Citylink. saspen2... apelah menda yang saya dapat nih ek?

upe2nya bila bukak je parcel tuh, saya dapat menda alah ni ha...


set tupperware nyahh!! siap ngan beg. edisi madagascar siap....wahhhhh gembirak gilakkkkkk

ooooooo baru teringat! saya ada masuk contest nih kat nuffnang. tak sangka la pulak menang! hehehe. TENGKIUK NUFFNANG!!! ni yang tambah bersemangat nak ber'nuffnang' nih. duit dapat, hadiah dapat. wahhhh kecoh giler ek ko padahal baru menang tapawe (tupperware) jek!

Monday, February 1, 2010

babai postpaid celcom

salam uols...

last week saya dah berjaya settle kan bill broadband ke lebih tepat berukband celcom yang lemau manjang asik kuar lampu ijau terkedip2 kadang2 dah ilang sabar rasa cam penampau je berukband nih hehehehehe

maka dengan ini diisytiharkan bahawa saya dah terminate line celcom postpaid yang kena bayaw monthly rm68 tuh.babai ko berukband nyampah gilers servis lemau lemah gemalai tuh
seb baek ada streamyx lagik kat umah nih, kalau tak meroyan gak takde internet ni. camno nak update fb sama blog kesayangan nih?

tapi saya terminate line saja. saya still perlu khidmat berukband nih especially kalau kena outstation kan. takkan mak nak hangkut lak modem streamyx nih ke hulu ke hilir gila ke hape.. kalau hangkut modem je, tapi line tepon takdo, takdo maknonya gak kan tu din beramboi namanye hahahahaha

saya beli prepaid broadband jer. oklah , murah rm 25 jer tuk 24 jam tanpa henti or 6 hari seminggu guna tanpa had. time nak pakai topup, taknak biaw je simcard tuh kan. sonang baiti....

tapi ada masalah satu lagi melanda, router wireless kat umah ni dah start wat perangai. nak kena tukar gak. punyalah lambat nak bukak website pape, aduiii nak kuar airmata dah tensen punya pasal. tengah pakat2 nih ngan joe nak tukarkan router baru. sharing is caring kan kan kan