Sunday, May 30, 2010

weekend @ 29 May 2010

salam uols...

semalam memang hari yang sangat full with activities. ekceli semalam memang tarikh yang aku dah spesel kosongkan dalam diari. my best buddy, si syahar amir kawen. tahniah bro!

ni pic aku curik dari fb si dobot. halalkan ye bot! hehe. kitorang ni memang takley berjumpa, sah kecoh! macamla kenduri tu kat umah kitorang, gamat giler. hehe. sebelah aku, my bff; widad. yang dukung chiepani tu kak yana. kalau korang ingat, kak yana ni la yang bersanding dalam aquarium kat Underwater World Langkawi tahun lepas. meletopssss. kalau aku sah2 lemas dah. dah la takut berendam dalam air, ni kan pulak nak bersanding dalam air. mati idup balik aku takkan wat.

masa ni pengantin perempuan dah sampai. dah nak stat berarak. gile gelabah aku bangun dari meja, padahal tengah makan masa ni. semangat beb nak tangkap gambar member nak sanding. tu yang obies gile mulut tengah mengunyah. kuang kuang kuang

tadaaaa.... tahniah la ye syahar ngan kak ijad. kawen ko akhirnya ye. tak la membujang sampai ke tua. hiksss.


ni photographer upahan yang tak dapat upah. pengakuan jujur dari dobot, " aku buat ni free je zue... "
"ooo....padanla ko sampai lambat, free rupenya!! " hahaha. jahat kan mulut aku? gurau2 je. jangan mara bot!

lagik gambar ngan ayang aku, si widad. apehal ayang wat mulut camtu???


ni antara classmate chinese yang rapat ngan kitorang. tiap2 wedding member dia kompom tayang muka. respek ko beb! ck tan menayang tunang dia. cepat2la ko kawen ck, kitorang nak menyibuk kat wedding ko pulak.


ni lagi sorang, fong yan. bekas kekasih syahar. wakakaka.


ni gambar wajib tayang, wajib tonton. pasangan sehati melantak.


ramai lagi kengkawan kitorang tak sampai masa ni. mizah, kak ijat, kak ami... sume tersangkut jam kat Bangi katanye. sian korang. tak dapek nak ronggeng sesame ngan kami semalam. len kali ek kite ronggeng.


semalam masa kitorang sampai, bertembung ngan Prof. Zamri, bekas dekan fakulti vet. respek gile babi kat dia pasal dia ni millionaire, tapi dengan sangat low profilenya, dia just drive kancil je semalam datang kenduri syahar. susah kan nak jumpa orang yang low profile camni?


***** wassalam. tamat dah cerita kenduri syahar*********


ni aktiviti malam tadi. ekceli memang kami selorong ni dah plan dari last week, nak wat bbq tuk penghuni lorong SW15. alhamdulillah, berjaya gak kami semua menjayakan aktiviti ni.


bapak2 sahaja yang terlibat dalam aktiviti bakaw membakaw, kipas mengipas. yang femfuan mak2 sume duduk sahaja bersenang lenang. best kan? cube carik, mana laki aku. sape betul dapat sate secucuk.


antara menu yang ado malam tadi.. kerang bakaw. sedap wey.... banyak gile aku belasah.

sate rusa, arnab, kerbau, lembu, kambing, kucing. sume ada. pilih je mana nak rasa.


lain ada ikan pari bakar, ayam madu bbq, otak2, durian, pelam, epal, puding milo, mihun, nasi impit, karipap and jajan2 sume. banyak gile makanan malam ni, siap ley tapaw wat brekpes pagi tadi. hehe.


ni lah pengetua taska chiepani, jiran sebelah umah kitorang.. kak eni. dia rapat gile ngan chiepani. chiepani kalau ngan teacher dia ni, tak pandang dah mummy daddy die. kejam nye anak aku....

ni sesi merebut nombor cabutan bertuah2. senget2 si joe nak cabut nombor. last2 dapat no.6. kecik secoit je hampernya. okayla, kami pun bertiga je kat dalam umah ni.



hadiah disampaikan oleh Penghulu Lorong ni, Pakcik Mail. tengkiuk pakcik!


abang hamidi (jiran next door kitorang)yang berbangga ngan hamper sejemputnya. dia ni kelakau gile, suka wat lawak. meriah malam tu ngan lawak dia.

okay tu saje laporan dari aku tuk weekend ni. penat memang penat, tapi enjoy. aktiviti abis dalam kul 11 malam tadi.

pastu geng2 lelaki ada sesi meeting post morterm. tak aci, yang pompuan ni nak gak join meeting, tapi diorang tak kasik.
depa suh kitorang kemas pinggan mangkuk sume, dodoi anak tido. hampeh tulll.

Friday, May 28, 2010

the duo

salam uols....

lama dah tak cite pasal dua orang lagi 'budak' kat umah ni.

ni adik. dah membesar bagai juara. kuat makan. bulu kembang sikit, baru masuk 4 bulan. masih belum kena jab 1st dose lagik. i'm sori dear! later stock vaccine sampai mak jab u keh. dia noty giler. tengok, sibuk makan abang Agus punya meal.

ni abang dia. korang sume dah kenal kan. Agus the explorer. he's more calmer than his lil bro. tapi ada gak noty. suka balas dendam. " o, adik makan biskut aku, aku masuk cage ko dik, makan ko punye meal..." hahahaha.

adik suka makan meal abang dia; RC sensible 33. abang pulak belasah meal adik; RC kitten 36. terbalik dah!


abes makan memasing bergumpal. ni keje diorang tiap2 ari. selalu yang kalah abang la. hehe. tapi abang memang selalu mengalah. adik je lebih2 buli Agus. Agus pas kena buli still nak tolong groom his lil bro tuh. ngelat adik!


adik rest. port feberet adik; in between the sofa ngan cleopatra longchair. intai ke luar bizibodi tengok menda kat luar. dia memang bizibodi plus suka sangat menggigit. nanti dia, leka2 tu nanti mak ketip kuku dia pendek2!


susah nak snap pic dia. dia tau kite duuk hala2 kamera kat dia, lagi dia nyorok gi belakang. adik ngan Agus tak gile glemer cam mak dia kannnnnnnn. hahaha



ekceli to tell u guys the truth, adik is my experiment.... to be ----> Memon the 2nd. (dem kan? i juz can't forget him. memon sentiasa dihati... mom really miz u dear!! )



Thursday, May 27, 2010

sape suka kaler MERAH, angkat tangan!

salam uols...

okay, harini aku nak ajar korang ilmu menilik. tilik orang berdasarkan warna kesukaan mereka.

aku ajar 4 warna je. korang takde pilihan. sila pilih warna yang ada ni je ye. jangan request2 nak kaler lain. biase dia.

BIRU = biasanya romantik, talkative; aka suka gosip2, loving , pandai berkomunikasi. tatapi, mereka ni golongan yang sukar wat keputusan. yela, orang yang banyak cakap ni auta je lebih kan??

HIJAU = berani amik risiko, lain dari yang lain ( lain la, hijau cam hulk kan? haha, tak kelakar ) suka selesai masalah, berpikiran jauh. creative, innovative, productive, sume yang 'tive' la depa ni.

HITAM = orang yang fokus pada sesuatu, target oriented, determined (keras kepala la nih..) will power yang sangat tinggi, workaholic

MERAH = suka SEX. always think about SEX. hamikkk ko! ada ke ni yang mula2 keluar pasal karakter orang yang suka kaler merah. ngahahahaha. golongan yang interesting, senang berkawan, hepi go laki, suka buat benda yang berbeza dari pikiran orang lain, boleh menyebabkan suasana yang tegang jadi ceria. workaholic gak.

okay, korang rasa korang suka kaler ape?

korang rasa, aku suka kaler ape?

Wednesday, May 26, 2010

rock ala ella

salam uols...

arini aku cuti. semalam suara langsung tak keluar. arini pun sama. makanya semalam aku tak jadi la jadi presenter tuk team KIK aku. mohon maaf pada sume. seb baik ada back-up. alhamdulillah, team JPV Melaka dapat no. 3 uols..

pagi tadi gi klinik ingat nak amik ubat batuk. alih2 doc tu offer nak mc ke tak? harusla aku jawab ndak. maunya taknak. keh keh. jimat cuti gue.

aktiviti duk umah arini tak lain tak bukan, masak. dah lama giler aku tak masak kat umah ni. berkurunnnnnnn. memandangkan si joe jambul pun mc arini, maka dia pun merequest aku suh masak buttered prawn. udang ni dah masak kecut lak dia. udang harimau ni aku beli. tapi size M je. nak beli XXL kemsalam la kat harga dia. huhuhu

tadaaaaaa.... buttered prawn, my style.

ni pulak aku yang ngidam nak makan. sambal petai ngan ikan bilis. mabeles ever. (perasan kan aku?)


okay, telan liur la memasing ye. aku nak bersiap. jap gi nak keluar makan malam. siang je rajin, malam malas dah.

Monday, May 24, 2010

coti2 @ Hard Rock Penang

salam uols...

akhirnya. solosai den upload pics ni sume. berkurun aku tunggu. dalam pada sibuk praktis nak KIK sok kat Putrajaya, aku sempat cilok2 masuk bilik upload pics. ampunkan saya my KIK team! ngahaha

aku rasa aku tak larat nak menaip panjang lebar. totally exhausted. abes sume kederat minggu ni. suara dah stat tukar cam ella. harap2 sok aku tak sengau time presentation. melalak la team aku ngan juri dengar sok. hahaha

alhamdulillah. akhirnya hasrat aku nak pi Penang tercapai. purposely niat aku cuma nak stay di Hard Rock Hotel. bangga beb, malaysia ada HARD ROCK HOTEL!!! before ni just ada hard rock cafe je.

so bila launch je hotel ni, aku memang pasang hajat nak gi sana. plan nak gi last April, tapi banyak perkara menghalang. akhirnya, last week, selamat lah kami sampai ke sana.

kami bertolak from Melaka dalam 4.45pm rasanya. sampai dah dekat kul 10 malam. perjalanan sesak sikit and hujan lebat kat Perak. sampai je Georgetown terus cari tempat nak membuta.

then pagi2, kul 8pagi kitorang dah gerak keluar ke Bukit Bendera. harapan tinggi ni, nak bawak chiepani gi naik cable car.......

tapi.....

malang ye uols. cable car adalah TUTUP! sedey the bangat derrr... so bergambar jelah depan gate masuk Bukit Bendera nih.. =(

ni signboard besaw JKR depan entrance. tutup selama 6 bulan. sekian terima kasih.

dah tak dan nak naik cable car, kami pegi cari Toy Museum. dekat je. kat Tanjung Bungah. to Dallies yang nak ke sana this june, toy museum ni betul2 depan hotel copthorne orchid. kena masuk dalam hotel ni, kat parking hotel tu lah terletaknya museum ini.
so far sangat menarik. tapi flyers yang kami dapat tu menipu. dalam flyers tunjuk orang boley bergambar siap peluk2 toy2 yang dipamerkan macam kat madame tussaud punya museum tuh. tapi masa kami sampai, sume patung adalah duk di dalam cermin ya.
museum ni sekali masuk rm10 adult, children rm5 kalau tak silap. baby FOC.
menarik dalam museum ni. sume koleksi toys and movie character ada dalam ni. termasuk la buah hati aku yang kena reject, Captain Jack Sparrow. sian ko, kena kurung dalam cermin kaca. wakakakaka . tulah, sape suh menggatal kan.....

atas: koleksi karakter dalam movie SAW. feberet aku gak nih.
bawah: jejaka labah2

okay. ni ekceli pic dalam hotel. abaikan la kalau korang tengok lepas pic dalam hotel ni, tetiba ada balik gambar toy museum. aku pun tak tau camne nak gayakan lagi. tunggang terbalik gambaw dalam nih. sori taw, bukan disengajakan.
ni adalah antara kudapan yang disediakan. mantap nyah!


ni dalam toilet. hebat wall mirror dia. boley slide2. kalau aku slide tolak ke kiri kanan, akan terpacul la gambar legenda rock. sape ek nama dia yang buta tu? stevie wonder kan? ha, tul lah agaknya. hehe.



ni adalah toilettries yang disediakan. malatops gak.


haaa... kan dah muncul balik gamba kat toy museum. abaikan.



ni kat entrance. baik sangat tukang jaga counter. dia la yang kami harapkan nak tolong snap2 kan pic. kalau tak kena gilir2 je. ko snap aku, aku snap ko.



ni la bilik yang kitorang stay. ekceli masa booking, mintak hillview je. tapi masa joe check-in, orang tu cakap diorang wat promotion. diorang upgrade ke family suite. harga tetap sama, MYR529.00. so no cakap banyak, joe just accept sajer. okay pe, besaw bapak bilik dia. king bed tu yang chiepani duk tertiarap haa. kemain dia la yang rasmi dulu tilam tuh.
bantal and bedsheet sangat stylo. sume ada motif guitar printed. stylo habis. rasa nak tanggal bawak balik. batak kan?

ni anak aku dah terbongkang tak sadarkan diri. sebelum dia tido terbongkang ni, sebonarnya, dia dah jatuh terlentang dari katil. biar dia rasa, lasak sangat. orang suh duk diam dia merangkak gak nak intai bawah. merasa la dia cium karpet hard rock. ngahahaha.


sabtu petang, joe layan anak dia kat pool. aku tukang amik gambaw je. koser nak basahkan baju. bikini pun tak bawak. tak feel la mandi pool tak pakai bikini kannnnn. ( wahhhh ada ati! )



pastu gerak ke depan sikit, gi ke beach. chiepani ni tah pape ye, mandi pool kemain eksaited, sampai taknak keluar. tapi bila bawak ke beach, terlalak2 dia mintak balik. takut tengok ombak dekat. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. eh.



depan cafe. merasa gak bergambaw ngan mikel jeksen. korang jangan jeles.



laksa penang. ni makan kat depan miami beach. memang sodap hingga makan dua mangkuk. bini sape yang kuat melantak ni?


ni pulak char kuey teow udang. share ngan joe. perut nak melatop dah tadi, belasah laksa sampai 2 mangkuk. hehe

dah gi hard rock, wajibul ghannah la beli baju dia kan.. since kami memang peminat Hard Rock punya shirts, aku myself rembat sampai 2 helai. suka design baru diorang, ala2 Ed Hardy. ada roses sume. satu lagi aku beli long sleeves, ada hoodie. smart beb.
akak kedai ni suh aku amik Hard Rock Shakira punya edition. dia cakap ni baru sampai. tapi aku cakap aku dah ada kak. Hard Rock San Diego punya.. (peh, siap nak cakap kan. poyo je. hahaha)
bukan aku pun yang gi sana, kirim kat joe je.


ni daddy punya. dragon motif.



last but not least, for our princess, kami pilih this pinky dress. harga sama cam orang besaw punya t-shirt. hampeh tul hard rock shop ni punya pricing.


so overall, kami sangat2 sangat2 enjoy this trip. sangat bahagia dapat stay di HRH. harap sangat dapat datang sini lagi. insyaAllah. joe cakap, hotel ni sangat best as compared to other 5 stars punya hotel like J.W Mariott sume. yeke? ye kot. petang tu kami bertolak dari Penang dekat2 kul 3 petang, dalam kul 7.30 malam selamat sampai Melaka. alhamdulillah, jalan ok.
memang nak datang lagi, tapi not this year. kena jimat sikit coz before raya tahun ni, insyaAllah kami mengharap sangat pada sesuatu untuk menjadi milik kami. tak sabar!!

Thursday, May 20, 2010

rojak pasemboq

salam uols...

okay ni nak tayang gamba anak buah terbaru dalam family kitorang... presenting....

Mia Aleesya Sofea...

ni anak abang joe. aku panggil abang pi'e. comel giler, muka cinos abis... ni masa majlis akikah dia, last week kat muar. umur 13 hari masa ni. kecitttt lagi, haluihhh kata orang perak.

tu mia bergambar ngan maktuk belah arwah mama joe. mia ngan chiepani panggil dia 'nenek'. patutnya nak amik gambar ngan maktuk belah ayah joe, yang tu memang cina pure. muka mia pun sebijik dia. tapi masa ni maktuk tah ke mana, busy layan tetamu rasanya. so non ado. nanti raya aku snap pic mia banyak2 sama nenek dia keh.




cam biasa arr, aku musti mau letak gamba anak aku chiepani. 18 Mei aritu genap umur dia 11 bulan. ayah joe (atuk chiepani ) eksaited gilos tak sabar tunggu cucu sulung dia sampai dari melaka pagi tu. bape kali asik call joe tanya kat mana dah. tu chiepani pakai baju yang atuk belikan. dan dan je atuk dia, sampai je terus bagi baju sebundle, siap bungkus dalam pembalut hadiah. pastu suh kitorang bukak baju yang dia pakai pagi tu, tukar ngan baju baru atuk beli. untung ye budak kecik ni...

ekceli memang dah lama kami tak balik segamat umah ayah joe. camno nak balik, ayah manjang je takde. busy masak sana sini. tu yang dia terlebih eksaited nak jumpa chiepani. masa akikah mia ni, ayah free. so ayah la yang masak sume hidangan hari tu. nasi beriani koooo... nasi beriani ayah memang mabeles! ayah siap tapau tuk kitorang satu tapawe besau... aku bantai sampai 4 round makan. hahahaha

update terkini pasal anak kami. last month dia dah pandai babai kat orang. now dia dah pandai nak salam, pastu cium tangan. gilak ah, terharu beb! anak sendiri dah pandai salam cium tangan segala. kembang je ati ni.. masa kat kenduri aritu, berebut la sume orang nak salam ngan dia. paling hepi tok tam dia, siap suh salam banyak kali sampai chiepani tensi. ngahaha

okay abes. ni aku nak selit gak cerita pagi tadi on the way nak ke opis.

ada satu kereta satria neo nih, duk cucuk aku gile babi punya rapat dari belakang. aku intai, sah pompuan. poyo okay. aku cukup nyampah orang camni. apehal yang ko nak cucuk orang dari belakang?

tapi aku cam biasa. menten kool dalam keta, takde la aku nak sumpah seranah sume. tak baik pagi dah marah.

tapi.............

aku guna taktik yang paling aku suka buat.

aku biar dia cucuk aku kaw2 punya dari belakang, while aku menten drive at 90km/hour. normal la jalan biasa, pehal nak tekan minyak sampai 100 bagai?

bila dekat dah nak sampai simpang masuk opis aku, baru aku bagi signal, then aku slow down.

gila tersasar pompuan tu brek. padan muka ko! seb baik tak cium kereta aku pagi tadi. kalau cium, mapos la dia nak membayaw nye.

satu jelah perangai aku, aku memang cukup loya tengok pompuan yang bawak keta style camni. konon eksen bawak laju2, tapi ko tak pikir ni bukan hiway beb. agak2 la. takyah der nak tekan2 gila babi pedal minyak tu. bila aku brake, gelabah biawak ko tekan brek dari belakang.

so ada berani lagi nak wat camni?

nak race jom pi litar sepang. tapi bukan ngan aku. ngan schumacher okay! ( erk, betul ke eja ni? hahaha)

Wednesday, May 19, 2010

assignment

salam uols...

pepagi ni on je blog, tengok belog bebudak nih, owh kena tagged gue ye. from mama miq.
so here we goes.......

1) kekasih saya adalah :
sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pulak. ahaks...
sape lagi kalau bukan Mr. Joe Jambullllllllllllll

2) saya sedang mendengar :
ceramah agama. ngahaha. tipu!! tak... lagu adam lambert. again n again.

3) saya patut :
tak tau ape yang patut dibuat sekarang.

4) saya suka :
banyak perkara. banyak sangat menda nak dilistkan. juling kang mata sensorang baca entry nih.

5) sahabat-sahabat baik saya :
sape yang baik ngan aku, mereka la sahabat baik aku. kot tak baik takkan aku nak kawan ye tak?

6) saya tak paham :
macam mana sistem sms berfungsi?
macam mana kita nak tau kalau kereta punya lampu brek kita tak berfungsi kalau kita on the move? dah accident baru ley tau?
macam mana nak tau ape yang bos aku tengah pikirkan sekarang?
ngahahahaha.

7) saya kehilangan :
kucing gemok kesayangan kami. memon, we miss u always!!!

8) ramai yang berkata :
bila la nak hari jumaat. bosannya hari isnin...

9) makna nama saya :
tah. mak cakap dulu mak penah tanya ustaz. tapi lupa dah maksudnya. tapi kalau aku kaji nama aku, ZURAIDAH -----> ada ala2 Zoo kan? so sahih la. aku memang suka hewan. boley camni?

10) cinta itu adalah :
miracle! anugerah Tuhan yang tiada tandingan.

11) di sesuatu tempat, seseorang sedang :
mengulau. mengulau. mengulau.

12) saya akan cuba :
kurangkan aktiviti mengulau.

13) ayat SELAMANYA membawa maksud :
hubungan kami sekeluarga semoga kekal ke akhir hayat. amin.

14) saya paling meluat apabila :
orang suka belagak tak bertempat, suka pandang rendah pada orang lain, kak nam n the gang, suka dengki pada orang lain, suka 'down' kan diri sendiri , pastu suka tuding jari pada orang lain. okay, hadiah harijadi paling sesuai tuk orang spesis camni ------> cermin!!

15) pesta/parti adalah :
aku bukan jenis orang yang suka pesta/parti. tapi untuk anak boley la. tu pun dalam perancangan. maybe kenduri doa selamat lebih afdal.

16) haiwan yang paling comel yang pernah anda temui :
arwah kucing gemok aku... memon...

17) peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
masa bayi dan kanak-kanak. penuh dengan keseronokan.

18) hari ini :
hari Rabu. jap gi nak gi ikut operasi penutupan ladang. musnahkan!!! yeabaaaa2!!!

19) malam ini saya akan :
ajak joe gi makan sizzling stonegrill. yummeh! pastu balik umah teruskan agenda laki bini. tunaikan tanggungjawab. wakakaka

20) esok pula saya akan :
packing bag. lusa nak gi dah ! cuti2 di Penang.

21) saya betul-betul inginkan :
memon kembali kepada kami. tapi tak mungkin kan?
ekceli banyak benda yang aku inginkan. tapi dalam masa terdekat adalah, aku nak menggodam 'menatang' yang aku cite kat korang dalam entry yang lepas2 dulu. bila la nak ada masa nak godam mendaalah ni ek? haihhhh

22) ketika anda lihat wajah anda dicermin pagi ini:
menjeregol je! (bahasa perak ni. sape tak tau lantak. )

23) pusat membeli belah atau arked permainan :
midvalley, jusco bandaraya melaka, ngan KLCC.

24) makanan barat atau jepun :
Thailand aka Siam.

25) bilik yang terang atau gelap :
of cos la terang. sape tak kenal aku je yang tanya nape aku jawab terang.

26) bestfriend ever :
ramaiii.....

27) nape sampai 26 soalan je?
tak tau. tanya moderator.

28) nape tak buat sampai 30 je?
pencipta soalan kehabisan idea. kakakaka.

Tuesday, May 18, 2010

vaksin H1N1

salam uols...

aku baru je lepas kena jab ngan vaksin h1n1 nih.

plan nak amik after balik coti2 kat Penang weekend nih.

tapi joe telah berjaya menakutkan aku. pagi tadi dia sms bagitau arini ada sorang wanita meninggal dunia. lokasi: batu berendam, melaka. wallaweyyyy, tu area umah aku tu!

terus zasssssss abis meeting berdesup gi amik jab nih. menyelam sambil minum air sebenarnya.

sebenarnya nak bawak chiepani amik ubat sakit mata plus selsema dia. budak ni kelakar tau, ada ke dia boley makan ingus yang meleley kat idung dia.. yuckkkssss!
tak sempat2 tunggu orang amik tisu nak lap, dia dah telan siap2 ingus tuh. sure dia pikir camni,
"lambat nau mummy ni amik tisu. makan pun sodappp ni .. "

sampai je klinik paed dia, aku tanya nurse tu kot2 ada lagi available vaksin h1n1 nih. seb baik ada lagi stock. yelah, vaksin ni kan tengah hangat di pasaran. macam pisang panas. last month masa joe ngan chiepani amik, siap kena booking lagi vaksin nih. so pada sesape yang nak amik vaksin ni, sila call dulu klinik yang uols nak gi ye. takut diorang kehabisan stok.

korang nak tau ape rasanya kena cucuk vaksin ni?

pedih giler! uwaaaaaa... sakit tau, tapi tahan je. dah la depan doc kanak2, apa kes la nak meraung kan. so duk diam2 je. anak ko kena cucuk tu ari senyap je, takkan mak lelebey nak meraung. lempang kang. hehe

ok kengkawan. aku rasa tangan aku dah mula kejung sebelah. lenguh beb. aku kena stop dulu. aku memang jakun kalau kena vaksin nih. mula la tangan lenguh2 la, kepala weng la, sok demam pulak la. haih, be strong zue!

so kepada kengkawan yang belum amik vaksin ni, segeralah berlari ke klinik berdekatan anda. h1n1 semakin mengganazzzzzzzzzzzzzzzzz. sila kuatkan semangat kepada sesape yang takut tengok jarum besaw. doc pakai size 23G beb! ngahahahaha. memang belobang muscle aku.

** gile jahat kan aku? komen tentang vaksin yang langsung tak membina semangat orang nak gi cucuk. kekekeke.
owh, lagi satu, harga vaksin ni adalah rm75. tak mahal pun. jadi baik korang gi cucuk ye.

Friday, May 14, 2010

akhirnya ketemu jua yang sesuai...

salam uols...



ingat tak aku penah cakap dalam blog masa aku gi induksi aritu, aku telah mengopakkan duit aku kat KLCC?



ha, ni lah yang aku gi beli. ni pun sebab si widad rekomen gile babi kat aku suh pakai. hehe



mana taknya, ari2 aku memekak kat dia cite pasal masalah kulit muka aku. yes, muka aku memang bermasalah. masalah cepat kering and senang menggelupas. mana taknya, 24 hours aku duk dalam aircond. memang cepat kering. pastu menggelupas. paling tak tahan bahagian kiri kanan bibir, merekah. pedih wooo... nak bukak mulut luas2 memang sakit.



before ni aku dah try banyak sangat product. avene, roc, bio essence , syahirah sume tu, sampai bio oil pun aku tepek gak. haha. tapi sume tak menjadi. paling lama pun diorang ok ngan kulit muka aku adalah sebulan, pastu nanti resistant. then kering semula. mungkin juga aku sangat malas wat facial. tu pun boley jadi punca gak kan?



okay, let's move on. pada sesape yang ada masalah kulit kering and senang menggelupas cam aku, aku suggest korang cuba this product.



ni facial soap dia. sangat mild and sangat2 senang berbuih even letak secoit je. and takde rasa pedih after pakai even masa try tu kulit aku tengah menggelupas.



ni clarifying lotion, aka toner. best giler toner ni. sejuk bangat, macam sapu 70% alcohol kat kulit time nak prep for surgery tuh. hehe. nyamannnnnnnn and sangat bersih muka.


ni moisturizing gel. nampak kecik, tapi harga mak datuk mahal. lagi mahal dari cleanser n toner. tapi pakai sikit2 dah cukup, ratakan kat pipi, pastu pat2 macam biasa.




last sekali, aku beli gak yang ni, sebab pharmacist tu recommend suh aku combine ni ngan yang moisturizer botol kuning kat atas since masalah kulit aku seriyes. yang ni double the price yang botol kuning tu. kecik je bekas dia, tapi berbaloi. plus, dapat travel bag for free.. yeapiiee!!!



so far, aku sangat puas hati ngan clinique skin care ni. dalam 3-4 ari kulit muka aku dah jadi normal. and tekstur muka dah jadi ok. takde black2 head sume tuh lagi.



lagi satu, yang paling wat aku terus rembat je tanpa memikirkan total keseluruhan sume 4 benda ni adalah; pharmacist aka skin specialist dia. lelaki taw! tapi bukan nyah ye.... dia sangat2 dedicated masa terangkan pasal product2 ni sume, and siap wat skin test lagi kat muka aku. i looikeee!! hensem, muda pulak tuh! ahaks. okay stop it zue, ko dah menyimpang nih.






ni pulak, aku dapat petang tadi. sape baca shout out kat fb aku petang semalam, aku cakap joe bagi surprise... tadaaaa... dia belikan perfume! clinique gak.. hoyeah !!!


aku tanya dia, "abang, ni hadiah mother's day ke? "


dia jawab , " bukanla...abang saja beli. abang tengok sayang punya perfume dah nak abis... "


oh, heaven... tq sooooo much my luv.


** bulan 6 ni insyaAllah orang itu dapat bonus. ngahahaha... idea2 bernas sedang kupikirkan bermula dari sekarang... abis la kau joe!



anak bapak....

salam uols...


anak daddy yang melekat 10 jam sehari. masa lain adalah di nursery and selebihnya tido.


dah pandai wat muka. mana belajar ni?


sangatttttttttt muka joe kan? agree? aku memang sokong 450% kalau orang cakap muka dia acuan joe. haha