Wednesday, March 31, 2010
gemok ke aku?
Tuesday, March 30, 2010
dah sembilan bulan...
Monday, March 29, 2010
dalam toilet ada momok
Sunday, March 28, 2010
apa nak jadi apa nak jadi...
Thursday, March 25, 2010
remove la aku, remove la..pliss plisss
Tuesday, March 23, 2010
aku rindu keje ngan kucing dan anjing..
Sunday, March 21, 2010
penat yang teramat penat
ari khamis pulak amik cuti, hangkut dua ekor budak kat umah ni gi berjalan. sian pulak diorang kan, terperap je dalam umah tak wat ape, nama je datang berjalan, tapi takat berjalan ke hulu ke hilir dalam umah jelah korang.
aku bawak diorang pi layan sales Metrojaya kat MITC. abes ranap duit aku. kemain lagi adik aku pau akak dia macam2. beli kasut la, baju la, spender la, singlet la.. tu tak termasuk make up2 dia..kompom pasni setahun sekali je ko datang taw, jangan datang selalu, abes kempis poket aku.
sabtu pulak hari yang boley dikatakan best. joe ada tournament badminton. pepagi dia dah blah gi court. aku la yang kena ambik alih tugas mandikan si fara. kemain hazab sekarang nak siapkan dia, aktif kemain.
abes semua toilettries tunggang langgang di kerjakannya. kalau dalam bath tub, itik2 mainan abes dinyonyot2nye, pastu kena campak. paling bagus, dia campak itik tu dalam toilet bowl. ada harapan nak jadi atlet lontar peluru besar nanti.
dalam kul 12.00 tengahari tu joe sms, cakap dia dah boley rehat. game dia sambung dalam kul 2.30 petang. lekas2 la aku bersiap nak gi wedding dak zati.
elok je aku sampai kat court nak amik joe, joe bagitau die kena sambung satu set lagik.
"hape?????? "
"apsal tak cakap kat orang awal2 tadi, boley orang gi ngan anis je.. anis dah offer nak amik orang tadi..." (tinggi suara aku masa ni. telah derhaka kepada suami. abes ko...)
macam hulk dah aku time nih. punyalah menyirap. mendidih2 rasa.
joe start wat muka seposen dia. alahai, sian pulak laki aku ni ha..
so aku cover balik amarah aku tadi. aku suh je sambung dulu game tu. aku tunggu.
ni pengantin baru tuh, Izzati & Atief.. selamat ye noxxxx...
ni "bibik angkat lagi tidak bergaji" si fara..
ni sarah kalam ngan anak die Cahaya Maria. comey anak dia, rasa cam nak pelempang. hehe
tapi takpe, janji dapat tayang muka kat pengantin. pas makan joe berdesup balik ke court, nak sambung game dia. jadi ibu tunggal jap aku masa nih.... naseb fara ramai 'bibik angkat' so aku boley bersenang lenang sambung makan lagik. 2nd round!!
aku duk melepak ngan opismate kemain sakan lagik. abes sume gosip keluar time nih. lama gak kitorang lepak, dekat kul 3 baru gerak balik..
arini pulak, ari paling pedajal wat kami. mana taknya, elok je aku sampai kat menara taming sari, duk berdiri kat kaunter nak beli tiket, joe dengan muka doploh lima sen nya duk ngendeng kat aku, sampaikan satu berita nih...
siap makan sume, kami pun mulakanlah ikhtiar camne nak godek keta tu, nak amik kunci kat dalam. selalunya tingkap keta memang kami akan turunkan sikit, tapi nak jadi cerita la kan, joe LUPA nak turunkan....
alhamdulillah, seb baik ada gak pomen keta yang keje ari ahad. mula2 pomen tu ingat nak try unlock keta tanpa mencederakan keta kami. dekat sejam gak la dia godek2 wayar, bateri semua dalam keta tu.
yang anak aku sorang nih, dah tak diam bontot. ek sana, uk sini. dah rimas la tu gamaknya, dia kan puteri lilin, takley la nak berpanas sikit. aku lagi tambah tension bile dah start meragam. macam2 aku wat, die merengek gak.
paling worse, die terberak abes semua baju ngan seluar2 aku sekali kena. HUAAAAAAAAAAAAAA nak nanes! nak nanes! nak nanes! tapi tak nanges pun, kontrol. ramai orang beb lalu lalang kat situ.
sah, pasni memang ko takley pakai diapers size M lagi farahanny. kena beli size L. pakai M abes bocor semua.
last2, dah abes drama cerekerama, sandiwara semasa, samarinda semua segala dah keluar petang tadi, akhirnya pomen keta tu mengalah. dia cakap dia takley nak godek keta ni sebenarnya. susah nak unlock.
uols nak tau ape solutionnya?
keta kami KENA KOPAK.... tingkap kecik kat seat belakang tu akhirnya dikopakkan tuk masukkan tangan. baru ley unlock. tak sampai seploh minit pun pomen tu kopakkan. eyh, ko dah biasa ke main kopak2 keta nih??
hangin tak? kan ke bagus kalau dia bagitau kat kitorang lagi mudah nak unlock dengan cara kopakkan je tingkap kecik tuh?
ape motip ko wahai encik pomen??
kalau baut gitu awal2 tadi takle baju ngan seluar aku kena taik anak aku. selebet tul arini. masuk je dalam keta, joe terus bagi permission suh aku bukak je tudung. mana taknye, rupe aku dah macam nenek kebaya. abes selekeh macam mamak jual roti canai.
dah, aku penat gile babi. nak gi rendam seluar ngan baju. pastu aku nak membuta.
Friday, March 19, 2010
selamat pengantin baru
Thursday, March 18, 2010
dengan satu napas je taw!
entri kali ni memang panjang sikit dari biasa. korang kalau rajin nak baca, tarik napas panjang2 dulu, syaratnye mesti baca dengan satu napas je... kot terpengsan baca entry ni kang aku taknak campur tau.
joe memang masak sangat dah ngan perangai aku. aku ni memang ada satu penyakit which is, aku paling fobia nak bawak keta kalau tengok minyak dah tinggal 2 bar or dah start kelip2. kalau dah kelip2, mau meroyan jap aku dalam keta.
kalau nak harapkan aku yang isi minyak keta ni alamat sampai kiamat la aku tak gi isi. ni pun satu hal gak, nak gi petrol pump pun aku menggigil. penah sekali dulu, time joe demam, aku gagahkan diri ni masuk stesen minyak.
dahla aku gelabah biawak, siap salah park keta. bodo bangang boley tahan gak aku ni. keta ni, tempat minyak belah kiri, aku gi yang kat sebelah kanan punya. pastu dah gelabah, aku tak reti nak pusing cari pump yang isi belah kiri punye. aku menonong je terus keluar dari petrol station tu. masa nak keluar dari situ, aku ley pulak terlanggarkan penyapu pakcik cleaner kat petrol station tu...
perghhhhh gile takut aku. terus pecut keta keluar. sebab aku dengar bunyi 'gedegang!!" pastu ada jeritan suara " woooiiiiii!!!!! " ngeeeeee selamatkan diri!!! tah ape lagi yang aku langgar selain dari penyapu tu agaknye. wakakakakaka tobat taknak datang petrol station tu lagik..
separuh jalan aku keluar dari stesen tu, baru aku perasan, aku tak tutup penutup minyak keta. gile cuak takley bayang dah muka aku camne masa nih... aku takut keta meletop je ni kang. eyh, ada possibilities ke keta meletop sebab minyak dah bercampur ngan udara? ke dia mapos sendiri nanti enjinnya?
tapi bile keadaan betul2 mendesak, aku paksa gak diri ni isi minyak keta. lagi2 kalau joe kena gi obesea.. haaa sape nak isikan minyak keta nih? takkan nak mintak tolong jiran sebelah lak.jadi terpaksa gak aku korbankan "macho" aku (blahhhhhh) gi gak petrol station. tapi mesti cari yang ada bangla tukang nak isikan minyak tu... hahahahahhaha
lagi satu, aku fobia gak bab2 reverse keta. lagi2 kalau ada keta kat belakang. dah la keta ni sensornye berada ditahap keadaan yang amat memberangsangkan sekali. semut lalu pun die tiitt titt tittt... cesssssssssssssss
walaupun saya amat fobia pada dua perkara di atas, tetapi pada hakikatnya saya lah pemandu paling hantu sekali. kalau dah bawak keta, tak reti nye nak pelan2. sape bawak 60km/j jalan depan aku, memang habis kena maki berbakul free2 ngan aku padahal die bukan dengar pun. antara ayat yang biasa keluar dari mulut manis aku,
takpun ... " ko ni kenapa pelan sangat haa? kalau nak bersiar2, pegi la pesta kereta berhias..."
paling lahanat ayat penah keluar dari aku,
" beromen ke hape orang yang bawak keta kat depan nih?? "
hahahaha keji betul perangai bini joe nih..
sekian cerita pertama. boley tahan napas lagi tak nih?
okay, sambung.
aritu, masa balik umah mak aku, aku terjumpa surat nih dalam lemari aku...
aku find out menda ni masa aku check email. (gua kan queen control, so email die punya password sume gua taw... hehehehe) . tak ingat dah apa isi email tu, tapi sangat menyakitkan hati dan hempedu. buah pinggang pun sakit. hampir nak memputuskan perhubungan tapi tak jadi sebab surat yang sangat kelakar nih.
mana tak kelakar? korang tengok, joe siap wat lawak, hantar SURAT RASMI okayyyyyy.
siap letak no. i/c bagai... ingat nak mohon kerja ngan aku ke? die pos laju tau surat ni, nak cepat sampai punya pasal. kalau tak, memang sah dah putus. taw takut ye! biasa die! nampak sangat pompuan tu tak sehebat saya ni. walaupun kurus cikeding je dulu (akibat deraan mental berterusan oleh lecturer small animal&surgery, keh3), tapi aku jugak yang ko pilih kannnnnnnnnnn....
tu gambar 5 tahun lepas. sekarang tengok gambar bawah, jauh giler bezanya.
sekarang berat aku dah 59kg, joe pulak dekat 90kg.. hamikkkkkk
ni kucing aku, Agus dan Rooney. eyh, tetibe aku melencong cite pasal kucing ek? lantakla, aku nak cerita gak dalam entry ni sekali harung.
Rooney nampak memontel. aku memang benci tengok menda yang kurus2 nih. sebab tu sape yang duk ngan aku kompom akan melalui proses transformasi menjadi gemok.
joe; BERJAYA gemok. ( 75kg-90kg )
arwah memon; sangat BERJAYA gemok. ( 1kg-8.5kg )
farahanny; on the way BERJAYA di gemokkan. ( 3.09kg-9kg )
Rooney; pun hampir BERJAYA nak gemok. ( 3o0g-500g )
Agus; macam GAGAL je nih... takpe masih ada masa. ( 6.6kg - 7kg ) sikit je naiknye!
aku? sangat mencanak naik... especially bahagian perut nih. tahniah kepada diri sendiri.
KEEP IT UP!!
Wednesday, March 17, 2010
penat giler tahap cipan...
Monday, March 15, 2010
sorga dunia
adik aku plus bespren poreber nya dah sampai melaka tengahari tadik.
siang2 aku dah apply half day kat bos..muehehehe... nak jemput adik tercinta la katanye.. sorgaaaa bangat weyh dapat lari dari opis.
dalam palaotak aku sekarang tengah ligat pikir ape nak buat taknak kasi mereka berdua ni dari boring duk umah aku. dah la plan nak duk seminggu umah aku.. ada can beras umah aku abes cepat bulan nih.
tapi takpe gak, dengan kehadiran mereka berdua, aku ngan joe sekarang tengah feeling2 ada bibik kat umah. mana taknye, sume adik aku handle. fara anak aku pun die tolong layan... wahhhh giler sorgaaaaaa dunia.. hehehe
pastu sebagai upah, aku kasik die laptop sebijik, ha ko hadap la sampai muntah. mainla tenet puas2 sampai sok pagi pun aku tak kesah. janji aku ngan joe dapat melepak minggu nih. AGENDA TERSEMBUNYI aku sebenarnya suh depa ni datang umah. wakakakaka
since aku dah umum aku nak melepak, maka ada kemungkinan aku akan melepak gak dari menulis blog. sebab aku nak menggunakan masa keemasan nih tuk mengangkang puas2. ngeh2.
nanti sok luse nak hangkut diorang pi soping. adik aku kan jenis menuntut janji, manaleh die lupe. sampai mati tu kang die ungkit hutang aku kat die. yolah2, jumaat malam nanti kite p jonker walk, pilihla ape2 yang patot ye. gile keji perangai akak ko.... siap berkire suh beli barang kat jonker walk jer. kah kah kah...
eh, aku takla sekejam tu sebenarnya... nanti korang tengok jelah aku kasi ape kat die kay..
okay, malam ni nak naik bilik awal. ada acara lebih menarik di tingkat atas bakal berlangsung. sekian
Sunday, March 14, 2010
kami takde keje... hehe
Zue
hi bang
ley kenalan..
astro ley bukak tuh
9:18pmJoe
dah gila ke apa?
hehehe
alhamdulillah..
9:18pmZue
a'h
giler
giler sbb banyak sgt keje ni
9:19pmJoe
hahaha...byak latu..
tuk mengadap fb ari2..
9:19pmZue
a? kelakatu?
hahahhhaha
9:20pmJoe
hehehe..
abg nak mengangkang jap..
tgk bola..
**********************************
okay, tu chit chat antara kami malam tadi..hik hik
memasing on lappie, layan fb. kata hujan lebat, astro terpadam siarannye wat sementara.
sekian.
kalau tak under estimate orang, boley tak?
ada beberape kes yang aku nak share tentang sesetengah sikap orang yang suka sangat nak under estimate kerja orang laen, based on their appearance..
kes 1
semalam, on the way aku nak gi KL, kami behenti brekfes kat satu warung tepi jalan. tengah joe duk pilih2 menu nak makan, ada satu pakcik tu tegur joe,
pakcik: ni joe kan? cucu Tok Som?
joe: a'ah cik... pakcik watpe kat sini?
pakcik: saya dah pindah keje kat bank *** cawangan melaka... joe keja kat ne? tinggal melaka ke sekarang?
joe: a'ah... saya keje kat CTRM, dah 4 tahun duk melaka.
pakcik: ko keje ape? TECHNICIAN ke?
joe: ?????????????????????? (terdiam sekejap.. tapi pastu joe jawab gak...) takla cik, saya engineer...
kes 2
dulu, aku kan keje kat klinik haiwan sebelum aku join gomen. so masa aku keje klinik, bos aku wat kan la uniform keje.. kalau vet, baju putih (ala2 baju nurse tuh), kalau attendan biasa, baju kaler biru laut.
then, selalunya time lunch, memang joe akan datang amik aku kat klinik, makan sesame kat satu kedai nih.
selalu kalau kitorang makan kat sini tak penah la pulak makcik kedai ni bizibodi nak borak2 tanya kitorang keje hape.
sekalikan, ada satu hari tu, aku cuti.. so joe pi lunch kat kedai makcik ni ngan opismate die..
bermulalah drama sebabak antara makcik kedai tu ngan joe;
makcik kedai: sorang je hari ni?
joe: ha'ah..
makcik kedai: mana awek awak yang keje nurse tuh? tak keje ke arini?
joe: (cam biasa, malas nak cakap banyak) a'ah, die cuti arini.... (dalam hati, aik...selama ni makcik tu ingat zue ni nurse ke? hahahaha)
hoiiiiiiiiiiiiiii makcik, ape kes ko nih? asal orang pakai baju putih je kompom la keje nurse kan?
aku tak hina orang keje nurse, jangan salah tafsir lak. tapi yang aku geram mentaliti sesetengah orang kite, suke sangat pandang rendah pada orang laen, berdasarkan penampilan diri kite.
berbulu la aku ngan orang2 yang camni..
kes 3
masa aku orientasi nak masuk jabatan dulu, ada satu sesi ni, dikendalikan oleh salah seorang ketua seksyen kami kat HQ Putrajaya.
doc ni, orangnye memang sangat low profile (cam aku...wakakakaka), sangat simple and sempoi.
die share pengalaman dia kat kitorang, masa dia jadi Pengurus sebuah ladang jabatan di utara semenanjung...
satu hari tu, doc ni gi ke bank, nak bank-in kan duit . masa ni, doc tu pakai sempoi je, pakai coverall kaler ijau coz die baru abes check lembu pagi tuh.
sampai je kat bank, die cam biasa, queue nak tunggu giliran. sampai je turn dia...
pegawai bank: ye cik?
doc X : saya nak bank-in kan duit nih...
peg. bank: ooo.. ni untuk masuk akaun bendahari negeri kan?
doc X: ye puan.. kenapa ye?
peg. bank: macam ni, encik kena isi borang dulu, penuhkan semua maklumat, pastu kena minta tandatangan dari bos tempat encik keje... (muka kerek gilerr)
doc X: oooo... kena tandatangan bos ye? okay, saya isi form ni. nanti saya bagi puan balik ye.
lima minit pastu.....
doc X : puan, ni borang siap dah. semua saya dah isi. (siap ngan tandatangan "bos" yang pegawai bank tu mintak tadi)
peg.bank: errrrr....encik ni, bos ke?
doc X: ha, yelah.... nape? saya takde rupe bos ke?????
hamikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk......... malu tak? kalau aku jadi peg. bank tu, kompom aku nyorok duk bawah meja dah...hua hua hua
kesimpulan
lain kali, berpakaian la ikut profession kite. kalau ko doktor, bawakla stetoskop gantung kat leher, kalau ko pilot; pakai topi pilot tuh, pakai sekali uniform pilot. kalau ko pengurus sesebuah kompeni; pakai suit lengkap, bawak briefcase jangan lupe. kasut tu biar berkilat.
kalau ko engineer; pakai topi kontraktor, takpun tampal nametag besar2 siap tulis pekerjaan sekali.
tapi ni kang ada gak mulut orang akan berkata2 kan, "perghhh poyo gile...kalau ye pun pegawai, takyah la pakai suit bagai..."
seeeeeeeeee..... manusia memang camni kan? ada je yang nak didengkikan. tak boley tengok orang senang. kalau pakai selebet, orang pandang rendah. kalau pakai beria2, orang cakap kite berlagak. tah pape......
mentaliti mereka:
kalau pakai smart2, bawak keta mewah sikit.. ORANG KAYE WEYH!!keje pegawai besar gamaknya tu...
kalau pakai sempoi2, bawak keta biase2.... ORANG TAKDE DUIT SANGAT. keje pencacai je agaknye.....
Friday, March 12, 2010
our 2nd non-biological son.. =)
tadi pepagi dapat text from my opismate, suh datang opis cecepat.
tapi ini hari joe MC. maka kalau die MC otometik aku pun lambat. ngeh3.
pi bekpes with him first, chit chat then bergerak kemalasan heading to my office. joe cuti, dalam ati ni, sangatla menjelezkan diri. kompom joe sambung tido semula nih! (sangka buruk seorang isteri mithali, wakaka)
sampai opis, saya terus call opismate tuh, ape yang dia nak suh saya sampai opis cepat sangat nih.
oooo....rupenya ada sesuatu yang menanti saya.. tadaaaaaaaaaaaaaaaaa
nama die Rooney. mata biru okayyy.. very the mat saleh celup.
Agus The Explorer, tengah berkenal2an ngan Rooney. dalam ati Agus cakap, "siap ko Rooney. sok mak ayah takde, aku gulai ko cukup2!! wahahaha"
semalam my opismate tayang video si cinonet nih. ekceli dia ada 5 kittens. 2 kasi jiran, 1 lagi izzati amik, satu lagi dia bela. pas layan that video, teros hati tertawan. takde tunggu2, teros cakap, kompom aku nak nih! hehe
diskas2, kawtim sama joe, joe cakap okay je. siap pikirkan nama lagik nak bagi kat die nih. soooo sporting la my hubby kan...
but he has to be placed in this cage until die ley adapt with our house. takley play n mixed around with Agus lagi. tunggu 2-3 months lagi. baru saya lepaskan dia.
sok pagi die dan Agus akan ditinggalkan. teng teng teng. Agus, mak warning u keh, jangan kacau adik ye, kalau balik kang mak tengok adik tunggang langgang or dah tinggal tulang je dalam tu, siap ko! periuk besar ada kat umah ni... wahahahaha watch out!
sok saya nak berangkut ke Ampang, umah Tok Anjang joe. anak Tok Anjang nak kawen.
yang buat aku rasa cam nak turun syehh adalah apabila joe cakap camni tadi,
" sayang, maktuk tido sana malam ni.. takut maktuk ajak kite tido sana je sok..."
" what??????????????? abang, esok malam Konsert Prelude AF8 taw! jangan ngade2 ye.. kalau nak tengok orang merempan kat umah Tok Anjang sok, watla.."
dengar tu? ugutan tu namanye. gila hape nak suh aku lupekan AF? aku peminat setia AF weyhhh!
dah kalau kena tido umah Tok Anjang, takkan nak ada ati nengok AF pulak. sah2 kena merewang potong bawang bagai. maka jawapannya adalah;
KEMSALAMMMMMMSSSSSS............
by hook or by crook, kite kena balik Melaka gak pas abes kenduri. ngeh ngeh ngeh
Thursday, March 11, 2010
demi kerana bubur itu
ni la keje aku petang semalam.
godak stor umah ni, semata2 nak mencari perkara nan satu itu.
ni la keadaan stor umah kami yang macam tongkang pecah lapan belas. penuh, sarat. sampai takde space. sampai siap sumbat2 reta karun dalam bilik no.4 kat bawah lagik.
agus cam biasa, sepadan ngan nama yang aku gelar... Agus The Explorer. nampak tu, mencelah gak dia time nih.
hadiah kawen paling banyak dalam nih, sume elok cantek2 je kan aku simpan dalam kotak lagi tuh. saya sayang hadiah kawen saya maka saya sanggup taknak guna dan beli pulak kat luar. keji ayat tu kan?
memandangkan nak memasak bubur guna dapur gas sangatlah membazirkan gas, maka alternatif yang digunakan adalah dengan menggunakan electric appliances ini.. mudah dan dipercayai... takyah nak duk bangkit gi ke dapur menengok bubur yang ditanak.
mummy boley mengangkang buat keje lain. itu sebenarnya motip aku nak cakap. wehehehe
her result.....
Wednesday, March 10, 2010
result SPM
sok result SPM akan diannounce.
adik saya is one of the SPM's candidate last year.
tapi sekarang ni, kakak dia lak yang berdebar2 menunggu hari esok.
apehal eyh?
sebab, saya dah menjanjikan sesuatu yang boley membuatkan saya jatuh muflis sebulan. wahahaha
nyesal2 menabur janji2 manis aritu. btw, piqah, ko ada harapan nak dapat straight A's ke???
kuang kuang kuang keji nau ayat kakak dia nih. hehe
okay, piqah, sila pilih hadiah di bawah;
i) tepon baru, ganti tepon lama ko yang dah 'kingkong' tuh.
ii) lappy. second hand je taw! amik joe punye yang lama tuh. wahahaha
iii) kasut baru, baju baru. jeans levi's okay?
iv) ke nak duit gak? halllaaaaa pilih laen2 la ek! ek!
yang tudung cekelat tu adik bawah saya, siti.
eniwei, GUD LUCK MY DEAR BELOVED SIS!! I'LL PRAY FOR UR SUCCESS. ALWAYSSSS....
Tuesday, March 9, 2010
hari MALU sedunia
arini, sape baca shout out saya kat FB, sure perasan saya cakap saya kena attend persidangan dewan.
saya memang dah agak, sure salah satu ari nanti, saya kena gak attend. silap2 sampai ari penggulungan aku gak yang kena ngadap dewan ni kangggggggg
ekceli persidangan ni wajibulghannah di attend oleh Ketua Jabatan ----> meaning, bos la tuh.
tapi lately bos saya kan sibukkkkkk manjang, jadi manjang la saya kena wakili dia. tolong kasi up sikit markah saya pasni ye bos....
baru ingat nak ngulau jap tengahari tadik, tetiba dapat panggilan 999 dari opis suh attend dewan. holoh holoh abes punah harapan gue nak nyopping. takpe2, pekerja cemerlang wajib ikut arahan. haha
ekceli ni bukan kali pertama saya ikut persidangan, tahun lepas pun kena gak. so kali ni bila bos suh gi, saya takde dah cuak sangat. tapiiiiiiiiiiiiiiiii
tapi, kali ni memang suwey la. masa masuk dalam dewan, okay takde hal. bile sampai kat tempat bersidang, aku punyelah melilau cari seat jabatan. memang ada tagging, tapi sebab dah la lambat masuk, sebab aku sampai lambat. malas nak cakap nape sampai lambat kang ada yang dapat makian percuma sok pagi kat opis.
nasib urusetia sangat hebat. takyah tebal muka lama berdiri tercangak kat tengah2 dewan. urusetia tolong carikan seat. tengkiuk!
sepanjang perbahasan memangla sangat bosan. sesape penah join dewan bersidang, memang tau la kan camne keadaannya. siap aku dah tertido dah. bos2 sebelah aku pun dah siap belayar ke Laut China Selatan.
yang kelakarnya, ada satu pengarah ni, die siap tegur pas aku tersedar tu, " ko tido ye?" wahhh siap boley "kau" "aku" macam kengkawan je kite ni eyh?
saya jawab je, "ha'ah, ngantuk la encik.."
seb baik aku baik kan... padahal encik yang tegur aku ni, dah berkeroh bagai tadi, siap terlentuk2 lagik. nak aje aku cakap, "ala...encik tido siap berdengkur2 tadi. satu dewan dengar. naseb speaker tak perasan.." hahahaha
done. abes dalam kul 6 petang. siap penggulungan usul arini. masa nak balik, aku salah keluar. adessss ni memang jahanam. style bangunan kat sini, semua ada link2. silap tangga, silap pintu memang mapos la ko sesat dalam nih.
saya pulak bile dah tau nak sesat, boley la belagak sumbing, jalan selamber. pak guard ada kat entrance tuh, tapi menonong yakin boley gak dengan harapan jumpa jalan kuar nih.
last2 sekali, saya SESAT! tahniah ye. sekalung tahniah. fadan muke kan, sape suh taknak bertanya. malu bertanya sesat jalan. kena dah kat batang idung sendiri tadik. last2 patah balik, gi hegeh2 tanya kat guard tuh.
aku : encik, mana jalan nak gi pintu utama? saya salah keluar la tadi...
guard: oh, puan dari persidangan ke?
aku: a'ah. mana pintu saya nak ikut ye? saya tadi masuk ikut blok *tuuutttttttttt* tapi abes je saya termasuk bangunan ni pulak.
guard: okay, takpe puan. saya tunjukkan puan jalan keluar ye. puan ikutla saya.
saya yang dah kemalu maluan nih, pasrah jek ikut guard tuh.
jumpa je pintu masuk, bertembung pulak ngan salah seorang YB tuh. yang paling memalukan saya seumur hidup adalah apabila.........
pak guard ni boley tegur YB tuh.. "Datuk!!! "
YB tu jawab , "ye... dari mana ni?"
guard tu dengan innocent jawab, " ni ha, puan ni sesat tadi........."
HADOIIIIIIIIIII APESAL KO CERITA AKU SESAT???
seb baek YB tu baik, die cakap, "takpe, biasa la tu, dewan ni besar.. meh ikut saya keluar.."
holoh holoh baek Datuk ni. suke!!! hehehehe seb baek dia dah tua. kalau tak.. auuuummmm
................. tamat cerita malu yang PERTAMA .............................
masa amik Fara petang tadi kat nursery, cikgu nursery tu selamber kods tanya aku,
" zue, zue preknen lagi ke?"
tu diaaaaaaaaaa malu kali KEDUA.
ape aku nak jawab? nampak sangat ke perut aku ni bunchet??
lagi satu, dulu time pantang mak suh pakai bengkung, saya ngelat. sah2 la perut ni melendot. cam orang peknen 3 bulan gayenya.
bang, anta sayang gi Slim World sekarang jugak!! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa
p/s: lately ni aku cam perasan ada readers dari Fitzroy la, Las Vegas la..mat saleh pandai baca bahasa melayu ke? ke ni Nyah? kawan aku yang tak berapa nak center palaotak die tuh? dah kalau ko baca blog aku, apsal ko tak reti2 nak buh komen sehelai dua? nanti ko balik mesia, aku siku2 kelapa lutut ko nyah! hehehe
arena ikan bakar
Monday, March 8, 2010
ape name glams korang??
masa saya kecik dulu kan, saya selalu pikir, apsal nama saya macam nama orang2 tua jek? zuraidah..tak glams langsung nama aku.
cube tengok nama akak, zuliya. abang pun sedap gak, shahrulnizal. adik aku lagi sedap; siti juma'izah. yang bongsu nor syafiqah. adik yang siti ni, nama dia dia dipilih ada 'juma' sebab dia lahir ari jemaat. saya ingat lagi, masa ayah pilih nama siti ni, kami tengah lepak kat meja makan, mak kat spital lagik. ayah sambil sedut rokok dia, congak2 nama apa nak bagi kat anak no.4 dia. last2 kuar siti juma'izah. sodap eyh? time tu nama camni glams sangat dah.
pastu adik bongsu, nama dia dipilih ikut buku panduan nama2 islam. abang saya yang pilih nama ni.
persoalan sekarang, mak ayah, napa bagi nama orang 'zuraidah'???? uwaaaaaa tak glamssssssss
masa kat sekolah rendah ngan sekolah menengah, kengkawan panggil zue je. cop2, sekolah rendah adik bradik panggil saya 'teh' tak tau nape. suke minum teh kot........wahahaha
pastu gi sekolah menengah ada lagik best. ada beberapa budak lelaki poyo yang aku memang anti sampai arini aku kalau jumpa memang takkan tegur adalah mereka nih. mereka panggil saya 'juliana banos' ... wth?????
sampai arini saya tak tau ape point mereka panggil juliana banos.. juliana bonss adalah kot. celah mana yang serupa pun aku tak tau. pastu bile aku tanya, sampai kesudah diorang takkan cakap nape panggil aku camtu. cessssssssssssss
bile masuk matrik, takde nama sepesel gak. zue je. simple kan. ada gak yang geli2 panggil ida. aduiiiiiiiii sensitip betul la nama ni..nama jiwang bangat ida nih.. yaaaawwwwwww
paling best masuk UPM. 1st year, 1st sem. standard piawai kengkonon, kat kolej nih. wajib tukar nama, kena ada nama samaran. nak tau nama samaran den apo? DUI ok!
kenapa DUI? sebab masa senior2 kolej nak tukar2 kan nama saya, saya yang otai dengan selamber mencadangkan kat floor rep tuh,
kak senior tu cakap okay, tapi kite tukar sikit.. tak mau yong sume. saya bagi nama awak "Duy" okay? uk aloh, Duy? dalam ati macam rasa ape je kan, tapi pasrah jelah. mana junior ley demand2 sangat time nih, kang kena ragging tak pasal2 je kan...
maka bermula la panggilan baru saya di kolej, spellingnya Duy ekceli, tapi lama kelamaan jadi Dui terus.
okay lagi nih saya punya nama, ada yang lagi kaw2 diorang kasi. Rota la, Roket (panggil Ket), Spend (shortform spender), Chorl (shortform coli) , Nyamuk, Keti (shortform ketiak.. wahahaha lagi lahanat!) and macam2 lagik. memang kelakar betul la. joe pun ada jugak nama samaran dia. masa sekolah ngan matrik orang panggil dia Apex, (apek cinos) ..kat UPM pun dia ada nama baru..kalau senior laki bagi nama, lagi menangis taw. huhu. takyah aku jaja nama panggilan dia apa kat sini. tanya je kat dia nanti.
bila dipikirkan balik nama Zuraidah (yang aku claim cam nama orang tua tu tadi) okay gak nama ni sebenarnya. masa matrik ada lecturer nama zuraidah. ajar biologi. ada gak sepupu nama zuraidah. then ada je Y.B nama Zuraidah. camtu ada can la saya bergelar Datuk kan... ada ong ape nama nih.. tak teruk mana pun kan nama Zuraidah. hehe
jadikan nama ni takla penting sangat ye. yang penting orangnya. penting ke tidak dia sekarang di mata masyarakat? saya rasa saya penting, banyak pentinggggggggg. terutama pada joe lah. mana ada johari, situ ada zuraidah. mana ada zuraidah, situlah ada johari. tak caya? test tengok sekarang!