Monday, August 30, 2010

unwell..

salam uols..

sebenarnya memang tak larat sangat nak bangun duk atas kerusi ni.

tapi hubby suh bangun sekali sekala, bagi badan rasa fresh. tadi dia balik umah jap, bawakkan air kelapa. thanx abang...

dia suh bangun, bukak la blog ke, main fb ke.. takla boring sangat baring sorang2 kat umah.

so setelah berpikir panjang, aku gagahkan jugak badan ni, bukak lappie yang dah masuk 5 ari tak berjengah ni.

kesian budak kecik, sejak aku jatuh sakit ni, dia asik berkepit ngan dedi taknak lekang sikit pun. memang sebelum ni pun dia berkepit ngan dedi dia, tapi kali ni lagi dasat. langsung taknak datang dekat aku.

dedi masuk toilet nak mandi pun dia menangis2 depan pintu toilet.. " abaaaa....abbaaaa...."

kite ajar sebut dedi, "abah" juga yang disebutnya. anak melayu la katakan..

sian sangat kat dedi. tak cukup rehat. mana nak uruskan aku, uruskan anak, uruskan umah. masak pun sendiri2... besarnya pengorbanan abang... taktau nak balas camne..

semoga saya cepat sembuh. amin.

Wednesday, August 25, 2010

farahanny !!!!

salam uols...

pagi tadi, masa aku tengah bersiap nak pegi keje kan... tetiba kan... aku rasa macam nak menjerit...

sebab...



sebab...




sebab.....

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V


ni.... monster kecik tu dah pecahkan blusher aku!!!

huwaaaaaaaaaaaaa. nanges. baru beli tau.

nanti dia! memang nak kena tau!

Tuesday, August 24, 2010

isu bilik tiada penghuni

salam uols..

semalam takde updet pape. bulan2 pose ni mood aku nak mengapdet ni cam downnnn je. huhu. nak ngumpat, nak marah ke nak maki sume takle. kang penat je tahan lapar dahaga, pahalanye ilek.. nauzubillah.

arini ada satu isu aku nak cite ngan korang sume.

pasal bilik-bilik dalam umah kite kami.

last weekend kan kami balik Johor.. umah maktuk joe. pagi Ahad tu singgah umah Mak Teh, dia mintak kitorang datang. katanya dia nak ubatkan chiepani, sebab takle nak jalan lagi. memang pada kami, menda ni normal, even her paed pun cakap nothing to be worried sebab lain budak memang lain2 development nya. but memikirkan ni Mak Teh punya permintaan, kami layan kan gak la..

Mak Teh joe ni memang berkebolehan untuk mengubat2 ni. so pagi tu, chiepani kena urut2 plus ada kena mandi sekali. selebihnya, kena berserah pada Allah S.W.T. pastu, Mak Teh "check" kan umah kitorang lak..

memang seriau la masa dia wat scanning tuh. asik sendawa je. ada gangguan kata Mak Teh. especially kat bilik no.3 tu... seriyes, mak TAKOOOOTTTTTT pastu. huhu

meh aku intro dulu pasal umah kami.. umah kitorang ni ada 4 bilik.

bilik 1 = master bedroom. ada katil king + single, toilet, almari baju kami, tv n sofa satu. menurut mak teh, bilik ni takde masalah. alhamdulillah.

bilik 2 = bilik chiepani. ada 1 katil queen + almari baju chiepani + almari baju kurung aku. buat masa ni, bilik ni jadi bilik tetamu sebab chiepani still berkepit bawah ketiak makpak dia lagik. hihi. aku gosok baju sume kat sini. bilik ni pun alhamdulillah, Mak Teh kata takde pape.

bilik 3 = ada katil double-decker, almari baju satu, plus body katil single yang dah dicerai2kan. bilik ni jugak tempat kami simpan segala luggage2 n baju2 tak pakai. inilah bilik yang scaryyyyy tu!

bilik 4 = bilik ni kat bawah. dah kami tukar wat bilik mainan chiepani n bakal adik dia nanti. hehe

soooo, yang jadi masalah kami adalah bilik no.3 tu. memang jarang sangat masuk dalam tu. ingat bilik ni nanti nak buat bilik adik chiepani. pintu bilik ni memang kami sentiasa biarkan terbukak. double-decker dalam tu pun Pak Su bagi, sebab anak dia dah besar2. tak mo share2 katil katanye. huhu.

jadi, aku ngan joe mengatakan bahawa... mungkin kite patut buang je double decker tu. kita
ubah susun atur dalam bilik ni. petang semalam gak pas balik keje je kami terus menuju ke kedai perabot, beli 1 set bedroom yang baru. next week insyaAllah sampai.

sebelum tu aku nak tanya, ada sape2 tak nak katil double-decker tu? condition memang tip top lagi. kalau takde, memang terpaksa la kami buang je.. **uhuks, sayangnye...

then kami kena imarahkan bilik tu. kena solat dalam bilik tu.. kena tukar karpetnya, **karpet ni dah penah kena kencing ngan makhluk berbulu kat umah ni, so dah 'kotor' kan..cuci pun gitu2 je.. kena gantung ayat2 suci, dan last sekali, kena selalu kuar masuk bilik tu. Mak Teh kata bilik tu sunyi... so after this, lepas kami dah change sume perabot dalam tu, insyaAllah bilik tu akan nampak ceria sikit. possibility tuk kami masuk dalam tu pun akan meningkat. insyaAllah.

Mak Teh cakap raya nanti dia nak "scan" semula umah kami. nak tengok dah ok ke tak. harap2 sangat la dah ok. kalau tak mau aku pecahkan je bilik no.3 tu nanti. huhu.

tapi kan, lepas je Mak Teh scan2 tu ari, aku stat dah jadi super duper penakut. before ni memang aku penakut, tapi lepas dari kejadian tu, aku lagi teruk! haha.

aku nak turun bawah pagi tadi masak sahur pun seriau.

malam2 nak naik atas pegi gosok baju pun geletar kepala lutut.

nak pegi mandi2 sorang kat atas pun aku menggigil. hadoiii!!

bang, jom la kita tambah ahli keluarga lagi. biar meriah umah ni. eh, tetibe! motip?



wakakakaka.

Sunday, August 22, 2010

buka puasa day-12

salam uols...


korang berbuka ape arini? kenyang tak? syukur alhamdulillah, dah masuk hari ke-12 kita semua berpuasa kan. so far, I belum coti lagi tawww.. ^__*

petang tadi sampai melaka dalam kul 4.30.. terus tuju ke restoran nasi arab, Dima. ada orang ngandung 6 bulan tu ngidam. ngahahaha.

ni la juadah berbuka kitorang petang tadi. tak banyak cam selalu. aku berjaya mengawal napsu dari godaan makanan yang tempting di param.


ni abe joe jambul punye lauk. nasi arab kambing.
ni aku punye. nasi arab ayam. petai tu adalah sebagai penambah perisa.



air sape tah ni ye. melampau, sampai 1 jag tonggang sorang2. =D

air bandung laici. ni pun sama, tak mau mengalah. nak 1 kole besaw.

ni bukan lauk. ni anak aku. ini budak boley belakon Jangan Pandang Belakang Drama Series. kikikiki

halooooo hensem boy sume... my name is chiepani. would u like to be my friend?



okay, tu je..nak naik dah. gosok baju. sok keje dah! huwaa waa waa... Selamat Berpose sok ye kawan2 sume. babai.

Thursday, August 19, 2010

checklist merangkap wishing list

salam uols..

beberapa perkara dan barang yang perlu diselesaikan before raya menjelma.

i) Baju Raya.

tahun ni, 4+2... hihi.. 4 pasang tempah, 2 beli siap. hamikk. kemain sakan kan? amik baju kat tailor next Monday. semalam call dia, dia cakap semua dah siap accept my batik sarawak, masih ada sikit2 nak touch-up. okay, takpe. baju tu bukan baju raya pun. yang penting baju raya aku ngan chiepani dah siap. ^__*

ii) Tudung Raya.

A: abang, orang nak 5 lai tau. nak matching ngan sume baju raya. lagi satu, orang nak tudung Jelita Sara je.

J: 5 lai je ke? apsal tak mintak 50 lai? ngeeee~~

A : ehhh kang orang mintak tul2 50 lai kang, baru tauuuu. ** nak gak menjawab. durhaka taw.hihi

iii) Cat Umah.

exterior sajer. semalam petang dah pegi kedai cat, amik katalog and design yang santek2. insyaAllah, minggu depan start. yang ni, En. Joe Jambul gak kena uruskan ye. aku cume pilih kaler je.


iv) Kasut Raya momi.

chiepani jangan nyibuk2 ye. awak dah ada 3 pasang kasut raya. tu tak termasuk kasut2 biasa dia tu.. kasi chance kat momi lak nak beli. minggu depan balik umah mak, so akan amik kesempatan meround di MidVal or KLCC.

v) Make-up momi.

ada yang dah nak abis. so kena topup before cuti raya. lagipun sekarang ni sure tengah banyak promotion kan... nak belajar pakai concealer ngan maskara. brand ape ok ye?

vi) Barang2 keperluan umah.

joe ajak pegi IKEA. matikkk aku melepek ni kang kat sana. kalau masuk dalam tu, habis sume aku tawaf atas bawah. btw, list barang nak beli pun tak wat lagi. bahaaaayaaa tau..

vii) Kuih Raya .

beli kat Johor nanti. tuk umah mak aku je.. umah aku takyah. so sape nak makan kuih raya, datang umah mak aku je. hihi. save bajet!

viii) Pelita Raya.

sudah beli semalam. beli 6 batang je. jadik la, wat ada2. next week kita pasang, chiepani ley main bunga api keh.

ix) Kucing -Kucing.

anta boarding kat tempat biasa sehari before balik kampung. setel.

x) Duit Raya tuk anak anak buah and sepupus yang berderet cam rail ketapi.

ni juga adalah ehsan dari laki mak ok. memandangkan dia dah dapat bonus, maka dia la yang kena wakafkan duit2 tuk bebudak nih. tahun ni ada pertambahan lebey kurang 5 orang sepupu. korang janji2 ke hape ni nak beranak tahun sama? huuuuuaaaaa. nanges! mak mana ada bonus... gomen tak kasikkkk.... uwaaa~~ drama airmata. ** kanda, jangan lupa sediakan duit raya untuk adinda mu yang tercinta ni ye. uhuk uhuk..

Wednesday, August 18, 2010

puasa hari ke - seven

salam uols..

harini gue MC.. uhuks... kena diarrhoea. haduiiii penat okay keluar masuk toilet since lepas sahur pagi tadi.

taktau ler ape yang aku salah makan... joe tak kena pulak.

tadi kat klinik doc cakap kalau tak tahan, ley berbuka. tapi so far alhamdulillah, aku masih boley bertahan. tak mo la ponteng, penat sehh mau ganti nanti ..

semalam petang, kitorang balik umah ayah joe kat Segamat. petang dalam kul 6 tu kitorang gerak dari umah.

aku nak share sikit la perjalanan nak pegi umah ayah ni. dari Melaka, ikut hiway kuar kat Tangkak dalam setengah jam, dari Tangkak nak ke Segamat tu yang agak mencabar sikit... perjalanan dalam 45 minit.

memang ada satu je jalan dari Tangkak nak ke Segamat ni, kena lalu Sagil dan Ledang. bab lalu dalam ni laaaaa yang aku paling fobia. jalan berliku2, takde lampu jalan langsung tau.. yang ada cuma bantuan papan tanda je. sebab tu seboleh2 aku taknak balik lewat malam.

tapi nak buat camne, dah ayah beria suh datang, anak dan menantu solehah (ceeeeee) kena la balik kan.

sepanjang perjalanan pegi dan balik, ayat qursi memang tak putus2 la meniti dibibir. before ni, kami balik siang, cuma kali ni agak lewat sikit. cube ko bayangkan kot "termelintas" hape2 depan kitorang... ngaaaaaa!!!! ser ser ser okayyy. seb baik la bulan pose. hantu sume dah kena ikat.

semalam kitorang selamat mendarat kat umah ayah dalam kul 7.30 kot. tu pun lewat sikit sebab kitorang behenti buka pose kat Ledang.

sampai2 je umah ayah, dah siap terhidang lauk2 yang maha indah. hehe. laju je terus duduk makan tak toleh2 dah. chiepani pulak makcik2 ngan atok pompuan dia layan. aman kitorang makan semalam.

masa makan2 ayah borak la macam2. siap dah bagi wasiat kat anak kesayangan dia tu. huhu. aku curi2 dengar jelah wasiat dia. ayah jugak harap one day anak dia akan mewarisi bisnes katering dia. bisnes ye yah? urmmm errr ukkk ekkkk errrrkkk... nanti2 la kami pikirkan ye. hahaha.

ayah sempat gak pesan, eh, bukan pesan, paksa sebenarnya. haha.

ayah suh kitorang wat open house gak tahun ni. sebenarnya kami cam malas2 nak buat since dah ada monster kecik tu. agak payah nak handle majlis ngan tetamu nanti. hazab okay.. kang tak pasal2 aku jadi tarzan ke catwoman ke..

tapi ayah beria2 suh wat gak, ayah cakap bab makan sume dun wori. sume ayah bereskan cam tahun2 sebelumnya. huhu. tapi nanti la ye yah, kami kena mesyuarat dulu laki bini, later kami decide ye yah..

sebelum balik malam tadi, mak mertua tiri (ke mak tiri mertua? belasah jelah, janji ada bunyi mak... yang penting mak tiri ni baik hati giler, tak macam mak tiri sinderella, haha) tapaukan kami lauk2 ni.. sonang menantu dia wat sahur, panas2 je dalam microvawe. cara betul...


clockwise view : assam pedas ikan merah yang dah tenggelam dalam kuah, ikan bilis pedas, bendi goreng, ngan acar buah... terbaeeekkk dari ladang!


dapat rambutan seguni. bulan lepas balik dapat durian sebakul. lap u la ayah!




last but not least, cube teka ni kepala sape? jeng jeng jeng...


weekend ni nak balik Johor pulak. turn buka pose umah maktuk. then next week lagi satu balik Klang pulak. yeay2... nak request mak suh masak paceri nenas la.. urmmmmm yummeh!

Tuesday, August 17, 2010

ada driving license?

salam uols...

okay kengkawan...meh layan tag. dah lama tak pekena tag kan? huhu. ekceli ni cara2 nak ilangkan ngantuk gak sebenarnya. nak pegi cuci muka, aku takut aku tertelan terus air paip tu. al-maklumla, bulan pose ni air paip pun aku nampak cam air 100plus je. ngahahahaha.

tag ni aku terjumpa masa aku wat blogwalking pagi tadi. jom layan...

i) Adakah anda mempunyai lesen memandu?

Ada bah.

ii) Berapa lamakah pengalaman memandu anda?

tambah tolak darab bahagi, ada la dalam 5 tahun kot. tu memandu keta. memandu basikal dah 19 tahun. memandu moto 3 bulan. memandu si suami dalam 3 tahun ... opsss!!!

iii) Pengalaman pahit ketika memandu ?

penah eksiden. tapi tak teruk.. salah sendiri sebab aku keluar simpang.. ada motor datang dari arah bukit, so aku takle bajet kelajuan dia. malam pulak tu. so kena langgar. alhamdulillah takde pape kecederaan berlaku baik fizikal mahupun mental. lepas dari kejadian tu, aku memang sedikit lembap bile nak keluar dari simpang. lantak korang la kalau bertembung ngan aku kat tengah jalan, aku agak kesiputan tatkala nak keluar dari simpang. especially simpang2 yang agak mencabar minda tu.

iv) 3 tabiat ketika memandu ?

- pakai selipar. selipar mesti ada dalam keta. aku akan tanggalkan high-heel sume time drive. bukan ape... kot terbuatnya heel tu tersangkut kat pedal minyak atau kelac, tak ke mati katak aku kat tengah jalan?
- menyanyi. nak ilangkan ngantuk and boring time drive.
- tak suka kena cucuk. kalau ada keta belakang cube nak cucuk, aku akan slowwwwkan keta. kadang2 sengaja tekan2 brek. biar dia gelabah biawak nak brek. padan muke! kalau kat hi-way takpe la, aku paham. ni kat jalan2 biasa nak cucuk2 apehal lak?

v)3 pantang time memandu ?

takde pantang larang la aku nak bawak keta. jalan jer... janji baca doa naik kenderaan ngan ayat qursi.

vi) Pernah terlibat dengan kemalangan ?

penah. dah cite pun kat soalan iii .

vii) Tag ini seterusnya ditujukan kepada semua kawan2 aku yang ada driving license. jawab, jangan tak jawab!

- dallies, eita, amm, nina, zati, sarah, bla bla bla bla.... senang cakap, sume yang ada driving license, boley la jawab tag ni. sekian.

Monday, August 16, 2010

profail famili chiepani

salam uols..

arini aku bagi chance kat chiepani nak cite biodata kelorga dia. pani, pinjam kejap je tenet tau, momi ni mana leh berpisah ngan tenet lelama.. btw, betul ke aku eja "profail" tu dalam bahasa melayu camtu eh? hihi

okay, here goes. lemme introduce to uols mai femili ye.

Nama : Daddy a.k.a Dedi
Umur : 27 tahun 11 bulan, tua dah dedi chiepani kan..
Asal : Johor.. katne eyh momi? lupe laa.. selalu chiepani tido je, tau2 sampai dah umah tok.
Hobi : Buli chiepani. suka jegil2 mata kat kite. tapi kite tak tatoooot pun, sebab dedi kalau jegil mata, tak la besar manapun.. camtu gakkkk size mata dia. ngahaha
Kebolehan : nampaknya kalau dedi dah pencen, dia boleh buat sambilan keje ngan orang Majlis, or bukak nursery sendiri. sebab dedi suka tanam pokok bunga, suka kemaskan umah bila chiepani sepahkan. berkebolehan mengemop umah dari tingkat bawah ke atas dalam masa setengah jam. terer kan dedi kite?

Nama : Mummy a.k.a Momi
Umur : 27 tahun 10 bulan.. muda lagi kan...
Asal : Klang, Selangor. kampung momi, chiepani ingat sebab momi suka ingat2kan chiepani,
" pani, nenek pani duk mana? Klangggggg tau ". awal bulan je momi akan sebut2 dalam keta, "pani nak balik mana? balik Klang ke Johor? "
Hobi : main tenet. suka cubit montot kite, peha kite. sakit laaa momi! kuat makan cam dedi.
Kebolehan : pandai dress up kan kite, suke fashion2 kan kite. momi suka bercakap gak, kadang2 chiepani tak paham sangat ape yang momi cakapkan. momi kalau dah pencen dia cakap nak goyang2 kaki je. cam dalam gambar atas tu, duk atas buai bersenang lenang. ** wahhhh momi sangat bossy! hihihi


Nama : Farahanny Zafyrra @ Chiepani @ Pani @ Hanny @ Fara @ FZ @Monster Kecik
Umur : 1 tahun 1 bulan.. gilee muda!
Hobi : tolong momi n dedi "kemas"kan umah. suka menjerit2 dan mengamuk kalau tak dapat sesuatu yang kite mintak. suka senyum, babai kat strangers. peramah kan kite? suka minum ais ngan eskrem. sedap ooh. suka korek2 pusat dedi, tarik2 bulu dada dedi. memang feeeellllllll...
Kebolehan : boley bukak almari, tarik keluar sume kasut dalam shoes cabinet, kalau merajuk sampai ke tahap cium lantai. pandai menjahanamkan harta benda momi n dedi (ni kita paling expert. huhu). tapi pani tak risau sebab pani pandai amik ati momi n dedi semula.

okay, tu je dari chiepani. kena blah sekarang. sekian terima kaseyyy. ** momi dah terjerit2 suh chiepani turun dari mengerjakan lappie dia tuh. tatooottt... momi dah tukar jadi singe.

Sunday, August 15, 2010

buka pose wif my best buddy

salam uols...

semalam pagi, lebey kurang kul 7 lebih masa kitorang bertiga tengah sadap berbungkus atas katil, aku dapat message from cdah..

"j-dah, hang ada melaka tak arini? kite nak datang umah hang nanti..."

aku tunjuk message tu kat joe, dia pun eksaited sama. hihi. cdah ni salah seorang kawan baik aku dalam kelas masa kat UPM dulu. kebetulan, dia pun stay 1 kolej ngan aku, so dia baik ngan joe gak..

petang dalam kul 4 camtu cdah ngan hubby dia sampai. rinduuuu giler kat dia. last jumpa pun bulan april aritu.

malam tadi joe offer ajak berbuka pose kat Medan Ikan Bakar Alai. yabedaa bedoo! dalam kepala aku duk pikir air kelapa ais.. air kelapa ais... nyum nyum nyum.. time kasey la abe joe sebab banjer kitorang sume2. hehe


ini la cdah, ngan hubby dia, abg mie.



antara lauk yang kitorang makan semalam; ketam goreng berlada (sedap!), ikan siakap 3 rasa, ikan siakap + pari bakar, kerang rebus (terbaek!) , udang butter, ngan sayur kailan. memang puas ati sangat2. tu ari masa famili joe datang makan2 kat Umbai, aku makan tak puas sangat sebab ramai gilerrr okay famili dia. takkan nak melahap banyak2. harus tunjukkan ciri2 cucu menantu yang solehah kannnn.... hua hua hua.


monster kecik yang tak reti duk diam. boley kena serangan sesak napas bila bawak dia makan sekali. wakakaka

see... nampak tak kitorang pakai tudung sama? tudung natasha sulam bunga. hihi.


gambar lagik before balik umah. cdah ngan abg mie sebenarnya plan nak balik malam tadi gak sebab diorang tak bawak baju extra pun, tapi sebab dipaksa oleh kitorang, maka diorang termakan pujuk rayu tuk tido terus kat umah kami. hihihi

ala cdah, hang cam tak biasa je share spender ngan kite dulu kan kan kan... wakakaka.

p/s: chiepani nak say thanks pada aunty n uncle sebab belikan toys tuk dia. lap u guys!



Friday, August 13, 2010

sedih pulak ni...

salam uols..

sedih sangat2 sekarang ni. tak tau nak cite camne.

ekceli sedih sebab benda yang kitorang nak sangat tu ada sikit problem.

yang bengangnya, last minute baru dapat tau. kan sakit ati namanye tu...

tapi "he" promise tuk dapatkan for us as soon as possible. betul ke janji dia ni?

kang kami cari orang lain kat tempat lain baru tauuuuuuu.

tapi, bila pikir2 balik, takpelah kan. dugaan kecik je. takkan lari gunung di kejar. so kena bersabar sikit je lagi. kalau tak bulan ni, "he" promise akan dapatkan dalam bulan depan.. okay, kami pegang janji "dia"...

bukan benda takde, ada. tapi ada sikit problem. ada last minute changes.

sabar ye zue n joe. sabar, sabar.. bulan puasa ni. insyaAllah, ada hikmah.

Thursday, August 12, 2010

kisah 1 ramadhan

salam uols...

sebelum tu, ada satu pengumuman: semasa aku sedang menaip ni, mata adalah berada di tahap paling kritikal. layu je ni, asik nak tertutup. ngantuk tahap gaban2 seantero dunia. tunggu lagi 1 jam, pastu ley tido kang. sabar sabar...

okay, sambung cerita.

yang sebenarnya nak cite pasal aku hangin sepoi sepoi bahasa ngan si kecik kat umah ni.

semalam kan Melaka adalah cuti. maka kami semua melepek je la kat umah, takde plan gi mana2. ingat nak berehat2 la kan..

biasanya chiepani akan tido dalam kul 11 pagi, dalam 1-2 jam camtu. jadi semalam, kul 11.15 camtu, dia pun terlelap.. alhamdulillah. lega, dapat momi dedi join tido gak kan..

tapi dia tido tak lama, dalam kul 12 tu dia dah celik.. siap sengeh2 panjat2 badan kitorang yang tengah tergolek depan tv. cisssssssssss potong stim nak tido arr..

kitorang pun layankan jelah dia.. ceh, kitorang ke? hua hua hua. sebenarnya aku mengelat. aku selamber gak tido, joe je layan anak dia main. gasak la korang. mata aku memang ngantuk sangat2, al-maklumlah... bulan pose baru bermula... yang kelentung kelentang kat dapur kul 4 pagi sape laie, I la... sok luse kang lali la mata ni.. ** InsyaAllah.... maka adil la jika aku continue tido di siang hari sementara dedi melayan anak tu main.

so dari tengahari semalam, sampai la bawak ke petang, chiepani ni langsung taknak tido. haih. gewaammm hati!!

masuk kul 5 petang, joe suh aku bersiap, nak pegi bazaar ramadhan. nasik je masak kat umah. hihi. chiepani pulak, still tak tunjukkan tanda2 mengantuk. pelik bin ajaib! budak nak membesar, memang camni ke pesen nya?

-----------> selingan iklan jap eyh <-----------

masa dekat pasar ramadhan, aku nampak orang jual siput sedut. urmmm telan liur nengoknya. tapi aku senyap2 je. takmo cakap kat joe nak siput tu. kontrol ayu bagaii. jalan2 sampai ujung pasar, joe tanye,

JJ: sayang nak makan ape berbuka ni? dah sampai ujung kite ni..

A: orang sebenarnya teringin nak makan siput sedut kat kedai tadi..

JJ: la.. nape tak cakap tadi?

A: mmm.. orang mana pandai sedut.. tau makan je..

JJ: aik, abis selama ni sayang makan siput sedut, sape yang sedutkan?

A: abang la... **sambil wat muka tak bersalah. kikiki

JJ: dah tuuuu? beli jelah sayang, nanti abang sedutkan la..

aku pun terus.... YAHOOO!!! laju2 pegi jalan kaki cari gerai jual siput tadi. lap u la abe joe jambul.

------> tamat dah selingan <--------


balik pasar ramadhan, dedi mandikan chiepani... dengan harapan, lepas mandi dia akan rasa sedap badan, pastu terus ZzzzZZZzzz.... aman kami nak berbuka nanti kan. pehhhhh tinggi harapan kami. hahaha

nampak gayenya kaedah tu cam nak membuahkan hasil. dalam kul 7 dia dah layu. kite pun tepuk2 la dia. mata dia pun ala2 nak terlelap. kitorang pun dah siap yes yes la kan. dapat gak kami makan elok2 ni kang. tapi tak sampai 5 minit, mata dia celik cam biasa.

tersenyum2, pastu bangun pegi balik capai mainan dia. humak ai.. panaz betul ati ni. sengaja ye chiepani ni boikot momi ngan dedi dia taw. sanggup dia tahan mata seharian, sebab nak join kitorang makan.

siap2 makan, dedi pegi terawih. tinggal momi ngan chiepani je. dedi ingat time dia balik mesjid anak dah tido, rupenya hampeh. ligat lagi budak tu tengah main. sume di punggahnya dalam umah tu. ngaaaaa... genetik sape kamu ikut ni? momi dulu tahap disiplin sangat tinggi tau. takde sepah2 barang sume ni ** yeke? ke ikut dedi? dedi, sila jawabbbbbb.

penyudahnya, malam tadi dalam kul 11.30 malam, baru la dia tido. pelik sungguh, seharian dia tak tido, main sepanjang ari, nape dia tak ngantuk2?

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan al-Mubarak datang lagi!

salam uols...


alhamdulillah, syukur sangat2 pada Ilahi kerana kita semua masih berpeluang untuk menyambut ramadhan pada tahun ini... semua hepi kan nak puasa sok?

meriahnya bulan pose tiap2 tahun adalah dengan kehadiran bazaar ramadhan yang tumbuh macam cendawan di seluruh Malaysia. selain dari nak kumpul pahala banyak2 di bulan pose ni, bulan pose juga adalah salah satu bulan yang dinanti2kan every year sebab ada bazaar ramadhan... ada betui ka?

kalau kat Melaka ni, bazaar Ramadhan paling meriah dekat Peringgit. sepanjang2 jalan tu penuh dengan gerai jual makanan. tak kurang juga dekat Taman Cempaka ngan Pantai Klebang. happening giler!

but this year, ada satu bazaar ramadhan baru nak bukak. ianya terletak dekat taman aku tinggal sekarang. huyeah! sangat2 menyenangkan.. takyah nak bersesak2 balik keje nak pegi jauh2 beli juadah buka pose. alhamdulillah.

juadah wajib aku masa buka pose adalah... teng teng teng... **ish ish... zue, orang sibuk cite nak pose, ko sibuk cite pasal makanan eyh? huhu. ampunnnnn kengkawan...


no 1 : Ayam Percik Bangsar. wajibbbbbul ghannah ni.


no.2 : Laksa Limbongan. yummeh!! menitik air liur.. huhu. selalunya laksa ni wat bersahur memang best.
no.3 : Murtabak Singapore.. walllaahhh!

no.4 : Kuih Pulut Panggang... tempting...



menarik kan... huhu. gaya cam budak2 je. belum pose dah pikir nak makan ape. hahaha. tapi takpekan.. bukan aku sorang pun yang perangai camni. ^___*

urm, ada satu perkara yang aku agak kaget, takut2 terlupa nak makan.. seriyes.. takut sangat sangat sangat..

bahaya kalau tak makan or terlupa nak makan.

ni dia...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V


pil perancang! sekarang kan siang dah takle makan. so malam before nak tido kena ingat2. makanye pil ini wajib dihidangkan bersama2 juadah berbuka yang lain untuk mengelakkan kes terlupa makan cam hari tu. cuak beb!

last but not least, tadi aku dapat pressie from my junior kat faculty dulu. kebetulan dia datang bagi lecture kat opis aku tadi.. dia kasik Body Shop Morrocan Rose set kat aku... thanx dik! katanye ni pressie nak sambut Ramadhan. kelasss gitew. nak raya kang, ko bagi lain ye kat akak ye.. hahaha


okay la kengkawan semua, sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak tepat pada maghrib ni, aku nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua yang membaca blog ni.. mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap... semoga dengan kehadiran Ramadhan tahun ini, kite semua akan mendapat barakah dariNya.. insyaAllah...

Sunday, August 8, 2010

the 1 year+1 month old little lady...

salam uols..

dah lama tak updet perkembangan si chiepani ni. ekceli, takde ape banyak yang berkembang pun. huhu

habit paling ketara bila dia masuk umur 1 tahun ni adalah, suka tido telangkup cam pic bawah ni.
dulu dia tido biasa je, either meniarap or dia akan mengiring. but now position sudah berubah. position baru dia; ventral recumbency. (ke total ventral recumbency?)

lagi nyenyak kot tido style camni kot....

then, suka sangat2 berkemas. rajinnnnnn anak momi n dedi ni kan.. korang cakap jelah, ape je yang dia tak kemas dalam umah ni. sume dah siap dikemaskan. malam tadi, lepas mandikan dia, dia sibuk kemaskan baju2 momi dalam almari. time kasey ye nak... **sile baca dengan sayu hati.

petang tadi, dia berkemas kat dapur. habis minyak masak dia tumpahkan. takpe cayang, pasni nak tumpahkan beras dalam tong sume pun takpeeeeee... buat ye, buat selalu selalu..

momi nak pakai baju ape malam ni? chiepani tolong amikkan ye..


bab bercakap, boley la sikit2. kalau kite suh dia babai, dia akan sebut "baa" je. mana ilang huruf "i" tu pun aku taktau. kalau nak makan, dia sebut "mamam, mamam, mamam" laju2. siap repeat sampai 3 kali.

chiepani still takley panggil momi n dedi. tapi since umur dia 7 months, dia suka sebut "mama" and "abaa".. mana lak ko belajau nih? kompius momi okay.

paling kelakar, chiepani sangat cepat meng"imitate" ape saja yang kami buat. kalau dedi bersin, dia akan tiru immediately, siap tangan tangkup kat muka sekali. kalau dedi picit idung momi, dia pun ikut picit sama pastu! moral of the story, jangan main picit2 depan anak. dia dah pandai tiru bulat2.. BA ALIP HA YA! hahaha

kalau bawak kuar g shopping groceries, jangan harap nak duk dalam stroller dia. dia nak duk dalam troli tu. ngada2 kan... momi tau, dia nak duk dalam troli sebab nak senang pick up ape2 yang berkenan dekat mata dia. biase taw!

bab makan, sangat fussy pulak sekarang, dulu dia belasah je apepun kite sumbat. sekarang ari2 kena tukar menu porridge dia. penat la aku meng"gugel" resipi dalam tenet. kot taknak makan gak, momi kasi chiepani makan biskut meri je pasni pahammmm.

berjalan? still takle lagi. dia suke berdiri, memanjat tangga sume. tapi nak berjalan kemain la susahnye. ada gak orang bagi petua suh dia cepat berjalan.. tapi both of us memang taknak layan petua2 camtu. for what? tak necessary for us pun. lambat ke cepat dia jalan, doesn't matter. janji anak momi n dedi ni sihat and bijak. so, kami biar jelah dia.. biarla dia amik masa nak explore sikit2.. lain budak kan lain physical and mental stage development dia..

okay, tang pic bawah ni sangat2 buat momi dia bervuloo ye. **read berbulu

kasut raya chiepani dah ada 3 pasang. kemain dedi ko kan...momi mintak sepasang pun hazab nau nak dapat.. siap bebel kat momi cakap kasut momi dah penuh satu almari la, ape la.. tengok2 kasut chiepani senang2 je dedi beli kan ye!


abang, budak ni belum boley jalan lagi... buat pe beli kasut banyak2??


sekian untuk kali ini. now, momi nak pegi lancarkan perang kat dedi ko... momi jelez taw!!!!

Friday, August 6, 2010

another shelter house for unwanted cats..

salam uols...


semalam aku dijemput sekali oleh salah satu lagi Majlis Perbandaran kat Melaka ni.

another shelter house for stray cats was built! yeay2!! alhamdulillah..

basically, shelter house ni akan dikendalikan oleh salah seorang anggota NGO. and jabatan veterinar diminta untuk bekerjasama dalam khidmat rawatan dan penjagaan mereka.

perasaan aku? sangat super duper suka! huhu. ekceli, aku memang ada intention tuk kutip semua kucing2 yang berkeliaran kat kedai makan, pasar2 sume then bawak balik. tapi aku belum ada kemampuan dari segi bangunan dan bajet nak sara makanan mereka. nanti lah, one day kalau dimurahkan rezeki, aku akan set up gak 1 cats house ni. insyaAllah.

okay, jom proceed pada cerita rumah kucing yang baru ni.

kucing2 ni ditempatkan di 2 buah rumah, kuarters lama kerajaan, I guess. dah takde orang duduk, and rumah ni sangatlah besar. ada 4 bilik tiap2 rumah, so total ada 8 bilik plus umah sebelah dia.

buat masa ni, kucing2 yang tinggal kat sini ada dalam 30++ je. tak macam yang rumah lagi satu aritu, ada dalam 80++ cats.

lagipun rumah baru ni ada bilik2 berasingan, so easy nak separate jantan from betina, kittens, preggy queens, and kucing yang sakit.

so total rumah kucing yang ada kat Melaka dah ada dalam 4 buah, including SPCA. harap2 rumah kucing dan anjing akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa. kesian sangat kat diorang yang bersepah2 kat luar sana, tak cukup makan...takde tempat tido yang proper...

anak kucing ni eksaited gile masa kami datang. melompat naik atas pintu. hehe.

ni bilik tuk kucing betina. sodap eyh dapat tido camni?

kawasan luar rumah kucing. syukur alhamdulillah, diorang dapat tinggal kat tempat yang proper.


yang ni comel giler. and sangat aktif. kalau gemok sure ramai nak kan?



momi, which book should I read first?


ops! yang ni bukan rumah kucing. ni "rumah kecik" chiepani. aku malas nak wat separate entry, so belasah letak dalam ni sekali.

holoh holoh... tu sebenarnya bukan pilih buku mana nak baca... eksen je lebey. dia tengah campak kuar sume buku dari rak tu...

dah penat "berkemas"... kita minum dulu!


inilah bilik bawah, yang kami tukar jadi bilik mainan chiepani... bilik chiepani kat atas, dedi tak kasi letak mainan.. semak kata dedi.

ekceli belum siap sepenuhnya. baru 70% siap.. karpet pun main belasah je letak yg bunge bunge. dinding pun tak cat lagik. and masih ada beberapa kotak unwanted things dalam bilik ni. fenin mana nak letak barang2 tu. nak buang sayang....

kalau buat garage sales, ada orang mau beli ka?


Wednesday, August 4, 2010

keras lagik!

salam uols..

ekceli ada banyak menda nak cite.

ada cite pasal opis.

ada cite pasal anak.

ada cite pasal $$$$$$$... ngeh ngeh. ** ni takle cite. nanti orang tuduh kite riak.

okay, aku cite pasal anak la. sape laie anak aku, si chiepani tu lah.

2-3 arini dia asik kena constipation. kesian giler kat dia. each time die kena, dia akan melalak sampai kejang2 badannye.

nak bagi dia cool down, kena dukung je masa dia nangis, and dia akan lentuk je kat bahu sambil nyonyot puting dia. **huhu, kiut ok! lama gak dia meneran, tapi tak berhasil. puas la kitorang urut2 perut dia, belakang dia...kunun nak kasi stools dia comes out la. tapi harraaammm. takde hasil.

setakat arini, aku tak sempat nak merakamkan aksi dia 'meneran'. haha. gile kan mak ko. budak tengah meneran berak, siap nak dirakamkan. bukan ape, seriyes.. muke chiepani masa meneran sangat kiut. berkerut2 dahi, pastu siap ada saound efek. ngggghhhhhrrrrr.... wakakaka
(kalau orang besar buat camni, gelisss okay!)

kitorang dah bagi dia makan ubat. aku bagi duphalac. kadang2 sampai 2 kali. tapi takde kesan langsung. aku try bagi diclofenac sodium (yang masuk montot tu), pun taknak kuar gak 'emas' dia... hmmmmmm

dedi dia pulak, siap sapu2kan betik kat puting suh dia nyonyot. semalam, siap paksa dia makan betik sampai termuntah balik dia. sian anak aku.. last2 dia tertido..

so caner nak wat? nak kata tak bagi buah, ari2 kami bekalkan buah ke nursery. ke teacher tak bagi ni? even, dalam porridge dia kami bubuh banyak veges plus olive oil lagi..

ni nak kena wat CSI aku ni.. kalau aku find out teacher tak bagi chiepani makan buah, awas kamu! tapi dalam buku daily report, ari2 dia tulis " hanny makan bubur habis, buah pun habis.."

abes, kalau dah bagi, mustahil anak aku masih kena constipation lagi kan??

ni yang tetibe wat aku geram ni. tapi dedi dia lagi geram. semalam, masa anak aku melalak2, joe terus cari buku taska chiepani. tak penah2 okay joe tulis ape2 dalam buku tu... dia warning suh teacher paksa chiepani makan buah kat taska sampai abes.. huhu. sape tak sayang anak kan?

arini report taska ada tulis... "hanny buang air besar 2kali, tapi keras.. "

urmm.... keras lagiiiiiii..... dedi, do sumthing!!

jelita sara

salam uols...

pagi ni aku nak cite pasal tudung jelita sara ni..

okay, ni salah satu koleksi tudung jelita sara yang aku ada.

gile taksub okay ngan tudung2 ni. dalam masa 2 minggu, aku dah beli 5 helai. huhu.

semalam pun aku order satu lagik. sampai abe joe jambul cakap, "aik, beli lagi?? " hahaha
naseb ko la bang kan, dah dapat bini cenggini, nak buek camno.. ekau kena pasrah yoo.

tudung ni kaler lite peach. sangat santek. nak2 pulak orang yang pakai tu pun santek.. *puuiiiiii!! muntah ijau

ada muka kaunselor ke aku ni ha?

ni close up kat awning. embroided awning. memang lawa wok!


kualiti kain sangat2 la merangsangkan memberangsangkan nafsu I. lembut je kain nye, sejuk je bile pakai. memang nyaman senyaman-nyamannya.

ekceli owner jelita sara ni, wife pada opismate joe. so aku order arini, petang kang gak terus dapat. hihi. besoknya gak la aku terus pakai. haha.

special attention to my fren, dallies.. ko minat tak tudung camni? kalau minat inform kat aku k laling..

pada yang berminat, boley klik kat sini. tudung koleksi jelita sara sangat laris cam pisang panas. sumpah tak tipu. contoh, katalah arini dia release new collection, kompom lusa korang bukak balik, sume dah SOLD OUT. so, sila cepat cepat beli kalau dah minat. takmo tunggu2 okay. ^_^

Monday, August 2, 2010

gigihnya die...

salam uols...

minggu ni merangkap bulan ni, adalah bulan bizi gue. tak menang tangan okay.

tu cara cara pekerja contoh yang sejati. hak hak hakkkk tuiihhhh

rajin kebendanye... harrraappp nak tengok aku rajin. ni rajin sebab terpaksa.

style opis aku, dah hujung tahun ni, kompom melantun lantun menimbun keje.

sana nak odit, sini nak peksa, sinun nak baca draftnye.. haduiiii berpusing kepala aku..

dengan meeting yang berderet - deret dari pagi santak ke petang. **tapi meeting suke sebab ada makan2. hikss

petang tadi aku kena 'kejau' ngan bos..

"doc zue, u dah abis semak draft walit tu? "

dengan sesuci embun paginya aku jawab..

"belum doc, saya baru baca 1st section, tak sempat abiskan.. last week saya banyak audit luar..saya cube submit by the end of this week k bos.."

nguahahaha. gile power susunan ayat kan? bile bercakap, mesti kencing sikit convincing sikit, boley uolsssss....

arini, gue dengan semangat gigih dan waja, bawak balik, diulangi aku BAWAK BALIK okay draft ni. gigih tau, gigih! ** zue, bape kali nak sebut gigih ni?!

cak cak cak... tengok tarikh tu.. dah seminggu woit!

ada sape2 ley tolong aku semak draft ni? ada 50++ mukasurat. ada berann?

Sunday, August 1, 2010

terima kasih mak...

salam uols..

kadang2 aku rasa nyesal duk jauh ngan mak.. (erk, melaka ngan klang jauh ke?hihi)

kan best kalau ari2 duk bawah ketiak mak cam adik2 aku.

semua mak siapkan. semua mak yang prepare.

bangun pagi, sume dah ready.. makan tengahari sume beres! malam pun camtu..bestnye! tapi sampai bile nak camtu kan.. nak nak lagi aku dah kawen.. dah ada anak sorang punnnnn....

anak-anak mak semua dah besar.. dah boley berdikari. tapi layanan mak pada kami adik beradik tak pernah berubah. mak tetap mak. takde galang ganti.

tiap tiap kali balik umah mak, mak akan sediakan semua feveret aku. mak tak penah lupa.

bangun pagi, air thermos chiepani, bubur nasi chiepani sume mak dah siapkan. terharunya...

semalam, umah aku meriah sebab mamat ngan pikah ada sekali.

mak plan nak masak daging rusa yang aku bawak balik. **hehehe untung taw keje jabatan veterinar. sonang baiti nak dapat ruse nih! joe jambul; menantu kesayangan mak request nak rusa masak sup, piqah nak rusa tu dibuat rendang, akak pulak nak rusa tu di masak kari..

aku tau, mak memang takkan hampakan permintaan kitorang. so, mak masakkan 3 jenis lauk yang kitorang request tu. terima kasih mak! sayanggggg mak..

aku ingat lagi time belajar dulu, everytime nak balik kampus, aku akan request mak masak sumthing. say, aku nak makan laksa. mak akan ensure dia masak lebih sebab mak suh kasi kawan2 kat kolej.. helehhh, sapelah lagi yang tumpang semangkuk makanan aku tu kan.. si joe la, sape lagi. hahaha

masa abang aku stadi kat Japan dulu, mak akan sedaya upaya fulfill ape je yang abang aku nak. tiap2 bulan ayah akan hantar sekotak besar makanan kat post office. sampai akak tu pun dah kenal muka ayah. hihi. mak penah pos sambal belacan tuk abang aku tau! wakakaka

even tadi masa aku nak balik, mak siap tapaukan ikan dah siap siang, siap buh garam kunyit sume. balik tinggal goreng je! ke mak tau, orang memang pemalas mak? huhu

now, tradisi tu, piqah lak take turn. die pun kalau nak balik asrama je, mesti tapau sumthing dari umah.

masakan mak buatkan kami sentiasa dekat di hati mak..


ni mak ngan piqah. mak tak suke amik gamba. so ni gamba paling best ada dalam simpanan aku.

kadang2 aku terpikir, adakah aku akan jadi seorang ibu seperti mak aku?

adakah aku mampu tunaikan setiap permintaan anak anak aku, macam mak buat pada kami sekarang?

well, i REALLY REALLY REALLY hope to be like her. insyaAllah.

mak, terima kasih atas segalanya. orang doakan mak sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang sempurna. amin.