Tuesday, November 30, 2010
SERIYES, MARAH NI!
18 SG..
Saturday, November 27, 2010
sakit kepala..nape?
salam uols...
lately ni selalu kena sakit kepala @ pening senang cakap.
kalau ikut apa yang aku baca, International Headache Society mengklasifikasikan sakit kepala ni kepada 3 kategori...
- primary headaches - ada 3 type iaitu disebabkan tension, migraine or cluster headache. primary headache ni ada sesetengah orang akan cepat resolve after makan ubat, and ada gak yang amik masa yang lama tuk sembuh. tension headaches paling common untuk wanita...
- secondary headaches - biasanya disebabkan oleh faktor2 seperti brain tumor, bleeding kat brain, meningitis or encephalitis.
- cranial neuralgias/facial pain - jenis yang ni lebih berkait dengan nerves (saraf). means ada something happen pada sistem saraf di bahagian leher or kepala kita.
aku tak tau la aku kategori mana satu.. tension ke aku ni? rasa cam tak. tah la..
tension headaches ni antara punca2nya adalah stress dan ngadap komputer terlalu lama. (ini mungkin kot!)
aku malas nak gi check. sebab aku alami sakit kepala since sekolah rendah. dulu masa sekolah, aku telan panadol macam kacang putih, sampai doctor tahan aku dari makan panadol ari2.huhu.
lagi satu, aku tak tahan kena panas terik. kalau aku berjemur lama sikit, kompom aku pening kepala pastu.. (puteri lilin la ala2 ni.. tapi puteri lilin putih melepak, aku puteri ape ha? puteri senandong? wakakaka)
masa aku darjah 6, aku ada undergone 1 surgery... ada growth dalam telinga. hazab weyh masa tu! tapi after tu, ok dah. takde sangat sakit kepala. but still takley tahan duk bawah matahari lama2.
but now, rajin sangat aku kena sakit kepala. kalau datang tu, nak bukak bijik mata pun takley.kalau tunduk lagi la, macam nak terkeluar rasanya bola mata ni.
tapi tu sume aku malas sangat nak layan. makan panadol, then aku tido. bila bangun, sakit kepala pun ilang.
but ada satu menda yang wat aku risau sekarang. I got a lump. actually dah ada lump since form 2 dulu. jangan tanya lump tu katne ye, sensored!
last year before deliver chiepani, aku dah check ngan gynae. dia cakap tunggu anak lahir and besar.
now, aku nak check semula lump ni. dah wat appointment ngan my gynae this Monday afternoon. joe paksa aku gi check sebab dia risau selalu sangat ngadu sakit kepala kat dia.
btw kan geng, breast cancer ada related ngan headache ke??
ni tengah nak stadi difference betweeen tumor and cancer....
sekian, wallahualam.
Friday, November 26, 2010
JJ Card Day
Thursday, November 25, 2010
tudung laiiiee.... ^___^
santek tak tudung iteee... *____*
semalam balik keje, sampai2 umah terus try tudung2 baru ni depan cermin...
satu kaler pepel ...
satu kaler ijau... huhu
boley pegi jengah kalau berminat okay... dia ada jual shawl jugak tawww...
Tuesday, November 23, 2010
ehem ehem... melaram & melantak =)
atas tu laksa yang aku laki bini makan bermangkuk2, dan dah 2 kali masak dalam bulan ni. hahaha. kemaruk? mengidam? ehemmmm....
next 2 pictures gambar chiepani last week....
Hanyut...
Monday, November 22, 2010
masuk bengkel dia.... T__T
Thursday, November 18, 2010
Aidiladha 2010 & Cerita Hari Ini
arini aku ngan joe cuti. aku cuti sampai jumaat tawwww. (mukadimah yang bisa menjeleskan geng2 seangkatan... hahahaha)
mula2 ingat nak sambung stay umah mak sampai ahad ni. tapi cam biaso la, aku cam tak sampai ati la nak biarkan dedi tu kesepian malam2 sorang2 kan... ado yang tak tido malam tu kang bila kalih2 tengok katil sebelah dia kosong... anak dia takde la katakan....
jadi aku wat keputusan, ikut je balik melaka malam tadi...
puas gak beraya kat umah mak aku tahun ni. petang pas balik beraya, mak ngan aku duk berdua2an gossiping dalam bilik mak. macam2 kitorang borak.. best wooo bila dapat duk baring2 sambil
malam tadi sampai melaka dalam kul 10 kot... kitorang singgah umah Paksu jap amik "bekalan" dari umah maktok... sayang tul maktok kat cucu dia, abe joe tuh.... masa singgah umah paksu tu, paksu sempat lagik mengusik anak sedara dia ...
paksu : tangan makde kena pisau tau bang masa potong bawang semalam...
joe : yeke?
paksu : yelah... abang joe tak balik... sedihhh makde... asik terkenang2 kan abang joe..
joe : alaaaa... mana ada.. pandai je2 paksu tau... makde sedih sebab Pak Aji (laki makde) pegi China la...
cisssss... kemain paksu wat lawak ek.. saja tau nak kena kan anak buah dia ni... hahahaha.
okay, sikit je nak stori.. setel cite Aidiladha kitorang semalam...
so arini, kitorang berdua cuti2 melesia. malam tadi dedi plan nak ajak tengok movie.. dah lama giler tak layan wayang, last rasanya kitorang gi tengok cita Avatar: The Last Airbender tu kot... tadi kitorang tengok Harry Potter 7 : The Deathly Hallows. movie prebiu takde, sebab eita tak kasik cite dulu .. gagagaga..
but before tu, kitorang bawak chiepani pegi jumpa skin specialist. masalah kulit dia menjadi2... makin teruk lak aku tengok especially bahagian belakang dia.
nama doc kat klinik ni, Dr. Jamuna. suka sangat ngan cara dia bagi consultation.. dia explain siap tunjuk buku, buat demo bagai kat kitorang.. macam2 dia cita.. ko tanya la ape ko nak tanya, konfem dia akan explain dari ujung rambut, sampai ujung kaki... berapi2 dia becakap...
buttttttttttt....
charge dia mahal gilerrr. tadi chiepani just dapat 2 jenis krim, 1 botol ubat minum dan 1 botol ubat tablet... total is RM170... hohohoho.
sepadan la kot ngan consultation yang diberi tahap dewata raya tu... adalah dalam 1/2 jam kitorang duk dalam bilik consultation tu... before ni pun aku penah guna khidmat doc ni, dalam rm200++ kena charge.. tapi seriyes, ubat dia memang berkesan.. cube kalau tak berkesan... mau aku pegi simbah cat depan klinik tu. hahahaha
aku rasa la kan, jadi skin specialist ni memang susah kot. dulu pun kitorang ada amik subjek skin disease ni. manjang je sume test aku failed. haha. bodo semedang...
penah sekali tu kan, kitorang telah dipanggil secara berjemaah oleh lecturer yang ajar subjek ni sebab hampir 90% of the classmates failed test subject ni.. yang hawaunya, kitorang ni boley lak gelak2 kat luar bilik dia, cam bangga benau la kan sebab berjaya menggagalkan diri dalam subjek tu.. tak terbayang aku kalau dibuatnya kalau tengah time kitorang tergelak2 meraikan "kegagalan" tu, lecturer tu bukak pintu.. matikkkk weyhh!
eh, seriyes susah la pada aku subjek ni. sebab nak differentiate kan lesion2 tu yang payah. aku tengok sume sama je lesion skin disease ni. nak2 bila suh tengok histo slides, makkk aiiii... berpinau2 mata mak ko haaa... haha. rasa2, senang lagi belajar subjek penyakit babi kot. wakakaka.
so aku sangat respek ngan orang2 yang ley jadi skin specialist ni. aku ley paham kot kalau dia charge kita tinggi.. setanding ngan kesusahan doc ni nak mendiagnose sakit kulit yang patient alami... gituuuuuu....
Monday, November 15, 2010
sampai ati mak dia...
aku macam nak share la cite pasal sorang mak ni. bukan nak mengaibkan, tapi just nak sharing and supaya kita ambik iktibar je ye..
korang ingat tak aku pernah offer aritu pasal katil besi 2 tingkat yang kitorang nak let go je aritu?
nak dijadikan cita, adalah sorang anak ni, masih bersekolah, berminat kat katil ni...
so aku assume dia mintak mak dia belikan la katil tu from we ols.
mak dia ni pun tanyalah kat aku, bape aku nak tolak katil tu... pas bincang2 ngan joe, kitorang decide nak tolak dalam rm100 je... murah sangat sebenarnya, sebab katil tu still tip top conditionnya. but since niat asal kitorang mula2 nak buang je, tapi dah ada orang nak beli... tolak jelah murah2.. okay la tu kan...
then, after aku ber'sms' ngan mak dia ni, mak dia tanya tu, tanya ni.. pastu bila aku sebut je price, mak dia terus senyap tak reply2..
the next few days, aku terserempak ngan mak budak ni.... aku tanya lah kat dia..
"kak, jadi tak nak beli katil tu?"
"sebenarnya bukan akak yang nak beli, tapi anak akak yang nak katil tu... akak cakap dia, kalau nak katil tu, bayar lah sendiri pakai duit tabung dia...."
aku tersentak sekejap dengar statement akak ni... ish... ada ke patut dia suh anak dia guna duit tabung sendiri?
bukannya anak dia mintak belikan something yang pelik2 or mahal2 pun... ni kan kira keperluan anak dia, and as a parents, tanggungjawab dia la kan nak sediakan perkara2 camtu.
lain lah kalau anak dia mintak PS3 ke, iPhone4 ke, jam Mont Blanc ke... beg sekolah LV ke... tu memang melampau la.. kalau aku, aku pun tak belikan... kalau anak aku insist nak gak, aku akan suh dia kumpul duit... tu kira logik la kan? (alaa...duit yang dia kumpul tu pun sah2 la duit elaun yang makpak dia bagi gak kan... hehehe)
jadi secara logiknya, aku rasa memang tak patut la mak dia suh anak dia korek duit tabung sendiri, sebab nak beli katil tu... lagipun mak dia ni bekerja... pendapatan monthly pun besar gak... kalau aku, aku pun tak sanggup nak keluar duit tabung aku.. sayangggg weyh...
aku taktau la ape motif mak dia sebenarnya kan... yang pasti, aku kesian gilerr tengok muka anak dia..
kecewa weyh! T_T
Sunday, November 14, 2010
hari rajin saye... ^_*
hari ni diisytiharkan hari rajin memasak kat umah ni. hihi
pagi petang aku berkuntau kat dapur.
pagi tadi & lunch makan nasi lemak ayam berempah. mak first time wat ayam goreng rempah ni. seperti yang ku jangka (cehhh ayat poyo!hik hik) ayam ni sedap.
joe cakap dia nak propose kat maktok, raya tahun depan nak suh aku masak ni as salah satu hidangan raya pertama. yelahhhh sangat...
tapi nasi nya aku terbuat benyek. ni lah akibat berangan masa memasak... kan dah tertuang air banyak. (eceh, alasan!)
acar tu cam biasa, kontrak tetap abe joe. dia memang aku pajakkan tuk wat acar2 ni sume.
sekian episod makan2 dari dapur cik zue & abe joe ^__^
Saturday, November 13, 2010
pari2 kaler pepel...
setel dah konsert nursery Comel Ria arini.. lega mak ko haa.
nursery dia ada Graduation Day arini. tapi anak aku belum ley graduate lagik. ABC pun tak pandai baca lagi kan... haha
yang konvo arini sume bebudak umur 6 tahun.. tahniah adik2 sume..tahun depan masuk sekolah jangan melalak lalak nak balik umah, beg terletak kat kelas orang laen pastu ngadu beg kena curik, bawak patung barbie pegi sekolah la... ala, cam acik ko dulu ni la... huhu. kenangan!
kalau citekan pengalaman aku 1st day pegi sekolah dulu, memang takley blah la. gelak sensorang aku beb... aku mana penah masuk pre-school sume segala ni haa.. aku degil nauzubillah dulu. mak nak angkut daftar aku masuk tadika, aku lari keliling umah, nyorok kat pokok jambu. last2 mak aku fedap dah. lantak kena belajar kat umah ngan ayah aku.
hazab rupenya belajar kat umah ni... rotan tak tinggal. alwiz bersama ayah. silap sikit je, zassss... huhu. bapak aku garang giler! seb baek dulu2 takde talian teledera, kalau tak aku repot dah. tapi sekarang ayah aku dah baek, ley geng2 dah... (",)
okay, stop cite pasal zaman sekolah dulu. jauh gile aku menyimpang. sambung balik kesah concert anak aku arini...
anak aku masuk pertandingan pakaian beragam. kategori ni khas tuk budak2 bawah umur 3 tahun... ramai gak masuk, ada dalam 15 orang kalau tak silap.
time2 tu lah aku rasa nak duk KL. senang, sume nak sume dapat. kan?
ada mak ko kesah? mak ko kan momi mithali. haruz bersama anak kasi support. haha. agak2, tension tak teacher2 tu tengok aku kat situ?
bila agak2 nama dia nak kena panggil je, baru aku berlari duk kat kerusi parents. dah dia nampak je aku, terus menjerit nak turun... wakaka. spoillllll.....
antara kanak2 yang wat persembahan. comey2 belako...
" tempat ke-3 jatuh kepada... fara........."
bang! anak kita dapat!!!
keh keh keh. tergezut aku masa tuh. kontrol cun naik atas pentas. ceh ceh ceh...
dan tu la gambarnye... dedi sekarang ni momi perasan suka nau snap pic pandangan belakang. apekah?
tempat pertama, budak laki2 dapat. dia pakai ala2 koboi. smart budak tu. encem!
dah, abes stori arini... tahun depan bertanding lagi. pikir tema tuk tahun depan lak pasni...
Friday, November 12, 2010
3rd wedding anniversary at Philea Resort....
ni la bunga yang di deliver unexpectedly to my office yesterday.. terharu sesangat.. seriyes tak sangka dedi buat surprise camni...
alhamdulillah, setel dah sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3... skema nau pulak ayatnye nih.. huhu
ok, tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan.
ekceli plan nak berdating dua duaan saja tau. konon2 nak romantika d amor la time dinner kat Philea Resort nih.. dedi dah set2 ngan kawan dia nak tumpangkan chiepani kat nursery member dia.... gituuuu....
akan tatapi, apabila menjelang petang tadi kan... joe hanta sms cakap dia tak sampai ati lak nak tinggal anak dia...
aku macam... what???
baekla... kita bawak dia ye bang... takpe la, nak buek camne kan... momi pun sebenarnya dalam ati memang tak sampai ati nak tinggalkan anak sorang nih...
tapi janji, ko jangan jadi mamee monster kat sana tau!
suke pulak kat pic nih. mak nampak fairrrr gitewww. thanx to Lancome BB Base yang berjaya memalsukan warna wajah tuan hamba yang sebenarnya... auwww mak sukeee!!dedi dan miss betty boop ^_^
nak kendel lite kekdah mananya... kang tak pasal2 terbakar terus restoran ni... gagagagaga.
dan naseb baek jugak chef de mission pada malam ini adalah sangat hensemmmm. wuuu huuu.. (wah, tetibe!)
aku tak pandai nak describe ape jenis bilik camnih. pesen kayu2 sume. setiap suite ada 4 bilik... atas bawah... kayu2 kat sini sume di import katanya ...
tapi kitorang jalan2 je kat dalam ni. tak la tido dalam ni pun. menggeletar kepala lutut tengok rate dia per nite... range dalam rm1k++ per nite. huhu! giler bapak punye mahal.. but sepadan la kot ngan penginapan n servis dia kan... =_=
dengar kata, ada government rate, tapi aku tak check lak tadi bape promotion dia.. teringin gak mak nih sebenarnye... tapi belum mampu lorrr... thee thee thee
cleaning out her closet...
Thursday, November 11, 2010
dah 3 tahun... syukur!
3 tahun yang lepas... 11/11/2007
(cis, ada pulak si kecik ni nyelit nak interframe! baru nak romantik2 amik gamba berdua.. kekeke)
punyelah sengal bini ko ni kan joe... ada ke tarikh anniversary kitorang aku lupa! tu baru 3 tahun, belum masuk 30 tahun lagik... haihhhhh
HEPI 3RD ANNIVERSARY TO US!!